Review
Apr 30, 2018, 5:31pm

Pengalaman Menggunakan Produk Forever Living Aloe Vera Untuk Sihat


forever living aloe vera

Bila berbicara tentang produk Forever Living, pasti semua tahu akan popularnya produk ini dalam dunia perubatan. Forever Living produk tak sama seperti syarikat lain yang sekadar mengeluar dan memasarkan produk. Bahan mentah syarikat lain dibeli dari sumber luar yang biasanya dirahsiakan dari pengguna dan pengedar. Tapi Forever Living tidak begitu. Syarikat ini mengeluarkan dan memasarkan produk berasaskan aloe vera tulen yang dipetik dari ladang aloe vera organiknya sendiri. Jom lihat 3 produk Forever Living serta pengalaman pengguna yang mengamalkannya di bawah.

#1. Forever Living Stabilized Aloe Vera Gel Meningkatkan Kesihatan Secara Umum

kelebihan forever living aloe vera

Daun Aloe Vera boleh dikatakan daun ajaib. Ia mengandungi lebih 200 sebatian. Forever Aloe Vera Gel sememangnya dihasilkan daripada daun aloe vera asli, melalui proses penstabilan yang dipatenkan. Ia sesuai untuk bagi orang sihat untuk mengekalkan kesihatan. Ia juga bagus untuk yang menghadapi sebarang masalah kesihatan dan membantu proses penyembuhan.

Forever Living Stabilized Aloe Vera Gel Berkesan Mencuci Kotoran Pada Saluran Usus

forever living aloe vera mencuci usus dengan berkesan

Forever Aloe Vera Gel sangat digemari kerana ia sangat berkesan untuk mencuci kotoran. mendapan dan kerak yang terdapat pada saluran usus. Sekalipun kotoran dan mendapan di usus sudah bertahun-tahun dan amat degil untuk disingkirkan, kelembutan pada Forever Aloe Vera Gel mampu meresap dan menanggalkan ia daripada terus terlekat pada usus. Kesannya, usus menjadi bersih. Ini membolehkan lebih banyak nutrien makanan dapat diserap dengan baik. Seterusnya, badan akan jadi lebih sihat dan bertenaga sekaligus mampu melawan pelbagai penyakit lain dalam badan secara semulajadi. Dari segi luaran pula, perut akan kelihatan lebih kempes.

Forever Living Stabilized Aloe Vera Gel Menjadikan Badan Lebih Bertenaga

lebih bertenaga dengan forever living aloe vera

Makanan yang kita ambil selama kita hidup akan termendap dan menyelaputi usus. Akibatnya, segala khasiat dalam makanan sihat yang kita makan gagal diserap oleh badan. Badan akan kurang bertenaga. Segala nutrien lain gagal diserap menyebabkan proses penyembuhan penyakit menjadi lambat dan tidak berkesan. Forever Aloe Vera Gel, lembut pada badan dan usus kita tetapi sangat berkesan menanggalkan mendapan kotoran pada usus supaya usus kembali bersih dan badan lebih bertenaga. Selain itu, terdapat pelbagai khasiat lain yang juga terkandung dalam Forever Aloe Gel.

Forever Living Stabilized Aloe Vera Gel Memperkuatkan Sistem Imun Badan

forever living aloe vera menguatkan imun badan

Forever Aloe Vera Gel dimantapkan untuk membekalkan anda dengan asid amino, vitamin, mineral, polisakarida, enzim dan berbagai-bagai faktor kesihatan yang lain untuk membantu memperkuatkan system imun dan pemulihan anda. Ia dapat membantu meningkatkan kesihatan secara umum.

Forever Living Stabilized Aloe Vera Gel Minuman Wajib Untuk Anda Jika Anda:

  • Berhasrat untuk mencari penawar berkhasiat untuk meredakan sebarang kesakitan tetapi tidak tahu hendak memilih yang mana satu makanan kesihatan yang baik untuk anda.
  • Sekadar berhasrat untuk mengekalkan kesihatan anda.
  • Melancarkan sistem penghadaman.
  • Mengurangkan kebas-kebas badan dan anggota.
  • Menurunkan berat badan anda (elok diambil bersama Forever Arctic-Sea).
  • Mengurangkan kolestrol dalam darah. (boleh konsumsi set detox untuk bantuan khasiat penurunan kolestrol harian).
  • Merawat dan mengurangkan kesan strok (diambil bersama Forever Arctic Sea dan Forever Bee Honey).

minuman kesihatan forever living aloe vera

Berdasarkan Testimoni Pelanggan, Ada 20 Khasiat Yang Diperolehi Daripada Forever Aloe Vera Iaitu:

  1. Membantu hentikan pertumbuhan tumor (boleh diambil bersama Arctic Sea, Pomesteen dan Bee Propolis)
  2. Merendahkan kadar kolestrol (diambil dalam set detox harian)
  3. Memperbaiki sel darah
  4. Mengawal dan merawat gout
  5. Menghalang penyakit ‘kidney stone’
  6. Memudahkan penyingkiran kefien daripada kopi dan teh
  7. Menghalang penyakit ulser dan penyakit sistem penghadaman
  8. Memberi kesimbangan asid/alkali dalam badan
  9. Mengurangkan tekanan darah tinggi, bukan sekadar merawat kesan-kesan sekaligus merawat punca darah tinggi
  10. Menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien dalam badan
  11. Menghentikan kanser usus
  12. Menghilangkan buasir
  13. Sebagai pelincir untuk sistem perkumuhan yang lebih baik
  14. Meneutralkan kadar gula dalam darah
  15. Memelihara buah pinggang
  16. Menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)
  17. Mengawal gastrik
  18. Memperbaiki sel kulit yang rosak dan sekaligus menghasilkan kulit/wajah yang lebih cantik.
  19. Menurunkan perut buncit (diambil dalam set detoks harian)
  20. Menurunkan berat badan (kesan lebih ketara bila diambil dalam set Clean 9 – untuk rawatan penuh detoks secara insentif dalam program berjadual 9 hari)

antara kelebihan forever living aloe vera

2. Forever Arctic Sea Produk Terbaik Menurunkan Kolesterol Dalam Badan

Tahukah anda bahawa kandungan kolestrol dalam badan anda hanya dapat dikesan apabila ia telah mencecah 70% dalam badan. Ini bermaksud, risiko untuk terkena serangan jantung, strok, hipertensi dan penyakit pembunuh lain adalah tinggi. Telah terbukti Arctic-Sea boleh mencairkan kolestrol tidak baik dalam badan anda. Ia dihasilkan daripada minyak ikan semulajadi yang kaya dengan asid lemak penting, Omega 3 dan Omega 9, 100% untuk keperluan tubuh badan anda!

forever living artic sea menurunkan kolesterol

Forever Arctic Sea Menyokong Fungsi Peredaran Darah Dengan Baik

Asid lemak ini tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan tetapi ia sangat penting untuk kesihatan otak, mata dan jantung. Asid lemak Omega 3 telah dibuktikan bagi membantu menyokong fungsi peredaran darah. Ia juga mampu membantu tubuh anda mengekalkan ‘kolestrol baik’ (HDL) dan mencairkan ‘kolestrol jahat’ dalam tubuh anda. Benar!

khasiat forever living artic sea

Gabungan Buah Zaitun Dalam Forever Arctic Sea Terbaik Untuk Tubuh Badan

Satu lagi keistimewaan Arctic-Sea berbanding minyak ikan lain di pasaran adalah gabungannya dengan minyak zaitun yang dipatenkan dan tidak boleh ditiru oleh mana-mana pengeluar lain. Mari kita lihat keisitimewaan minyak zaiton pula. Buah zaitun adalah antara buah yang disebut di dalam kitab suci al-Quran (disebut sebanyak 7 kali). Ia mengandungi asid lemak tidak tepu yang mampu merendahkan pembentukan dan pengumpulan kolestrol. Buah zaitun juga mempunyai garam kalsium, kalsium elenolik, antioksidan, beta karotena dan sebagainya.

gabungan artic sea dan badam khasiat untuk turunkan kolesterol

Minyak Zaitun Asli Mempunyai Khasiat:

  • Mencuci dan membaik pulih perut
  • Menjadi penawar kepada kesan racun.
  • Merawat penyakit gastrik
  • Menggalakkan fungsi buah pinggang
  • Mengurangkan risiko kanser payudara
  • Mencantikkan kulit
  • Antioksidan pada minyak zaiton mencegah radang dan pembekuan darah
  • Menyingkirkan cacing dalam badan
  • Mencegah penyakit jantung
  • Dan lain-lain lagi.

kelebihan forever living artic sea untuk kesihatan

Sekarang, cuba anda bayangkan apabila khasiat minyak ikan yang mengandungi Omega 3 dan Omega 9 digabungkan sekali dengan minyak zaitun dalam Forever Arctic-Sea!

Testimoni Pengguna Menceritakan Bagaimana Mereka Memakan Forever Arctic-sea Untuk Merawat Penyakit Berikut:

  • Masalah kolestrol berlebihan.
  • Berat badan berlebihan
  • Darah tinggi
  • Strok
  • Diabetes (kencing manis)
  • Gout
  • Sakit jantung
  • Darah rendah
  • Sembelit
  • Dengkur
  • Jerawat
  • Senggugut

masalah kesihatan yang diatasi dengan artic sea

Nak Sihat Hingga Ke Tua, Amalkan Forever Arctic-sea

Untuk anda yang sihat, anda digalakkan untuk mengambil Forever Arctic-Sea untuk menjaga kesihatan yang berterusan. Jangan tunggu sakit, baru ingin menjaga kesihatan kerana semua orang tahu, mencegah lebih baik daripada merawat. Kombinasi minyak ikan dan minyak zaiton berkualiti ini mampu menyingkirkan kolestrol jahat dalam badan anda dengan lebih berkesan jika diambil secara tertatur. Kandungan lemak tidak tepu di dalamnya membantu mereka yang mengalami masalah kolestrol untuk menyingkirkan kolestrol jahat dalam salur darah. Ia juga bagus untuk kecerdasan otak.

kelebihan dan khasiat forever living aloe vera dan artic sea

Forever Arctic-Sea Hebat Dalam Menurunkan Kadar Kolestrol Dalam Badan

Biasanya kita menganggap bahawa orang gemuk memang banyak kolestrol Tetapi, orang kurus juga boleh mempunyai banyak kolestrol yang terkumpul dalam saluran darah tanpa kita sedari. Sebenarnya, kolestrol boleh menjadi masalah kepada semua orang tidak kira gemuk atau kurus. Kolestrol dalam badan mempunyai ikatan molekul yang sukar untuk dipisahkan. Demonstrasi ini menunjukkan bagaimana Forever Arctic Sea sangat lebut pada tubuh badan manusia tetapi handal menghuraikan kolestrol dalam badan. Jika pengambilannya digabungkan dengan Forever Aloe Vera Gel, proses menyingkirkan lemak berlebihan dan menurunkan berat badan dengan cara sihat akan lebih pantas berbanding produk diet lain.

rahsia turunkan kolesterol dengan forever living aloe vera dan artic sea

3. Forever Pomesteen Power Minuman Hebat Untuk Lelaki Dan Wanita

Minuman campuran terbaik buah-buahan dengan antioksida yang tinggi seperti buah delima, beri biru, beri hitam, manggis, pir, raspberi dan ekstrak biji anggur. Jika diamalkan dengan cara yang betul, ia bagus untuk menentang sel-sel kanser. Selain itu, ia membantu menambahkan kembali hormon-hormon dalam badan untuk lelaki dan wanita. Pengamal yang meminum Pomesteen Power juga akan menikmati kesan awet muda.

forever living pomesteen

Forever Pomesteen Power Meningkatkan Tenaga Dalam Dan Melawan Pelbagai Penyakit!

Jus minuman terbaik yang pernah anda temui. Ia bagus untuk memberikan tenaga dan melawan penyakit. Ia juga membantu lekai dan wanita mengatasi masalah yang mengalami masalah yang berkaitan dengan kekurangan hormon dan meningkatkan tenaga dalaman.

bahan dalam forever living pomesteen

Selain membantu penyembuhan pelbagai penyakit, jus ini menggalakkan pembinaan kolegen dan sekaligus mencantikan kulit. Jika sihat, sembuh dan cantik adalah impian anda, semestinya Pomesteen Power menjadi pilihan. Mari kita lihat antara khasiat dan kehebatan buah-buahan yang ada dalam Forever Pomesteen Power.

Berminat Nak Jadi Pengedar,Stokis Atau Dropship Juga Amat Dialu-Alukan

Adalah amat menguntungkan menjadi ahli Forever kerana jika dilihat dengan barangan yang anda dapat seolah keahlian anda bersama Forever adalah PERCUMA. Bukan itu sahaja malah setiap Pengedar Baru mendapat 15% harga potongan daripada harga runcit pada setiap produk pada pembelian berikutnya, ini bermakna anda telah menjadi pengguna yang bijak.

menjadi agen dan stokis forever living malaysia

Malah Lebih Menarik Anda Juga Boleh Menjual Produk Tersebut Dan Menjana Keuntungan Sebanyak 15%

Contoh: Forever Aloe Vera Gel – Harga Runcit RM95.40 (Termasuk GST)

Sebagai Pengedar Baru anda membeli dengan harga 15% potongan = RM81.09 dan menjual semula di pasaran dengan harga yang runcit RM95.40.
Keuntungan sebanyak RM14.31!

menjadi agen forever living

Jual Produk Forever Living Sambil Jana Pendapatan Lumayan

Amat menarik sekali bukan?? Jika sasaran anda hanya perlu sedikit untuk menampung perbelanjaan dapur mungkin menjual kepada keluarga, rakan rapat atau jiran terdekat sudah memadai untuk anda. Tapi, sekiranya anda mempunyai cita-cita membina empayar dan menjadikan Forever sebagai platform membina DUIT, kami ada TAWARAN yang lebih baik untuk anda!

intensive kepada agen dan stokis forever living

Mari Menjalankan Perniagaan Dan Berjaya Dengan Forever!

Bagaimana hendak bermula menjalankan perniagaan dan berjaya dengan Forever?

Bermula dengan mendaftar sebagai ahli, anda layak untuk menikmati kadar diskaun 15% daripada harga runcit, setiap kali membeli walaupun hanya membeli satu produk Forever.

Dalam jangkamasa satu atau dua bulan berturut-turut dari anda mendaftar sebagai ahli, anda layak selanjutnya, menerima manfaat potongan harga 35% daripada harga runcit, sekiranya anda secara peribadi mencapai pembelian terkumpul RM1,550 ( jumlah ini selepas tolak 15% daripada harga runcit).

RM1,550 ini bersamaan dengan “Dua Case Credit” atau 2CC. Nilai mata SATU CASE CREDIT bersamaan RM860. Nilai ini adalah nilai penyelarasan yang telah ditetapkan syarikat bagi kemudahan pengiraan bonus dan insentif ahli – ahli berdaftar.

Penyelarasan ini dinamakan CASE CREDIT tentunya berfungsi menyamakan nilai mata wang yang berbeza – beza di setiap negara yang memasarkan produk Forever Living dengan satu nilai yang tepat di Forever Living.

sertai forever living dan jana pendapatan

Anda Akan Mendapat Bonus Peribadi (Royalty Bonus)

Anda layak menikmati bayaran bonus peribadi dari Forever setiap bulan tergantung kepada tahap yang telah anda capai dalam pelan pemasaran Forever Living.

ROYALTY BONUS bermula 6% daripada JUMLAH JUALAN RUNCIT TERKUMPUL (Group Volume) langsung di bawah tajaan anda. Contoh, sekiranya jualan terkumpul tajaan langsung anda berjumlah RM10,000, anda berjaya memperolehi peribadi Royalty Bonus RM600 (RM10,000 x 6% = RM600).

Kemudian, peringkat ke dua, Royalty Bonus adalah 3% daripada JUMLAH JUALAN RUNCIT TERKUMPUL (Group Volume) TAJAAN dari ahli yang telah langsung anda taja (direct sponsor) dalam unjuran PENAJAAN ANDA (generasi tajaan ini merupakan generasi ke 2 anda). Contoh, sekiranya jualan terkumpul generasi ke 2 anda ini berjumlah RM10,000, anda peribadi memperolehi Royalty Bonus RM300 (RM10,000 x 3% = RM300).

Seterusnya, peringkat ke tiga, Royalty Bonus adalah 2% daripada JUMLAH JUALAN RUNCIT TERKUMPUL (Group Volume) TAJAAN dari generasi ke 2 dalam unjuran PENAJAAN ANDA (generasi tajaan ini merupakan generasi ke 3 anda). Contoh, sekiranya jualan terkumpul generasi ke 3 anda ini berjumlah RM10,000, anda peribadi memperolehi Royalty Bonus RM200 (RM10,000 x 2% = RM200).

Lalu dari contoh pengiraan bonus di atas, setelah akaun kira – kira ditutup pada akhir bulan, anda layak secara peribadi, menikmati keseluruhan Bonus Peribadi atau Royalty Bonus sebanyak RM1,100 (RM600 + RM300 + RM200 = RM1,100).

bonus sebagai ahli forever living aloe vera

Potongan Diskaun Sehingga 15% Dari Harga Produk

Bagi Pengedar Baru, mereka mendapat potongan diskaun 15% . Anda pula sebagai insan yang memperkenalkan kepada mereka akan mendapat manfaat keuntungan setiap kali menaja pengedar baru dan membantu mereka untuk membuat jualan seperti membangunkan Pengedar anda ke Assistant Supervisor (2CC, 35%) , Supervisor (25CC, 38%), Assistant Manager (75CC, 43%) dan Manager (120CC, 48%). Anda akan mendapat bonus tidak langung (Indirect Bonus) dari 5% sehingga 13% ke atas setiap pembelian ahli kumpulan anda.

pangkat dalam forever living

Sertai Kami Menjadi Pengedar/stokis/agen/dropship Sah Kami

Kami mengadakan kelas setiap minggu (boleh ikuti jadual yang telah diprogramkan di setiap daerah anda atau di kawasan berhampiran anda).

Kelas ini bertujuan mendidik anda dengan pelbagai info dan ilmu tentang bisnes Forever Living dan Produk Forever Living sebelum anda bermula, sedang bermula dan tips untuk mengekalkan bisnes dan konsisten berjaya dengan bisnes Forever Living.

Setiap 6 bulan, kami juga mengadakan perjumpaan Pengukuhan Minda dan Ilmu kepada anda yang benar-benar ingin berjaya dengan bisnes Forever Living

Keistimewaan Pengedar/Dropship/Stokis Forever Living

  • Belajar Teknik Marketing online percuma (FB ads)
  • Teknik Close Sales secara offline (NLP, matching, anchoring)
  • Peluang upgrade untung runcit sehingga 48%
  • Peluang pendapatan pasif
  • Di bimbing oleh leader TOP 3 Malaysia
  • Group support berterusan dari leader, whatsapp dan telegram

bonus team building forever living

Insentif Menarik Menanti Anda

  • Pen Mont Blanc
  • Mac Book
  • Bonus dari Jualan pengedar/stokis/ejen/dropship
  • Extra Tunai dari RM1,395 – RM2,790 sebulan selama 36 bulan (3 tahun)
  • 2 Tiket melancong – luar Asia 2 kali setahun (percuma flight ticket, hotel, food, pocket money)
  • bonus tahunan
  • Lain2 Insentif ditawarkan

bonus tambahan sebagai pengedar forever living

Tugas Anda Hanya:

  • Promote produk secara offline dan online
  • Edit Video Marketing & Gambar untuk letak no phone anda

tugas sebagai ejen forever living aloe vera

Berminat Dengan Produk Forever Living? Segera Dapatkan Info Selanjutnya Sekarang!

Kesemua produk Forever Living adalah makanan kesihatan yang banyak membantu individu untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Ia adalah pilihan sebagai rawatan alternatif yang menyokong kepada perubatan hospital. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu jaminan bahawa setiap penyakit akan hilang dengan pengambilan produk-produk ini. Apa yang penting adalah ikhtiar untuk mengubati penyakit. Jika anda berminat untuk membeli atau menjadi pengedar sah produk ini hubungi kami di talian berikut:

forever living suplimen dan produk untuk kesihatan

KAK EINA | PENGEDAR FOREVER LIVING
Hubungi: Tekan untuk telefon (016-6894200) | Tekan untuk WhatsApp

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: