Review
May 14, 2020, 12:09pm

Pembekal Benih Nenas Madu di Kelantan Murah dan Terbaik


Nanas (Ananas comosus) sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. la diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke 16 oleh orang-orang Portugis. Selaras dengan perkembangan tanaman getah, pada tahun 1921 nanas mula ditanam di Singapura, Johor dan Selangor sebagai tanaman kontan. Tanaman nanas terus berkembang dan diusahakan secara perladangan di kawasan tanah gambut terutamanya di Johor.

Antara Pembekal Benih Nenas Madu

Menurut sumber, Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar utama nanas dunia selain daripada Thailand, Filipina, Indonesia, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Brazil, Taiwan, Australia, India dan Afrika Selatan. Buah nanas yang dikilangkan mempunyai pasaran yang tinggi di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat dan Singapura.

Varieti Nanas Yang Ditanam Di Malaysia

Terdapat 10 jenis varieti nanas yang ditanam di Malaysia. Jom kita kenali varieti-varieti ini dengan lebih mendalam.

Maspine

 

Varieti nanas dari kumpulan Cayenne mempunyai ciri tidak berduri ‘Piping leaf’. Berat buah 1.2 – 1.3kg. Buah berbentuk silinder, warna kulit hijau muda, bilangan mata 120 – 140, lebar empulur 2.0 – 2.8cm, warna isi kuning keemasan, kandungan gula 12 – 14% Brix, kandungan asid sitrik 0.4 – 0.6%. Warna permukaan atas braktea merah jambu pudar dan mata bebuah timbul. Buah varieti Maspine sesuai untuk makan segar dan diproses.

Yankee

 

Varieti nanas dari kumpulan Queen juga dikenali ‘Selangor Sweet’ mempunyai berat buah 1.0 – 1.3kg. Buah berbentuk kon, warna kulit hijau gelap, jumlah mata 100 – 120, lebar empulur 1.0 -1.5cm, warna isi putih jernih, kandungan gula 11-14% Brix, kandungan asid sitrik 0.6 – 0.8% Warna permukaan atas braktea hijau, ciri unik varieti Yankee terdapat banyak sulur tangkai di keliling buah dan mata bebuah timbul. Buah varieti Yankee sesuai dimakan segar.

Gandul

 

Varieti nanas dari kumpulan Spanish mempunyai berat buah 1.0 – 1.5kg. Buah berbentuk silinder, warna kulit ungu gelap, bilangan mata 120 – 160, lebar empulur 1.8 – 2.2cm, warna isi kuning keemasan, tahap kemanisan 8 – 12% Brix, kandungan asid sitrik 0.15 – 0.25%. Warna permukaan atas braktea merah jambu gelap dan mata bebuah timbul. Buah varieti Gandul sesuai untuk diproses

Moris

 

Varieti nanas dari kumpulan Queen mempunyai berat buah 0.5 – 1.5kg. Buah matang berbentuk kon atau kon ke silinder, warna kulit hijau gelap, bilangan bebuah 100 – 120, purata lebar empulur 2.0cm, isi berongga, rapuh dan berwarna kuning. Tahap kemanisan 15 – 17% Brix, kandungan asid sitrik 0.4 – 0.7%. Warna permukaan atas braktea merah jambu gelap dan mata bebuah timbul. Buah varieti Moris sesuai dimakan segar dan untuk masakan.

Josapine

 

Varieti nanas kacukan antara varieti Johor (‘Spanish’) dan Sarawak (‘Smooth Cayenne’), mempunyai berat buah 1.0 – 1.3 kg. Buah berbentuk silinder, warna kulit merah jingga, jumlah mata 100 – 120, lebar empulur 2.0 – 2.8 cm. isi kuning keemasan, kandungan gula 16 – 17% Brix, kandungan asid sitrik 0.5 – 1.2%. Warna permukaan atas braktea hijau dan mata bebuah timbul. Buah varieti Josapine sesuai dimakan segar.

N36

 

Varieti nanas hibrid dikenali ‘Hybrid 36’ antara varieti Gandul (Spanish) dan Sarawak (‘Smooth Cayenne’) dari Peninsula Estate, mempunyai berat buah 1.5 – 2.0kg. Buah berbentuk kon ke silinder atau silinder, warna kulit hijau muda, jumlah mata 130 – 180, lebar empulur 2.0 – 2.8cm. Isi berwarna kuning keemasan, kandungan gula 12 – 14% Brix, kandungan asid sitrik 0.6 – 0.8%. Warna permukaan atas braktea merah jambu gelap dan mata bebuah tidak timbul. Buah varieti N 36 sesuai dimakan segar dan diproses

MD2

 

Varieti nanas ini mempunyai berat buah 1.3 – 2.5kg. Buah berbentuk silinder, warna kulit hijau tua, jumlah mata 120 – 160, lebar empulur 1.8 – 2.2cm. Isi kuning keemasan, kandungan gula 11-14% Brix, kandungan asid sitrik 0.3 – 0.5%. Warna permukaan atas braktea hijau dan mata bebuah tidak timbul. Buah varieti MD 2 sesuai dimakan segar

Sarawak

 

Varieti nanas dari kumpulan Cayenne mempunyai berat buah 2 – 4kg. Kebanyakan buah berbentuk kon atau kon ke silinder, warna kulit hijau jingga, bilangan mata 100 – 160, lebar empulur 2.0 – 2.8cm, warna isi kuning keemasan, tahap kemanisan 14 – 17% Brix, kandungan asid sitrik 0.3 – 1.2%. Warna permukaan atas braktea hijau dan mata bebuah tidak timbul. Buah varieti Sarawak sesuai dimakan segar.

Nanas Madu

 

Nanas Varieti Madu Kaca  merupakan satu varieti tanaman nanas yang sangat popular di tanam terutama di Kelantan sebagai tanaman intergrasi dengan tanaman getah. Nanas ini pada asalnya dinamakan sebagai nanas Sarawak sahaja tetapi sedang di dalam proses pendaftaran dengan Jabatan Pertanian untuk di namakan sebagai Nanas ‘Madu Kaca’.” Tukar kepada “Pada asalnya nanas ini dipanggil masyarakat tempatan (di negeri Kelantan) sebagai nanas Sarawak. Pada Mac 2018 nanas ini telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian sebagai Nanas Madu Kaca dengan nombor pendaftaran AC 11. Kemanisan nanas 10-14 darjah Brixs. Purata berat 1.3-2.0 kg. Kandungan sukrose tinggi pada empulur dan isinya. Buahnya berbentuk silinder dengan berat buah yang sekata. Mudah dijumpai sekitar negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Nanas Madu Kaca

 

Pembekal Benih Nenas Madu Kaca Di Kelantan | Murah Dan Terbaik

Pembekal Benih Nenas Madu yang terbaik

MASSACO PINEAPPLE FARM merupakan pengeluar nanas Madu Kaca dan membekal anak benih (bahan tanaman) nanas Madu Kaca dan membekal anak benih (bahan tanaman) nanas madu kaca sekitar pantai timur dengan harga yang sangat murah dan terbaik. Benih nanas ini adalah dari sulur angin dan sulur tanah dan mempunyai saiz purata saiz 30-50cm. Jarak tanaman yang sesuai untuk melakukan penanaman nanas ini ialah 2′ x 2′ x 1′ dengan kepadatan tanaman yang sesuai 15000 pokok/ekar (fleksibel). Pembungaan aruhan boleh dibuat setelah capai umur matang (10-12 bulan) atau setelah pokok menghasilkan 40 helai daun. Hasil bagi setiap biji sekitar 1.5-3.0 kg. 

Khasiat Buah Nenas Madu Kaca Yang Unik

Buah nanas mempunyai pelbagai khasiat. Antara khasiat buah nanas ialah;

1. Kaya dengan Sumber Vitamin C

Pembekal Benih Nenas Madu dan best

Buah Nenas memenuhi sebanyak 131 % daripada keperluan harian anda kepada antioksidan seperti Vitamin C ini.

2. Kaya dengan Serat

Pembekal Benih Nenas Madu

Buah-buahan yang kaya dengan serat mampu mengurangkan risiko menghidap penyakit kanser kolon. Serat juga dapat merendahkan kadar glukosa dalam darah.

3. Meningkatkan Kesuburan

Antaranya Pembekal Benih Nenas Madu

Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan akan membantu untuk mencegah kemandulan. Hal ini disebabkan oleh radikal-radikal bebas akan menjejaskan sistem peranakan. Buah Nenas akan bertindak balas melawan radikal-radikal bebas ini dan sangat disarankan untuk mereka yang sedang berusaha untuk hamil.

4. Memelihara Kesihatan Mental

Selain itu Pembekal Benih Nenas Madu

Salah satu khasiat buah Nenas ialah ia membantu meningkatkan semangat dan membantu mengurangkan tekanan dan kegemuruhan. Nenas yang merupakan sumber yang baik bagi asid amino tryptophan digunakan oleh tubuh badan untuk menghasilkan serotonin yang mencukupi iaitu salah satu “hormon gembira” kita.

Harga Bagi Sepokok Nanas Madu Kaca

Harga bagi nanas Madu Kaca ialah:

1 – 49 unit = RM1/unit

50 – 99 unit = 90 sen/unit

100 – 999 unit = 80 sen/unit

1000 – 10,000 unit = 70 sen/unit

*Minima order: 30 unit

Benih sulur tanah

Penghantaran percuma untuk dalam Negeri Kelantan namun begitu cas dikenakan bagi penghantaran ke luar negeri Kelantan, bergantung kepada jarak perjalanan. 

Benih suluh angin

Order mestilah dibuat 1 bulan lebih awal. ?Pembayaran deposit 50% perlu dibuat terlebih dahulu sebelum penghantaran dilakukan. COD tidak diterima. 

Terdapat Pembekal Benih Nenas MaduBenih jambul nanas

Jom Miliki Nanas Madu Kaca !!

Untuk maklumat lanjut tentang nanas Crystal ini, anda boleh layari maklumat yang tertera seperti di bawah ini.

Antaranya Pembekal Benih Nenas Madu

ENCIK AKMAL | PEMBEKAL BENIH NANAS MADU KACA KELANTAN
Hubungi: Tekan untuk Telefon (0132817323) | Tekan untuk WhatsApp
Alamat:
Ladang Nanas MASSACO, Kg Air Chanal 17700 Mukim Jeduk Tanah Merah Kelantan.

Jom miliki Nanas Madu Kaca sekarang atau follow kami di Instagram: Massaco Pineapple Farm

jejak kami di google maps: massaco pineapple farm

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom miliki Nanas Madu Kaca sekarang atau follow kami di Instagram: Massaco Pineapple Farm

jejak kami di google maps: massaco pineapple farm

Call Whatsapp Layari Website

Jom miliki Nanas Madu Kaca sekarang atau follow kami di Instagram: Massaco Pineapple Farm

jejak kami di google maps: massaco pineapple farm