Review
Feb 5, 2018, 4:01pm

Penapis Udara Coway Membantu Atasi Anak Alahan Rhinitis


  •  
  •  
  •  
  •  

Masalah kesihatan yang dilihat semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak hari ini sebahagiannya adalah berpunca daripada persekitaran yang tidak sihat. Dengan keadaan pencemaran udara termasuk jerebu yang melanda negara baru-baru ini, ibu bapa dinasihatkan agar mengambil langkah proaktif dengan mengurangkan aktiviti luar anak masing-masing.

Penapis Udara Coway Membantu Atasi Anak Alahan Rhinitis

Persekitaran yang tercemar boleh menyebabkan masalah kesihatan menjadi bertambah teruk terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai alahan. Gangguan alahan bukan hanya dialami oleh orang dewasa malah golongan kanak-kanak. Alahan awal yang dikenali sebagai alahan rhinitis ini akan menjadi lebih serius sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Apakah itu Alahan Rhinitis?

Alahan rhinitis merupakan permulaan penyakit alahan dalam hidung yang akan dialami oleh sesiapa sahaja sebelum merebak dan menjadi lebih teruk. Untuk itu, rawatan awal perlulah diberikan kepada pesakit untuk mengelakkan perkara yang lebih serius terjadi terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak. Ini kerana sekiranya merebak, penyakit tersebut susah untuk diubati dan dipulihkan seperti sedia kala.

penyakit alahan rhinitis disebabkan udara kotor

Tanda-tanda Awal Alahan Rhinitis Terhadap Kanak-kanak

Tanda-tanda awal yang menunjukkan seseorang itu sedang mengalami alahan rhinitis adalah kerap bersin, hidung berhingus, hidung tersumbat, dan gatal di sekitar hidung. Alahan rhinitis berlaku apabila membran hidung mengalami radang dan akan mengakibatkan berlendir akibat pendedahan dan pencemaran dalam udara. Apabila bahan yang mencetuskan alahan dan antibodi bercampur, badan akan memberi tindak balas dengan menyedari kehadiran bahan-bahan kimia tertentu seperti histamina, leukotrienes, dan prostaglandin.

tanda alahan rhinitis pada kanak - kanak

Alahan Rhintis Boleh Memudaratkan Kesihatan Kanak-kanak

Sekiranya alahan rhinitis ini tidak dibendung pada peringkat awal akan menjadi lebih serius, bukan sahaja menyebabkan penyakit sinusitis malah boleh mengakibatkan hidung berdarah. Alahan rhinitis sebenarnya berpunca daripada habuk-habuk di dalam rumah dan juga persekitaran termasuklah asap rokok dan tidak terkecuali makanan, ubat-ubatan dan susu tepung. Selain itu elakkan atau jauhkan anak-anak daripada terlalu rapat dengan haiwan peliharaan seperti kucing, kerana bulu binatang boleh menyebabkan alahan rhinitis. Begitu juga persekitaran dalam rumah seperti permaidani yang mudah mengumpul habuk.

simptom anak alahan rhinitis

Adakah Alahan Rhintis dan Resdung itu Sama?

Alahan Rintis juga dikenali sebagai Resdung adalah peradangan rongga hidung yang disebabkan oleh reaksi alahan. Sering terjadi pada semua umur, disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang terjangkit akan mengalami bersin-bersin.

siapa yang terdedah kepada penyakit alahan rhinitis

Penyebabnya resdung juga terjadi daripada rangsangan terhadap debu, serbuk, asap rokok, pewangian, rambut, bulu binatang, jenis binatang, jenis makanan tertentu dan perubahan udara maupun cuaca. Reaksinya timbul peradangan dan pengeluaran cairan yang berlebihan baik pada hidung maupun mata.

Udara Dalam Rumah Juga Penyebab Alahan Rhintis Terjadi Pada Kanak-kanak

Berkurung di rumah untuk berlindung dari udara luar yang kotor, bukan lagi alasan relevan. Walaupun ramai yang masih beranggapan demikian, namun kajian menunjukkan udara dalam rumah sebenarnya lebih kotor berbanding di luar. Realitinya, terdapat banyak faktor pencemar di rumah yang jarang kita sedari. Asap pembakaran di sekeliling, pendingin hawa yang tidak diselenggara dengan baik, binaan rumah yang rosak, permainan lama, perabot yang disaluti bahan kimia atau cat, peralatan plastik, penyembur aerosol, pewangi bilik, racun perosak dan pencuci pakaian, masing-masing melepaskan pelbagai zarah kecil serta toksik ke udara.

udara persekitaran punca alahan rhinitis

Keadaan mungkin bertambah teruk sekiranya tiada pengudaraan yang baik di dalam rumah. Suasana terkepung, tingkap sentiasa tertutup, susunan blok rumah yang padat dan rapat semuanya menghalang kemasukan udara tambahan dari luar yang dapat mengurangkan kepekatan udara kotor di dalam bilik. Keadaan ini jelas menyebabkan udara kotor tidak dapat ditolak kerana tiada peredaran udara keluar-masuk yang sempurna.

Apakah Rawatan Untuk Alahan Rhintis?

Bercakap pula mengenai rawatan untuk alahan rhinitis, dinasihatkan kepada mereka yang mempunyai anak-anak yang mengalami alahan ini, elakkan atau jauhi benda-benda yang boleh menyebabkan alahan terjadi. Ini kerana sekiranya pesakit hanya bergantung kepada pengambilan ubat, keputusan yang diperoleh tidak 100 peratus. Jadi adakah rawatan lain yang berkesan untuk mengelakkan terjadinya alahan rhintis ini?

cara mengatasi alahan rhinitis

Penapis Udara Coway Membantu Atasi Masalah Alahan Rhintis Kanak-kanak

Ditubuhkan pada tahun 1989, Coway telah didedikasikan untuk menyelidik dan membangunkan penyelesaian persekitaran, terutamanya dalam kesihatan dan kesejahteraan diri. Coway memiliki jawapan tepat! Komited menggabungkan inovasi dalam reka bentuk produk keluarannya, Coway bangga memiliki penyelesaian udara paling pintar untuk kediaman sempurna.

penapis udara coway membantu atasi alahan rhinitis

Persekitaran Lebih Bersih dengan Penapis Udara Coway

Penulen Penapis Udara Coway berfungsi membersihkan udara, penyerap pencemaran dan membuang alergen daripada persekitaran melalui konsep penulenan 360 darjah. Tidak perlu gusar jika mempunyai anak kecil. Tetapan Baby Care yang unik membolehkan penulenan udara dilakukan sehingga ke bahagian lantai paling bawah. Ini sekali gus memberi pengalaman udara sihat dan berkualiti buat bayi, khususnya ketika mereka sedang aktif merangkak dan bermain di lantai.

persekitaran udara bersih dengan penapis udara coway

Sensor Pengawasan Udara Coway Yang Berteknologi Tinggi

Kajian menunjukkan bahawa pencemaran dalam rumah dan habuk boleh menjejaskan kualiti hidup keluarga. Justeru, dengan sensor pengawasan udara yang sensitif, Penapis Udara Coway secara automatik menghilangkan zarah debu halus apabila kualiti udara dianggap tidak selesa untuk penghuni kediaman. Malah, pemantauan udara masih berlaku walaupun Penapis Udara Coway dimatikan dan hanya akan berfungsi apabila saringan udara diperlukan. Penapis Udara Coway akan menunjukkan tahap kualiti udara di rumah anda pada tahap sihat atau tidak.

sistem pengudaraan dan penapisan udara coway

Penapis Udara Coway Di Datangi Dengan Reka Bentuk Yang Elegent

Dengan reka bentuk yang elegent, Penapis Udara Coway mempunyai teknologi penulenan udara paling canggih dalam industri. Ia mampu meniup udara bersih hingga 7.5 meter, sekali gus membantu menghapus faktor pencemaran.

pilihan saiz penapis udara coway

Sistem Perlindungan Penapis Udara Coway Membantu Alahan Rhintis

Penapis Udara Coway dilengkapi enam lapisan sistem pembersih udara utama yang menghapuskan habuk dan bahan yang menyebabkan jerebu. Sistem perlindungan canggih terbabit dilengkapi pensterilan kukuh dengan pelembapan semula jadi bagi memastikan kualiti udara berada pada tahap optimum. Ia dibangunkan untuk membersihkan udara dengan menghapuskan zarah seperti rambut, bulu haiwan peliharaan, bakteria kecil dan debu dengan Penapis Dual Proses Perlindungan diikuti Penapis Alahan yang memerangkap alergen, debunga dan kulat menggunakan proteinase enzim K.

sistem penapisan udara coway 4 peringkat

Buat masa ini, jerebu isu besar dan pengguna terutamanya kanak-kanak menerima kesan akibat perubahan ini. Penapis Udara Coway mengambil langkah untuk menangani keadaan membimbangkan ini dengan memperkenalkan inovasi yang akan membantu melindungi pengguna daripada pencemaran udara dengan menawarkan inovasi terbaru ini.

6 Peringkat Penapisan Proses Penapis Udara Coway Terbaik di Dunia

Proses penapisan di peringkat pertama adalah permulaan udara masuk ke bahagian electron berkelajuan tinggi yang membolehkan proses pemisahan dan pembuangan; kemudian udara kotor tadi mengalir ke penapis kedua untuk memerangkap habuk dan bakteria; di peringkat ketiga pula adalah kawasan untuk cas elektrik ke atas habuk dan partikel halus dan akan disedut di peringkat keempat oleh penapis elektrik.

sistem penapisan 6 peringkat

Selepas peringkat keempat, udara sudah agak bersih tanpa habuk dan bakteria, tapi masih ada bau dan di peringkat kelima inilah kawalan bau dan virus dilakukan menggunakan fotokatalis sebelum udara mengalir di penapis keenam untuk pengnyahan bau. Akhirnya, udara yang keluar bebas habuk, bakteria asap, bulu halus haiwan peliharaan atau karpet dan bau.

Semua proses itu mampu dilakukan dalam tempoh masa singkat, sekali gus membolehkan pengudaraan bersih di tempat itu sentiasa terjamin.

Penapis Udara Coway Mengesan Dan Mengenalpasi Tahap Kualiti Udara Di Rumah

Jika udara itu berwarna, mungkin ada bukti yang boleh ditunjukkan. Bagaimanapun, walau tiada bukti boleh ditunjukkan secara fizikal terhadap perubahan udara yang dilepaskan, tapi kita boleh melihat dengan membuka bahagian penapis utama alat ini apabila di situlah bukti nyata dapat dilihat.

penapis udara coway mengesan kualiti udara semasa

Selepas beberapa hari digunakan, penapis ini menjadi bukti terhadap udara yang ditapis dengan habuk dan pelbagai lagi partikel halus terperangkap dan dapat dilihat dengan mata kasar. Melainkan bakteria dan virus atau bau yang tidak boleh dibuktikan secara kasar.

Penguji melihat peranti ini adalah sesuatu yang perlu dimiliki dengan keadaan persekitaran udara yang semakin tercemar. Pengguna yang menghidap pelbagai penyakit berkaitan pernafasan seperti asma adalah baik untuk memilikinya bagi memastikan gejala tidak berulang dan kawalan boleh dilakukan secara maksimum. Walaupun enam peringkat penapisan terangkum dalam satu masa, namun ia beroperasi secara senyap, seolah-olah ia tidak terpasang.

Penapis Udara Coway Perangkap Udara Kotor Terbaik Untuk Mengelakkan Alahan Rhintis

Dengan teknologi canggih Penapis Udara Coway, ianya dapat menyahkan ruang udara kotor di rumah dan sekaligus menjadikan udara segar, bersih dan selamat. Jadi, jika anda mempunyai anak-anak yang mengalami alahan rhintis inshaAllah dapat dikurangkan alahannya. Penapis Udara Coway akan memastikan ruang udara di dalam rumah anda sentias bersih setiap masa. Oleh itu, masalah alahan rhintis anak anda dapat dikurangkan dari hari ke hari.

kebaikan penapis udara coway dalam mengatasi penyakit alahan rhinitis

Jaminan udara bersih Penapis Udara Coway Membantu Alahan Rhintis Berkurangan

Keperluan untuk mempunyai udara dalam rumah yang bersih lebih memuncak jika ada ahli keluarga yang menghidap asma atau terlantar sakit. Mereka perlukan pengudaraan yang bersih dan baik supaya sentiasa boleh berasa selesa. Lebih-lebih lagi jika anak-anak yang mengalami alahan rhintis. Sistem imun mereka masih belum matang jadi, peratusan untuk mereka terkena alahan rhintis akibat menghidu suasana udara dalam rumah yang kurang baik lebih mudah terjadi.  Penapis udara Coway mempunyai indicator light untuk mengesan kualiti udara di persekitaran agar sentiasa bersih dan segar.

antivirus filter dalam penapis udara coway

Penggunaan sistem penapis udara berteknologi RBD Plasma Coway dapat mempertahankan badan anak-anak daripada penyakit dan membawa kepada kesihatan yang lebih baik dan kesejahteraan. Sistem penapis udara berteknologi RBD Plasma menghasilkan udara lebih baik dan tidak berbau, dengan mengeluarkan bahan cemar bakteria. Sistem penapis udara ini juga boleh mengeluarkan udara yang tidak baik dalam rumah semasa penggunaan, mencegah bahan berbahaya ini daripada memasuki badan anda.

Tahap Kesihatan Dapat Ditingkatkan Dengan Penapis Udara Coway

Sudah tentu, tidak ada yang akan tidak bersetuju dengan hakikat bahawa udara tanpa filter boleh membahayakan kesihatan mereka akibat pencemaran dan kekotoran seperti debu, asap, bau-bauan, kuman dan sebagainya. Jika udara di rumah sentiasa bersih dan selamat, barulah tahap kesihatan diri dan keluarga dapat ditingkatkan. Masalah alahan rhintis anak-anak juga dapat di kawal.

kelebihan rekabentuk penapis udara coway

Testimoni  Pengguna Penapis Udara Coway

testimoni anak alahan rhinitis baik dengan penapis udara cowaytestimoni pengguna penapis udara coway lombok testimoni pengguna penapis udara coway (1)

Dapatkan Segera Penapis Udara Coway Sekarang!

Udara bersih sangat penting bagi memastikan kesihatan pada tahap yang optimum. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai barangan Coway bolehlah berurusan dengan agent Coway terpilih iaitu Ahmed Redzuan atau hubungi beliau seperti berikut:

redzuan agen penapis air dan udara coway

AHMAD REDZUAN | KONSULTAN PENAPIS UDARA COWAY Hubungi: Tekan untuk telefon (019-3643087) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: Ahmed Redzuan (Redzuan Coway) Instagram: @re87uan449

Nak pasang penapis udara coway SEKARANG?

Sila telefon ke +60193643087 atau WhatsApp SEKARANG!

Whatsapp Layari Website

Nak pasang penapis udara coway SEKARANG?

Sila telefon ke +60193643087 atau WhatsApp SEKARANG!