Review
Dec 17, 2017, 7:40am

Pembekal Barangan Hotel/ Homestay / Hostel Murah di Malaysia


Sebut tentang bilik hotel, kita pasti terbayang dekorasi cantik, tilam empuk dan berkemas rapi, cadar bersih lagi lembut dan tak lupa bantal yang gebu. Susun atur perabot yang elegan dan minimal membangkitkan suasana tenang kepada tetamu. Sekali kita berbaring rasa seperti tidak mahu bangun dek kerana selesanya.

pembekal barangan hotel

Bilik tidur di hotel memang menjadi bilik tidur idaman setiap orang. Namun usaha menjelmakan suasana serupa di rumah atau premis homestay sendiri bukannya mudah. Ramai yang sering ketandusan idea menghias ruang bilik laksana berada di hotel ternama. Apa kata kita korek rahsia dan tip transformasi bilik tidur setanding bilik hotel.

7 Langkah Transformasi Bilik Tidur Setanding Hotel Lima Bintang

  • Tetapkan Konsep Ruang

konsep-bilik-tidur-hotel

Sebelum memilih perabot, kemasan dan kelengkapan lain kenalpasti fungsi dan konsep bilik yang diingini. Memilih kelengkapan bilik untuk suite mewah tentulah berbeza dengan bilik asrama. Bilik suite perlu menampilkan ciri eksklusif dan mewah. Pemilihan perabot dan material kemasannya mengggunakan warna keemasan atau berciri klasik. Selain itu, ada juga bilik tidur yang dihias mengikut tema seperti berkonsepkan Bali atau moden kontemporari. 

  • Perabot Minimal Jamin Keselesaan

pengggunaan-perabot-yang-minimal

Bilik hotel memberi kesan luas dan lapang kerana menggunakan perabot yang minimal dan praktikal. Hanya perabot yang penting disusun atur selain pemilihan katil dengan bersesuaian.

  • Pencahayaan dan Mood Ruang

pencahayaan-malap

Pencahayaan yang suram mewujudkan suasana bilik yang nyaman dan tenang kepada penghuninya.Cahaya samar warm lighting juga membangkitkan mood romantis. Pemilihan lampu bilik seperti lampu sorot atau down light memberi imej eksklusif, manakala lampu tidur di meja sisi katil menambah seri ruang.

  • Pilihan Warna Dinding dan Feature Wall

warna-dan-dinding-wallpaper

Pilihlah warna neutral dan lembut seperti krim, beige atau putih gading. Ini menjadikan ruang bilik terasa lebih luas dan tidak serabut. Boleh juga wujudkan feature wall yang menjadi fokus pandangan di dalam bilik. Feature wall ini boleh dipasang kertas dinding bercorak atau menggantung gambar berbingkai. Tapi awas jangan terlalu teruja menghias, kerana less is more.

  • Pilih Material Kemasan Sesuai

pilihan-fabrik-untuk-kemasan

Pemilihan material kelengkapan linen seperti cadar dan duvet haruslah mengambilkira faktor kesesuaian dan cuaca. Cadar tilam berfabrik satin misalnya tidak sesuai untuk bilik berkeluarga yang lebih lasak penggunaannya selain fabriknya panas. Bagi langsir pula, material kain sheer yang telus cahaya juga tidak sesuai jika ruang tingkap kaca menghadap matahari terik.

  • Buat senarai semak inventori

checklist-senarai-inventori-perabot

Sebagai panduan untuk pengusaha homestay, sentiasa sediakan senarai semak inventori. Tidak memadai sekadar menyediakan kelengkapan seperti tilam, bantal dan tuala yang mencukupi. Pastikan anda menyimpan stok ekstra inventori anda. Ini kerana linen seperti cadar dan tuala akan sentiasa dicuci dan dipastikan sentiasa bersih. Senarai inventori juga memastikan anda mempunyai kelengkapan mencukupi dan dalam keadaan baik.

  • Survey Senarai Pembekal Kelengkapan Dipercayai

survey-senarai-supplier

Bagi mendapatkan barangan dan kelengkapan berkualiti dan terkini kenalah rajin-rajin membuat tinjauan produk baru dan senarai pengedar. Kini ada berita baik untuk pengusaha hotel dan homestay yang sering kebuntuan mencari pengedar kelengkapan bilik tidur seperti bantal, set cadar berkualiti hotel dan berbagai kelengkapan hospitaliti.

muna-home-supplies-pembekal-barangan-bilik-tidur

Muna Home Supplies merupakan pembekal barangan hotel yang berkualiti, dipercayai dan menawarkan harga murah di Malaysia. Muna Home Supplies bukan saja menawarkan khidmat jualan kepada industri hospitaliti, tetapi juga orang perseorangan. Jadi tak perlulah anda gusar terpaksa memborong berdozen set cadar hotel untuk menikmati suasana bilik hotel idaman hati.

Mengapa Barangan Hotel Berkualiti? Muna Supplies Menjadi Pilihan?  

Ramai mengidamkan kelengkapan bilik tidur ala hotel tetapi tidak tahu di mana ingin mendapatkannya. Ada yang menawarkan kelengkapan kelihatan sama seperti digunakan hotel tetapi kualitinya tidak baik. Muna Home Supplies membekalkan kelengkapan yang sememangnya digunakan oleh bidang perhotelan. Kelengkapan seperti tilam dan bantal yang ditawarkan Muna Home Supplies memenuhi piawaian, jadi aspek kualiti tidak perlu diragukan.

pembekal-tilam-murah

Sekalipun kualiti kelengkapan yang dibekal setaraf hotel ternama, harga yang ditawarkan Muna Home Supplies murah dan berpatutan. Antara kelengkapan lain  yang disediakan seperti tilam berjenama seperti Dunloppilo untuk kegunaan hotel, asrama dan homestay, cadar hotel 1 cm stripe, mattress protector (alas tilam) dan banyak lagi.

Sekarang mari kita lihat kelengkapan hotel paling tinggi permintaan yang dibekalkan Muna Home Supplies:

  • Bantal Hotel Hollowfill

bantaltilam-hollowfill

Pernah tertanya-tanya mengapa lain macam gebunya bantal di hotel ternama? Jawapannya material yang digunakan bantal hotel diperbuat dari fiber berkualiti. Ini sebabnya bentuk bantal hotel kekal petak, kemas terletak dan tidak berlekuk walaupun sudah lama digunakan. Berbeza dengan bantal kekabu yang akan menipis mengikut masa. Selain itu bantal hotel dicipta untuk penggunaan tahan lasakk supaya lebih bersih, tidak menyerap debu dan anti alergi. Rekabentuknya juga sesuai dengan postur kepala dan tengkuk bagi memastikan tidur anda nyaman dan selesa. Tahukah anda bantal hollowfill boleh dibasuh menggunakan mesin basuh dan masih kekal bentuknya?

  • Kelengkapan bilik  mandi

pembekal-tuala-hotel-dan-kelengkapan-bilik-air

Tuala antara kelengkapan hospitaliti yang paling kerap dicuci dan diganti atas faktor kebersihan. Pelbagai jenis dan saiz hotel boleh dipilih seperti tuala badan tuala muka. Tuala yang berkualiti tebal dan tekstur materialnya menyerap air adalah yang paling baik. Hotel lazimnya menggunakan tuala berwarna putih sebagai jaminan kebersihan. Tetapi tidak ada salahnya memilih tuala berwarna yang dapat menyuntik mood kepada bilik mandi. Tuala hotel yang ditawarkan Muna Home Supplies sememangnya mendapat permintaan tinggi dari pelanggan dari sektor perhotelan malah individu.

  • Set Cadar Hotel White Stripe Seperti Tidur di Hotel Mewah

set-cadar-white-stripe

Set Cadar Hotel White Stripe sangat sinonim sebagai kemasan linen katil di hotel-hotel mewah.  Tidak hairanlah set cadar ini menjadi produk laku keras di Muna Home Supplies. Kini dengan Set Cadar Hotel White Stripe anda tidak perlu lagi sentiasa check-in hotel mewah untuk menikmati keselesaan bilik tidurnya. Hiaskan kemasan katil tidur anda persis hotel bertaraf lima bintang. Set cadar White Stripe ini  didatangkan dengan set cadar fitted, sarung duvet dan sarung bantal.

Mengapa Anda Perlu Memiliki Set Cadar Hotel White Stripe?

  • Material 100% Kain Kapas

Jenis fabrik sememangnya menentukan keselesaan kemasan linen. Kain yang digunakan Set Cadar Hotel White Stripe adalah sejuk dan  100% kain kapas. Material ini tentulah sesuai dengan iklim panas lembap negara kita. Kiraan benang (thread count) yang banyak menjadikan fabriknya halus dan lembut. Tidur pasti lebih nyaman dan lena dengan set cadar ini.

  • Ruang Tidur Tampil Lebih Bergaya

Set Cadar Hotel White Stripe memberi imej mewah dan classy dalam tatarias ruang bilik tidur. Warna putihnya bersifat neutral sesuai dipadankan dengan kelengkapan bilik yang lain.  

cadar-kualiti-hotel

  • Fabriknya berkualiti dan tidak berbulu

Fabrik set Cadar White Stripe tidak berbulu walaupun selepas banyak cucian. Memang ada kain kapas yang lembut dan sejuk namun selepas sekian lama penggunaan akan timbul bintil-bintil halus. Ini tidak terjadi dengan Set Cadar Hotel White Stripe yang semakin dicuci, semakin lembut dan selesa.

  • Set Cadar Hotel White Stripe terbukti tahan lasak

Set Cadar Hotel White Stripe telah digunakan sebagai kelengkapan bilik tidur hotel ternama di seluruh dunia sejak sekian lama. Bila sebut katil hotel, memang terus terbayang cadar putih dengan corak belang-belang putih ini. Material kainnya tidak susah dikendalikan dan boleh dibasuh mesin dan dikeringkan sama seperti cadar lain. Jadi usah bimbang urusan cucian linen anda kerana ketahanannya memang terbukti.

cadar-hotel

  • Material Tidak kecut

Apabila sebut saja kain kapas kita pasti terfikir kain lembut tetapi mudah komot dan kecut. Ini tentu tidak sedap dipandang dan menambah kesukaran mengemas katil. Dengan cadar hotel White Stripe yang ditawarkan Muna Home Supplies, tugas menyiapkan katil menjadi lebih mudah, tampak rapi dan kemas.

Muna Home Pembekal Barangan Hotel/Homestay Pilihan Ramai

Muna Home Supplies solusi kelengkapan hotel dan kemasan bilik tidur yang murah dan berkualiti. Muna Home Supplies pasti menjadi pilihan pengusaha hotel, pengendali hostel, pemilik homestay dan keluarga. Jangan ketinggalan memberi kepuasan kepada pelanggan dengan menyediakan kelengkapan hotel setanding hotel ternama.

dapatkan-bantal-dan-kelengkapan-hoteltilam-kualiti-hotel

Kini transformasi ruang tidur anda seperti hotel bukan lagi angan-angan.  Nikmati harga yang lebih menarik untuk pembelian borong kelengkapan hotel dari  Muna Home Supplies.

 

Jom Order Cadar Hotel White Stripe SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Order Cadar Hotel White Stripe SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Order Cadar Hotel White Stripe SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: