Memilih Pen Perfume dan Car Perfume yang sesuai dengan cita rasa kita bukanlah sesuatu yang mudah. Biasanya banyak kedai menawarkan pen perfume dan car perfume, tetapi jika dilihat semula tidak semua sesuai dengan kita kerana pilihan wangian yang begitu terhad dan juga tidak tahan lama apa jika di sembur pada baju. Sebagai umat islam, pasti kita mencari pen perfume yang wangiannya mempunyai banyak pilihan, boleh kekal lama dan paling penting adalah halal , boleh dibawa solat.
Jangan kita tersalah memilih car perfume, kerana pasti anda akan rasa menyesal jika memilih car perfume yang salah kerana dari pengalaman saya membeli car perfume, bauan hanya bertahan seminggu sahaja selepas itu macam dah wangi seperti mula-mula beli dahulu. Lagi dari pengalaman saya membeli car perfume, saya pernah membeli car perfume yang mana bauannya membuatkan orang yang berada didalam kereta rasa tidak selesa dan bau yang sangat tajam sehingga boleh memeningkan orang yang berada di dalam kereta. Dari pengalaman saya membeli pen perfume sebelum ini dah spray pagi, petang sudah hilang bau. Manakala saya pernah membeli pen perfume yang baunya membuat rakan-rakan saya tidak selesa berdekatan dengan saya.
4 Sebab Kenapa Anda Perlu Memakai Perfume
Tahukah anda, memilki badan yang wangi akan menyebabkan orang sekeliling anda rasa lebih selesa dan mudah didekati. Bayangkan jika kita tidak memakai perfume, pasti dimana anda nak sorokkan bau masam badan anda itu. Kadang-kadang walau kita dah pakai deodorant sekali pun tidak dapat sembunyikan bau badan anda yang 8 jam bekerja berhadapan dengan rakan-rakan, pelanggan, dan orang disekeliling anda.
Di sini , saya berikan sebab kenapa anda perlu memakai perfume. Antaranya adalah :
1. Meningkatkan Keyakinan Diri
Jika anda memakai perfume, anda akan merasa lebih berkeyakinan dan orang sekeliling anda akan lebih mudah mendekati dan sentiasa ingin mendekati anda. Dalam masa yang sama keyakinan anda akan bertambah dan secara automatik dan anda lebih selesa berurusan dengan sesiapa sahaja yang anda mahukan.
2. Menambah Rasa Positif
Tahukah anda, sebenarnya bau wangi sebenarnya mampu merangsang aura-aura positif dalam diri individu yang memakai perfume. Anda akan merasa tenang , happy dan akan sentiasa ceria jika orang memuji wangian anda betul tak ?
3. Menambah Tenaga
Pasti anda tidak terfikir sebenarnya memakai perfume boleh menambah tenaga. Kalau kita berasa penat, mengantuk atau lesu, cuba spray atau calit perfume pada badan kita dan lihat kesannya.
Sebenarnya haruman boleh membantu kita lebih segar dan bertenaga. Sama juga kalau berada di dalam kereta, apabila kita masuk sahaja didalam kereta yang mempunyai bauan yang wangi pasti kita akan rasa lebih segar dan bertenaga untuk meneruskan perjalanan walau jarak perjalanan yang jauh.
So bukan sahaja badan sahaja perlukan bau wangi tapi kereta anda juga perlu mempunyai bau wangi kerana untuk meneruskan rutin harian dalam kereta untuk meneruskan perjalanan ke pejabat. Kadang-kadang bila menempuh kesesakan lalu lintas membuatkan kita rasa stress dan pagi-pagi boleh rasa penat, so bauan wangi ini boleh menjadi salah satu terapi buat si pemakai.
4. Menjadi Sunnah Rasullah S.A.W
Semestinya kita sebagai umat islam pasti ingin mendapatkan pahala mengamalkan Sunnah Rasullah S.A.W. Setiap hari kita boleh mendapat pahala dengan memakai perfume. Dengan wangian timbulnya rasa kasih sayang dan boleh mematikan rasa kebencian dan negatif dalam diri.
So macam mana ? Rasa penting tak memerlukan pen perfume untuk badan anda dan car perfume untuk kereta anda ?
Selepas kita dah tahu apa kelebihan perfume, pasti anda buntu untuk memilih perfume jenama apa yang anda perlu pilih dan dimana anda perlu mendapatkan perfume yang sesuai buat diri anda.
Tip Memilih Perfume Sesuai Untuk Anda
1. Tahan Lebih Lama
Untuk memilih perfume untuk diri anda dan kereta anda pasti anda perlu cari perfume yang tahan lebih lama. Kalau setakat pagi-pagi jer wangi lepas itu dah petang mula berbau, rugi jer beli perfume jenis macam itu. Kita handak lebih berkeyakinan dari pagi hingga ke petang, maka perlukan perfume yang tahan lama lebih dari 8 jam.
2. Pati Yang Asli Dan Alkohol 1st Grade
Macam mana nak mengenal perfume yang asli dan alkohol 1st Grade ? Sekarang bukan senang hendak mencari perfume yang betul-betul original. Maksud original di sini adalah perfume yang asli, maksudnya adalah asli mempunyai tahap kepekatan sebanyak 15% hingga 40%. Selalunya minyak wangi ini harganya sangat mahal dan bukan diletakkan dalam botol jenis spray.
Perfume ada 3 jenis istilah kepekatan, kalau anda bukan peminat perfume pasti anda tidak perasan ada beberapa istilah pada botol perfume itu dan apa fungsi sebenarnya maksud itu ? Antara istilahnya adalah :
A. Eau de Parfum ( EDP )
Kepekatan minyak wangi antara – 10% – 20%. Eau de Parfum mempunyai kepekatan minyak wangi yang paling tinggi antara 3 jenis ni. Jenis ini boleh tahan lama hingga 5 jam.
B. Eau de Toilette ( EDT )
Kepekatan minyak wangi – 4% – 15%. Eau de Toilette ini lebih ringan dan masih dijual dalam bentuk spray. Eau de Toilette lebih banyak kandungan alkohol dan ini bermakna EDT tidak tahan lebih lama berbanding EDP.
C. Eau de Cologne
Kepekatan minyak wangi – 2% – 5%. Cologne adalah singkatan eau de Cologne untuk bandar Cologne di Jerman, di mana aroma tertentu pertama kali dibuat, air dari Cologne.
Biasanya wangian jenis ini bersifat wangian sementara dimana ianya hanya bertahan dalam masa 2 jam sahaja. Ianya diperbuat daripada buah-buahan, mengandungi minyak pati, lemon, oren, dan neroli mutlak. Mereka juga mungkin mengandungi minyak lavender penting dan rosemary.
3. Mesra Solat dan Halal

Kalau anda merupakan pengguna yang mementingkan barangan halal dan boleh mesra solat pasti anda akan berhati-hati memilih perfume yang sesuai untuk anda. Sila lihat maklumat lanjut mengenai perfume yang anda hendak beli dan anda boleh bertanyakan kepada mereka adakah perfume ini boleh dipakai untuk solat ?.
Pasti promoter produk tersebut akan membantu anda dalam memberikan maklumat yang lebih lengkap.
4. Saiz Yang Mudah Di Bawa Ke Mana-Mana Sahaja
Saya sebagai pengguna perfume saya biasanya akan sentiasa ready perfume saya dalam beg atau mudah dibawa kemana- mana. Kadang-kadang botol perfume dijual dalam bentuk yang besar tidak sesuai dengan citarasa saya.
Ini hanya pandangan peribadi saya sahaja, bentuk atau saiz pada sesetengah orang mereka tidak pentingkan sangat, tetapi sebagai orang cerewet macam saya ini sangat pentingkan benda yang mudah dibawa dan senang disimpan. Saya suka membawa perfume yang berbentuk pen yang mudah dan ringan dibawa kemana sahaja dan biasanya harganya berpatutan.
5. Banyak Pilihan Bauan Yang Sesuai Untuk Lelaki Atau Perempuan
Sebagai pengguna pasti anda perlukan jenama yang boleh menawarkan jenis bauan yang pelbagai dan sentiasa mengeluarkan produk baru supaya pengguna boleh membuat pilihan untuk mencuba bauan yang baru dan segar.
Melihat kepada ciri-ciri di atas, saya mencadangkan anda memilih NAYLI’S PERFUME sebagai jenama pilihan untuk Pen Perfume dan Car Perfume.
Kenapa Pilih Nayli’s Perfume Sebagai Jenama Pilihan? – Pen Perfume dan Car Perfume Setanding Antarabangsa
- Perfume yang TAHAN LAMA (Lebih8 Jam)
- Merupakan Produk BUMIPUTERA (dan Halal)
- Sangat mementingkan keselesaaan dan mesra pengguna (MESRA SOLAT) dengan saiz yang kecil
- Harga yang mampu milik (HANYA RM10 P/PCS)
- Perfume jenis EDP ( Eau de parfum ) pati asli dan alkohol 1st Grade.
- Menepati citarasa dan permintaan ramai.
- Bukan sekadar perfume badan malahan untuk kereta dan rumah juga ada dijual.
- Setanding dengan produk ANTARABANGSA. Bau yang diinspirasikan daripada jenama ANTARABANGSA.
3 Jenis Nayli’s Perfume – Pen Perfume dan Car Perfume Setanding Antarabangsa
Anda boleh buat pilihan yang mana satu pilihan mengikut citarasa anda ?
1. Roll On Nayli’s Perfume ( 5ml)
- Kecil dan comel dan mudah dibawa ke mana-mana.
- Mesra solat.
- 100% pati asli.
- Ada 10 jenis bau wanita dan 5 jenis bau lelaki
- Bau tahan lama sehingga 24 jam.
Bau Wangian Perempuan untuk Roll On Nayli’s Perfume
- Forbidden Rose
- Midnight Fantasy
- Ralph Lauren
- Gucci Flora
- Victoria Secret Bomshell
- Ana Sui Fight of Fancy
- Paris Hilton Siren
- Bodyshop Apple Blossom
- Bodyshop Whitemask
- Christina Aguilera by Night
Bau Wangian Lelaki Roll On Nayli’s Perfume
- Dunhill Red
- Paco Raban One Million
- Mont Blanc Starwalker
- Hugo Boss Energise
- Polo Sport
YANG PALING PENTING MURAH DAN MAMPU MILIK RM10 P/PCS Semenanjung RM12 P/PCS untuk Harga Sabah dan Sarawak
2. Pen Perfume ( 9ml)
- Mudah dibawa ke mana-mana dan senang disimpan.
- Mempunyai 6 jenis bau wanita dan 4 jenis bau lelaki.
- Diinspirasikan dari bauan jenama antarabangsa
- Bau boleh tahan selama 12 jam tapi maklumbalas pelanggan kata lebih dari 12 jam.
- Mesra solat
- YANG PALING PENTING MURAH DAN MAMPU MILIK RM10 P/PCS Semenanjung RM12 P/PCS untuk Harga Sabah dan Sarawak
Bau Wangian Perempuan untuk Pen Perfume
- Forbidden Rose
- Midnight Fantasy
- Ralph Lauren
- Gucci Flora
- Victoria Secret Bomshell
- Ana Sui Fight of Fancy
Bau Wangian Lelaki untuk Pen Perfume
- Dunhill Red
- Paco Raban One Million
- Mont Blanc Starwalker
- Hugo Boss Energise
3. Car Perfume /Air Freshener (5ml)
- Kecil dan comel dan mudah dibawa ke mana-mana.
- Bau boleh tahan lama sehingga 45 hari
- Boleh letak dalam kereta dan dalam bilik rumah anda.
- YANG PALING PENTING MURAH DAN MAMPU MILIK RM10 P/PCS Semenanjung RM12 P/PCS untuk Harga Sabah dan Sarawak
Ada 6 jenis bau Car Perfume / Air Freshener
- White Gold
- Grape
- Tutty Fruity
- Honey Dew
- Lemon Tree
- Lavender
Anda Sebagai pengguna bijak memilih Pen perfume dan car perfume saya menyarankan anda memilih NAYLI’S PERFUME sebagai jenama pilihan anda dari kini dan selamanya. Kalau anda hendak memilih perfume pilihan untuk orang yang tersayang, sangat sesuai anda mencuba beberapa pilihan bauan sama-ada jenis lelaki ataupun wanita.
Paling penting sebagai umat islam pasti kita mencari perfume yang murah , halal dan boleh dibawa solat.
Harap perkongsian saya ini boleh membantu anda membuat keputusan memilih Pen perfume dan Car perfume pilihan anda. Harap informasi ini berguna buat si pemilih perfume.
Jika anda ingin mendapatkan pen perfume dan car perfume untuk kegunaan sendiri ataupun mahu menjadi agent dalam rangkaian Nayli’s perfume sila hubungi mereka seperti di bawah:
NAYLI’S PERFUME | PEN PERFUMES, CAR PERFUMES AND ROLL ON PERFUMES
Hubungi:
Hotline 1: Tekan untuk telefon (013-9450315 – Raihan) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (013-9450307 – Sue) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: @naylisperfume