Review
Dec 7, 2018, 8:26am

Pelan Hibah Takaful Terbaik 2019 & 2010 dari AIA Murah Dan Mampu Milik


Kesedaran tentang keperluan hibah pada masa kini membuatkan ramai di antara kita semua mencari-cari pelan hibah yang terbaik. Kebanyakkan dari kita sebenarnya memerlukan pelan hibah ini walaupun jika ikut fikiran kita macam tak perlu. Sekarang ini pun kita selalu mendengar tentang hibah takaful. Ada ramai ejen takaful dari beberapa buah syarikat yang berbeza sangat aktif memperomosikan konsep hibah takaful ini. Saya melihat usaha ini sangat baik dan dapat membuka mata masyarakat tentang betapa pentingnya memiliki perlindungan takaful dan bagaimana melindungi keperluan dan kepentingan ahli waris yang ditinggalkan.

pelan perlindungan hibah terbaik

Apa itu Hibah?

Maksud hibah mengikut islam adalah pemberian daripada satu individu kepada individu yang lain atau pihak tertentu dan pemberian tersebut dilakukan semasa individu yang memberi masih hidup. Pembahagian hibah tersebut dibuat oleh pemunya harta mengikut kehendak sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak yang terlibat. Pemunya harta bebas menghibahkan harta beliau kepada sesiapa sahaja walaupun penama tersebut tiada pertalian darah dengannya. Malahan, orang bukan muslim juga layak menerima hibah sekiranya pemunya harta menamakannya sebagai penama.

maksud hibah dalam islam

Kalau tengok maksud dekat atas ini mungkin anda susah nak faham. Definisi mudah bagi hibah ini adalah ‘hadiah’. Senang cerita macam anda nak hadiah kan sesuatu yang anda punya (cth: rumah) kepada seseorang waris tertentu. Tapi perkara tersebut tidak berkuatkuasa serta-merta. Anda boleh letakkan syarat  tertentu. Contohnya selepas anda tiada barulah dipindah milik.

Kenapa Perlu Buat Hibah?

Hibah adalah salah satu cara penguruskan harta pusaka yang mudah, pembahagian hibah ini  secara terus kepada waris tanpa perlu melalui faraid. Mengikut hukum faraid harta si mati perlu dibahagikan kesemuanya pada waris-waris yang layak mengikut kadar yang ditetapkan. Jika hibah, anda boleh tetapkan siapa yang menerima dan banyak mana yang dia akan terima. Semuanya adalah terpulang kepada anda.

lindungi keluarga dengan hibah

Satu lagi kelebihan hibah adalah waris lain tidak boleh menuntut harta yang telah dihibahkan kepada seseorang. Akan tetapi semua ini perlu dibuat semasa anda masih lagi hidup. Kalau tidak, semuanya akan dibahagikan mengikut hukum faraid.

Apakah Kelebihan Ambil Pelan Hibah Takaful?

  1. Penama adalah penerima mutlak. Tak perlu runding dengan waris yang lain. Wang pampasan adalah milik penama sepenuhnya.
  2. Prosedur untuk tuntutan tak perlu ikut prosedur pengurusan pusaka yang panjang seperti perbicaraan dan faraid.
  3. Mengelakkan pertikaian keluarga kerana hibah takaful tidak boleh dipertikai atau dibawa untuk bantahan.
  4. Sesiapa sahaja boleh jadi penerima hibah walaupun bukan waris atau bukan beragama islam. Dengan syarat berumur 18 tahun ke atas.

perlindungan takaful terbaik

Mencari Pelan Hibah Takaful Terbaik Dan Mampu Milik? AIA Adalah Jawapannya

Jika berlaku kematian,semua harta dan akaun simati termasuk simpanan, asb, epf akan dibekukan sementara bagi memalui proses wasiat atau faraid. Hibah Takaful (pampasan takaful) antara instrumen yang terbaik untuk penama mendapat wang dengan segera untuk meneruskan hidup sementara akaun yang dibekukan dapat dicairkan semula. Oleh itu, wang pampasan dapat disalurkan dengan lebih cepat bagi penama dapat meneruskan kehidupan.

pelan hibah untuk jangka panjang

  1. Menjadi hak mutlak kepada penerima.
  2. Wang pampasan tersebut tidak tersenarai dalam harta faraid. (Anda akan dapat polisi dalam mase )
  3. Aset cepat cair (cek akan di serahkan kpd org yg dihibahkan dlm tempoh minimum 21 hari bekerja setelah semua dokumen lengkap diserahkan mengikut terma dan syarat.)
  4. Proses pemberian hibah tidak memerlukan khidmat guaman.
  5. Wang pampasan tersebut dapat digunakan oleh isteri/suami bagi melangsaikan segala hutang piutang yang pemegang polisi tinggalkan setelah pemergian beliau kelak.
  6. Sebagai wang penyelamat untuk isteri/suami dan anak² gunakan sementara menunggu proses faraid selesai dan wang si mati di bank yang telah dibekukan di kembalikan kepada yang berhak.
  7. Sebagai wang yang digunakan bagi membayar kos pengurusan untuk meneruskan perniagaan yang di tinggalkan kepada isteri/suami dan anak-anak
  8. Jika pemegang polisi masih bujang, hibah takaful merupakan hadiah yang tak ternilai kepada ayahbonda bagi mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Pelan Takaful AIA Membantu keluarga anda menjalani kehidupan yang anda rancang untuk mereka

Anda sebolehnya tidak mahu berfikir tentang kehidupan keluarga anda tanpa anda. Tetapi jika anda mati esok, adakah mereka boleh terus tinggal di rumah anda, membuat bayaran kereta mereka atau membayar sekolah, kolej, universiti? Atau adakah anda boleh tenang dalam keadaan gaya hidup mereka terus menjunam apabila anda sudah tiada? Dalam satu kajian baru-baru ini, dua pertiga rakyat Malaysia berkata mereka akan merasa sengsara apabila mereka hilang pendapatan hanya dalam tempoh 1 bulan. Oleh itu, Pelan Takaful yang mencukupi mampu membolehkan keluarga anda terus hidup tanpa tekanan tambahan dalam masalah kewangan yang anda kelak tinggalkan.

kepentingan hibah untuk keluarga

Berapa Yang Perlu Anda Hibah Takafulkan Kepada Waris?

Bergantung kepada kemampuan dan keperluan menyelesaikan hutang yang akan membebankan waris. Boleh jadi dalam nilaian hutang harta seperti rumah, tanah, kereta yang boleh diselesaikan dan diberi kepada waris atau dalam bentuk nilai pendapatan seisi rumah yang sudah biasa dinikmati oleh keluarga anda. Nilai gantian pendapatan ini boleh dalam bentuk tempoh, samada pendapatan keluarga selama 3 tahun, 5 tahun atau 10 tahun.

pelan A-life takaful AIA

Pelan Hibah Murah Dan Mampu Milik AIA Serendah RM1800 Setahun

Tahukah anda, dengan hanya RM1800 caruman setahun, anda mampu menyediakan pelan hibah untuk keluarga anda? Tapi berapa pula amaun hibah yang boleh disediakan untuk waris? Pilih tempoh perlindungan dan jumlah bayaran setiap bulan. Dengan faedah tambahan pilihan, anda juga dilindungi sekiranya menghidap penyakit kritikal. Dengan caruman hanya RM1800 setahun atau hanya 5% dari gaji tahunan anda , anda telah sediakan amaun berikut untuk waris anda:

kepentingan hibah kepada keluarga

  1. Hibah RM250,000 serta merta kepada waris. Nilai Hibah ini akan meningkat sebanyak 1%  atau sebanyak RM2500 setahun secara PERCUMA.Selepas 20 Tahun nilai Hibah percuma adalah RM50,000. Dan total perlindungan Hibah menjadi RM300,000 untuk waris anda!
  2. Simpanan bernilai RM30,000 pada tahun ke 20. Anda mencarun RM1800 setahun. Jumlah caruman sehingga tahun ke 20 adalah RM36,000. Simpanan RM30,000. Bermakna selama 20 tahun jumlah bersih yang anda carum adalah RM6,000 atau RM300 Setahun untuk Hibah RM250,000 kepada waris anda.
  3. Sekiranya ditakdirkan anda tiada lagi, waris anda akan mendapat nilai hibah RM330,000 pada tahun ke 20.
  4. Jika mengalami Hilang Upaya Kekal, pampasan yang akan anda perolehi adalah sebanyak RM250,000 dan peningkatan 1% Setahun. Sehingga maksimum RM330,000.
  5. Elaun Hilang Upaya Kekal sebanyak RM25,000 setahun atau RM2,083 sebulan sehingga anda berumur 70 Tahun.

Pelan Hibah Takaful Dapat Membantu Kehidupan Waris Selepas Kematian

Hibah takaful sangat membantu kelangsungan kehidupan waris selepas kematian supaya kebajikan dan perbelanjaan tidak terjejas. Ini lah plan untuk “BACK UP” keluarga anda jika anda ditakdirkan sudah tiada atau berlaku kecacatan kekal nanti.  Wang hibah takaful minima RM500,000 nanti boleh digunakan untuk ahli keluarga selesaikan mana-mana hutang yang masih tertunggak dan teruskan kehidupan seperti biasa. Jadi keluarga anda tidak terbeban dengan hutang piutang yang pelbagai. Anak-anak pun nanti boleh gunakan duit pampasan untuk sambung pengajian. InsyaAllah pelaburan ni sangat- sangat berbaloi.

hadiah terbaik uintuk isteri

Secara ringkasnya Hibah Takaful adalah merupakan pemberian pampasan kewangan dalam jumlah yang telah dipersetujui oleh pemegang polisi hibah takaful kepada seseorang penerima hibah yang telah beliau namakan semasa hidup. Di AIA PUBLIC Takaful, kemudahan Hibah disediakan bagi memastikan waris yang anda sayangi berhak menerima sepenuhnya bayaran pampasan takaful, sekiranya musibah menimpa diri anda.

Apply Segera Hibah Takaful dengan Pakar Hibah Takaful Anda. Lebih cepat lebih baik

Apabila anda memberi hibah atau hadiah dalam bentuk Pelan Takaful, anda bukan hanya menyediakan perlindungan untuk anda dan keluarga, anda juga boleh menyediakan ketenangan fikiran dalam setiap sudut. Semestinya Pelan Takaful tidaklah akan menyebabkan anda miskin, malah, ianya akan membantu menyelaraskan gaya hidup yang anda impikan. Usah lengah lagi, Sertai Pelan Takaful segera.

pelan hibah terbaik AIA

CIK MAIMUNAH | PERUNDING TAKAFUL AIA
Hubungi:
 Tekan untuk telefon (012-6580300) | Tekan untuk WhatsApp

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: