Review
Dec 17, 2017, 12:16pm

Perkhidmatan Facial Treatment Di Rumah, Untuk Wanita Muslimah


  •  
  •  
  •  
  •  

Kecantikan memang sangat penting bagi wanita terutamanya kecantikan wajah. Kecantikan dalaman dan luaran wanita sama sama penting tetapi kecantikan wajah adalah sesuatu yang menjadi identiti dan pengenalan diri. Semestinya kita inginkan orang melihat kita sebagai seseorang dengan imej yang cantik dan jelita kerana mereka melihat kita dengan lebih positif. Kalau dah muka nampak tak terjaga, tak hairan kalau orang yang melihat akan beranggapan kita memang tak menitikberatkan penjagaan tubuh badan secara seluruhnya. Betul tak?

teknik-mengurut-wajah-dengan-betul

Rutin penjagaan wajah harian biasanya adalah membersih muka, menggunakan toner dan melembap. Kebanyakan wanita sudah mengetahui hal ini dan mengamalkannya sebagai rutin harian. Tapi, adakah kulit yang bebas jerawat sudah cukup untuk dikatakan cantik? Bagaimana pula dengan kulit bebas jerawat tetapi pucat lesu dan tidak bermaya? Adakah amalan harian ini cukup untuk mendapatkan kulit yang awet muda dan bebas daripada cela? Sebenarnya, kulit kita memerlukan lebih lagi daripada sekadar penjagaan luaran. Ia memerlukan ‘sesuatu’ yang boleh memperbaiki struktur dan teksturnya dari dalaman. Macam mana kita ingin memberikan penjagaan dalaman untuk wajah? Pastinya dengan menggunakan kaedah urutan wajah.

Urutan pada wajah seharusnya menjadi amalan setiap orang kerana amalan ini sangat diperlukan untuk wajah yang cantik berseri. Urutan wajah sangat digalakkan untuk mendapatkan kulit yang tegang dan bebas daripada cela kerana wajah kita memerlukan lebih perhatian dan penjagaan supaya kelihatan segar, sihat dan bercahaya seperti yang kita idam-idamkan. Sama juga dengan mandi. Walaupun hari-hari kita mandi, ada harinya kita pergi spa buat mandi bunga. Betul tak? Kalau badan perlukan urutan, wajah juga perlukannya.

peralatan-rawatan-spa

Cara Urutan Wajah Sendiri Di Rumah

Urutan wajah boleh dilakukan sendiri di rumah. Tahukah anda bahawasanya kita boleh menggunakan masa mencuci dan melembapkan muka untuk membuat urutan wajah? Ya, kita boleh. Mencuci muka sambil mengurut wajah dengan kaedah yang betul dapat memberikan kesan maksimum dalam memastikan segala kotoran dan sisa mekap dapat ditanggalkan dan pada masa yang sama khasiat dalam produk pencuci dapat diserap dengan baik ke dalam kulit wajah. Jom kita lihat cara pergerakan tangan yang boleh dilakukan semasa mencuci muka.

langkah-membuat-urutan-muka
  1. Apabila kita membuat urutan pada wajah, gunakan 3 jari sahaja; jari kelingking, jari manis dan jari hantu. 3 jari ini mempunyai tekstur kulit yang lebih halus dan memberikan tekanan yang secukupnya berbanding tekstur kulit dan tekanan pada jari telunjuk dan ibu jari yang lebih kasar.
  2. Semua pergerakan dibuat dengan pergerakan ke atas dan ke luar bahagian muka. Tiada pergerakan ke bawah dibenarkan kerana pergerakan mengikut arah graviti akan menyebabkan muka menjadi kendur dan menggeleber.
  3. Mulakan urutan pada bahagian dahi dengan membuat urutan dari tengah ke luar sehingga ke anak rambut.
  4. Di bahagian hidung pula, gerakkan jari dari atas ke bawah dan ke atas beberapa kali.
  5. Di bahagian tulang pipi, gerakkan jari dari hidung hingga ke telinga.
  6. Untuk bahagian pipi pula, mulakan dari bawah dagu, naik ke pipi dan bawa ke telinga.

Selain sewaktu mencuci muka, kita juga boleh menggunakan minyak wajah semasa melakukan urutan.

Kebaikan Amalan Mengurut Wajah Secara Berterusan

kebaikan-urutan-wajah

Dalam usaha menjaga kecantikan wajah, kerajinan adalah sangat diperlukan. Kalau malas,apa pun tak jadi, betul tak? Percayalah, amalan mengurut wajah ini sangat banyak kebaikannya. Mengurut wajah secara berterusan dan berkala akan

  • Mengelakkan dan melambatkan penampakan kedutan pada kulit wajah
  • Mengurangkan masalah kulit kendur dan menggeleber
  • Melancarkan peredaran darah di bawah kulit wajah
  • Memberikan kesan detoks untuk wajah nampak lebih berseri
  • Memberikan kulit yang tampak lebih sihat dan tegang

Seperti bahagian badan lain yang berasa sangat selesa apabila diurut, wajah juga memerlukan urutan yang betul supaya tidak kelihatan lesu dan lemau. Urutan wajah memberi kesan yang merawat wajah walaupun tidaklah secepat plastic surgery. Lama-kelamaan kita akan nampak perubahan positif sedikit demi sedikit. Dari semasa ke semasa, kulit wajah akan nampak lebih sihat dan bermaya. Yang penting, kita terus istiqamah dalam melakukannya.

rawatan-di-spa

Untuk mendapat wajah yang sempurna dan bebas cela, rutin harian biasa memang tidak mencukupi. Wajah kita memerlukan perawatan yang lebih mendalam. Biasanya, untuk rawatan muka yang intensif sebegini, para wanita akan memilih untuk melakukan rawatan di spa, tapi bukan semua orang mempunyai ruang dan peluang untuk ke sana. Nasib baik sekarang terdapat perkhidmatan facial treatment di rumah untuk wanita Muslimah.

Kalau rasa macam nak cantik tapi tak yakin dengan kesan urutan sendiri, biarkan yang pakar melakukannya untuk anda. Siapa yang pakar itu? TheDallys.Co Beauty, pakar facial treatment yang akan membantu anda mengurut wajah anda dalam keselesaan di rumah.

Thedallys.Co Beauty, Mobile Facial Treatment Di Rumah Anda

TheDallys.Co Beauty menyediakan servis perawatan muka dari rumah ke rumah. Ini bermaksud, TheDallys.Co akan datang ke rumah para pelanggan. Pelanggan tidak perlu keluar dari rumah kerana rawatan wajah akan dilakukan dalam keselesaan di rumah. Beruntung sungguh pelanggan TheDallys.CoBeauty. Tunggu je di rumah, pakar datang untuk buat urutan wajah.

mobile-spa-selangor

Sesungguhnya, tiada tempat lain yang lebih selesa daripada rumah sendiri, betul?

Ciri-ciri Servis Mobile Facial Treatment oleh TheDallys.co Beauty

1) Perkhidmatan Rawatan Wajah Bergerak

TheDallys.Co Beauty akan ke rumah pelanggan untuk melakukan rawatan wajah. Pelanggan juga boleh memberitahu pihak TheDallys.Co Beauty jika ingin melakukannya di tempat-tempat lain seperti di pejabat atau di mana-mana mengikut keselesaan sendiri.

thedollys.co-mobilespa

2) Kawasan Jajahan TheDallys.Co Beauty

TheDallys.Co Beauty sebenarnya telah beroperasi di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia termasuklah di

Negeri Selangor

  1. Putrajaya
  2. Kuala Lumpur
  3. Cyberjaya

Negeri Pahang

  1. Kuantan

Negeri Perak

  1. Ipoh
  2. Parit
  3. Manjung
kawasan-mobilespa-thedollys.co

Dengar ceritanya, pasukan TheDallys.Co akan berkembang ke serata malaysia tidak lama lagi. Jadi, orang Kelantan ke, Terengganu ke, bolehlah merasai sendiri kesan terbaik daripada mobile spa ini tidak lama lagi. Sabar tau. Tak lama dah.

Kebaikan Rawatan Facial oleh TheDallys.Co

urutan-muka-wajah-naik-seri

Terdapat banyak kebaikan dan kelebihannya apabila kita mendapatkan khidmat rawatan facial daripada TheDallys.Co Beauty ini. Selain daripada servisnya yang bergerak dari rumah ke rumah, produk yang digunaka oleh TheDallys.Co Beauty juga sangat berkualiti tinggi. Bukan produk timbang kilo di pasar malam ye. Dalam melakukakan urutan dan facial treatmentnya, TheDallys.Co Beauty menggunakan produk yang

  1. Diiktiraf sebagai International Award Winning
  2. Dihasilkan setelah 80 tahun kajian dari Jepun
  3. Tanpa bahan kimia berbahaya
  4. Berasaskan bahan organik
  5. Mengandungi ekstrak bunga sakura dan beberapa jenis bunga liar yang lain
kebaikan-mobile-spa-thedallys.co

Kaedah urutan yang digunakan semasa membuat rawatan facial dinamakan ETERNAL BEAUTY yang diinspirasikan dari Korea. Ia adalah kaedah urutan pertama di Asia Tenggara yang menggunakan tenaga semulajadi yang berfungsi untuk memecahkan lemak berlebihan pada wajah untuk menghasilkan struktur wajah yang lebih runcing seperti V-shape. Wajah juga akan menjadi lebih sihat, cantik dan bermaya.

Kesan Terbaik Yang Dapat Dilihat Selepas Rawatan Facial

Rawatan facial oleh TheDallys.Co Beauty menjanjikan satu kesan yang diidam-idamkan oleh semua golongan wanita iaitu kesan Awet Muda! Kulit awet muda ni kulit yang macam mana ek?

kesan-terbaik-selepas-urutan-thedallys.co mobile spa

Jom kita tengok bagaimana kesan awet muda yang akan kita perolehi selepas melakukan rawatan facial dengan TheDallys.Co Beauty.

  • Mengaktifkan sel-sel kolagen untuk memudakan wajah
  • Tekstur kulit menjadi lebih tegang
  • Mengurangkan kedutan dan lingkaran gelap bawah mata
  • Menghaluskan garis-garis penuaan
  • Hidung tampak lebih tinggi dan mancung
  • Dagu kelihatan lebih runcing seperti V-shape
  • Tulang pipi tampil lebih tinggi dan gebu
  • Menghilangkan jerawat
  • Menghapuskan jeragat
  • Mencerahkan kulit
  • Mengurangkan blackhead dan whitehead
  • Mengurangkan penampakan parut seperti parut jerawat
  • Membetulkan struktur kulit dengan betul
  • Menegangkan pipi supaya kelihatan lebih montok
  • Wajah nampak lebih segar dan bercahaya
atasi-masalah-kulit-muka-berjerawat

Semua inilah ciri-ciri kulit awet muda. Yang paling penting, wajah yang awet muda adalah wajah yang berseri dan nampak glowing. Montok bagai dicucuk botox gitu. Muka yang bulat seperti belon pun boleh menjadi lebih runcing seakan-akan V-shape.

Testimoni Pelanggan TheDallys.Co Beauty Yang Berpuas Hati

Sudah ramai pelanggan yang berpuas hati dengan hasil tangan TheDallys.Co Beauty. Ada yang sudah berjaya mendapat dagu berbentuk V  dan ada juga yang sudah bebas daripada masalah jerawat dan jeragat yang membelenggu sekian lama. Jom kita tengok hasilnya.

testimoni-selepas-urutan-wajah (1) testimoni-selepas-urutan-wajah (2)

Harga Servis Rawatan Facial oleh TheDallys.Co Beauty

Harga (tidak termasuk caj perjalanan)

  • Facial (45 minit-1 jam)
  • RM150 (harga biasa)

HARGA PROMOSI RM99 !!!

  • FREE: (promosi selagi masih ada)
  • Neck massage(aroma therapy oil)
  • Shoulder massage (aroma therapy oil)

Kalau adalah yang nak kahwin nak buat facial, tup tup bridesmaids pun nak join, pun boleh. Jika ada yang ingin membuat facial ini secara berjemaah atau beramai-ramai, boleh cari kawan sehingga 5 orang. 5 orang adalah maksimum untuk 1 tempat.

rawatan-muka-berkumpulan

Latihan Dan Akademi Untuk Pemilik Mobile Spa

Pemilik Mobile Spa Diperlukan

Selain menawarkan perkhidmatan spa bergerak, TheDallys.Co Beauty sangat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang serius ingin menceburkan diri dalam bisnes mobile spa. Dengan latihan yang diberikan, bolehlah pemilik mobile spa menjana kewangan sampingan atau tetap. Jangan risau, hasilnya memang lumayan. Tidak rugi kalau anda mempunyai skil dan kepakaran dalam penjagaan kecantikan sebab sekarang, semua orang ingin cantik!

latihan-untuk-pemilik-spa

Pelajar sangat di alu-alukan untuk menyertai latihan mobile spa ini supaya anda mempunyai skil untuk digunakan dalam kehidupan selepas tamat pengajian. Masa tu, tiada lagi support dari PTPTN atau biasiswa. Nak minta duit dengan mak ayah, malu. Takut menyusahkan mereka. Tapi dengan skil yang ada, anda boleh mengisi masa lapang yang mendatangkan wang dengan melakukan facial treatment dari rumah ke rumah. Sambil berjalan-jalan, sambil buat duit. Tak delah bosan melangut kat rumah. Perabihkan beras je.

Untuk mereka yang ingin menjana kewangan sampingan atau tetap sebagai pemilik mobile spa, jangan lupa untuk sertai sesi latihan yang dijalankan oleh TheDallys.Co Beauty. Latihan ini terbuka kepada yang serius sahaja. Sesiapa sahaja boleh join, dengan syarat anda berumur 18 tahun ke atas.

peserta-mobile-spa-thedollys.co

Banyak betul kelebihan menjadi pemilik mobile spa

  • menjana pendapatan minimum rm3000.00 untuk 2 minggu
  • modal rendah tak masuk akal
  • modal disediakan pada yang layak sahaja
  • kelas latihan disediakan Setiap minggu
  • coaching 1-1 percuma
  • kelas Online marketing disediakan

Kejayaan latihan oleh TheDallys.Co Beauty telah terbukti apabila sudah lebih daripada 2000 pemilik spa dibawah latihan mereka telah berjaya menjana pendapatan lumayan.

bonus-melancong-untuk-pemilik-spa

Yang bagusnya, walaupun selepas sesi latihan tamat, pemilik spa bakal menerima bonus melancong ke luar negara. Yang penting, WAJIB RAJIN! Yang terkini, ada yang akan ke Melbourne, Australia tak lama lagi. Syoknya wei!

  • lebih 2000 Spa Owner sudah berjaya menjana pendapatan lumayan
  • pelajar sangat dialu²kan
  • 18 tahun dan keatas
  • bonus melancong luar negara (yang terkini akan ke MELBOURNE Australia) pada yang rajin
  • penyertaan sangat terhad untuk fokus pada yang bersungguh2 nak duit

Untuk mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan mobile spa atau ingin menyertai latihan daripada TheDallys.Co Beauty, anda bolehlah merujuk di bawah.

THEDALLYS.CO BEAUTY | MOBILE SPA

Hotline 1: Tekan untuk WhatsApp (019-2638036) Hotline 2: Tekan untuk WhatsApp (019-2888036)

Instagram: @thesitiarieff Email: siticun84@gmail.com