Review
Apr 6, 2019, 2:06am

Pembekal Batu Nisan, Belindan dan Kepok Murah di Kelantan 2019/2020


Mati itu pasti kepada semua yang bernyawa. Sehebat mana kehidupan dan pangkat kita di dunia, tiada siapa pun yang dapat hidup kekal selama-lamanya.

batu nesan dan belindan kubur islam

Setiap di antara kita mesti pernah atau merasai kehilangan orang yang tersayang. Tapi pernah tak anda menziarahi kubur mereka? Menziarahi kubur adalah antara tanggungjawab sebagai seorang muslim. Di Malaysia, lazimnya ia di lakukan pada bulan Ramadan serta Hari Raya Aidilfitri. Namun terdapat juga sesetengah keluarga yang menjadikannya rutin yang dilakukan secara lebih kerap.

Larangan – Larangan Ketika Menziarahi Kubur

Ziarah kubur mempunyai larangan-larangan tertentu yang perlu dijauhi. Antara larangan tersebut ialah :

  • Membuka Aurat

batu nisan kelantan murah 1

Bahkan hendaklah menutup aurat dengan sempurna dengan memakai pakaian yang sopan, bersesuaian dan mematuhi tuntutan syara’.

  • Duduk Atau Bersandar Tanpa Apa-apa Keperluan Di Atas Kubur Kerana Perbuatan Tersebut Hukumnya Makruh Di Sisi Syara’

Bagaimanapun, jika terpaksa melakukannya kerana suatu keperluan atau darurat, contohnya kerana tidak ada ruang disebabkan keadaan tanah perkuburan yang kuburnya sudah sesak dan padat serta berdekatan di antara satu kubur dengan kubur yang lain, maka dalam hal seumpama ini tidak makruh duduk atau bersandar di atasnya.

dilarang duduk di atas kubur

Adapun duduk di sekitar atau di sekeliling kubur pula, yakni bukan di tempat mayat ditanam di bawahnya adalah tidak dilarang.

  • Berjalan Di Atas Kubur Atau Memijaknya Tanpa Keperluan

Walau bagaimanapun, jika tidak ada jalan lain menuju ke kubur yang hendak diziarahi itu melainkan dengan memijak kubur yang lain, maka dalam keadaan sedemikian harus hukumnya memijak kubur kerana adanya keperluan.

dilarang memijak di atas kubur

Adapun lalu atau memijak kawasan persekitaran dalam tanah perkuburan yang bukan tempat mayat ditanam di bawahnya adalah tidak makruh walaupun memijaknya atau lalu di atasnya tanpa keperluan. Ini kerana larangan daripada memijak, begitu juga duduk, berbaring atau bersandar itu hanyalah khusus jika dilakukan di atas kubur tempat mayat ditanam sahaja dan bukan di persekitaran atau tempat laluan yang disediakan di kawasan tanah perkuburan.

  • Meratap, Memekik, Meraung Serta Memukul-mukul Pipi Kerana Terlalu Dukacita

batu nisan kelantan disiapkan dengan cepat 2

Perasaan sayu, hiba, sedih atau air mata yang mengalir tanpa pekikan, ratapan dan yang seumpamanya tidak dilarang kerana kesedihan dan air mata itu merupakan tanda rasa kasih terhadap ahli kubur atau kerana perasaan insaf dan gerun terhadap kematian serta hari pembalasan.

  • Berkata Batil Mahupun Bergurau Senda, Menyanyi-nyanyi Dan Berbual Kosong

dilarang bercakap perkara melalaikan di kawasan kubur

Hendaklah diisikan waktu ziarah kubur itu dengan bermuhasabah dan mengambil iktibar serta menghadiahkan bacaan ayat suci Al-Quran dan berdoa memohonkan kesejahteraan dan keampunan untuk si mati yang diziarahi serta ahli-ahli kubur yang lain.

  • Melakukan Perkara-perkara Syirik Dan Khurafat Yang Menjejaskan Akidah

batu nisan kelantan disiapkan dengan cepat 4

Perkara sesat seperti ini adalah haram dan ia akan menjejaskan kesucian agama Islam dan menjatuhkan pelakunya ke lembah syirik.

  • Membuang Air Kecil Ataupun Air Besar Di Atas Kubur

batu nisan kelantan disiapkan dengan cepat 1

Tidak wajar membuang air besar dan kecil di persekitarannya kerana perbuatan tersebut hukumnya makruh dan merupakan perbuatan yang tidak bermoral dan tidak bertamadun.

  • Mengotorkan Kawasan Tanah Perkuburan Dengan Meninggalkan Sisa-sisa Plastik, Surat Khabar, Botol Dan Sebagainya

Membuang sampah atau apa-apa sisa buangan di kawasan tanah perkuburan bukan sahaja mencemarkan kehormatan kubur serta ahli kubur, bahkan ia turut sama menyusahkan dan menyakiti penziarah kubur yang lain.

batu nisan kelantan disiapkan dengan cepat 7

Segala kotoran tidak kira sama ada yang mendatangkan bau busuk ataupun tidak, wajib dijauhkan dari kubur orang Islam kerana menyakiti orang Islam yang datang ziarah di situ serta menyakiti mayat orang Islam hukumnya haram.

  • Makan Dan Minum Ketika Ziarah Kubur

pembekal batu nisan di kelantan 4

Perbuatan seumpama ini jelas sekali tidak selari dengan pensyariatan dan hikmah ziarah kubur yang sepatutnya mendatangkan rasa gerun dan insaf kerana ia memperingatkan perihal kematian dan hari akhirat.

  • Merokok

pembekal batu nisan di kelantan 2

Selain haram, merokok juga mengotorkan kerana debu dari puntung rokok yang berterbangan serta puntung rokok yang selalunya akan dibuang merata-rata. Perbuatan sedemikian merupakan satu pencemaran dan pencabulan terhadap hak dan kehormatan kubur serta ahli kubur. Selain itu, ia juga memudaratkan dan mengganggu keselesaan penziarah kubur yang lain. Ini jelas sekali merupakan perbuatan yang tidak elok dan tidak selari dengan perlakuan seorang Muslim. Penziarah kubur bukan sahaja perlu menjaga kehormatan si mati yang mereka ziarahi, bahkan mereka juga perlu menghormati seluruh ahli kubur serta penziarah yang lain.

Anda baru kehilangan orang yang tersayang? Atau ingin menukar batu nisan dan kepok yang baru? Mencari yang murah dan patuhi syarak? DHL Pusara kan ada!!

Pembekal Batu Nisan, Belindan Dan Kepok Murah Di Kelantan 2019/2020

DHL Pusara adalah sebuah Syarikat Bumiputera yang menjalankan perkhidmatan batu nisan, serta kepungan kubur. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan Batu Nisan di seluruh Malaysia khususnya sekitar Kelantan dan Pantai Timur. Selain itu kepakaran mereka adalah dalam membekal, memasang, membaik pulih dan membuat Batu Nisan, belindan / kepok Kubur dan ukiran nama (jawi&rumi).

pembekal batu nisan di kelantan 3

DHL Pusara akan terus bersedia memberikan khidmat kepada masyarakat terutamanya di Pantai Timur untuk memudahkan masyarakat mendapatkan “tanda” dan menziarahi pusara ahli keluarga atau kenalan rapat yang telah meninggal dunia.

Ciri-Ciri Batu Nisan & Belindan / Kepok Yang Dijual Di DHL Pusara

Batu nisan dan belindan / Kepok adalah suatu penanda di kubur atau pusara. Antara Ciri-ciri Batu Nisan & Belindan yang patut anda tempah di DHL PUSARA ialah,

pembekal batu nisan di kelantan 5

  • Kaedah pemasangan yang praktikal dan dipasang oleh pekerja yang berkemahiran dan berpengalaman
  • Mengikut saiz luas liang lahat (tidak menggunakan ruang lain)
  • Sangat mudah dibuka kembali jika tanah perkuburan sudah penuh
  • Tidak berlebihan dari segi reka bentuk dan harga yang mengikut kemampuan pelbagai lapisan dan latar belakang masyarakat

Jenis Batu Nisan Dan Harga

Batu nisan adalah penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu. Terdapat beberapa jenis batu yang digunakan dalam penghasilan batu nisan antaranya granite, marble, batu sungai dan juga batu terazo.  Antara jenis batu nisan yang di jual di DHL Pusara ialah,

Nisan Putih Biasa (Berserta Plat Nama)

pembekal batu nisan di kelantan

Lelaki – RM 100.00
Perempuan – RM 90.00

Nisan Putih Kosong (Berserta Plat Nama)

pembekal batu nisan di kelantan

Lelaki – RM 130.00
Perempuan – RM 90.00

Nisan Putih Kanak – Kanak (Berserta Nama)

pembekal batu nisan di sekitar kelantan 2

Lelaki – RM 80.00
Perempuan – RM 70.00

Nisan Terazo Clear Kecil (Berserta Plat Nama)

pembekal batu nisan di sekitar kelantan 3

Lelaki – RM 270.00
Perempuan – RM 250.00

Nisan Granite Kanak – Kanak (Berserta Ukiran Nama)

pembekal batu nisan di sekitar kelantan 4

Lelaki – RM 470.00
Perempuan – RM 470.00

Nisan Granite Lelaki (Berserta Ukiran Nama)

pembekal batu nisan di sekitar kelantan 5

Saiz 2 Kaki – RM 650.00
Saiz 2.5 Kaki – RM 750.00

Nisan Granite Perempuan (Berserta Ukiran Nama)

pembekal batu nisan di sekitar kelantan 1

Saiz 2 Kaki – RM 650.00
Saiz 2.5 Kaki – RM 750.00

Jenis Belindan / Kepok Dan Harga

Belindan adalah kepungan pada atas kubur dengan batu nisan berada di dalamnya. Antara jenis belindan / kepok yang terdapat di DHL Pusara ialah,

Belindan Selit Putih (RM 530.00)

batu nisan kelantan 3

Kemasan : cat weather sheild

Belindan jenis ini sesuai digunakan untuk golongan dewasa dan juga remaja yang    berusia lingkungan 15 tahun dan ke atas. Belindan ini mengambil masa dalam 2 minggu untuk disiapkan.

Belindan Selit Tulisan (RM 630.00)

batu nisan kelantan 4

Kemasan : cat weather sheild

Belindan jenis ini sesuai digunakan untuk golongan dewasa dan juga remaja yang berusia lingkungan 15 tahun dan ke atas. Belindan ini mengambil masa dalam 2 minggu untuk disiapkan.

Belindan Kotak Tulisan (RM 690.00)

batu nisan kelantan 5

Kemasan : cat weather sheild

Belindan jenis ini sesuai digunakan untuk golongan dewasa dan juga remaja yang  berusia lingkungan 15 tahun dan ke atas. Belindan ini mengambil masa dalam 2 minggu untuk disiapkan.

Belindan Selit Terazo (Tapak Biasa : RM 980, Tapak Terazo : RM 1200)

batu nisan kelantan 6

Kemasan : teroza dan clear liquid

Belindan jenis ini sesuai digunakan untuk golongan dewasa dan juga remaja yang    berusia lingkungan 15 tahun dan ke atas. Belindan ini mengambil masa dalam 3 minggu untuk disiapkan.

Belindan Terazo Kotak (Tapak Biasa : RM 980, Tapak Terazo : RM 1200)

batu nisan kelantan 1

Kemasan : teroza dan clear liquid

Belindan jenis ini sesuai digunakan untuk golongan dewasa dan juga remaja yang berusia lingkungan 15 tahun dan ke atas. Belindan ini mengambil masa dalam 3 minggu untuk disiapkan.

Belindan Terazo Bulat (RM 1100.00)

 

Kebatu nisan kelantan murah 2masan : teroza dan clear liquid

Belindan jenis ini sesuai digunakan untuk golongan dewasa dan juga remaja yang berusia lingkungan 15 tahun dan ke atas. Belindan ini mengambil masa dalam 3 minggu untuk di siapkan.

BELINDAN MARMAR (RM 2300.00)

batu nisan kelantan murah 3

Kemasan : marmar / marble

Belindan jenis ini sesuai digunakan untuk golongan dewasa dan juga remaja yang berusia lingkungan 15 tahun dan ke atas. Belindan ini mengambil masa dalam 3 minggu untuk di siapkan.

BELINDAN GRANITE (RM 5000.00)

batu nisan kelantan murah 4

Kemasan : batu granite

Belindan jenis ini sesuai digunakan untuk golongan dewasa dan juga remaja yang berusia lingkungan 15 tahun dan ke atas. Belindan ini mengambil masa dalam 3 minggu untuk di siapkan.

BELINDAN KANAK-KANAK (RM 250.00)

batu nisan kelantan murah 5

Kemasan : cat weather sheild

Belindan jenis ini sesuai digunakan untuk golongan kanak-kanak. Belindan ini mengambil masa dalam 2 minggu untuk di siapkan.

Harga yang dipamerkan “complete set” termasuk;

– Pelapik simen (tapak)

– Belindan / Kepok

– Batu Nisan – Batu kuari, pasir, batu putih

– Plat nama

– Kos penghantaran & pemasangan

Jom Tempah Batu Nisan Dan Belindan Murah 2019/2020

batu nisan kelantan disiapkan dengan cepat 6

Batu nisan dan belindan orang tua anda sudah rosak? Ingin menukarnya tapi nak yang murah dan berkualiti? Tiba masanya ada menukar batu nisan dan belindan baru di kubur ibu bapa anda dengan DHL Pusara. Murah dan dipercayai 100%. Untuk menempah, sila hubungi DHL Pusara di talian;

DHL PUSARA | TEMPAHAN BATU NISAN DAN BELINDAN MURAH DI KELANTAN
Hotline : Tekan untuk telefon (016-8529892) | Tekan untuk WhatsApp
Website : http://dinhjlahpusara.com/

Alamat :

1698-0 Kampung Belukar, Dewan Beta, 15100, Kota Bharu Kelantan

Jom tempah batu nisan SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom tempah batu nisan SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom tempah batu nisan SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: