Review
Jan 19, 2018, 4:21pm

Pemilihan Warna Instant Shawl Labuh dan Tips Bersiap Pantas Bagi Ibu


Instant shawl adalah selendang yang dijahit di bawah dagu yang memudahkan anda kerana anda tidak perlu memakai kerongsang atau pin.  Selendang ini dikenali dengan nama instant shawl kerana ia adalah tudung segera yang memudahkan wanita memakai dengan cepat dan pantas tanpa perlu mengambil masa yang lama.  Hanya ambil dan sarung sahaja, sudah siap! Juga terdapat variasi instant shawl di pasaran seperti instant shawl yang biasa dan instant shawl labuh.

shawl labuh 05

Pemilihan Warna Instant Shawl Labuh dan Tips Bersiap Pantas Bagi Ibu

Terdapat banyak warna instant shawl yang membuatkan anda menjadi rambang mata untuk memilih.  Instant shawl yang bersaiz labuh kini juga telah banyak berada dipasaran.  Warna-warna instant shawl labuh ini juga sangat menarik dan sangat bersesuaian dengan si pemakai.  Setelah mengetahui warna shawl labuh terbaik pilihan anda, saya akan kongsikan tips bersiap pantas bagi para ibu yang menjadikan instant shawl peneman mahkota anda.

shawl labuh 07

Pemilihan Warna Instant Shawl Labuh

Setiap orang mempunyai warna kulit yang berbeza.  Pakaian dan tudung harian kita perlulah bersesuaian dengan warna kulit bagi menghasilkan kesan yang baik dan menarik.  Selain mengikut fesyen dan warna yang betul, rona tudung juga akan mempengaruhi ‘mood’ atau perasaan kita pada hari tersebut.  Memakai instant shawl labuh dengan pemilihan warna yang betul menampakkan seseorang itu lebih cantik, sopan dan lebih yakin diri.  Antara warna-warna yang menjadi pilihan Istant Shawl Labuh adalah warna yang gelap, lembut, terang dan keemasan. 

shawl labuh 25

  • Instant Shawl Labuh Warna Gelap

Instant shawl labuh berwarna gelap dan solid seperti hitam, kelabu, ungu tua, biru tua, merah dan hijau tua sesuai untuk anda yang berkulit cerah.  Contoh wanita berkulit cerah yang anda boleh lihat adalah Emma Maembong. Warna yang gelap akan menyerlahkan rupa si pemakai.  Sekiranya anda berkulit cerah dan putih tetapi anda memakai shawl labuh yang berwarna yang cerah juga, ia akan menjadikan anda tidak terserlah dan rupa akan kelihatan pucat kerana rona warnanya yang sama dengan kulit anda yang cerah.  

shawl labuh 09

Instant shawl labuh yang berwarna gelap juga sesuai untuk mereka yang berkulit sawo matang.  sawo matang boleh memakai warna yang gelap dan juga warna-warna pastel.  Golongan ini perlu menghindari memakai instant shawl yang berwarna terang seperti merah, kuning, pink dan hijau.

  • Instant Shawl Labuh Warna Lembut

Bertentangan dengan instant shawl berwarna gelap, Instant Shawl Labuh berwarna lembut sesuai dipakai oleh anda yang berkulit gelap.   Warna lembut adalah warna seperti warna tanah dan neutral iaitu pastel dan lavender.  Lebih menarik lagi, warna royal blue, kuning, jingga adalah sesuai untuk wanita berkulit gelap.  Tips memakai shawl labuh yang berwarna lembut ini bertujuan untuk menyerlahkan rupa anda dan menampakkan kulit anda menjadi cerah.

shawl labuh 08

Bagi wanita berkulit gelap juga, memakai instant shawl gelap akan menjadikan muka anda bertambah gelap.  Warna kusam seperti kelabu dan coklat juga menjadikan rupa anda tidak bermaya dan tidak ceria.  Oleh itu, anda haruslah menghindari warna-warna yang gelap dan kusam.

  • Instant Shawl Labuh Warna Terang

Warna terang seperti merah hati, kuning, hijau dan pink sesuai dipakai oleh anda yang berkulit kuning langsat.  Warna-warna berani ini akan membuatkan wajah anda menjadi berseri-seri dan terserlah.  Kulit kuning langsat adalah natural undertones di mana ia putih dan cerah tetapi kekuningan.  Warna ini juga berada di tengah-tengah kulit putih dan sawo matang.

shawl labuh 11  

Warna-warna ceria adalah sesuai bagi anda dalam memilih warna instant shawl labuh.  Sebaliknya, anda perlu hindari warna-warna gelap seperti kelabu, hitam, gold dan warna keemasan kerana akan menampakkan wajah anda kusam dan tidak berseri.

  • Instant Shawl Labuh Warna Tangerine

Tangerine adalah warna seperti warna oren limau yang dikenali sebagai limau mandarin.  Warna tangerine sudah mendapat tempat di hati wanita terutamanya dalam memilih warna tudung. Warna oren tangerine sesuai bagi anda yang memiliki kulit warna sawo matang dan juga yang berkulit cerah.  Warna ini akan menampakkan anda bersinar-sinar dan menyerlah terutamanya pada malam hari.

shawl labuh 10

  • Instant Shawl Labuh Warna Neutral

Warna neutral yang digemari ramai adalah warna beige, ivory, sand, olive green , taupe, light blush ini juga sesuai dipakai untuk mereka yang berkulit sawo matang.  Selain sawo matang, wanita yang berkulit cerah juga sesuai dipadankan dengan warna-warna neutral.  Jenis kulit yang perlu dihindari dari memakai instant shawl labuh bewarna neutral ini adalah kulit jenis gelap.  Ia akan kelihatan pudar dan kusam.  Banyak selebriti Malaysia yang berkulit sawo matang dan cerah.  Elfira Loy adalah salah satu contoh selebriti yang berkulit sawo matang tapi tidak pernah menjadi masalah dalam memilih warna untuk digayakan.  Anda mesti teruja melihat cara dia bergaya dan memilih warna-warna pakaian terutamanya warna tudung.  

shawl labuh 13

Anda pula tergolong dalam kategori yang mana? Apakah warna instant shawl labuh yang sesuai untuk anda?  Anda Cuma perlu mengikut tips pemilihan warna diatas dan boleh bergaya dengan pantasnya.  Kini anda boleh buat keputusan yang tepat dan tidak teragak-agak lagi untuk memilih warna instant shawl labuh.  Anda tidak perlu memerah otak untuk berfikir tentang warna yang sesuai lagi untuk memakai tudung ke tempat kerja dan tak perlu risau dikutuk kawan-kawan lagi.  Anda boleh menjadikan instant shawl labuh sebagai koleksi anda ke pejabat, sekolah dan ke mana sahaja.  Kebanyakan peminat instant shawl labuh ini adalah para ibu seperti anda kerana instant shawl menjanjikan kepantasan dalam pemakaian dimana anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memakai instant shawl ini dan tidak perlu membelit-belit.  

Tips Bersiap Pantas Bagi Ibu

shawl labuh 26

Ibu-ibu diluar sana sudah tentu amat sibuk dengan kerja rumah.  Anda menyiapkan makanan anak-anak, memandikan anak, mengemas rumah dan memasak. Sedar tak sedar, hanya ada beberapa minit sahaja untuk bersiap ke tempat kerja.  Nak tak nak, terpaksa bersiap dengan cepat! Terdapat banyak tips bersiap pantas yang sangat digalakkan bagi kaum ibu.

  • Seterika atau Menggosok Baju Pada Awal Waktu

Seterika baju dan tudung sahaja sudah memakan masa selama 5 minit.  Itu baru baju kita, baju sekolah anak-anak dan baju kemeja kerja suami?  Lagilah banyak masa yang diambil.  Sudah terhantuk baru tengadah! Sudah terlewat ke tempat kerja, barulah nak berfikir dan bertindak.  Sebenarnya tak susah kalau kita tahu mengurus masa dengan betul.  Hari-hari kita menggosok baju selepas bangun pagi.  Apa salahnya kita mula menggosok baju pada malam hari.  Nak pantas lagi, tak salah kita menggosok baju sekaligus untuk seminggu pada hari minggu sabtu dan ahad.  5 hari bekerja, maka 5 baju yang harus digosok, semuanya disiapkan pada hari ahad.  Begitu juga dengan baju kerja suami dan baju sekolah anak-anak.

shawl labuh 27

Semua akan begitu terurus dan pada malam hari, kita boleh menonton televisyen tanpa memikirkan apakah yang harus dilakukan esok hari.  Perasan atau tidak, kita akan mengambil masa yang lama untuk memikirkan baju apa yang ingin dipakai dan baru nak mencari pada pagi selepas mandi.  Nak fikir sahaja dah memakan masa, selepas itu nak seterika pula.  Itu tidak akan memantaskan para ibu semua, malah akan lebih melambatkan.  Jadi, uruskan masa anda dengan bijak dan menyegerakan untuk menggosok baju seawal yang boleh.  

  • Multi-tasking Dalam Tindakan

Tak semua orang boleh multi-tasking dalam semua perkara.  Multi-tasking atau membuat banyak kerja dalam satu masa mempunyai kebaikan dan juga keburukan.  Selain dapat menjimatkan masa, para ibu dapat bersiap dengan pantas.  Sambil memasak sarapan, sambil memakai tudung.  Sambil memandikan anak, sambil mengejutkan suami.  Wah, susahnya.  Namun, ia boleh dilakukan bagi mereka yang sudah biasa membuat dua kerja dalam satu masa.  Dengan tindakan multi-tasking ini, secara automatiknya perbuatan kita akan menjadi terlalu pantas.  Negatifnya, bagi orang yang tidak biasa membuat kerja dengan laju, kemungkinan besar kerja yang dibuat tidak akan menjadi.

shawl labuh 14

Selalunya, multi-tasking tidak menjadi masalah bagi ibu-ibu kerana kebanyakkan ibu-ibu sudah selalu melalukan kerja yang banyak dalam satu masa.  Selain dapat bersiap dengan pantas, semua kerja akan siap dan tidak perlu tangguh lagi.  Bagi kaum ayah, kebanyakan multi-tasking tidak berkesan kerana kajian menunjukkan para lelaki hanya fokus pada beberapa perkara yang disukainya dan ingin dilakukannya sahaja manakala wanita akan multi-tasking kerana dia sudah pernah dan selalu melakukan hal tersebut.

  • Simpan Pin atau  Kerongsang Di Tempat Sepatutnya

Kebanyakan wanita atau ibu-ibu yang bertudung mempunyai sikap yang sama iaitu suka meletakkan kerongsang di merata-rata tempat.  Esoknya, mereka akan lupa dimana mereka letakkan dan memakan masa yang lama untuk mencarinya.  Anda juga begitu kan? Setiap kali membeli belah, kerongsang atau pin wajib dibeli kerana harganya sangat murah.  Ramai wanita mempunyai lebih daripada 20 biji kerongsang tetapi hanya menggunakan 2 atau 3 sahaja kerongsang dan berulang-ulang menggunakan kerongsang yang sama walaupun pada tudung yang berbeza.  Semua itu berlaku kerana anda nak cepat bersiap!

shawl labuh 28

Nak pantas pakai tudung! Jadi, anda harus belajar menyimpan kerongsang di satu tempat sebagai koleksi anda.  Mungkin di dalam almari, di atas almari solek dan mana-mana tempat yang sesuai.  Esoknya, anda akan lebih pantas untuk bersiap!

  • Memakai Instant Shawl Khayra

shawl labuh 18

Ibu-ibu semua boleh hentikan segala pencarian berkaitan tips bersiap cepat dengan segera! Masalah anda semua sudah selesai kerana Instant Shawl Khayra memudahkan ibu-ibu untuk bersiap pantas ke tempat kerja.  Anda boleh terus memakai Instant Shawl Khayra dengan cepat tanpa ada sebarang cacat cela pun.  Anda bukan sahaja sampai awal ke pejabat, malah anda juga boleh goyang kaki sementara menunggu anak dan suami bersiap-siap untuk ke kerja bersama-sama.  Instant Shawl Khayra ini tak perlu diseterika, tak perlu digosok kerana materialnya sangat berkualiti dan bersesuaian dengan anda yang ingin bersiap pantas.

Instant Shawl Khayra yang Pelbagai

Instant Shawl Khayra mempunyai pelbagai warna, corak dan design.  Corak dan warna instant shawl ini memudahkan anda memilih warna yang bersesuai untuk kulit anda supaya tampak yakin setelah memakainya.  Antara beberapa design instant shawl Khayra dibawah ini akan membuatkan anda dapat bersiap dengan pantas dan cantik!

shawl labuh 19 shawl labuh 20 shawl labuh 21

Banyak jenis warna instant shawl yang anda boleh dapati bersama Instant Shawl Khayra.

Kelebihan Instant Shawl Khayra

Material diperbuat daripada kain knitted

shawl labuh 22

Fabrik kain knitted (kain rajut) diperbuat daripada benang yang dikaitkan dengan benang.  Kain ini kelihatan sangat kemas dan material ini tidak panas bila dipakai.  Kain ini sejuk dan sangat selesa.  Material kain ini menapis haba panas untuk diserap dan menjadikan para pemakai sentiasa selesa walau dalam apa cuaca sekalipun.

Tak Perlu Seterika

shawl labuh 23

Wah, inilah keperluan ibu-ibu yang ingin bersiap pantas.  Tak perlu seterika tudung instant shawl ini.  Instant Shawl Khayra ini tidak kedut dan kainnya sangat fleksibel dari segi apa jua posisi dan cara kita memakainya.  Tak perlu buat persediaan menggosok tudung awal-awal pun sebab tak perlu menggosok tudung ini.  Sarung saja dah siap.  Mudahnya!

Tak Perlu Pin Sana Sini

‘Membara betul hati ni, kenapa tak bagitahu awal-awal tak perlu pin? Inilah yang dicari selama ni’.

shawl labuh 29

Ya.  Tak perlu nak fikir pun pin letak kat mana, tak payah nak susah-susah pin dekat leher, atas kepala semua tu.   Instant Khayra Shawl ini telah dijahit di bawah dagu jadi anda tak perlu terkejar-kejar nak pakai tudung cepat-cepat kalau nak bersiap pantas tu.  Boleh jimat pin pula tu, tak perlu beli banyak-banyak lagi.

Mudah Digunakan Ketika Bercuti

shawl labuh 01

Tudung Instant Shawl Khayra ini mudah digunakan ketika bercuti kerana ia senang dibawa, lipat kecil-kecil pun tidak kedut.  Tak berat dan tak menggunakan ruang yang besar.  Nak guna untuk berjalan-jalan, bersantai, hiking, mendaki, bersuka, mandi manda pun boleh.

Banyak Pilihan Warna dan Corak

shawl labuh 30

Instant Shawl Khayra mempunyai pelbagai pilihan warna dan corak.  Anda boleh dapatkan Instant Shawl Khayra yang berwarna pastel, keemasan, terang dan gelap mengikut kesesuaian kulit anda.  

Cara Memakai Instant Shawl Khayra

shawl labuh 03

Memakai instant shawl Khayra sangat mudah.  Tak perlu pakai inner tudung pun boleh.  Ambil tudung dan sarung mengikut ruang kepala sahaja.  Kemudian pastikan bahagian sisi kiri dan kanan, depan dan belakang berada dalam keadaan baik.  Itu saja.  Instant Shawl Khayla tidak perlu dipakai dengan pin.  Penggunaan kerongsang atau pin adalah untuk sekadar hiasan sahaja dan jika mahu pakai, boleh pakai di sebelah tepi. 

Anda boleh dapatkan Instant Shawl Khayra dengan harga yang sangat berpatutan. Jom dapatkan sekarang!

Hubungi nombor dibawah untuk pertanyaan dan pembelian.

 

Jom Order Instant Shawl Labuh Khayra Design SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Order Instant Shawl Labuh Khayra Design SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Order Instant Shawl Labuh Khayra Design SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: