Review
Feb 4, 2018, 3:23pm

Pembekal dan Pemasangan Karpet Masjid dan Surau di Penang dan Kedah


Karpet adalah elemen penting dalam sesebuah masjid dan surau. Karpet memberi keselesaan kepada seluruh jemaah surau atau masjid tersebut disamping menjadi tarikan surau kerana warnanya dan teksturnya yang lembut dan selesa digunakan. Karpet yang nipis dan keras menjadikan ia tidak tahan lama dan menyebabkan jemaah masjid akan berasa tidak selesa ketika solat. Anda juga boleh bayangkan apabila bersujud di tempat yang keras permukaannya. Selain itu, karpet masjid perlu bersih daripada kotoran dan tidak tercemar.

pemasangan karpet masjid dan surau di penang dan kedah

Bagi anda yang menguruskan keadaan masjid dan surau, anda harus menitik beratkan ciri-ciri karpet yang selesa yang perlu digunakan. Tidak semua karpet sesuai digunakan di masjid atau surau kerana ciri-ciri yang dipilih perlulah selaras dengan tujuan penggunaan dimana objektif pemasangan karpet disurau adalah untuk mendapat keselesaan dalam menjalankan ibadah. Mungkin ciri-ciri karpet yang perlu dipilih bagi pemasangan karpet masjid dan surau ini boleh dijadikan panduan dalam anda yang sedang mencari karpet yang tepat dan betul.

Ciri-Ciri Karpet Masjid Dan Surau Yang Sesuai Dipilih

ciri ciri karpet masjid dan surau untuk dipasang

  • Karpet yang tidak mempunyai corak diharamkan dan tidak sepatutnya
  • Karpet yang berkualiti dan kuat dari segi jahitan
  • Karpet yang tidak terlalu berbulu
  • Karpet yang tahan lama dan tidak mudah rosak
  • Karpet yang tahan air (tidak mudah basah lencun sekiranya berlaku banjir atau kebocoran air)
  • Karpet yang tahan api (tidak mudah terbakar dengan cepat dan drastik apabila berlaku kebakaran atau terkena api)
  • Pemasangan yang berkualiti
  • Pemotongan karpet yang rapi
  • Kekemasan karpet
  • Saiz dan ketebalan karpet
  • Murah dan Berpatutan

Uzairayyan Enterprise Pembekal dan Pemasangan Karpet Masjid dan Surau Di Penang dan Kedah

Uzairayyan Enterprise merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang berpengalaman dalam perkhidmatan membekal dan memasang karpet masjid dan surau di seluruh Seberang Perai, Kulim, Sungai Petani, Parit Buntar dan daerah berdekatan. Selain membekal dan memasang karpet, Uzairayyan Enterprise juga memasang karpet di pejabat, kediaman atau premis perniagaan.

uzairayyan pembekal dan pemasangan karpet masjid dan surau di penang dan kedah

Terdapat pelbagai jenis karpet, corak dan warna yang ditawarkan kepada anda. Dengan berbagai-bagai pilihan material yang berkualiti dan corak yang menarik, anda juga mampu mendapatkan karpet masjid dan surau ini dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. Kebanyakan karpet yang digunakan oleh Uzairayyan Enterprise ini sangat berkualiti dan diimport dari luar negara. Uzairayyan Enterprise mempunyai dua perkhidmatan iaitu Uzairayyan Carpet dan Uzairayyan Whitboard Supplier.

Perkhidmatan Uzairayyan Carpet di Pulau Pinang dan Kedah

Uzairayyan Enterprise yang bertapak di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang membekalkan dan memasang karpet di seluruh kawasan Pulau Pinang dan Kedah.

pemasangan karpet masjid dan surau di penang dan kedah oleh uzairrayyan

Mereka sangat mesra dan arif membantu pelanggan dalam hal-hal pemasangan karpet di masjid dan surau. Terdapat banyak perkhidmatan yang dilakukan oleh Uzairayyan yang anda juga wajib gunakan! Mereka telah banyak membantu pelanggan dalam perkhidmatan berikut.

  • Mendapatkan pelbagai jenis Karpet Masjid dan Surau yang terkini untuk keselesaan dalam beribadah.
  • Menukar suasana persekitaran masjid, pejabat dan kediaman yang membosankan kepada yang lebih ceria.
  • Membekal dan memasang pelbagai Jenis Karpet Masjid dan Surau dengan 1001 aneka corak warna yang menarik.
  • Mengurangkan kos perbelanjaan masjid supaya dapat digunakan untuk aktiviti yang lain
  • Menjadikan masjid lebih efisien, selesa dan berkualiti
  • Membekalkan whiteboard pelbagai saiz
  • Membekalkan dan memasang karpet di masjid, kediaman, sekolah, hotel dan semua tempat anda sekitar Pulau Pinang dan Kedah
  • Mengatasi masalah sakit lutut dan kaki anda ketika menunaikan solat di masjid

karpet masjid cantik di penang dan kedah

Cara Pemasangan Karpet Masjid Oleh Uzairayyan Carpet

Karpet yang sesuai dipasang di masjid adalah karpet yang mempunyai ketebalan 26oz ke 32oz untuk surau manakala 36oz ke atas pula sesuai dipasang di masjid-masjid yang besar. Pemasangan karpet di masjid dan surau tidaklah mudah seperti dirumah yang hanya membentang karpet sahaja, tetapi pemasangan karpet surau dan masjid mempunyai 2 cara iaitu menggunakan Gam Khas karpet atau Meletakkan Kapas Underlay di bawah karpet tersebut.

pemasangan karpet masjid menggunakan gam khas

Oleh itu, Pemasangan karpet ini mengambil masa yang sangat lama iaitu hampir 5 jam untuk pemasangan 1000 kaki persegi yang pertama. Terdapat pelbagai karpet yang cantik dan menarik dibekalkan oleh Uzairayyan Enterprise yang sudah tentu menjadi pilihan anda. Anda pasti akan teruja melihat 1001 corak karpet masjid dan surau yang sangat selesa, cantik dan berpatutan ini.

Kelebihan Memilih Perkhidmatan Uzairayyan Enterprise

Pelbagai Corak Dan Warna Karpet Yang Menarik

Terdapat 1001 warna dan corak design karpet yang terkini dan terbaru. Pihak Uzairrayan sentiasa mengemaskini karpet-karpet yang terbaru mereka mengikut permintaan anda. Ratusan corak dan warna pilihan anda yang menarik yang boleh membuatkan surau anda berubah wajah, jemaah selesa beribadah dan mendapat ketenangan.

pelbagai design karpet masjid yang menarik

Pelbagai Kualiti Karpet Dari Dalam Dan Luar Negara

Kebanyakkan karpet Uzairayyan Enterprise dihasilkan dalam negara dan negara Timur Tengah seperti UAE,Saudi Arabia dan EROPAH seperti Turkey. Karpet mereka diimport dari luar negara dan mempunyai kualiti yang hebat serta tidak ada dimana-mana tempat di Malaysia.

contoh rekaan design karpet import

Jenis Kualiti Dan Ketebalan Mengikut Bajet Anda

Uzairayyan Enterprise juga menyediakan pelbagai karpet yang ekonomi bersesuaian dengan budjet anda. Terdapat pelbagai jenis kualiti dan ketebalan karpet dan anda boleh pilih berdasarkan badjet anda. Anda tidak perlu risau kerana tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menampung kos karpet yang sangat tebal. Anda pilih mengikut bajet anda dan Uzairayyan akan membantu memberikan yang terbaik kepada anda.

karpet baru masjid dengan harga berpatutan

Harga Boleh Dirunding Dan Dibincang

Uzairayyan Enterprise sentiasa memastikan para pelanggan berpuas hati dengan harga dan kualiti karpet yang dibekalkan. Ramai pelanggan berasa sangat terharu dan gembira dengan harga yang berpatutan dan mampu milik yang mereka berikan kepada pelanggan. Dengan Uzairayyan Enterprise, harga mudah dirunding dan dibincang supaya segala hajat anda tercapai dengan izin Allah.

harga karpet boleh dirunding mengikut keperluan

Pemasangan yang Cepat Dan Cekap

Khidmat pemasangan karpet yang diberikan sangat bagus kerana pekerja Uzairayyan Carpet sangat mahir dalam memasang karpet dengan cepat dan cekap. Ini kerana pekerja mereka sangat berpengalaman dan mempunyai kemahiran dalam pemasangan karpet di masjid, surau atau dimana sahaja tempat.

pemasangan karpet yang cekap oleh uzairrayyan untuk masjid di penang dan kedah

Underlay Foam Tebal & Berkualiti

Salah satu faktor dalam menjadikan karpet masjid tahan lama adalah underlay foam yang tebal dan berkualiti. Uzairayyan Carpet menyediakan 3 underlay Foam yang mempunyai ketebalan 7mm,10mm dan 11mm. Underlay Foam selalunya diletakkan dibawah karpet dan menyebabkan karpet menjadi lebih lembut apabila dipijak. Selain lembut dan selesa, ia akan tahan lama dan tidak mudah lusuh.

karpet masjid dengan underfoam yang tebal dan tahan lasak

Percuma Underlay 7 mm

Uzairayyan Carpet memberikan secara percuma underlay 7mm kepada anda yang memerlukan khidmat pemasangan karpet! Tertakluk kepada terma dan syarat tau!

Pembekal dan Pemasangan Karpet Masjid dan Surau di Penang, Kedah percuma underlayer

Menyediakan Pelbagai Jenis Karpet Untuk Pejabat, Kediaman, Premis Perniagaan Dan Lain-lain

Perkhidmatan Uzairayyan Carpet adalah menyeluruh dimana mereka bukan sahaja membekalkan karpet untuk masjid dan surau sahaja tetapi mereka juga menyediakan pelbagai jenis karpet untuk pejabat, kediaman rumah, premis perniagaan, hotel, kilang, Institut Pengajian Tinggi, sekolah, pejabat kerajaan mahupun swasta dan pelbagai lagi.

karpet untuk premis pejabat

Uzairayyan Carpet Perkhidmatan Yang Menjamin Kepuasan Hati Anda

Tidak ada satu pun perkhidmatan yang lebih baik dari Uzairayyan Carpet. Uzairayyan Carpet menjamin kepuasan hati anda sebelum dan selepas pemasangan karpet di tempat anda. Ini kerana mereka sangat komited dan melakukan yang terbaik untuk mencapai kemahuan anda.

pembekal karpet masjid di utara

 

Sebelum membeli dan membuat keputusan memilih jenis karpet, anda boleh melihat sendiri sample karpet terlebih dahulu dengan cara melihat dan memegangnya sendiri supaya anda dapat rasa keselesaan dan kelembutan karpet tersebut. Mudah saja, anda boleh hubungi mereka untuk melihat sample dan sekiranya anda berpuas hati, anda boleh tetapkan tarikh pemasangan dan memberikan butir-butir yang diperlukan. Setelah selesai pemasangan karpet di tempat anda, dengan khidmat pembekalan dan pemasangan karpet yang 100% cekap, cepat dan efektif ini, anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan mereka!

Uzairayyan Whiteboard Supplier | Pembekal Papan Putih Seluruh Pulau Pinang dan Kedah

Selain membekal karpet, Uzairayyan juga membekalkan papan putih atau whiteboard ke seluruh kawasan seberang perai, Kulim, Parit Buntar, Taiping, Sungai Petani Pulau Pinang, Kedah dan di daerah sekitarnya. Terdapat pelbagai saiz whiteboard yang dibekalkan oleh mereka untuk kegunaan anda di rumah, pejabat, masjid, premis perniagaan dan di mana sahaja tempat anda.

uzairayyan whiteboard supplies

Perkhidmatan Penghantaran juga turut disediakan terus di depan rumah dan premis anda. Semua proses pembelian dan pemasangan sangat mudah dilakukan. Anda hanya menghubungi mereka dan berbincang, mereka akan pastikan semua berlaku dengan lancar mengikut kehendak anda.

whiteboard supplies untuk pejabat dan premis

Kehebatan Dan Kemanisan Mewakafkan Karpet Ke Surau Dan Masjid

Tahukah anda, mewakafkan karpet ke surau atau masjid merupakan sesuatu kehebatan dan kemanisan yang anda dapat rasa apabila tiada lagi di muka bumi ini. Perkara tersebut akan menjadi manfaat yang dibawa ke alam kubur kelak.

berkat mewakafkan karpet masjid

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila seseorang manusia meninggal dunia maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.” – Riwayat Muslim

kelebihan wakafkan harta ke jalan Allah

Cuba anda bayangkan, sekiranya ajal sudah menjemput, lalu apakah yang akan menyelamatkan kita dari azab kubur? Mewakafkan karpet ke masjid atau surau akan membantu menyalurkan manfaat kepada kita di dalam kubur kelak. Setiap kali manusia menunaikan solat didalam masjid tersebut, selagi itulah manfaat dan pahala akan mengalir kepada kita. Uzairayyan Carpet membuka peluang untuk sesiapa yang berminat untuk mewakafkan karpet di masjid atau surau, anda boleh mendapatkan karpet yang selesa dengan harga yang amat berpatutan dan murah bagi merealisasikan impian anda untuk kejayaan dunia dan akhirat. Anda akan sedikit sebanyak membantu para masjid melakukan ibadan dengan selesa!

Testimoni Dari Mereka Yang Menggunakan Perkhidmatan Uzairayyan Carpet

Dengan testimoni mereka yang telah menggunakan Uzairayyan Carpet, adalah sangat jelas semua jemaah masjid berpuas hati dengan kualiti karpet yang dibekal dan dipasang ini.

testimoni pelanggan yang menggunakan khidmat uzairrayyan karpet

Cikgu Syamsul dari Sek. Pekula Jaya,Sungai Petani gembira dengan hasil pemasangan karpet di Surau Sekolah

testimoni karpet uzairayyan testimoni karpet uzairayyan testimoni karpet uzairayyan testimoni karpet uzairayyan

Tempah Karpet Masjid dan Surau Dengan Uzairayyan Carpet Sekarang

Sekiranya masjid di tempat anda sekitar Pulau Pinang dan Kedah dan ingin menukar karpet baru, bolehlah berhubung dengan Uzairayyan Carpet. Servis InshaAllah terbaik yang diberikan, dan harga pun boleh dirunding mengikut jenis karpet dan kapasiti yang diperlukan. Ayuh, wakafkan harta anda ke jalan yang Allah redhai.

uzarayyan carpet untuk karpet masjid di penang dan kedah

Jom Tempah Karpet Untuk Masjid SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

No.50B, Jalan Tasek Ss2, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang

   
Jom Tempah Karpet Untuk Masjid SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Tempah Karpet Untuk Masjid SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: