Review
Apr 24, 2018, 9:09am

Pengurusan Upah Haji Dan Umrah Di Kota Kinabalu Serendah RM1990


Haji dan umrah merupakan suatu kegiatan rohani yang di dalamnya terdapat pengorbanan, ungkapan rasa syukur, berbuat kebajikan dengan kerelaan hati, melaksanakan perintah Allah, serta mewujudkan pertemuan besar dengan umat Islam lainnya di seluruh dunia. Firman Allah swt. Surah A1 Baqarah Ayat 125.

upah-haji-dan-umrah di Sabah

Alangkah beruntungnya jika dapat merasai sendiri pengalaman menunaikan rukun islam ke lima itu. Tetapi, tidak semua berpeluang untuk menunaikan haji kerana faktor kesihatan mahupun kewangan. Di sini, saya akan menerangkan serba sedikit tentang proses dan hukum upah haji kepada anda.

Apa itu Badal Haji?

Erti Upah Haji ialah mengupah seorang yang telahpun menunaikan Haji dirinya sendiri, untuk melakukan Haji untuk orang lain pula. Orang lain itu samada telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh menyebabkan orang lain itu tidak mampu kesihatan untuk ke Tanah Suci. Haji untuk orang lain seperti ini dinamakan Haji Badal.

upah-haji-dan-umrah dan badal haji

Badal ertinya “Ganti”, “Pengganti”, atau yang “Digantikan”. Oleh itu Badal Haji bermaksud menggantikan orang lain dalam melaksanakan haji yang telah difardhukan atas individu muslim kerana adanya halangan tertentu seperti penyakit, usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun Islam

Kenapa Perlu Lakukan Badal Haji?

Sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut berkenaan badal haji, kita harus menyentuh dahulu berkenaan dengan ibadah Haji. Ibadah Haji seperti yang kita sedia maklum merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima dan wajib untuk dilaksanakan bagi mereka yang beragama Islam. Kewajipan dan kefardhuannya sangat jelas dinyatakan di dalam Al-Quranul Karim. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar akan kewajipan ibadah haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.” – Surah Ali Imran, ayat 97

promosi upah haji dan umrah di sabah

Rasulullah S.A.W juga telah bersabda bagi menegaskan tentang kewajiban menunaikan haji ini yang bermaksud:

“Islam itu dibina atas lima perkara: Kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa (pada bulan) Ramadan.” – (Riwayat Muttafaq Alaih)

Bagi Membolehkan Seseorang Itu Menunaikan Haji, Ada Beberapa Syarat Yang Perlu Dipatuhi Iaitu:

  1. Muslim
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Merdeka
  5. Mampu
  6. Bersama mahram (bagi Jemaah perempuan)

syarat untuk upah haji dan umrah

Salah Satu Daripada Syarat Tersebut, Adalah Mampu. Di Sini Perlu Penghuraian Supaya Kita Faham Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Mampu:

  1. Memiliki bekalan yang mencukupi bagi perjalanan pergi ke Tanah Suci dan perjalanan pulang ke tanah airnya untuk dirinya dan perbelanjaan mereka yang di bawah tanggungannya semasa pemergiannya.
  2. Pengangkutan yang sesuai. Rasulullah s.a.w. pernah ditanya mengenai kemampuan untuk sampai kepadanya yang terdapat dalam ayat 97 surah al-Baqarah yang disebut di atas. Baginda telah menjelaskan maksudnya, ialah bekalan dan kenderaan.

pakej upah umrah dan haji di sabah

Oleh itu, sesiapa yang telah memenuhi segala syaratnya, wajiblah ia mengerjakannya. Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan dalam satu hadisnya bermaksud:

“Sesiapa yang memiliki bekalan dan kemudahan pengangkutan yang menyampaikannya ke Baitullah tetapi ia tidak berhaji, maka tiada halangan baginya untuk mati sebagai Yahudi atau Nasrani.” – (Riwayat Tirmizi dan Baihaqi)

Kemampuan Terbahagi Kepada Dua Iaitu :

  1. Mampu untuk mengerjakan ibadah haji tersebut apabila mempunyai kewangan yang mencukupi serta jasmani yang sihat.
  2. Berkemampuan dengan bantuan orang lain apabila mempunyai kemampuan kewangan tetapi ada halangan kesihatan.

Upah Haji atau Badal Haji ini termasuk dalam kategori yang kedua. Iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan dari sudut kewangan dan syarat-syarat wajib yang lain tapi tidak berkesempatan untuk melakukan ibadah tersebut kerana telah meninggal dunia atau jatuh sakit dan tidak ada harapan untuk sembuh.

kemampuan dalam maksud umrah dan haji

Dalam kes sebegini, Islam mengharuskan ibadah hajinya dikerjakan oleh orang lain dengan pembiayaannya diambil daripada harta si mati atau orang yang mengalami keuzuran tersebut. Ianya bagi membolehkan individu berkenaan terlepas dari tanggungjawab rukun Islam kelima ini.

Apakah Hukum Melakukan Badal Haji?

upah haji dan umrah serendah Rm1999 di Kota Kinabalu

Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya. Kalau ia tidak ada harta peninggalan tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik. Ini pada haji pertama. Adapun jika si mati sudah pernah mengerjakannya, semasa hidupnya maka tidaklah sah dihajikan lagi kecuali jika dia ada bernazar atau dia berwasiat supaya dihajikan

Ke Atas Siapakah Badal Haji Ini Dikenakan?

keutamaan untuk membuat upah haji dan umrah

  1. Kepada individu muslim yang telah meninggal dunia dan belum sempat mengerjakan haji
  2. Kepada individu muslim terlalu uzur dan tiada harapan sembuh

Apakah Syarat-syarat Badal Haji?

  1. Orang yang membadalkan adalah orang yang telah berhaji sebelumnya.
  2. Orang yang dibadalkan telah meninggal dunia atau masih hidup namun tidak mampu melaksanakan ibadah haji karena sakit atau telah berusia senja
  3. Orang yang dibadalkan hajinya mati dalam keadaan Islam.
  4. Diusahakan yang membadalkan lebih baik dari kalangan ahli keluarga dan lebih utama anak kandungnya sendiri. Namun, sekiranya tidak mampu, kami akan usaha untuk membantu tuan/puan.

syarat untuk upah haji dan umrah

Bagaimana Pula Pelaksanaan Badal Haji Dilakukan?

  • Upah Haji akan dilaksanakan oleh Haji & Hajah yang menetap di Kota Mekah yang terdiri daripada para ustaz, mutawif, pelajar ataupun penduduk Mekah yang berpengalaman luas dalam mengerjakan ibadah Haji setiap tahun..
  • Sijil dan juga cenderahati akan diberi setelah selesai pelaksanaan haji, tempoh sekitar sebulan atau dua bulan selepas dari musim haji.
  • Sebarang pertukaran alamat hendaklah dimaklumkan bagi memudahkan proses penghantaran sijil dan cenderahati.
  • Pihak pengurusan akan menghantar sijil dan juga cenderahati melalui kurier sekiranya waris diluar kawasan pihak pengurusan.

pelaksanaan upah haji dan umrah dari syarikat berdaftar

Anda Mencari Perkhidmatan Badal Haji Dan Umrah Yang Murah?

Jika ya, Khidmat pakar Nurmultazam Travel adalah tempatnya. Ya, Nurmultazam Travel adalah syarikat berdaftar pelaksana Upah Haji 2018 yang berpengalaman dalam menyediakan khidmat Upah Haji dan Umrah dengan telus dan amanah yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.

upah badal umrah dan haji murah di kota kinabalu

Kenapa Perlu Memilih Nurmultazam Travel Untuk Pengurusan Badal Haji Dan Umrah?

  • Syarikat Berdaftar Pelaksana Upah Haji 2018
  • Servis Yang Pantas Dan Profesional.
  • Semua Urusan Direkodkan Dan Mempunyai Invois Serta No Siri Resit Pembayaran
  • Tiada Caj Tersembunyi
  • Tiada Orang Tengah

agensi pengurusan upah umrah dan haji murah di kota kinabalu

Nurmultazam Travel Menawarkan Badal Haji dan Umrah Serendah RM1990

Nurmultazam Travel juga menawarkan perkhidmatan Upah Haji atau Badal Haji bagi orang-orang yang telah meninggal dunia atau uzur. Urusan Badal Haji ini akan dilaksanakan oleh petugas-petugas mereka yang berada di tanah haram Mekah dan Madinah. Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang ada kemampuan tetapi tidak dapat untuk menunaikan haji kerana adanya halangan seperti penyakit, keuzuran kerana tua atau telah meninggal dunia, maka anda mempunyai kewajipan untuk menunaikan Badal Haji bagi menggantikannya.

upah badal haji dan umrah di sabah

Dengan menawarkan pengurusan badal Haji dan Umrah serendah RM1990, Nurmultazam Travel percaya pakej yang disediakan begitu mampu milik dan tidak membebankan individu. Harga yang ditawarkan juga saya lihat antara yang termurah di Kota Kinabalu, Sabah. Nurmultazam Travel tidak tertumpu pada caj yang lumayan, asalkan individu yang berniat baik dalam mencari badal haji dan umrah untuk orang kesayangan mereka tercapai hasrat dan impian mereka dalam menunaikan islam yang ke lima ini.

Bayaran Secara Ansuran Juga Diterima di Nurmultazam Travel

Harga asalnya adalah RM1990. Anda perlu membayar deposit terlebih dahulu sebanyak RM200 sebagai tanda persetujuan anda ingin menggunakan perkhidmatan mereka. Manakala bayaran penuh pula perlu diselesaikan selewat-lewatnya sebulan sebelum Hari Raya Aidiladha.

bayaran ansurans untuk upah haji dan umrah di sabah

Pengurusan Upah Haji Dan Umrah Yang Telus Dan Amanah Oleh Nurmultazam Travel

Sering kita dengar, banyak agensi haji dan umrah yang menawarkan perkhidmatan upah haji dan umrah. Jika diteliti, kebanyakan iklan badal haji tersebut  tidak mempunyai sebarang rujukan sama ada ditawarkan syarikat berdaftar, selain hanya memaparkan nama individu tertentu untuk dihubungi dan alamat sesawang. Jangan bazirkan wang anda dengan pakej lumayan yang ditawarkan jika sumber yang diberi tidak lengkap. Adalah disarankan untuk anda mencari agensi yang telus, amanah dan dipercayai seperti dari Nurmultazam Travel. Mereka telah berpengalaman dalam pengurusan badal Haji dan Umrah dan telah banyak testimoni pengguna yang berpuas hati dengan servis yang ditawarkan mereka.

jemaah haji dan umrah dari sabah

Nurmultazam Travel Memudahkan Pengurusan Kedua Belah Pihak

Mungkin ada dikalangan kita tidak sempat untuk bertemu dengan pihak pengurusan badal haji atas faktor kekangan masa untuk bertemu. Tidak perlu risau kerana, Lafaz akad badal haji boleh juga melalui telefon / WhatsApp. Anda boleh terus nyatakan kepada pihak Nurmultazam Travel nama waris yang terlibat melalui aplikasi whatsapp. Selain itu, apabila urusan badal haji telah dilaksanakan pihak mereka akan menghubungi Tuan/Puan setelah sijil & cenderahati mereka telah terima dari Ustaz di Mekah.

upah haji dan umrah di kota kinabalu

Jadi, Apakah Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Menempah Pakej Badal Haji Ini?

  1. Berikan Nama Individu yang dihajatkan :
  2. Nama Waris :
  3. No K/P Waris :
  4. No Telefon Waris :
  5. E-mail Waris :
  6. Alamat Waris :

Hantarkan maklumat di atas kepada Nurmultazam Travel & Services menerusi:

  • WhatsApp ke 013-8047579 atau
  • E-mail ke multazam_nur@yahoo.com

hantar whatsapp untuk urusan upah haji dan umrah di kota kinabalu

Nurmultazam Travel Servis Terbaik Dalam Pengurusan Haji Dan Umrah

Lihat sahaja testimoni dibawah ternyata Nurmultazam Travel begitu mementingkan kualiti dan khidmat yang mesra pelanggan.

review pelanggan upah haji dan umrah di kota kinabalu feedback pelanggan upah haji dan umrah di kota kinabalu testimoni pelanggan upah haji dan umrah di kota kinabalu

Tunggu Apa Lagi, Booking Upah Haji dan Umrah Sekarang!

Nurmultazam Travel nama yang tidak asing lagi dari kalangan pelanggannya yang senantiasa menawarkan servis dan perkhidamatan terbaik dalam pengurusan upah haji dan umrah di Kota Kinabalu, Sabah. Oleh itu, jika anda berminat hendak menggunakan perkhidmatan dari mereka segera hubungi mereka di talian di bawah :

pakej umrah dan haji untuk orang sabah

NUR MULTAZAM TRAVEL & SERVICES SDN BHD | PENGURUSAN UMRAH DAN HAJI DI SABAH
Hotline: Tekan untuk telefon (013-8047579) | Tekan untuk WhatsApp
No Pejabat: Tekan untuk telefon (088-216366)
Facebook: Nurmultazam Travel & Services
Instagram: @nurmultazamtravel
Website: https://www.nurmultazam.com

Alamat Pejabat:
NUR MULTAZAM TRAVEL & SERVICES SDN BHD
Lot 29, 1st Floor, Grace Square, Jalan Pantai Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: