Kedai RM2 adalah salah satu pilihan kepada pengguna terutama suri rumah untuk mendapatkan barangan pada harga yang berpatutan. Tidak kira kawasan, tempat dan negeri, kedai RM2 bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Boleh dikatakan hampir setiap pusat perniagaan pasti ada sebuah kedai menjalankan perniagaan menggunakan konsep kedai RM2.
Kedai RM2 menawarkan pelbagai barangan keperluan rumah daripada barangan dapur, barang plastik, perhiasan sehingga lah kepada makanan. Walaupun ada kedai yang menjual barang harga RM2 ke atas, tetapi barang berharga RM2 dan ke bawah lebih popular dan mendapat sambutan ramai. Barang yang ada pula setanding dengan yang ada di pasar raya besar tetapi harga di sini lebih murah dan berpatutan. Kalau dari segi kualiti pun tidak jauh beza daripada yang ditawarkan di pusat beli-belah lain. Selain itu, barang-barang di kedai RM2 mudah dicari dan setempat, semua barang ada dalam satu bumbung.
Tidak kira masa gaji, tengah bulan ataupun awal bulan, Kedai RM2 sentiasa penuh dengan pelanggan. Lihat sahaja pelanggan yang sanggup beratur panjang di kaunter bayaran. Masing-masing memegang barang dan bakul. Paling kurang seorang pelanggan berbelanja RM50 seorang. Pengunjung akan bertambah ramai apabila cuti hujung minggu, cuti umum ataupun di masa perayaan. Waktu ini lah mereka berbelanja barang kelengkapan raya, cenderahati perkahwinan, hadiah hari guru dan sebagainya. Walaupun ada tanggapan barang Kedai RM2 tidak berkualiti, kedai-kedai RM2 tidak pernah lenggang daripada dikunjungi pengunjung.
Di Malaysia, kepesatan ekonomi negara yang semakin berkembang, memberi impak yang sangat positif kepada usahawan kecil dan besar. Banyak peluang perniagaan boleh diceburi, dan masyarakat juga tidak terlalu berkira untuk berbelanja. Memiliki perniagaan Kedai RM2 merupakan salah satu pilihan yang boleh di pertimbangkan bagi menambah pendapatan. Kedai RM2 nampaknya tidak sukar untuk di uruskan seperti kedai runcit dan sesuai bagi mereka yang tiada pengalaman dalam perniagaan. Lagi pun perniagaan Kedai RM2 hanya memerlukan modal yang kecil untuk bermula.
Tidak semua orang ingin memulakan perniagaan. Mungkin kerana tiada tergerak minat untuk menjadi usahawan. Sememangnya tiada salah di situ. Terpulanglah pada diri masing-masing kerana mungkin kita lebih selesa bekerja makan gaji. Rezeki pastinya ada di mana-mana saja.
Tetapi, sekiranya anda tidak pasti sama ada anda ingin memulakan perniagaan ataupun tidak, artikel saya pada hari ini mungkin dapat membantu anda melihat sebab mengapa anda perlu menjadi usahawan kedai RM2 dengan hanya bermodalkan RM750 sahaja.
Dalam gambaran kasar, mungkin anda tidak nampak apakah bisnes yang boleh dimulakan dengan modal RM750 tetapi jika anda berfikir dalam skala kecil, RM750 adalah cukup untuk anda mulakan langkah pertama dalam perniagaan. Mungkin tidak banyak perniagaan yang boleh diceburi. Jika perniagaan lain memerlukan modal beribu tapi tidak jika anda memulakan perniagaan Kedai RM2. Perniagaan ini adalah pilihan terbaik jika anda kekurangan modal kerana risiko kerugian dalam perniagaan sangat sedikit.
5 kelebihan yang perlu anda tahu jika ingin menjalankan perniagaan Kedai RM2
Dalam keadaan barang semakin mahal sekarang ini sebab inflasi, ramai orang beralih berbelanja di tempat murah. Jadi kedai RM2 menjadi pilihan. Para peniaga seperti peniaga kedai runcit, pasar malam pun mendapatkan bekalan di Kedai RM2 kerana murah dan belakan yang banyak. Bila ekonomi stabil, orang ramai tetap akan berbelanja lebih di kedai RM2. Malah ada yang beli barang secara pukal untuk di derma kan pada sekolah, masjid dan badan kebajikan.
Permulaan modal untuk berniaga di kedai RM2 juga tidak memerlukan modal besar hanya serendah RM750 jika dibandingan dengan perniagaan lain yang perlukan modal paling minimum pun dalam RM6000.
Jika berniaga kedai runcit, anda perlu ke pasar awal pagi setiap hari untuk membeli stok barang basah sebab barang basah yang memberi keuntungan lebih. Anda kena potong ayam, siang ikan, hantar gas. Kena ada pembantu tak boleh urus seorang diri. Tetapi di kedai RM2, tugas harian anda hanyalah tambah stok, buang habuk dan layan pelanggan. Orang perempuan atau ibu dan ayah di kampung pun boleh uruskan bisnes ini. Mudah kan?
Setakat ini bisnes kedai RM2 kurang persaingan kerana bisnes ini hanya di monopoli oleh peniaga cina. Berbanding dengan bisnes lain, kita terpaksa bersaing dengan orang Acheh, Kemboja, Bangladesh, Pakistan, Myanmar. Kedai runcit di monopoli oleh Acheh, restoran mamak di monopoli oleh peniaga Pakistan, kedai gadget di monopoli oleh peniaga Bangladesh, kedai baju di monopoli oleh peniaga Kemboja tetapi kedai RM2 masih terkawal dan kurang persaingan.
Margin keuntungan adalah dalam 30%. Jika jual satu barang RM2, untung anda 60 sen satu barang. Sangat tinggi berbanding kedai runcit. Margin keuntungan kedai runcit tak sampai 5% pun. Nak beli gula-gula pun tak cukup. Sewa kedai semakin mahal, persaingan tinggi, bil utility semakin mahal jadi kena cari perniagaan yang cepat pusingan nya seperti Kedai RM2 dan margin keuntungan yang tinggi.
Perniagaan kedai RM2 ini sebenarnya sudah lebih 10 tahun beroperasi di Malaysia dan telah melahirkan ramai ‘tokey-tokey bukan bumiputera’ yang kaya-raya. Mungkin kedai RM2 ini tidak asing kepada anda, kerana kedai yang menjual pelbagai barangan keperluan dengan harga RM2 ini telah ‘bersepah-sepah’ dan mudah di jumpai. Oh Ya! Jangan terkejut jika ada diantara kedai -kedai ini mampu menjana pendapatan bersih sehari 4 angka,malah 5 angka pun ada!
Membuka perniagaan sendiri sudah pasti menjadi impian setiap orang. Apakah kelebihan jika anda memiliki perniagaan sendiri seperti kedai RM2? Saya ingin kongsikan beberapa kelebihan memiliki perniagaan sendiri.
Mungkin kita kurang berminat / sudah jemu menerima arahan daripada pihak lain atau merasakan, kita boleh memberi arahan dengan lebih baik, maka memulakan perniagaan sendiri seperti Kedai RM2 membolehkan kita menjadi bos atau ketua kepada diri sendiri. Anda yang menetapkan peraturan dan anda juga boleh melanggarnya. Tiada siapa yang akan menegur anda dalam perniagaan sendiri kerana andalah ketuanya. Anda juga tidak memerlukan kebenaran sesiapa pun untuk melakukan sesuatu dalam perniagaan anda. Oleh kerana jalan perniagaan anda, anda sendiri tentukan. Anda mendapat kebebasan.
Jika anda sudah lama berminat untuk berniaga, ini lah masanya. Melakukan sesuatu mengikut minat pastinya lebih menyeronokkan berbanding dengan melakukan sesuatu kerana terpaksa. Apabila karier tumbuh berdasarkan minat, setiap hari menjadi hari yang sentiasa ditunggu-tunggu dan anda tidak kenal penat untuk berusaha. Jadi pilihlah perniagaan yang berpotensi besar, kurang risiko dan modal rendah seperti Kedai RM2 dalam langkah pertama.
Memulakan perniagaan bukan saja membantu diri kita, tetapi juga menolong orang lain dengan cara mewujudkan peluang pekerjaan. Oleh kerana anda adalah pemilik perniagaan, anda juga boleh memilih siapa pekerja anda. Anda sendiri dapat membina pasukan sendiri dalam menjayakan perniagaan anda. Pasukian yang mantap sangat membantu untuk anda berkembang terutamanya jika nak membuka cawangan Kedai RM2 lain kelak.
Bila mempunyai perniagaan sendiri, kita boleh memilih jadual yang lebih fleksibel. Kita sendiri yang tentukan masa untuk berada di kedai dan masa bersama keluarga. Teknologi terkini seperti whatsapp, telegram dan CCTV pula membantu kita menguruskan kedai di talian sahaja. Jadi kita tidak perlu menunggu atau berada di kedai sentiasa boleh agihkan tugas kepada kakitangan.
Apabila pengurusan masa yang efektif, kita boleh tumpukan kepada pemasaran dan aktiviti perkembangan perniagaan Kedai RM2 kita. Barulah usaha dan kerja yang dilakukan pada perniagaan memberi produktiviti yang optimum.
Tentunya tujuan utama dalam memulakan perniagaan adalah untuk mendapatkan keuntungan. Apabila ianya dilakukan dengan baik dan sistematik, perniagaan dapat memberi pulangan yang lumayan dan boleh di wariskan. Dikatakan sembilan daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan. Jika dilakukan dengan betul, berilmu, strategi dan teknik yang berkesan, pulangan perniagaan boleh memberi pulangan berganda. Lihat Kedai RM2 yang ternama berkembang. Bermula dari satu kedai dalam masa 10 tahun boleh buka sehingga berpuluh cawangan. Banyak keluarga yang menumpang rezeki dalam perkembangan ini.
Encik Nizam boleh membantu anda. Encik Nizam berpengalaman luas sejak 2009 dalam bidang ini dan telah membantu ribuan usahawan dalam perniaggan Kedai RM2 ini. Selain membekalkan barang-barang yang anda perlukan untuk buka kedai RM2 atau peniaga kedai runcit yang perlukan barang-barang serbaneka di kedai anda, beliau akan berikan secara khidmat nasihat percuma untuk anda. Anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk memulakan perniagaan ini. Modal permulaan serendah RM750 sahaja dan anda sudah boleh bermula.
Setiap pakej yang ditawarkan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Jika anda ada modal lebih serta sudah memiliki tapak perniagaan bolehlah memborong dengan pakej yang sesuai seperti dibawah :
* Pakej ini sesuai untuk peniaga pasar malam / uptown / pasar pagi / ekspo / kedai saiz 10×10.
* Pakej ini sesuai untuk peniaga kedai runcit yang ingin menambah barangan RM2 di kedai anda atau kedai RM2 saiz separuh (10 x 30 kaki).
* Untuk satu kedai penuh (45 x 20 kaki) modal untuk barang sahaja.
Dalam pakej ini, team en.Nizam akan bantu anda untuk setup kedai. Anda hanya keluarkan modal dan beri masa 2 – 3 minggu utk siapkan kedai anda. Boleh terus berniaga serta merta. Semuanya di uruskan sehingga siap.
Modal Yang Diperlukan = RM30,000 (stok barang) + RM25,000 (setup kedai)
Modal RM25,000 adalah untuk wiring dan renovation, rak, sign board, cashier machine dan upah susun barang.
* TIDAK termasuk kos transportation untuk rak
* Mesti sudah ada kedai
Mulakan langkah pertama anda dengan menghubungi en.Nizam di talian whatsapp di bawah.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang