Review
Jan 5, 2015, 3:01pm

Pengalaman Menonton Teater Tahajjud Cinta di Istana Budaya


  •  
  •  
  •  
  •  
Hariz

MashaAllah. Alhamdulillah Ya Allah. Satu pengalaman yang hebat bila menonton teater tahajjud cinta sirah rasulullah di Istana budaya. Bila menonton teater itu buat saya terfikir dan terimbas kembali kenangan semasa zaman persekolah. Dulu, pernah saya membintangi beberapa watak dalam teater dan guru mengajar saya dengan pelbagai seni sebagai seorang pelakon teater. Apa yang susahnya adalah perlu menghafal dialog dan wajib menjiwai setiap watak yang kita bawa. Haaa, ingat senang ke? Bawa watak dalam teater itu jauh lebih susah berbanding filem tahu.

Teater Tahajjud Cinta Istana Budaya

Teater Tahajjud Cinta Istana Budaya

Dalam Teater Tahajjud Cinta yang berlangsung dari 3 Januari 2014 – 6 Januari 2014 pihak pengajur bijak dengan membawakan nama-nama besar dalam industri seni tempatan dan indonesia. Antaranya ialah Ellie Suriaty, Datuk Rahim Razali, Umie Aida, Beto Kusyairy, Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie dan Tegar (Indonesia).

Teater Tahajjud Cinta

Barisan Pelakon Teater Tahajjud Cinta

Berdasarkan pengalaman saya yang memang bidang dalam teater di zaman persekolahan. Hihihi. Tarikan teater selama 2jam ini ialah set dan props pentas pementasan yang betul-betul mengikut keadaan sezaman. Bermula dengan sirah rasulullah daripada Jahilliyah sembah berhala, Kelahiran Rasulullah, Perjuangan Rasulullah menyucikan kota mekah sehinggalah kepada kewafatan rasulullah.

Teater Tahajjud Cinta Istana Budaya 1

Aksi Teater Tahajjud Cinta

MashaAllah, bagi saya sangat cemerlang, barisan pelakon yang menjiwai watak mereka dan beberapa selingan lagu daripada Datuk Siti Nurhaliza memang betul kena timing. Selain itu, Erma fatima juga pandai menggunakan pentas dan dewan dengan membawakan pelakon keluar daripada depan pentas, belakang pentas membuatkan penonton macam saya ni tak bosan.

Teater Tahajjud Cinta Istana Budaya 2

Teater Tahajjud Cinta Istana Budaya

Teater Tahajjud Cinta Sirah Rasulullah ini amat sesuai ditonton bersama keluarga dari anak hingga ke nenek. Sekurang-kurangnya bagi yang terlupa akan sirah riwayat rasulullah sebagai pemberi syafaat di akhirat kelak dapatlah ingat semula dan dalam masa yang sama inshaAllah dapat memupuk rasa cinta pada Rasulullah S.A.W dan agama ISLAM itu sendiri. Tahniah Erma Fatima !

Teater Tahajjud Cinta Istana Budaya 6

Teater Tahajjud Cinta Istana Budaya

InshaAllah bagi anda yang berada di Kuala Lumpur,  Selangor dan kawasan yang sewaktu dengannya. Tiket untuk menyaksikan drama muzikal Sirah Rasulullah S.A.W Tahajjud Cinta masih ada dan ditayangkan dari 3 hingga 6 Januari 2015 ini. Harga tiket adalah seperti berikut :

Teater Tahajjud Cinta Istana Budaya 5

Teater Tahajjud Cinta Istana Budaya

RM53 , RM103 , RM153 , RM203 , RM253 . RM 403. Untuk  tempahan secara online anda boleh ke : www.airasia.redtix.com atau terus sahaja walk in.

ProfHariz : Percayalah ini pelaburan yang baik untuk kita berhibur sambil menderma bersama keluarga. Semoga kita dapat bertemu rasulullah kelak. InshaAllah

Sumber gambar : Azlan Yaacob