Review
Jul 24, 2018, 10:57am

Tempah Pemasangan Kabinet Gril Dan Loteng Murah Di Kedah


Ingin mencari perkhidmatan pembuatan perabot, kabinet dan loteng sekali pakej dengan pemasangan grill bukan mudah. Sudah menjadi kebiasaan apabila untuk membina sebuah rumah idaman, memerlukan lebih daripada seorang tukang rumah. Untuk dapatkan rumah idaman, perlu menggunakan khidmat tukang rumah yang berpengalaman dan berkualiti.

tempah kabinet gril dan loteng

Antara mereka yang menyediakan servis perkhidmatan membina dan memasang gril, loteng, perabot  serta kabinet di Kedah adalah REKAPASANG.

kontraktor kabinet gril dan loteng

TEAM REKAPASANG ini menyediakan servis perkhidmatan mereka dan membina untuk memasang gril, loteng, perabot serta kabinet di rumah kediaman anda tidak kira sama ada kediaman lama mahupun di kediaman baru. Mereka tidak mempunyai kedai untuk ‘display’ hasil kerja namun, bengkel kerja terletak di Pendang, Alor Setar dan Jitra, Kedah.

 Perkhidmatan Pemasangan Kabinet Gril Dan Loteng Murah Dari REKAPASANG

kabinet dapur murah kedah

Ramai pelanggan telah memberi sepenuh kepercayaan  kepada Team Rekapasang untuk membina gril, perabot serta loteng di rumah. Ini memudahkan para pelanggan untuk menyelesaikan 1001 masalah tempahan perabot rumah hanya menuju ke satu tempat sahaja iaitu di REKAPASANG KEDAH. Jom lihat apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh TEAM REKAPASANG ini.

Pemasangan Gril

pasang gril murah kedah

Pemasangan gril boleh dilakukan oleh Team Rekapasang untuk gril pintu, tingkap, serta gril pintu pagar. Di Rekapasang ada pelbagai design gril yang anda boleh gunakan. Baik design gril biasa sehingga ke design gril bercorak.

Pemasangan Loteng

Untuk rumah kediaman yang sempit dan tiada ruang untuk menyimpan barang atau kekurangan bilik, anda boleh membina loteng yang sangat cantik binaannya. Loteng ini dibina pada ruang yang tinggi di dalam rumah atau di dalam ruang bumbung.

pemasangan loteng di rumah

Terdapat beberapa syarat dan faktor yang mesti diambilkira untuk membina sebuah loteng di dalam rumah idaman anda.

  • Jarak ketinggian minimum adalah 15 kaki.
  • Struktur dinding mestilah mempunyai tulang beam untuk menjamin kekuatan.
  • Dinding dibina daripada batu bata atau konkrit.
  • Jenis dan kualiti bahan pembinaan yang digunakan.
  • Kerangka struktur loteng yang stabil dan tahan.
  • Ruang pemasangan.

Pemasangan Kabinet Dapur

Ramai yang mengidamkan kabinet dapur yang cantik dan kemas untuk ruangan dapur idaman. Perabot dapur dengan Rekapasang akan memberi ruang dapur anda lain dari yang lain. Dari segi pemilihan warna, ruang yang diinginkan sehinggakan bentuk rupa perabot anda boleh dapatkan di Rekapasang Kedah ini.

kabinet perabut dapur kedah

Apa yang menariknya di Rekapasang anda boleh memilih material kabinet yang anda inginkan. Anda boleh terus ke bengkel mereka dan melihat sendiri cara tukang – tukang Rekapasang ini bekerja. Hasil kabinet yang anda inginkan semestinya memenuhi citarasa dan diberikan jaminan kualiti yang terbaik.

Membina Dan Memasang Perabot Rumah

Rumah idaman semestinya mempunyai perabot yang berkualiti dan sesuai dengan setiap ruang di dalam rumah. Pemilihan perabot yang tepat mempengaruhi penggunaan ruang yang luas atau semakin sempit. Anda perlu mengambil kira fungsi perabot itu sama ada tujuan memaparkan barangan hiasan atau berfungsi untuk menyimpan barang.

pasang kabinet gril dan loteng kedah

Team Rekapasang menyediakan perabot yang pelbagai fungsi yang boleh di sesuaikan dengan tema dekorasi rumah idaman anda. Setiap perabot juga harus memberi keselesaan untuk penghuni rumah serta bakal tetamu yang akan berkunjung ke rumah idaman anda.

Menerima Tempahan Perabot Kayu Pallet

Penggunaan perabot dengan material kayu pallet ini semakin viral. Kayu pallet boleh digunakan untuk kerusi duduk, meja makan, rak dekorasi, kabinet menyimpan barang, kabinet dapur, rak televisyen dan sebagainya. Bagaimana kayu pallet itu sendiri memperlihatkan kualitinya adalah bergantung kepada tangan tukang yang membinanya.

perabot kayu pallet murah di kedah

Di Rekapasang, anda akan memperolehi kualiti binaan kayu pallet yang terbaik dengan bayaran yang murah. Anda hanya perlu memberi design atau memberi gambaran bagaimana rupa perabot idaman anda dan selebihnya Team Rekapasang akan menjalankan tugas mereka.

5 Kelebihan Daripada Servis Team REKAPASANG

Setiap perkhidmatan atau servis membina memasang perabot ini mempunyai kelebihan tersendiri. Kelebihan ini menjadikan Team Rekapasang sentiasa penuh dengan senarai tempahan dari pelanggan  sekitar Kedah mahupun luar Negeri Kedah.

1. Team Rekapasang Menawarkan Khidmat Bayaran Ansuran

Ramai yang menginginkan perabot idaman namun tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk mengeluarkan satu bayaran yang besar. Terutamanya pada mereka yang baru memasuki kediaman yang baru, mesti mahukan perabot dan dekorasi yang cantik tapi murah.

pembayaran ansurans renovasi rumah kedah

Team Rekapasang menerima pembayaran dengan menggunakan kad kredit. Cara ini dapat membantu tuan rumah untuk membayar secara ansuran. Anda boleh meletakkan sejumlah bajet yang kecil untuk setiap bulan bagi mendapatkan perabot idaman anda di Rekapasang.

2. Tiada Caj Atau Bayaran Upah Untuk Melukis Design

Untuk memberi gambaran yang sebenar tentang keinginan rekabentuk perabot anda, semestinya satu lakaran mesti dibuat. Ianya dapat menghalang daripada tersilap rekaan atau andaian hasil reka bentuk gril, loteng dan perabot yang ditempah.

caj lakaran percuma

Setelah lakaran kasar dibuat, lakaran dengan menggunakan komputer pun boleh dibuat oleh designer dari Team Rekapasang tanpa sebarang caj tambahan dikenakan. Anda boleh memberikan segala idea dekorasi yang anda inginkan dengan Team Rekapasang.

3. Tiada Bayaran Tambahan Untuk Proses Mengukur Dan Memberi Quotation

Anda tidak perlu risau dengan Rekapasang, tiada caj tambahan dan tersembunyi dari mereka. Untuk mengetahui anggaran sebenar ruang yang terbabit dengan pembinaan dan pemasangan ini, Team Rekapasang akan berkunjung di kediaman anda sekiranya perlu untuk mereka berbuat demikian.

hasil kerja kabinet gril dan loteng murah di kedah

Quotation harga akan dibuat setelah proses semua ukuran dibuat, size, material dan perbincangan dibuat. Bos besar Team rekapasang sendiri akan ke lokasi pelanggan bagi memberikan kepuasan kualiti perkidmatan yang diberikan.

4. Pilihan Pakej Yang Sesuai Dengan Bajet

tempahan gril murah kedah

Setiap pakej dibuat berdasarkan material yang dipilih serta kemasan yang dibuat. Setiap pakej yang ditawarkan mempunyai kelebihan masing – masing dan anda perlu memilih pakej berdasarkan keperluan yang sepatutnya.

Testimonial Pelanggan REKAPASANG Kedah

testimoni team rekapasang kabinet dapur murah testimoni team rekapasang kabinet dapur murah testimoni team rekapasang kabinet dapur murah testimoni team rekapasang kabinet dapur murah

Hubungi Team REKAPASANG Sekarang Untuk Rumah Idaman Anda!

hubungi kontraktor rumah di kedah

Perkhidmatan membina dan memasang gril, loteng, perabot serta kabinet daripada Team Rekapasang sangat berbaloi dan memberikan jaminan kualiti yang tinggi. Anda tidak perlu lagi menempah perabot dari luar negara kerana Rekapasang menawarkan tempahan perabot yang setanding dengan pereka perabot import.

REKAPASANG | KABINET GRIL DAN LOTENG MURAH KEDAH
Hubungi: Tekan untuk telefon (017 – 4856229) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: RekaPasang Perabot Rumah, Gril & Loteng Kedah/Perlis
Website: http://rekapasang.com
Email: hello@rekapasang.com

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: