Umum
Aug 9, 2018, 6:22pm

Pengalaman Menggunakan Serverfreak vs Exabytes Web Hosting Terbaik di Malaysia


  •  
  •  
  •  
  •  

Sekiranya anda membaca teks ini, besar kemungkinan ada merupakan seorang pembangun web (web developer) atau pereka laman web (web designer). Apabila kita sudahpun menyiapkan kerja kita dalam mereka bentuk atau membangun sesebuah laman web atau sistem web, perkara yang seterusnya adalah untuk meletakkannya di sebuah web hosting. Mungkin kita berpengalaman untuk membina atau mereka bentuk sesuatu sistem atau sesuatu laman web, tapi apabila tiba bab untuk hosting, ia adalah satu perkara yang berbeza.

Serverfreak Vs Exabytes Server

Memahami kehendak dan keperluan untuk laman web anda adalah suatu perkara yang amat penting dan anda harus memastikan bahawa anda memilih syarikat web hosting yang sesuai. Oleh itu, adalah amat penting bagi anda yang ingin melanggan perkhidmatan web hosting untuk mengenalpasti apakah keperluan-keperluan yang mesti ada dalam pakej web hosting tersebut. Anda mungkin bertanya pada diri anda sendiri soalan-soalan seperti berikut:

  • Apakah jenis laman web yang anda sedang bangunkan?
  • Apakah platform atau framework yang anda gunakan (contoh: CMS seperti WordPress, Joomla dan sebagainya)
  • Adakah anda sedang membangun website blogging, atau anda sedang membangunkan laman web korporat? Ataupun adakah anda sedang membangun suatu sistem yang memerlukan web hosting?
  • Berapakah anggaran pengunjung ke laman web anda sekiranya laman web anda sudahpun online?
  • Adakah anda akan membangun laman web yang lain pada masa akan datang?

Serverfreak Vs Exabytes Komuniti

Terdapat beberapa faktor yang harus diambil kira apabila memilih hosting yang sesuai, melalui pengalaman dari kebanyakan orang terutamanya di kalangan komuniti pembangun-pembangun sistem pereka bentuk laman web di sini, mereka menggunakan hosting ServerFreak dan Exabytes. Persoalannya adalah perbandingan mengenai pengalaman menggunakan ServerFreak vs Exabytes dan yang manakah merupakan web hosting yang terbaik di Malaysia. Kita akan meninjau pengalaman tersebut melalui kriteria-kriteria yang penting bagi menentukan sama ada web hosting tersebut adalah web hosting yang terbaik. Mari kita lihat.

Jumlah Atau Kapasiti Storan (Amount of Storage / Storage Capacity)

Salah satu kriteria yang utama di mana kita boleh membuat perbandingan mengenai pengalaman menggunakan ServerFreak vs Exabytes yang mana merupakan web hosting yang terbaik di Malaysia adalah jumlah atau kapasiti storan (storage capacity) yang disediakan oleh syarikat web hosting tersebut. Nyatalah bahawa saiz atau kapasiti storan adalah bergantung kepada pakej hosting yang diambil oleh pelanggan. Mari kita lihat perbandingan antara ServerFreak dan Exabytes dalam jadual ini:

Serverfreak Vs Exabytes Banding

Serverfreak Vs Exabytes Harga
Pakej Shared Hosting yang ditawarkan oleh Serverfreak (dipetik dari laman web ServerFreak)
Serverfreak Vs Exabytes Pakej
Pakej Shared Hosting yang ditawarkan oleh Exabytes (dipetik dari laman web Exabytes)

ServerFreak menawarkan hosting yang termurah dengan pakej RM8.99 sebulan dengan saiz storan sebanyak 3GB, walau bagaimanapun hanya RM29.99 anda sudahpun boleh memilih pakej Ebiz Gold dari Exabytes yang hanya bernilai RM29.99 sebulan! Harga yang amat berbaloi jika dibandingkan dengan pakej dengan harga yang terdekat oleh ServerFreak iaitu 25GB untuk RM24.92 sebulan, malah pakej Ultimate untuk ServerFreak tidak dapat ditandingi oleh pakej EBiz Gold yang ditawarkan oleh Exabytes.

Tambahan pula, Exabytes juga menawarkan upgrade dengan hanya RM10 sahaja untuk anda dapat menggunakan storan berbentuk SSD (yang mana website loading anda akan menjadi 10x lebih cepat), dan kesemua pakej Exabytes dilengkapi dengan SSL HTTPS percuma! Oleh itu sekiranya kita melihat perbandingan antara ServerFreak vs Exabytes sebagai web hosting terbaik di Malaysia, dari segi storan kelihatan jelas bahawa Exabytes lebih menguntungkan sekiranya dibandingkan dengan harga pakej yang ditawarkan.

Bilangan Domain dan Subdomain

Apabila anda sudah host sesebuah laman web, besar kemungkinan anda akan host laman web yang kedua, seterusnya laman web yang ketiga, dan sebagainya. Nyatalah anda akan menghadapi sedikit kesukaran untuk menguruskan laman-laman web ini sekiranya ia di-host oleh beberapa web hosting yang berlainan. Oleh itu, untuk memudahkan pengurusan laman-laman web yang berbeza, anda mungkin akan mengambil pakej hosting yang membenarkan anda host domain-domain yang berbeza, iaitu anda boleh host lebih dari satu domain / subdomain pada hosting anda. Kebiasannya terdapat had bilangan subdomain yang ditawarkan bergantung kepada pakej yang diambil.

Serverfreak Vs Exabytes Domain

Kita buat perbandingan antara ServerFreak dan Exabytes dalam pengalaman menggunakan SeverFreak dan Exabytes web hosting terbaik di Malaysia. Perbandingan ini dibuat menggunakan pakej asas yang tertinggi merujuk kepada pakej-pakej yang dinyatakan di atas (Ultimate Hosting untuk ServerFreak vs EBiz Gold untuk Exabytes). Mari kita lihat perbandingan antara dua pakej ini dalam pengalaman menggunakan ServerFreak vs Exabytes dan tentukan yang manakah web hosting yang terbaik di Malaysia.

Serverfreak Vs Exabytes Ultimate SeverFreak Ultimate Hosting (RM699/year) 100GB RAID 10 Powered storage 30 Domains allowed (dibenarkan untuk hosting sehingga 30 domain) (* dipetik secara langsung dari laman web ServerFreak)
Serverfreak Vs Exabytes GoldExabytes EBiz Gold (RM29.99/month = RM360/year) 500GB disk space (+ 10 for SSD storage) Host 50 websites (dibenarkan untuk hosting sehingga 50 domain) (* dipetik secara langsung dari laman web Exabytes)

Jelas di sini bahawa Exabytes menawarkan value-for-money yang tidak terhingga dengan menawarkan pakej yang lebih murah tetapi mempunyai kuota domain / subdomain yang lebih tinggi berbanding dengan ServerFreak.

Tambahan pula, hanya dengan upgrade sebanyak RM10 sahaja, anda boleh memilih untuk melanggan pakej hosting beserta SSD yang mana kesemua content laman web anda akan disimpan dalah peranti SSD atau Solid State Drive. SSD mempunyai capaian data yang lebih pantas berbanding dengan hard disk biasa kerana SSD menggunakan cip digital untuk storan data (yang mana ia menggunakan kuasa yang lebih rendah di samping membolehkan capaian data yang lebih cepat) berbanding dengan hard disk biasa (menggunakan cakera magnetik untuk storan data, yang mana kerosakan data berpunca daripada hard disk tercalar merupakan satu risiko yang mungkin akan berlaku.), di samping kelajuan capaian data adalah bergantung kepada sejauh dan sepantas mana cakera magnetik tersebut dapat berputar (kebiasaannya dalam 5,400 hingga 7,200 rpm atau pusingan seminit). RPM yang tinggi bermaksud capaian yang lebih cepat tetapi ada risiko sampingan kegagalan hard disk lebih tinggi akibat putaran cakera magnetik yang lebih laju.

Ketahui bagaimanakah Exabytes menawarkan SSD shared hosting yang terbaik! Anda boleh baca artikel ini: https://profhariz.com/alasan-kenapa-exabytes-web-hosting-malaysia-terbaik/

Polisi Bayaran Balik / Refund Policy

Sejak dua menjak ini, kebanyakan syarikat web hosting menawarkan jaminan pulangan wang (refund policy) yang mana anda boleh mencuba web hosting yang ditawarkan oleh syarikat web hosting tersebut dan anda boleh menentukan sama ada anda ingin meneruskan atau menamatkan langganan anda. Anda perlu berhati-hati dan berwaspada untuk menentukan bilakah tarikh tamat tempoh jaminan tersebut, kerana sekiranya tarikh tersebut telah luput maka anda harus meneruskan tempoh langganan tersebut sehingga genap setahun.

Serverfreak Vs Exabytes Terima Wang

Sebelum anda menentukan apakah web hosting yang terbaik di Malaysia dengan mengambil kira polisi bayaran balik / refund money atau erti kata lain money back guarantee ini, anda boleh mengajukan soalan-soalan seperti berikut kepada syarikat web hosting tersebut:

  • Adakah saya akan mendapat bayaran penuh sekiranya saya menamatkan langganan saya sebelum tarikh luput jaminan?
  • Berapakah caj yang dikenakan sekiranya saya menamatkan langganan saya selepas tempoh jaminan tersebut?
  • Adakah saya dikenakan caj pembatalan (cancellation charges) sekiranya saya menamatkan langganan saya?

Dalam pengalaman menggunakan ServerFreak vs Exabytes untuk menentukan apakah web hosting yang terbaik di Malaysia, perbandingan dibuat di atas tempoh jaminan yang ditawarkan oleh ServerFreak dan Exabytes.

Serverfreak Vs Exabytes 30 Hari

Jaminan oleh syarikat web hosting ServerFreak (dipetik dari laman web ServerFreak)

ServerFreak menawarkan jaminan duit dikembalikan sekiranya anda tidak berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh web hosting ini. ServerFreak mengambil berat tentang perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggannya dan mereka akan komited untuk memulangkan wang anda sekiranya anda merasakan perkhidmatan yang diberikan adalah kurang daripada jangkaan anda.

Walau bagaimanapun, berdasarkan pengalaman menggunakan ServerFreak vs Exabytes web hosting terbaik di Malaysia, kita dapati Exabytes menawarkan jaminan yang lebih menarik:

Serverfreak Vs Exabytes Guarantee

Jaminan oleh syarikat web hosting Exabytes (dipetik daripada laman web Exabytes)

Exabytes memberi jaminan bayaran balik penuh (Full Money-Back Guarantee) dalam masa 100 hari anda melanggan perkhidmatan atau servis yang ditawarkan oleh Exabytes. Selain daripada tawaran tempoh jaminan 100 hari, Exabytes juga memberi jaminan server uptime sekurang-kurangnya sebanyak 99.5% dan network uptime sekurang-kurangnya 99.9%! Tambahan pula Exabytes menawarkan perkhidmatan bantuan teknikal (technical support) secara 24jam x 7 hari, bermakna sekiranya ada sebarang masalah mengenai laman web anda, anda boleh menghubungi mereka untuk membantu anda menyelesaikan masalah tersebut. Ini adalah jaminan daripada Exabytes.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Exabytes? Anda boleh baca artikel ini: https://profhariz.com/alasan-kenapa-exabytes-web-hosting-malaysia-terbaik/

Faktor-Faktor Yang Anda Harus Ambil Tahu Sebelum Menentukan Web Hosting Yang Sesuai Untuk Laman Web Anda

Dalam pengalaman perbandingan perkhidmatan atau servis yang disediakan oleh ServerFreak dan Exabytes dalam menentukan yang manakah web hosting yang terbaik di Malaysia, selain daripada perkara-perkara yang dinyatakan di atas, faktor-faktor lain yang perlu diambil kira sebelum menentukan web hosting yang sesuai termasuklah kebolehgunaan dan mesra pengguna (usability and user-friendliness) terutama sekali bagi mereka yang baru sahaja melanggan web hosting buat pertama kali, fasiliti untuk backup, perkhidmatan selepas jualan (after-sales service), kos untuk pembaharuan domain dan web hosting, kebolehupayaan untuk menaiktaraf pakej web hosting anda dan banyak lagi.

Serverfreak Vs Exabytes Hosting

Walau bagaimanapun, kesemua fakta-fakta di atas adalah untuk rujukan sahaja dan kemungkinan besar bukan semua orang yang membaca artikel ini mempunyai pendapat yang sama. Walau bagaimanapun, anda sebagai pengguna mampu membuat pililan yang terbaik dalam memilih web hosting yang terbaik di Malaysia, berdasarkan apakah perkhidmatan yang anda inginkan, apakah fitur-fitur yang anda kehendaki secara khusus mengenai langganan hosting yang anda ambil, dan juga sama ada anda akan berpuashati dengan servis atau perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat web hosting yang anda pilih.

Dapatkan Perkhidmatan Exabytes Web Hosting Terbaik Malaysia Untuk Domain Dan Website Anda

Sejak tahun 2001, syarikat Exabytes telahpun memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti web hosting, e-mail hosting, VPS, pendaftaran domain, dedicated servers dan sebagainya untuk membantu para peniaga khususnya daripada golongan IKS / SME untuk membangun serta mengembangkan perniagaan mereka secara online. Kini, Exabytes telah membantu lebih daripada 100,000 pelanggan yang terdiri dari peniaga kecil / IKS / SME, badan korporat dan juga badan-badan kerajaan di 121 negara, di samping menguruskan lebih daripada 1000 servers yang kini menghostkan lebih 100,000 laman web dan lebih 1,000,000 akaun email.

exabytes-hosting

Pengalaman selama 18 tahun dalam pengurusan server dan web hosting menjadikan Exabytes mampu untuk menyediakan platform web hosting bagi pelanggan-pelanggan mereka yang tiada tandingannya berbanding syarikat-syarikat web hosting yang lain. Dengan jaminan 99.9% network uptime dan 99.5% server uptime, syarikat Exabytes akan dapat memberikan perkhidmatan web hosting yang terlaju dan boleh dipercayai. Layari laman web www.exabytes.my untuk melanggan perkhidmatan web hosting bagi laman web anda.