Review
Sep 18, 2019, 9:00am

Perkhidmatan Bantuan Pengurusan Harta Pusaka Dan Proses Tuntutannya PERCUMA


Melihat kepada situasi sekarang, masih ramai umat Islam yang tidak merancang harta lebih awal terutama ketika masih hidup. Hanya selepas berlaku kematian barulah dibincangkan mengenai pengagihan harta. Sikap mengambil mudah dan menangguh-menangguhkan permohonan pembahagian harta pusaka membuatkan permasalahan bertambah rumit pada kemudian hari. Sebab itu banyak kes pergaduhan dan pertelingkahan berlaku di kalangan ahli keluarga sehingga menyebabkan putusnya tali persaudaraan hanya kerana harta pusaka.

Bantuan Pengurusan Harta Pusaka 2019 dan 2020

Merancanglah Harta Dengan Bijak Bagi Memudahkan Waris Atau Mereka Yang Menikmati Harta Tersebut Tanpa Sebarang Kekusutan

Perkhidmatan Bantuan Pengurusan Harta Pusaka Terbaik Kita

Perancangan kewangan penting kepada setiap individu supaya harta yang dimiliki dapat diuruskan sebaiknya. Kepentingan kepada perancangan yang baik juga dapat membantu kehidupan ahli waris ditinggalkan jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Islam menggalakkan umat merancang kewangan dengan baik supaya kehidupan ahli waris yang ditinggalkan akan terbela dan tidak berlaku persengketaan akibat perebutan harta. Di antara bentuk perancangan harta semasa hidup ialah wasiat, wakaf, hibah, sedekah, hadiah dan nazar. Manakala pengurusan harta selepas kematian pula dinamakan pembahagian harta pusaka yang tertakluk kepada hukum faraid.

Hibah Adalah Pemberian Dari Individu Kepada Individu Lain

Perkhidmatan Bantuan Pengurusan Harta Pusaka Terbaik KL

Hibah ialah pemberian seseorang kepada orang lain atau pihak tertentu dan pembahagian itu dilakukan ketika pemberi atau pemilik harta masih hidup atas keinginan sendiri, tanpa paksaan malah tanpa mengharapkan sebarang balasan (‘iwad). Pelaksanaan hibah bertujuan untuk jaminan ketenangan hati dan minda kedua pihak iaitu pemberi dan penerima hibah. Biarpun asalnya hibah umpama pemberian, sedekah atau hadiah, namun pelaksanaannya tetap membabitkan akad.

Dapatkan Bantuan Pengurusan Harta Dari Yang Pakar

Bantuan Pengurusan Harta Pusaka Power

Kini, ramai semakin tahu fungsi hibah dan berasakan ia penyelesaian terbaik. Namun, hibah itu sendiri mempunyai ilmu yang meluas. Belajar dan bergurulah untuk mengetahuinya lebih mendalam. Apabila ilmu tidak ada, kita akan membuat keputusan yang kelak membuatkan ramai insan teraniaya. Apabila sesuatu harta sudah dihibah ketika pemberi hidup, kita tidak berhak mempertikaikannya.

Perkhidmatan Bantuan Pengurusan Harta Pusaka Dari Wasiyyah Shoppe Berhad

Bantuan Pengurusan Harta Pusaka 2020

Jika anda berhasrat untuk memastikan waris atau sesiapa sahaja yang anda ingini (seperti anak angkat, adik beradik, isteri2 atau sesiapa shj) mewarisi harta-harta tertentu seperti rumah, saham amanah, syarikat perniagaan atau apa sahaja bentuk harta mengikut formula yang anda kehendaki tetapi masih mengikut syarak, Satu-satunya pilihan yang anda ada di Malaysia ialah melalui WASIYYAH SHOPPE BERHAD.

Wasiyyah Shoppe Berhad Organisasi Yang Berdaftar Dengan Kerajaan

Bantuan Pengurusan Harta Pusaka Hebat

Wasiyyah Shoppe adalah organisasi yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam sekaligus menjadikan misi dan perjuangannya jelas dan tepat.Wasiyyah Shoppe berdaftar sebagai Francaisor dgn Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) di bawah Akta Francais 1998. Ini bermakna operasi Wasiyyah Shoppe dipantau dan dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan sekaligus menambahkan keyakinan pelanggan.

Wasiyyah Shoppe Memastikan Setiap Permasalahan Pembahagian Harta Pusaka Dapat Diselesaikan Dengan Segera

Bantuan Pengurusan Harta Pusaka Lejen

Objektif Wasiyyah Shoppe adalah menegakkan Sunnah Rasulullah saw di dalam industri sebagai sasaran utama dan kerana itu segala operasi syarikat adalah mematuhi prinsip Syariah sepenuhnya seperti yang dipantau oleh Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Berhad. Wasiyyah Shoppe adalah organisasi yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam sekaligus menjadikan misi dan perjuangannya jelas dan tepat.

Elak Perebutan Harta Melalui Hibah

Perkhidmatan Bantuan Pengurusan Harta Pusaka Terbaik Untuk Keluarga

Hibah adalah sesuatu yang murni dan besar pahalanya. Hibah merupakan pemberian tanpa had atas dasar “kasih sayang” untuk ahli keluarga atau mereka yang disayangi dan ia dilakukan ketika masih hidup. Hibah adalah hak seseorang yang hidup untuk mencapai keredaan Allah. Banyak dalil mengenai hibah, antaranya surah Ali-Imran ayat 133 dan 134. Daripada perspektif muamalah, ini adalah dorongan untuk manusia membuat kebaikan.

Malah, instrumen hibah juga dapat membantu mengurangkan masalah pembekuan harta dalam kalangan masyarakat serta membantu masyarakat membuat perancangan dan pengurusan harta yang lebih efisien. Perancangan dan pengurusan harta semasa hidup juga adalah sebahagian daripada tuntutan agama Islam kepada penganutnya.Ini selari dengan intipati daripada Surah al-Nisa’ ayat 9 yang menegaskan bahawa perlunya perancangan bagi masa depan keluarga dan kebijaksanaan dalam menguruskan kewangan dan harta sebagaimana yang terakam di dalam Surah al-Hasyr menerusi ayat 18.

Perkhidmatan Bantuan Pengurusan Harta Pusaka Terbaik Malaysia

Tidak dinafikan bukan semua orang perlukan hibah. Namun ada keperluan yang mendesak terhadap hibah bagi keluarga yang tertentu. Contohnya antara kita ada yang Allah SWT berikan rezeki melalui pelbagai cara sama ada dalam bentuk banyak harta, anak yang ramai dan sebagai­nya, namun begitu ada juga dalam kalangan kita ada yang kurang bernasib baik… Contohnya, walaupun dikur­niakan harta yang banyak, namun tiada zuriat yang Allah berikan dan sebagai alternatif­nya terpaksa memelihara anak orang lain sebagai anak angkat tetapi terfikirkah kita bahawa anak angkat sama sekali tidak dapat mewarisi harta bapa angkatnya?

Apakah nasib anak angkat tersebut jika tidak ada sebarang perancangan harta kepadanya dengan cara hibah? Begitu juga kepada orang yang tiada anak dan tanpa anak angkat serta mereka yang hanya ada anak-anak perempuan? Untuk golongan yang kritikal ini jika rumah telah dihibahkan kepada pasangan dan anak-anak, maka ia sah menjadi milik mereka. Harta yang SAH TELAH DIHIBAH dengan sendirinya akan terkeluar dari harta pusaka dan dapat mengelakkan dari pertelingkahan di kemudian hari kelak antara waris2 akibat merebut harta tersebut saperti yang banyak berlaku dewasa ini.

Perkhidmatan Bantuan Pengurusan Harta Pusaka Terbaik Padu

Antara Perkhidmatan Dari Wasiyyah Shoppe Berhad Termasuklah :

Bantuan Pengurusan Harta Pusaka Padu

  • Perkhidmatan pengurusan harta pusaka
  • Hibah
  • Harta sepencarian
  • Pewarian perniagaan
  • Al Mutahabbah
  • Pakej pengurusan pusaka Al Wasitah
  • Pengurusan Amanah

Ramai waris dan pelanggan telah menikmati manfaat daripada perkhidmatan Wasiyyah Shoppe dan mereka telah berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Lihat testimoni :

Bantuan Pengurusan Harta Pusaka KL

Bantuan Pengurusan Harta Pusaka Gombak

Bantuan Pengurusan Harta Pusaka Kuala Lumpur

Dapatkan Perkhidmatan Perunding Hibah Harta Pusaka Dari Wasiyyah Shoppe Sekarang!

Wasiyyah Shoppe mempunyai kepakaran menyelesaikan apa jua permasalahan harta pusaka samada yang ringkas, rumit ataupun telah lama bertangguh. Dapatkan perkhidmatan Wasiyyah Shoppe hari ini!

Jom Dapatkan Servis Bantuan Pengurusan Harta Pusaka Sekarang!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Dapatkan Servis Bantuan Pengurusan Harta Pusaka Sekarang!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Dapatkan Servis Bantuan Pengurusan Harta Pusaka Sekarang!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: