Saya percaya ramai sudah mengenali produk Coway. Coway juga telah banyak mengeluarkan produk penapis udara yang sesuai untuk kegunaan di rumah mahu pun di pejabat. Salah satu kegunaan utama penapis udara Coway adalah untuk memerangkap segala kotoran di udara sekeliling anda dan menyedut bau-bau busuk. Produk ini juga sangat sesuai untuk sesiapa yang mempunyai masalah lelah/asma.
Jenama Coway mempunyai empat model penapis udara di Malaysia. Model Dolomities mempunyai 4 langkah tapisan, model Indicator dan Tuba mempunyai 5 langkah tapisan, dan model Lombok II mempunyai 6 langkah tapisan. Kesemuanya mempunyai Filter Anti-Flu HEPA™ Coway yang menghapuskan asap rokok, habuk mikro, bakteria, virus dan kuman-kuman.
Indicator dan Lombok II mempunyai plasma penghadang rintang luah (RBD) dan sistem tapisan yang menjana ion-ion bercas yang memerangkap zarah-zarah halus bawaan udara dan membersihkan lembapan dan kuman-kuman seperti Aspergillus, Nigermand dan E.Coli. Ia juga menguraikan gas-gas merbahaya seperti formaldehid. Semua model Coway kecuali Dolomities mempunyai penapis nyahbau.
Sekarang ini kita mempunyai pilihan untuk menghirup udara bersih di rumah mahupun pejabat dengan barisan produk penapis udara Coway yang sangat hebat. Jangan hanya ingat udara dari luar mempengaruhi kualiti udara di dalam rumah ye. Udara di dalam rumah sebenarnya antara penyumbang terbesar kepada pencemaran udara di rumah kita seperti debu dan hampas dari fabrik seperti permaidani, langsir, cadar;sel-sel mati dari kulit kita, rambut dan bulu-bulu halus terutama dari haiwan peliharaan, bau masakan, sampahdan asap rokok serta lain-lain lagi yang kita tidak terfikir.
Penapis udara yang baik, akan mampu menghapuskan zarah-zarah halus bawaan udara serta meningkatkan kualiti udara di tempat yang tertutup. Matlamat penapis udara Lombok adalah untuk mengurangkan kesan berbahaya kepada kesihatan akibat udara tercemar dalam tempat tertutup. Ia dilakukan dengan mengurangkan jumlah zarah-zarah halus dalam udara ke tahap minimum. Zarah-zarah halus paling kecil ini (zarah nano di bawah 0.1 mikron) merupakan penyebab utama kepada masalah kesihatan yang serius.
Dilengkapi dengan teknologi RBD Plasma membuatkan Penapis Udara ini sesuai untuk anda yang menitik beratkan kesihatan keluarga anda. RBD plasma dapat membunuh bacteria & de-aktifkan virus yang membawa penyakit. Sesuai untuk keluarga yang mempunyai alahan terhadap habuk.
1) Kuasa penyedutan- 1600 kaki per segi
2) Menyedut habuk, bulu haiwan, jerebu dan asap rokok.
3) Dilengkapi dengan HEPA filter unutk memerangkap bacteria dan virus.
4) RBD Plasme (RBD-Resistive Barrier Discharge) mengoptimumkan kesan pembersihan penpis udara.
5) Eco Mode untuk penjimatan elektrik.
6) Fungsi automatik & turbo.
Kenapa paling power? Sebab penapis udara Lombok ini sangat sesuai untuk anda yang bela kucing dirumah dan ada alahan seperti asma mahupun lelah. Penapis Udara Lombok berkesan untuk menangkap bulu bulu halus di udara. Biasanya akan terperangkap di karpet. Tetapi dengan Lombok daripada Coway akan menangkap terlebih dahulu. Sistem Pembersihan berirama oleh kipas turbo model ini dapat menyebarkan udara bersih ke semua tempat jadi, anda tidak perlu risau dengan habuk atau bulu kucing. Udara dalam rumah akan kekal bersih dan segar. Kalau rasa suasana dalam rumah banyak sangat bau, bolehlah cuba model ini pasti rasa kelainannya.
Berita baik! Jika anda bercadang untuk dapatkan penapis udara Lombok, sekarang tengah ada promosi serendah RM104 sahaja Sebulan. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan kerana ia termasuk dengan servis dan pertukaran filter percuma serta mempunyai warranty daripada Coway. Rebut peluang ini kerana promosi Coway akan berakhir bila-bila masa sahaja.
Encik Zaid akan membantu anda dari A-Z dari pemilihan model dan pakej yang sesuai, cara pembelian dan pelbagai lagi sehingga anda benar-benar jelas. Istimewanya lagi, apabila anda membeli Coway dengan Encik Zaid, beliau akan memberikan servis pemasangan percuma khas kepada pelanggannya. Jika ada sebarang pertanyaan mahupun kurang jelas dengan model Coway, anda boleh terus berurusan dengan Encik Zaid. InshaAllah servis beliau memang tarbaik di Selangor
Ada dua cara untuk miliki produk Coway serendah RM104 yang hebat ini mengikut kemampuan dan kehendak anda. Antara caranya adalah :-
1) BELI TUNAI – Pakej Lengkap Servis + Penukaran Filter Selama 1 Tahun (Tunai / Kredit Kad / 0% Installment Plan)
Atau;
2) SEWA BELI – Pakej Lengkap Servis + Penukaran Filter Selama 5 Tahun (Kad Kredit / Kad Debit / SI / Advance Payment)
Debu dan habuk halus yang berterbangan di udara boleh membahayakan kesihatan manusia kerana ianya masuk langsung ke dalam badan kita melalui sistem pernafasan. Debu dan habuk yang berat akan ‘settle down’ di lantai (serta dibersihkan oleh kita dengan menyapu atau vakum) tetapi yang berterbangan inilah akan diperangkap oleh penapis udara Coway dan seterusnya menjadikan rumah kita bebas dari pencemaran bukan sahaja dari debu dan habuk tetapi juga bebas dari bau busuk, bakteria dan juga virus. Dengan bermodalkan RM104 anda boleh menggubah kehidupan anda dengan lebih baik.
Udara paling segar sudah sampai! Penapis Udara Coway Lombok II pintar yang paling laris dengan penapisan 6-langkah mampu untuk menyingkirkan bau rokok dalam beberapa minit sambil mengeluarkan kluster ion negatif
COWAY | PENAPIS UDARA LOMBOK BY COWAY MURAH DARI RM104/SEBULAN
Hotline: Tekan untuk telefon (013-756 4067) – Encik Zaidi| Tekan untuk WhatsApp
Facebook: https://www.facebook.com/cowaysupermalaysia/
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang