Review
Mar 2, 2018, 10:54am

Pemasangan CCTV Termurah dan Berkualiti Di Kuala Lumpur


Sistem kamera litar tertutup (CCTV) ialah penggunaan kamera video yang dipasang di tempat tertentu untuk merakam imej bagi tujuan pengawasan dan keselamatan. Pemasangan CCTV di sesuatu tempat memerlukan lokasi pemasangan yang strategik supaya pengawasan dan keselamatan dilakukan dengan optimum. CCTV sering dipasang di premis tertentu yang memerlukan pengawasan seperti premis komersial, perbankan, kasino, lapangan terbang, pangkalan tentera, dan pasar raya. Awalnya CCTV digunakan untuk keselamatan kawasan bank. Namun, kini pemasangan CCTV telah maju sehingga ke tahap menjadi satu cara mudah dan murah untuk digunakan di rumah dan juga bertujuan pengawasan seharian. Pemasangan CCTV di tempat tertentu meluas di kalangan polis dan kerajaan untuk membantu mengurangkan kadar jenayah. Perkembangan CCTV pada kawasan perumahan menaikkan isu-isu serius mengenai kegunaan CCTV sebagai alat untuk mengawal tindak tanduk sosial berbanding langkah mencegah jenayah.

pemasangan cctv termurah dan berkualiti di kuala lumpur

Orang ramai bertambah yakin selepas memasang CCTV di sesebuah premis kerana premis itu dikawal ketat dari segenap sudut. Secara tidak langsung kewujudan CCTV memberi keyakinan orang ramai untuk mengunjungi ke premis tersebut. Walau bagaimanapun, masih ada pemilik premis memasang CCTV sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira spesifikasi, kejelasan, kualiti dan tempat untuk memasang CCTV. Apabila adanya persepsi sedemikian maka tujuan utama pengawasan berteraskan pemantauan jenayah menerusi CCTV tidak akan mencapai matlamatnya. Kebanyakan pengguna memasang CCTV yang murah dan kualiti video CCTV yang rendah dan kurang jelas.

Tips Memasang CCTV di Rumah, Premis Atau Pejabat

Terlebih dahulu anda harus mengenal pasti tentang peralatan yang diperlukan dalam pemasangan CCTV. Spesifikasi bagi sistem CCTV untuk pemasangan CCTV di rumah kediaman atau ruang pejabat adalah mencukupi seperti berikut;

  1. 1 unit DVR
  2. Hard Disk SATA ( 80Gb )
  3. Camera Dome
  4. Monitor
  5. Unit SAK ( Power supply )

Antara tips pemasangan CCTV adalah;

  • Tentukan Kabel Yang Sesuai

Sebagai contoh jika kabel CCTV yang anda gunakan adalah jenis coaxial cable RG59/6 series. Ini merupakan kabel standard yang sering digunakan untuk penyambungan antara kamera CCTV dan DVR. Manakala penyambung yang digunakan adalah jenis BNC connector. Ia menyambungkan antara panel video pada DVR dan kamera jenis Dome.

jenis kabel untuk cctv

  • Tentukan Lokasi dan Area Pantauan CCTV

Lokasi pemasangan CCTV ditentukan berdasarkan jarak pandangan yang hendak dikawal sama ada jauh atau dekat dan apakah untuk keadaan gelap atau terang. Penetapan lokasi amat penting bagi mendapatkan titik fokus kawasan yang hendak di kawal. Kabel video dan bekalan kuasa di sambung secara berasingan di mana bekalan kuasa menggunakan palam 3- pin yang di sambung ke soket alir keluar 13A.

tentukan lokasi pemasangan cctv

  • Penetapan Kedudukan Kamera CCTV

Terutama untuk pemasangan CCTV di rumah, anda perlu meletakkan sudut kamera CCTV di bawah tempat berbumbung boleh melindungi kamera CCTV anda dari hujan, angin, dan sebagainya. Selain itu, penempatan di bawah bumbung juga biasanya memberikan paparan yang lebih baik dan mudah untuk menarik kabel jaringan.

angle pemasangan cctv

 

  • Proses Menarik Kabel ( Lay- out cable )

Setelah menentukan point pemasangan CCTV, berikutnya adalah mencari point masuk untuk menarik kabel dari luar ke dalam melalui atas siling atau laluan conduit dan sebagainya. Pada kebiasaannya pada ruang pejabat lebih praktikal menarik kabel dilakukan melalui atas siling. Ia nampak lebih kemas dan tersusun. DVR yang digunakan mempunyai panel untuk bekalan kuasa secara berasingan. Oleh itu kabel untuk bekalan kuasa kamera CCTV perlu disambungkan kepada punca bekalan yang terhampir dengan lokasi kamera tersebut.

proses tarik kabel layout untuk cctv

  • Penempatan Monitor dan DVR

Monitor dan DVR adalah peralatan yang melengkapi sistem CCTV anda. Tentukan tempat di mana monitor dan DVR akan diletakkan secara bersebelahan bagi memudahkan proses ‘setting’ ( biasanya pengguna akan merujuk kepada buku manual yang disediakan oleh pihak pembekal DVR ). Untuk keselamatan ada baiknya set DVR diletakkan secara tersembunyi terutama di rumah kediaman bagi mengelakkan penceroboh merosakkan atau mengambil set DVR.

penempatan monitor dan dvr cctv

  • Lay-out Kabel & ‘Setting’

Setelah mendapatkan posisi tempat letak kamera CCTV yang tepat dan lokasi penempatan monitor serta DVR, maka berikutnya adalah proses terakhir iaitu menarik kabel yang menghubungkan antara CCTV dengan monitor dan DVR. Maka lengkap sudah proses pemasangan set CCTV di rumah kediaman, premis atau di bangunan pejabat anda. Setelah set CCTV selesai di pasang dan boleh disambung bekalan kuasa, maka proses ‘setting’ DVR merujuk kepada manual yang disertakan dapat dilakukan.

layout kabel untuk cctv

Anda ingin memasang CCTV di Rumah, Pejabat Atau Kedai Anda? Tetapi anda ingin dilengkapi paparan di telefon bimbit ( iOS atau Android ) anda. Jangan risau, kami tawarkan anda pemasangan CCTV termurah dan berkualiti di Kuala Lumpur yang mana anda pasti akan tersenyum lebar. Anda kini tidak perlu lagi takut untuk tinggalkan rumah atau premis anda atau anda kini dapat melihat pekerja anda di pejabat pada bila – bila masa walaupun anda sedang bercuti di dalam mahupun luar negara. Rumah, premis dan pejabat anda kini lebih selamat dengan adanya CCTV termurah dan berkualiti.

Pemasangan CCTV Termurah dan Berkualiti Di Kuala Lumpur

Anda sedang mencari perkhidmatan untuk pemasangan CCTV anda? Jom pasang CCTV dengan kami. Kami bersedia untuk membantu anda memasang CCTV berteknologi tinggi dan harga yang murah. Kami menawarkan perkhidmatan pemasangan CCTV yang kemas dan teliti bagi setiap pemasangan dilakukan. Kami juga mempunyai teknikal yang terlatih dan berpengalaman dalam pemasangan peralatan CCTV. Jom! tingkatkan keselamatan dan pengawasan premis anda.

upah pemasangan cctv termurah dan berkualiti di kuala lumpur

Pelbagai Kelebihan Jika Anda Menggunakan Khidmat Pemasangan CCTV Dari Kami

Terdapat pelbagai kelebihan yang akan anda peroleh jika anda membeli produk dan mendapatkan perkhidmatan pemasangan CCTV dari kami. Antara kelebihan yang anda dapat dari kami adalah lawatan secara percuma. Kami analisa kawasan rumah, premis atau pejabat anda akan dilakukan percuma untuk setiap pemasangan CCTV. Kami juga satu – satunya kedai yang menawarkan kadar harga yang murah. Kami menawarkan pakej pemasangan CCTV dengan harga murah serta teknologi yang canggih. Selain itu, kelebihan yang anda dapat dari kami adalahlah Sokongan iPhone atau Android. Semua pakej kami membolehkan anda melihat live stream terus menerus dari telefon bimbit atau komputer anda walau di mana – mana anda berada tidak kira ada berada di dalam ataupun di luar negara.

kelebihan pemasangan cctv termurah dan berkualiti di kuala lumpur

Anda mesti khuatir jika CCTV tersebut mempunyai masalah. Jangan risau kerana kami akan memberi Sokongan Selepas Pemasangan. Bantuan percuma diberikan jika anda menghadapi masalah selepas pemasangan CCTV siap dilakukan. Tidak dapat dinafikan, pemasangan CCTV harus dikendalikan dengan mereka yang pakar tentang selok belok CCTV. Jadi kami mempunyai mereka yang layak mengendalikannya dan profesional. Mereka ialah teknikal yang berpengalaman dan cekap serta mereka membuat pemasangan yang teliti, kemas dan meningkatkan keselamatan premis anda.

CCTV Murah, Berkualiti serta Mesra Pengguna

Terdapat pelbagai jenis kamera yang  dijual antaranya ialah;

  • Dome Camera

pemasangan dome cctv termurah dan berkualiti di kuala lumpur

Sesuai dengan namanya, Dome Camera. Kamera ini berbentuk seperti kubah. Reka bentuknya yang simple menjadikannya jenis kamera yang paling popular dan sering digunakan dalam pemasangan CCTV, kerana kamera ini sangat mudah untuk dipasang. Posisi kanta kamera yang tidak kelihatan kerana terhalang oleh lapisan dome, membuatkan kita tidak dapat mengetahui arah mana yang sedang di fokuskan oleh kamera tersebut. Kamera jenis ini sesuai digunakan untuk pemasangan di dalam ruang ( indoor ), baik di dalam rumah atau pun di ruang pejabat.

  • Standard Box Camera

standard cctv

Berbentuk seperti kotak, kamera ini sering digunakan untuk pemasangan baik indoor mahupun outdoor. Jenis kamera ini boleh juga digunakan untuk keperluan pemantauan jarak jauh.

  • Vandal Proof Camera

pemasangan vandal proof cctv termurah dan berkualiti di kuala lumpur

Vandal proof camera bermaksud kamera tersebut anti kerosakan. Ia diperbuat dari bahan yang di reka khusus untuk melindungi kamera dari sebarang kesan kerosakan yang melampau.

  • Waterproof Camera

pemasangan waterproof cctv termurah dan berkualiti di kuala lumpur

Kamera ini biasanya untuk pemasangan outdoor. Berbentuk bullet kamera  – kamera yang mempunyai reka bentuknya seperti peluru. Reka bentuk pelindung luarannya direka khusus agar dapat menahan air hujan, debu, dan suhu yang melampau.

  • Infra Red Camera

pemasangan infra red cctv termurah dan berkualiti di kuala lumpur

Tingkat pencahayaan yang kurang di malam hari menyebabkan perlunya pemasangan kamera yang menggunakan Infra Red. Semakin banyak titik infra red di dalam kamera, maka akan semakin jelas kecerahan gambar yang dirakam oleh kamera.

  • Hidden Camera

pemasangan hidden cctv termurah dan berkualiti di kuala lumpur

Sesuai dengan namanya, kamera ini merupakan kamera CCTV yang dimaksudkan untuk penggunaan yang tersembunyi di mana ia tidak dapat dikesan oleh individu tertentu . Bentuknya bermacam-macam – macam, ada yang seperti smoke detector, jam dinding, lampu, bahkan pemancut air.

  • Digital Video Recorder ( DVR )

pemasangan DVR cctv termurah dan berkualiti di kuala lumpur

DVR adalah sistem yang digunakan oleh CCTV untuk merakam video dalam bentuk digital. Bagi menyimpan data atau maklumat yang dirakam, DVR hendaklah disertakan dengan hard disk dengan kapasiti yang besar sekurang-kurangnya 80Gb.

Gambar Produk Yang Di Pasang untuk Pelanggan – Pelangan CCTV Termurah dan Berkualiti Di Kuala Lumpur

testimoni pemasangan cctv termurah dan berkualiti di kuala lumpur testimoni pemasangan cctv termurah dan berkualiti di kuala lumpur testimoni pemasangan cctv termurah dan berkualiti di kuala lumpur testimoni pemasangan cctv termurah dan berkualiti di kuala lumpur

Jom Dapatkan CCTV Termurah dan Berkualiti Di Kuala Lumpur!

Anda kini tidak perlu lagi bimbang untuk berjalan jauh dengan adanya Perkhidmatan CCTV termurah dan berkualiti di Kuala Lumpur. Walau di mana pun anda berada, anda boleh melihat keadaan rumah, premis atau pejabat anda setiap masa dalam keadaan selamat ataupun tidak. Jika anda tidak mahu sesuatu yang tak diingini berlaku di rumah, premis atau pejabat anda, tunggu apa lagi, hubungi talian di bawah untuk mendapatkan perkhidmatan pemasangan CCTV ini.

 

Jom Dapatkan CCTV Termurah Dan Berkualiti Di Kuala Lumpur SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Dapatkan CCTV Termurah Dan Berkualiti Di Kuala Lumpur SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Dapatkan CCTV Termurah Dan Berkualiti Di Kuala Lumpur SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: