Review
Dec 6, 2019, 3:00pm

Perkhidmatan Insurans Kenderaan Ke Thailand Terbaik Dari GoThai


Sebelum ke sempadan pastikan setiap kenderaan anda di lindungi Insurans dari syarikat Thailand. Insurans kebiasaan yang dibeli adalah insurance third party. Insuran Compulsory adalah insuran wajib yang mesti ada bagi setiap kenderaan luar yang masuk ke Thailand. Insuran ini hanya memberi perlindungan kepada rakyat Thailand sahaja dari segi rawatan perubatan. Insuran ini tidak memberi perlindungan kepada rakyat Malaysia serta kenderaan.

Insurans Kenderaan Ke Thailand Di Malaysia

Sebagai contoh sekiranya anda ke Hatyai melalui pintu Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar, anda hanya perlu membeli Compulsory Insurance sahaja. Tetapi sekiranya perjalanan jarak yang lebih jauh seperti ke Krabi, Phuket dan lain-lain dinasihat agar membeli satu lagi insuran Voluntary. Insuran ini memberi perlindungan kepada kenderaan rakyat Thailand. Sekiranya anda menghadapi kemalangan melibatkan kenderaan maka insurans ini dapat membantu dengan hanya menunjukkan polisi insuran, namun sebaliknya anda perlu membayar tunai sekiranya tidak memiliki insuran.

4 Jenis insurans yang perlu anda tahu bila melancong ke Thailand

Bagi mereka yang menaiki kenderaan sendiri, anda perlu mengetahui beberapa panduan termasuklah membeli insuran kereta untuk masuk ke Thailand dan mengisi borang di kaunter penyerahan borang insuran selepas passport anda di cop. Pastikan anda tidak menghilangkan surat pengesahan kereta untuk ke Thailand kerana perlu dikembalikan ketika masuk semula ke Malaysia. Berikut merupakan jenis-jenis insurans yang perlu anda tahu :

1. Insurans Compulsory (Por Ror Bor)

Insurans Kenderaan Ke Thailand 2019

  • Por Ror Bor atau Compulsory. Insuran ini WAJIB beli. Biasanya mereka sebut insurans 9hari RM16-RM18.
  • Insurans ini menanggung kos rawatan hospital kita dan penumpang. Maksimum tuntutan Thb80,000 (bergantung kepada polisi dan jenis syarikat atau pembekal). JIKA KITA BERSALAH.
  • Jika kita tidak bersalah, anda boleh membuat tuntutan lebih menurut polisi dan ketetapan pembekal insurans.

2. Insurans Voluntary

Insurans Kenderaan Ke Thailand Dipercayai

  • Juga di kenali sebagai insurans pihak ketiga. Melindungi tuntutan dari pihak ketiga sehingga THB200,000.
  • Voluntary atau insurans yang disyorkan bagi membayar ganti rugi kepada kenderaan yang terlibat dengan kenderaan anda, jika anda bersalah.
  • Jika anda tidak bersalah, anda boleh menuntut ganti rugi ke atas kenderaan yang terlibat kemalangan bersama anda. Kelebihan insurans ini, ianya membantu anda daripada membayar pempasan yang di luar jangka. Biasanya orang sebut ‘pau’.

3. Extention 101

Insurans Kenderaan Ke Thailand 2020

  • Insurans ini adalah kesinambungan insurans kenderaan yang diguna pakai di Malaysia.
  • Misalnya, kereta anda menggunakan Etiqa Takaful dan anda boleh menghubungi syarikat Etiqa Takaful untuk membuat Ensorsement Extention ke Thailand. Anda haruslah memegang polisi syarikat tersebut sekiranya mahu buat Endorsement Extention.
  • Anda boleh memohon extention untuk tempoh selama mana anda mahu ke Thailand. Hanya Insuran Komprehensif sahaja yang boleh buat extention, manakala pihak ketiga tidak boleh memohon.
  • Ini adalah procedur sekiranya berlaku kemalangan di Thailand. Pertama adalah buat laporan polis terlebih dulu, towing kereta ke sempadan Malaysia adalah atas kos sendiri, dari sempadan towing ditanggung oleh Etiqa Takaful. Manakala, repair kereta kena buat di workshop Malaysia. Terakhir, untuk kenderaan 3rd party di Thailand, mereka perlu dahulukan duit sendiri baru boleh claim pada Etiqa Takaful di Malaysia. Urusan ini mengambil masa antara 2 hingga 6 bulan.

4. Personal Travel Insurans

Insurans Kenderaan Ke Thailand 2019 2021

  • Seperti AIA, AXA, Tokyo Marin dan lain-lain.
  • Kedua-dua Insurans ini (personal travel insuran dan extention 101) anda boleh rujuk agen insurans anda di Malaysia. Penyedia insurans ada menyediakan insurans jenis ini ketika anda melancong. Boleh semak dengan pengendali insurans anda.

Kepentingan insurans ketika berada di Thailand

Insurans perjalanan ini adalah tambahan kepada perlindungan anda. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan Insurans Perjalanan dan insurans ini lebih kepada perlindungan untuk diri sendiri. Apabila berlakunya kemalangan di Thailand, kos menjadi agak tinggi sekiranya tiada insurans wajib dan voluntary insurans. Menurut undang-undang Thailand, pihak ketiga atau pihak yang dilanggar layak menuntut pampasan kerosakan kenderaan dan kos bilangan hari tanpa kenderaan.

Insurans Kenderaan Ke Thailand 2020 2021

Jadi, untuk anda yang ingin ke Thailand dengan memandu kenderaan sendiri adalah dinasihatkan membeli insurans ini demi jaminan diri sendiri sekiranya berlakunya kemalangan. Pelbagai jenis insurans yang dijual di kedai-kedai sekitar Changlun dan Bukit Kayu Hitam sekiranya anda masuk melalui negeri Kedah.

Perkhidmatan insurans kenderaan ke Thailand terbaik dari GoThai.my

Insurans Kenderaan Ke Thailand 2019 2020

Rakyat Malaysia yang hendak melancong ke Thailand dengan memandu atau menunggang sendiri jom dapatkan perkhidmatan insurans kenderaan dari GoThai.my. GoThai.my menguruskan insurans untuk perjalanan ke Thailand anda dengan mudah dan pantas. Insurans yang di jual adalah insurans 3rd party yang memberi perlindungan kepada warganegara Thailand sekiranya berlaku kemalangan.

Kelebihan mengambil insurans dari GoThai.my

Jimat masa dan tenaga

Insurans Kenderaan Ke Thailand Di Dalam Malaysia

Pembelian insuran ini dari GoThai.my boleh dilakukan di mana sahaja. Boleh dilakukan dengan hanya menggunakan komputer di rumah. Apabila anda sudah bersedia memilih polisi insurans yang anda mahukan, proses seterusnya adalah pantas. Segala maklumat dalam bentuk elektronik disimpan secara digital jika anda perlu mengulang semula ke muka surat sebelumnya untuk menukar butiran anda. Anda juga tidak membazirkan kertas dengan cara ini.

Berpengalaman lebih dari 22 tahun

Insurans Kenderaan Ke Thailand Perlis

Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam perkhidmatan insurans kenderaan ke Thailand menjadikan GoThai.my menjadi pilihan utama pada para pelancong. Mereka juga mempunyai ramai kenalan di Thai yang akan membantu anda sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini

Memberi bantuan kecemasan 24jam

Insurans Kenderaan Ke Thailand Gombak

Ini adalah sangat penting ketika berada di negara orang! Apa sahaja boleh berlaku dalam sekelip mata. Oleh sebab itulah GoThai.my menyediakan khidmat bantuan kecemasan 24 jam sekiranya anda menghadapi situasi kecemasan seperti kemalangan.

Lihat Senarai Pakej Yang Ditawarkan Oleh GoThai.my

PAKEJ COMPULSORY

Perlindungan asas untuk anda sahaja pada kadar minimum.
Tanpa perlindungan untuk hospital dan sebagainya.

Insurans Kenderaan Ke Thailand 2021

PAKEJ COMPULSORY + VOLUNTARY

Perlindungan untuk anda dan juga pihak ketiga sekiranya berlaku tuntutan kemalangan, dan juga bantuan hospital.

* Untuk motosikal, pihak kerajaan Thai hanya meluluskan insurans 1 tahun sahaja (tiada insurans jangka pendek 9 hari seperti kereta dan van).
* Insurans ini sah sehingga 365 hari, jadi jika hendak pergi dalam tempoh setahun, hanya perlu renew Insurans Compulsory sahaja.

Tunggu apa lagi? Jom dapatkan insurans kenderaan ke Thailand dari GoThai.my Sekarang!!

Jom dapatkan insurans kenderaan ke Thailand dari GoThai.my SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom dapatkan insurans kenderaan ke Thailand dari GoThai.my SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom dapatkan insurans kenderaan ke Thailand dari GoThai.my SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: