Umum
Jan 1, 2011, 3:41pm

Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia


Salam Semua, Saya baru sahaja dapat berita daripada saudara Zalfie Raoul mengatakan bahawa Faizal Yusof telah meninggal duniaDrama tiramisu merupakan drama terakhir yang dilakonkan oleh Faizal Yusof… Faizal Yusof juga merupakan bekas suami siti nordiana..

Klik Untuk Paparan Lebih Jelas!

Al Fatihah Buat Pelakon Faizal Yusof yang telah kembali ke rahmatullah… Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia akibat serangan jantung pada 1Januari 2011.. Pada jam berapa belum pasti akan diupdate* Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur dan meninggalkan seorang anak berusia dua tahun, Mohamad Rayyan Nakhaie..

Faizal semakin dikenali dengan watak Dani menerusi drama Adamaya. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah. Saya agak terkejut dengan berita itu dan apa-apa profhariz.com mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham…

Sumber : Yanmieonline.com

Maklumat lanjut mengenai berita kematian Faizal Yusof daripada Bernama.

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini(1 jan 2011) di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di ibunegara akibat serangan jantung.Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan. Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusrawi, berkata Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves pukul 10 pagi esok(2 jan 2011). Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.

Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil. “Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya,” katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3.

Bernama

ProfHariz : Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: