Review
Nov 22, 2017, 4:00pm

Peluang Bekerja di Korea Tak Perlu SPM


Ramai orang yang memutuskan untuk bekerja di luar negara berbanding di dalam negara sendiri. Kenapa? Alasannya bekerja di luar negara gajinya lebih besar dan di samping itu mahu mencari pengalaman bekerja di tempat orang. Begitu jugalah dengan rakyat Malaysia sendiri, ramai yang lebih berminat untuk bekerja di luar negara berbanding di negara sendiri. Kebanyakan daripada mereka beranggapan bekerja di luar negara pendapatannya lebih lumayan yang bakal diperolehi mereka.

peluang-kerja-di-korea

Tetapi yang pastinya untuk bekerja di luar negara tidaklah semudah yang disangkakan. Ia pasti ada syarat-syarat khusus yang harus dipenuhi sebelum bekerja di sana. Selain berkemampuan berbahasa, anda juga harus kuat fizikal dan mental serta profesional dalam menguasai bidang pekerjaan yang diceburi itu. Disamping itu juga, anda bekerja di negara orang bukan sekadar mencari rezeki, malahan membawa nama baik negara sendiri. Betul tak?

Kenapa Bekerja Di Luar Negara Seperti Korea?

peluang-kerja-luar-negara

Mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan sesetengah orang lebih suka bekerja di luar negara berbanding di negara sendiri. Antaranya, bagi rakyat Malaysia sendiri dimana di Malaysia sekarang ekonominya berada di tahap yang kurang baik. Oleh kerana faktor tersebut, ramai yang membuat keputusan untuk bekerja di luar negara yang mempunyai ekonomi yang lebih stabil berbanding Malaysia.

Selain itu, faktor lain yang menjadi tarikan untuk bekerja di luar negara adalah sistem pengangkutan awamnya yang lebih baik bagi menjamin pekerja-pekerja dapat sampai ke destinasi dengan lebih cepat. Contohnya di Singapura, ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura berpuas hati dengan sistem pengangkutanya yang sistematik dan tiada kesesakan lalulintas.

peluang-melawat-negara-orang

Taraf hidup yang tinggi di negara sendiri juga menjadi penyebab kenapa ramai yang lebih suka bekerja di luar negara. Mana taknya, taraf hidup yang tinggi tak seiiringan dengan gaji yang diperolehi terutamanya mereka yang hidup di bandar-bandar besar. Ada yang bekerja hanya sekadar kais pagi makan pagi kais petang makan petang sahaja. Dengan keadaan inflasi yang tidak menentu, kenaikan harga minyak dan elektrik juga menjadi punca ramai yang lari mencari kerja di luar negara.

Kadar peluang pekerjaan diluar negara juga agak tinggi berbanding di dalam negara. Ini adalah salah satu faktor menarik minat orang ramai untuk berhijrah ke luar negera untuk mencari rezeki. Walaupun ada sesetengah peluang pekerjaan yang ditawarkan bukanlah kerja di bidang profesional tetapi tetap menjanjikan pendapatan yang lumayan setanding bekerja di bidang profesional di negara sendiri.

gunakan-kelebihan-di-negara-asing

Selain daripada itu juga, kebanyakan kerja di luar negara tidak memerlukan kelulusan yang tinggi. Jadi, ini membuka peluang kepada mereka yang tidak berkelulusan tinggi untuk bekerja dan menikmati gaji yang lumayan. Rasanya faktor ini adalah penyebab utama yang menyebabkan ramai yang berminat untuk bekerja di luar negara berbanding Malaysia yang lebih mengutamakan mereka yang mempunyai kelulusan yang tinggi. Tak dinafikan, jika tiada kelulusan dalam akademik, untuk mendapatkan pekerjaan amatlah sukar. Tetapi di luar negara, yang tiada SPM pun diterima bekerja. Faktor ini menarik minat ramai orang untuk bekerja di luar negara.

Kelebihan Bekerja Di Luar Negara Seperti Korea

berdikari-di-negara-orang

Selain dari mendapat pendapatan yang lumayan, secara tidak langsung beberapa kelebihan bekerja di luar negara seperti lebih anda akan lebih berdikari, profesional, dapat belajar bahasa asing dan juga disamping itu dapat mengenal tempat orang. Kiranya bekerja sambil melancong la kan.

Lebih Berdikari

berdikari-sendiri

Bersendirian di negara orang tanpa keluarga memang memerlukan anda untuk lebih berdikari dalam apa jua keadaan tanpa keterbergantungan pada orang lain terutamanya keluarga. Berbeza jika anda di negeri sendiri dimana anda dikelilingi keluarga, saudara mara dan juga teman-teman yang selalu menghulurkan bantuan disaat anda memerlukannya dan membuatkan anda kurang berdikari. Betul tak?

Dengan hidup berdikari ini, anda akan lebih berkeyakinan untuk melakukan apa saja tanpa bantuan. Mungkin sebelum ni anda lebih suka bergantung kepada orang sekeliling anda, dengan bekerja di luar negara dan bersendirian, anda boleh belajar berdikari.

Lebih Profesional

lebih-profesional

Mungkin di tempat sendiri anda adalah seorang yang tidak profesional dalam bekerja dari segi masa dan sebagainya. Tetapi bila di luar negara dalam keadaan bersendirian anda perlu mengubah corak hidup anda 100% untuk lebih profesional. Bekerja dengan lebih serius, tepat pada waktunya dan cekap dalam bekerja.

Bekerja di luar negara sudah semestinya memerlukan anda untuk sentiasa berdisiplin dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan tugas kerana di sana sangat mementingkan ketelusan dalam bertugas. Dengan ini anda dapat melatih diri anda lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Manalah tahu, bila anda balik ke negara asal untuk bekerja, sikap profesional yang dah tertanam dalam diri tu dapat dipraktikkan di tempat sendiri pula. Keuntungan yang besar tu tau!!

Menguasai Berbahasa Asing

menguasai-bahasa-asing

Kelebihan ini sudah pastinya anda alami. Sedikit sebanyak pun mesti anda akan pelajari dan dalami bahasa mereka. Secara tak langsung anda dapat mempelajarinya tanpa perlu pergi ke kelas bahasa. Untung kan. Hanya dengan mendengar percakapan mereka setiap hari, anda mampu mempelajarinya. Insyaallah. Mungkin pada permulaannya anda akan berasa agak janggal dan kaku, tetapi percayalah lama kelamaan anda akan terbiasa dan tanpa sengaja anda dapat menguasainya.

Memiliki Network Yang Luas

membina-rangkaian-rakan-antarabangsa

Dengan bekerja di luar negera setidaknya kita berinteraksi dengan orang yang berbeza culture, karakter, cara pandangnya dan lain-lain. Dari situlah kita mula mengenal ramai orang dan semakin ramai orang yang kita kenal maka jaringannya semakin meluas.

Memahami budaya negara lain

belajar-kebudayaan-negara-luar

Bekerja di luar negera dalam situasi dan keadaan yang baru, cara pandang, adat, gaya hidupnya serta budaya yang berbeza dengan negara kita membuat kita semakin berpikiran terbuka dan menerima perbezaan yang ada serta mengenal dan memahami budaya negara lain.

Bekerja sambil melancong

bekerja-dan-melancong

Yeah!! Saya rasa kelebihan melancong sambil bekerja ini adalah yang paling anda suka. Disamping bekerja anda juga boleh mengenal tempat orang. Dapat pergi melancong tanpa mengeluarkan belanja yang banyak. Dapat mengenal budaya orang disana disamping melawat tempat-tempat yang menarik yang ada di sana. Bestkan.

Kalau tanpa bekerja disana dan semata-mata ingin pergi melancong ke luar negara, memang memerlukan perbelanjaan yang besar dan hanya mampu oleh golongan yang berpendapatan tinggi sahaja. Betul tak? Jadi, peluang bekerja di luar negara adalah peluang yang terbaik untuk kita bekerja sambil melancong. Bukan senang nak dapat peluang bekerja sambil melancong ni.

Berminat Untuk Bekerja di Korea?

berminat-kerja-luar-negara

Ada tak yang berminat bekerja di luar negara. Di sini saya ingin membuka peluang pekerjaan buat anda untuk bekerja di luar negara kerana peluang bekerja di sana lebih besar berbanding di negara sendiri. Tiada kelulusan? Jangan risau kerana peluang pekerjaan yang ingin saya tawarkan ini tidak memerlukan kelulusan walaupun SPM sekali pun. Menarik kan?

Sebelum tu ingin saya katakan, bekerja ni tak semestinya di dalam negara sendiri kerana di luar negara juga dapat menjanjikan pekerjaan dengan pendapatan yang jauh lebih lumayan. Mungkin ada dikalangan anda yang banyak hutang tetapi tak tahu cara untuk melunaskannya dengan kadar segera. Inilah peluangnya dengan bekerja di luar negara anda dapat melunaskan hutang anda dengan cepat kerana di luar negera anda mampu mendapatkan pendapatan sehingga RM8000 sebulan. Wahhh sangat lumayan bukan?

Bagaimana Untuk Bekerja di Korea?

bagaimana-nak-kerja-luar-negara

Ok, disini saya ingin perkenalkan kepada anda semua peluang pekerjaan di Korea. Apa menariknya korea? Korea dikenali dengan budaya K-Pop adalah sebuah negara yang menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti dan mempunyai 4 musim iaitu musim sejuk, bunga, panas dan luruh yang menjadikan Korea itu lebih menarik. Antara tempat-tempat menarik di Korea yang sering dilawati pelancong adalah seperti Namsan Tower di Seoul, Dongdaemun, Myeongdong & Namdaemun, Insadong dan banyak lagi.

Wahhh nampaknya peluang pekerjaan di Korea yang akan saya perkenalkan ini membuka peluang untuk anda bekerja sambil  melancong. Menarik kan? Jadi apa tunggu lagi, jom kita pakat bekerja di Korea. Macam mana nak dapatkan pekerjaan ni? Ok, mari saya terangkan kepada anda.

Peluang Bekerja Di Kilang Korea

cara-nak-apply-kerja-di-korea

Anda di tawarkan untuk bekerja di kilang di Korea dengan kos sebanyak RM2500 hingga RM2800 sahaja termasuk tiket kapal terbang, hotel, itinenary dan bayaran Agen Korea. Anda tak perlu risau kerana anda dijamin sampai dapat kerja. Apa yang menariknya jika anda bekerja di kilang Korea adalah :-

  • Gaji minimum yang anda akan terima adalah antara RM6000 hingga RM8000 sebulan.
  • Tidak perlu sebarang kelulusan akademik walaupun SPM
  • Rumah dan makan disediakan oleh majikan

peluang-pekerjaan-di-korea

Terdapat banyak kilang di Korea yang beroperasi di lokasi seperti di Gyeonggi Gwangju, Pyeong Teck, An Seong, Dang Jin, Deaso, Sarang Gi Ro,Ma Seok, Yoe Ju, Chungju, In Cheon , An San, Seoul, Cheong Ju dan banyak lagi yang menawarkan pekerjaan kepada anda. Antaranya ialah :-

  • Kilang cover handphone
  • Kilang spare parts kereta
  • Kilang aluminium
  • Kilang besi halus
  • Laundry
  • Perabut

kerja-di-kilang-perabot-korea

Wahh banyak juga pilihan bekerja di Korea yang anda ada kan. Tetapi untuk bekerja di kilang Korea ini anda perlulah seseorang yang betul-betul berminat untuk bekerja dan beberapa kriteria perlu dititikberatkan dalam pemilihan calon pekerja antaranya ialah anda mestilah seorang yang kuat fizikal dan mental, boleh bekerja dalam waktu yang panjang dan paling penting mestilah berumur 18 hingga 47 tahun sahaja bagi memastikan anda boleh bekerja dengan baik dan bertanggungjawab.

Anda seorang yang memenuhi kesemua kriteria di atas dan berminat untuk bekerja di kilang Korea? Jika anda berminat, anda boleh hubungi talian seperti dibawah ini sekarang untuk mendapatkan maklumat lanjut dan seterusnya memohon untuk bekerja di kilang Korea.

Testimoni Mereka Yang Telah Bekerja Di Korea

Ramai rakyat Malaysia yang telah merebut peluang ini untuk bekerja di Korea dan mereka telah mendapat pekerjaan seperti yang dijanjikan serta mendapat pendapatan yang lumayan hasil daripada pekerjaan yang mereka perolehi di sana. Apa kata mereka? Jom kite lihat.

testimoni-bekerja-di-korea (1) testimoni-bekerja-di-korea (2) testimoni-bekerja-di-korea (3) testimoni-bekerja-di-korea (4) testimoni-bekerja-di-korea (5)

Berminat untuk bekerja di Korea? hubungi nombor berikut untuk keterangan lanjut ya!

Jom Bekerja Di Korea SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Bekerja Di Korea SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Bekerja Di Korea SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: