Review
Apr 2, 2018, 10:37am

Pembekal Mesin Jahit di Temerloh, Pahang


  •  
  •  
  •  
  •  

Ingin bertapak dan menempa nama sebagai pembekal mesin jahit di Temerloh pastinya bukan mudah untuk dilakukan terutamanya bagi golongan bumiputera. Ini kerana kebanyakan perniagaan seperti ini biasanya dimonopoli oleh kaum bukan bumiputera di Malaysia. Walau bagaimanapun, itu bukanlah pengukur sebenar kejayaan seseorang kerana saudara Baisuddin Bin Ramly ada jawapan tersendiri.

pembekal mesin jahit di temerloh bumiputera

Sedikit Pengenalan Tentang Pembekal Mesin Jahit di Temerloh

Sebagai pembekal mesin jahit di Temerloh yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam memperbaiki masalah mesin hampir semua mesin jahit sehingga kini, pastinya pelbagai memori jatuh bangun yang telah dirasai oleh beliau. Tempoh yang berlangsung sebagai usahawan membolehkan Baisuddin dikenali bukan sahaja di kawasan setempat, malah seluruh Semenanjung Malaysia juga.

kedai mesin jahit murah di temerloh

Ini terbukti apabila para pelanggan yang bukan sahaja daripada kawasan Temerloh bertanyakan berkenaan perihal masalah mesin jahit malah dari serata tempat kerana ada di antara mereka berhubung melalui media sosial. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh pembekal mesin jahit di Temerloh ini termasuklah:

  • Menyediakan perkhidmatan menjual pelbagai jenis mesin jahit seperti mesin jahit serbaguna, mesin jahit lurus, mesin jahit tepi, mesin jahit guni, mesin jahit industri dan mesin jahit sulaman mengikut pilihan pengguna.
  • Menyediakan perkhidmatan memperbaiki dan servis hampir semua jenis mesin jahit.
  • Menyediakan perkhidmatan alat gentian untuk mesin jahit untuk kemudahan pengguna.
  • Menjual pelbagai alatan menjahit seperti gunting, benang, jarum dan sebagainya.

Jenis-jenis Mesin Jahit Dari Pembekal Mesin Jahit di Temerloh

jenis mesin jahit untuk beginner

Sepertimana teknologi lainnya, cabang bisnes ini juga mempunyai proses evolusi teknologi mesin jahit tersendiri. Jika dahulu dapat dilihat penggunaan mesih jahit menggunakan kayuhan kaki menjadi pilihan utama. Kini, mesin itu berada dalam kategori antik disebabkan kewujudan perubahan teknologi yang membuatkan design mesin jahit itu berubah mengikut masa.

Walau bagaimanapun, mesin jahit antik itu masih lagi relevan untuk digunakan dan tidak ditelan zaman. Terdapat beberapa dua jenis mesin jahit utama yang dibekalkan oleh Baisuddin Ramly selaku pembekal mesin jahit di Temerloh iaitu mesin jahit jenis portable dan mesin jahit jenis industri.

Mesin Jahit Portable (Mudah Alih)

mesin jahit portable murah di temerloh

Mesin jahit jenis portable atau serbaguna ini merupakan mesin jahit yang boleh menjalankan pelbagai fungsi jahitan. Mesin jenis ini sangat sesuai untuk kegunaan di rumah bagi melakukan kerja-kerja membaiki pakaian terkoyak atau menjahit pakaian sendiri. Sekiranya ada yang bercadang untuk memulakan bisnes kecil-kecilan yang tidak memerlukan kepada tempahan yang banyak, mesin jahit portable merupakan mesin yang sesuai.

mesin jahit portable terbaik

Jika tempahan yang diterima itu dalam kuantiti yang banyak, mesin jahit portable ini sememangnya tidak sesuai. Ini kerana mesin jahit portable mempunyai kelajuan yang lebih perlahan berbanding mesin jahit industri. Di samping itu juga, mesin jahit ini akan mudah menjadi panas memandangkan ia hanya boleh digunakan secara berterusan selama satu jam sahaja. Selepas itu, ia perlu direhatkan antara 15 minit ke 20 minit sebelum boleh digunakan semula.

ciri - ciri mesin jahit portable brothers

Antara kelebihan mesin jahit jenis portable ini salah satunya ialah ringan dan mudah alih. Maka ia sangat sesuai untuk kegunaan di rumah, di mana-mana sahaja ruang untuk menjahit. Apa yang perlu disediakan cuma sebuah meja untuk meletakkannya. Cukup mudah.

Biasanya mesin jahit portable mempunyai pelbagai jenis corak jahitan dan berkebolehan untuk membuat lubang butang. Dari segi jenama, adalah disyorkan untuk memilih mesin jahit Brother kerana ia mempunyai kualiti jahitan yang sangat baik.

Mesin Jahit Industri (Kelajuan Tinggi)

mesin jahit kelajuan tinggi juki

Berbeza dengan mesin jahit jenis portable, mesin jahit jenis industri ini sangat sesuai untuk menjahit sebarang tempahan yang mempunyai kuantiti yang banyak. Mesin jahit ini mempunyai kelajuan yang tinggi dan penggunaanya tidak terhad terhadap sebarang masa. Malah ia boleh digunakan secara berterusan selama berjam-jam tanpa risiko kepanasan atau overheat.

mesin jahit terpantas dan terbaik

Walau bagaimanapun, mesin jahit industri hanya boleh digunakan khusus untuk satu-satu jenis jahitan sahaja. Contohnya, jika ianya untuk jahitan jenis lurus, maka hanya jahitan lurus sahaja yang boleh dilakukan oleh mesin tersebut. Jika ianya untuk jahitan tepi, maka jahitan tepi sahaja yang boleh dilakukan. Ianya tidak sama seperti mesin jahit portable yang boleh melakukan pelbagai jenis jahitan untuk satu mesin.

pelbagai jenis jahitan dengan mesin jahit terbaik temerloh

Selain itu, mesin jahit industri memerlukan ruang yang luas dan mesin jenis ini juga lebih berat. Ia memerlukan kepada penyelenggaraan terjadual memandangkan jenis motor yang digunakan perlu ditukar minyak. Maka, harga bagi mesin jahit industri adalah lebih mahal.

Sebenarnya untuk mesin jahit tepi industri, tapak jahitannya boleh ditukar. Tetapi ianya tidak digalakkan kerana ia akan memberi implikasi ketika proses untuk setting semula. Rata-rata pelanggan akan mengalami masalah untuk mendapatkan setting yang betul.

Antara Jenama Mesin Jahit Yang Terdapat Di Baisuddin Mesin Jahit

Berikut disenaraikan pula antara jenama terbaik yang dijual di Baisuddin Mesin Jahit. Jenama-jenama tersebut merupakan pilihan yang paling sesuai mengikut bajet dan keperluan pelanggan.

JUKI

mesin jahit juki terbaik

JUKI adalah mesin jahit keluaran Jepun yang merupakan pilihan utama dalam bidang jahitan sebagai mesin jahit industri kerana kemampuan mesin ini tidak terhad kepada masa. Malah setiap jahitan dapat dihasilkan dengan pantas.

Brother

mesin jahit brother murah di temerloh

Jenama berikutnya juga antara yang menjadi pilihan para pelanggan yang biasa menggunakan mesin jahit jenis portable. Mesin ini mempunyai spesifikasi yang hebat dan mempunyai pelbagai jenis jahitan yang boleh dihasilkan.

Singer

mesin jahit singer terbaik di temerloh

Tidak dinafikan mesin jahit keluaran Singer juga sering mendapat tempat di pasaran Malaysia. Ramai yang memberikan maklum balas positif dari segi ketahanan mesin jahit ini dan mudah untuk dikendalikan.

GEMSY

mesin jahit gemsy murah pahang

Gemsy ini merupakan produk mesin jahit keluaran China. Antara jenama yang menjadi pilihan bagi pelanggan Baisuddin Mesin Jahit Temerloh. Mesin ini mungkin menjadi pilihan kedua selepas JUKI memandangkan kedua-dua jenama sangat pakar dalam pembuatan mesin jahit industri.

Okurma

mesin jahit okurma temerloh

Antara mesin jahit tepi yang menjadi pilihan ialah daripada jenama Okurma. Kebolehan mesin jahit ini ialah mampu melakukan jahitan jenis tepi biasa, jahitan tepi halus dan juga jahitan tepi kedut. Reka bentuk mesin jahit Okurma juga sangat mesra pengguna.

Merrylock

mesin jahit merrylock temerloh

Mesin jahit Merrylock ini merupakan antara mesin jahit yang boleh beroperasi lebih lama tanpa sebarang masalah. Ia pernah dicatatkan di pasaran Singapura sebagai mesin jahit paling lama beroperasi dalam satu masa. Mempunyai ketahanan yang baik dan sangat berbaloi untuk dimiliki.

SIRUBA

mesin jahit siruba terbaik temerloh

SIRUBA juga merupakan mesin jahit industry yang tidak kurang hebatnya selain JUKI dan GEMSY. Mesin jahit jenis ini berasal daripada Taiwan.

Tips Memilih Jenis Mesin Jahit

Selepas mengetahui sedikit sebanyak berkenaan jenis mesin jahit yang disediakan oleh pembekal mesin jahit di Temerloh, apa yang perlu difikirkan ialah apakah target kegunaan yang dipilih samada untuk kegunaan sendiri atau untuk menerima tempahan dalam kuantiti yang banyak.

tips memilih jenis mesin jahit

Perlu diingat bahawa pilihan ini akan mempengaruhi jenis mesin jahit yang dipilih dan juga bajet yang yang perlu dikeluarkan. Mesin jahit jenis portable mempunyai harga yang lebih murah berbanding mesin jahit jenis industri. Walau begitu, umumnya pasti menyedari bahawa semakin mahal harga mesin jahit portable, maka fungsi jahitan atau sulaman juga akan bertambah.

Pilihan jenama yang disyorkan untuk memilih mesin jahit portable ialah daripada jenis Brother manakala mesin jahit industri pula sangat digalakkan untuk memilih daripada jenis JUKI.  

Mesin Jahit Sulaman?

pembekal mesin jahit sulam temerloh

Jika suatu ketika dahulu teknik sulaman merupakan teknik yang sangat berseni tanpa penggunaan sebarang mesin. Tetapi kini kemunculan pelbagai mesin jahit sulaman dari jenis portable banyak membantu ramai peminat seni sulaman. Pembekal mesin jahit di Temerloh juga tidak ketinggalan untuk menjual mesin jahit dari jenis ini.

Melalui mesin jahit sulaman ini, para penggiat seni sudah boleh menghasilkan jahitan sulaman dengan lebih cepat berbanding menggunakan kaedah lama secara manual. Ketepatan jahitan juga sangat mengagumkan sepertimana produk Brother ini.

pembekal mesin jahit di temerloh terbaik

Perkhidmatan Servis Mesin Jahit Yang Ditawarkan

Pengalaman 25 tahun dalam membaik pulih dan servis mesin jahit menjadikan pembekal mesin jahit di Temerloh ini tidak menang tangan untuk memastikan kepuasan pelanggan. Setiap masalah diatasi dengan baik di samping memberikan panduan-panduan tentang penjagaan mesin jahit seperti yang disyorkan.

Setiap kakitangan sangat komited dalam hal berkenaan kerana prinsip mereka tidak terhad kepada faktor ingin menjual semata-mata, tetapi juga servis selepas menjual.

perkhidmatan selepas jualan pembekal mesin jahit temerloh

Inilah antara faktor yang mendorong mereka bertapak lebih lama di samping kepakaran yang ada pada setiap kakitangan. Bagi pelanggan yang mempunyai masalah mesin jahit, tidak kira dari segi apa sekalipun segeralah merujuk masalah berkenaan kepada Baisuddin Mesin Jahit Temerloh.

Perlukah Servis Mesin Jahit?

Persoalan yang mungkin terlintas di fikiran bagi sesetengah pemilik mesin jahit. Perlukah servis mesin jahit dilakukan? Jawapannya ialah, Ya! Servis ini perlu dilakukan terutamanya mesin jahit dari jenis portable. Semasa pembelian, jurujual pasti akan mengingatkan supaya servis dilakukan mengikut jadual iaitu setahun sekali. Ini untuk memastikan mesin jahit tersebut kekal beroperasi tanpa masalah.

tempat servis mesin jahit di temerloh

Masalah Pertama

Antara masalah yang biasa berlaku ialah kerosakan pada motor. Mesin jahit sekiranya kurang minyak akan menjadi semakin berat. Mesin jahit yang berat pastinya akan mengalami masalah sukar untuk bergerak. Keadaan ini jika berlarutan akan memberikan beban kepada motor. Simptom inilah yang menjadikan mesin berkeadaan overheat dan mudah rosak.

Masalah Kedua

Mungkin ada antara pemilik mesin jahit mengalami masalah ini iaitu kehilangan skru pengikat jarum untuk mesin jahit tepi. Selalunya skru itu akan hilang atau terjatuh ketika pengguna ingin membuka jarum. Skru tersebut tersangat kecil bahkan lebih kecil berbanding syiling 10 sen.

repair mesin jahit di temerloh

Antara tips yang dikongsikan oleh pembekal mesin jahit di Temerloh ialah dengan menggunakan tangan kanan, letakkan hujung Allen key pada lubang skru berkenaan. Perlu diingat bahawa skru itu berada tepat di atas jarum. Gunakan tangan kiri untuk memegang jarum. Kemudian pusingkan Allen key tadi mengikut pusingan lawan jam. Sebenarnya tidak perlu mengeluarkan keseluruhan skru tersebut. Cukup sekadar berjaya untuk mengeluarkan jarum.

tips menggunakan mesin jahit

Dapatkan Perkhidmatan/Servis Daripada Pembekal Mesin Jahit di Temerloh, Pahang Sekarang!

Sekiranya anda ingin mendapatkan mesin jahit baru, ataupun ingin membaikpulih mesin jahit kesayangan anda, anda boleh merujuk dengan Baisuddin Mesin Jahit untuk perkhidmatan jualan dan baikpulih ini. Sudah pastinya anda mendapat perkhidmatan terbaik kerana Baisuddin Mesin Jahit sudah lama di arena mesin jahit ini. Jadi sebarang pertanyaan boleh terus datang ke kedai Baisuddin Mesin Jahit atau menghubungi mereka sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lain.

baisuddin pembekal mesin di jahit temerloh

BAISUDDIN MESIN JAHIT TEMERLOH (HQ) Hubungi: Tekan untuk telefon (014-5073937) | Tekan untuk WhatsApp Pejabat: Tekan untuk telefon (09-2963121) Facebook: Baisuddin Mesin Jahit Temerloh Website: http://www.mesinjahit.my

Alamat HQ: B6, Gerai Mpt, Lurah Semantan, 28000 Temerloh, Pahang Berhadapan Signboard Besar, Perkataan “TEMERLOH” Di Sungai Pahang

(Cawangan): Baisuddin Elektrik Temerloh 77(4) Bangunan LKNP, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh, Pahang (Berhadapan Balai Polis Lama, Bandar Temerloh) Pejabat: Tekan untuk telefon (09-290 9273) Hotline: Tekan untuk telefon (013- 2685747) | Tekan untuk WhatsApp