Bisnes
Feb 27, 2019, 12:29pm

PayPal Tamatkan Operasinya Di Malaysia? Biar Betul!


PayPal – siapa yang tidak kenal dengan nama syarikat ini yang sangat terkenal di seluruh dunia! Bukan negara ya tapi dunia! Ini kerana PayPal dapat membantu urusan penerimaan dan pembayaran wang dalam pelbagai bentuk matawang yang berbeza dengan pantas dan mudah. Bukan saja dapat menukarkan matawang dengan mudah malah PayPal juga dapat menguruskan segalanya dengan senang sehingga wang berjaya masuk ke dalam akaun bank tempatan dengan selamat.

Paypal Tamatkan Operasi 5

Tanpa PayPal rasanya sangat sukar untuk urusan yang melibatkan kewangan di antara dua negara berbeza dan tanpa PayPal juga rasanya sukar untuk para peniaga online beroperasi dengan pelanggan dari negara luar. Kerana itu timbul rasa terkejut yang teramat sangat tatkala timbul khabar angin bahawa PayPal telah menamatkan operasinya di Malaysia ini.

PayPal Bakal Keluar Dari Malaysia Akhir Tahun Ini?

Bila dicari info yang lebih, rupa-rupanya PayPal bukannya menghentikan operasinya dengan tidak lagi mahu membantu para pelanggan Malaysia sebaliknya ia mahu menutup pejabat urusannya yang ada di dalam negara ini. Dalam kenyataannya, Paypal berkata ia telah membuat keputusan yang sukar untuk menutup pusat operasinya di Malaysia yang akan bermula pada akhir tahun ini.

Paypal Tamatkan Operasi 4

PayPal bakal menutup pejabatnya di negara ini dan akan memulakan proses skim pemisahan sukarela (VSS). Penyusunan semula dalaman itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan pelanggannya di negara Malaysia ini dan semua pelanggan boleh terus menggunakan produk dan perkhidmatan PayPal seperti biasa secara atas talian.

Pejabat Malaysia Tutup , Operasi Masih Berjalan Seperti Biasa !

“Kami sentiasa menyemak semula struktur lokasi dan kakitangan global bagi memastikan sokongan serta perkhidmatan yang disediakan mampu memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa berubah.

“Pusat operasi kami di Malaysia telah melakukan tugasan yang hebat kepada pelanggan sejak dibuka pada 2011. Namun, keputusan ini dibuat bagi menyusun pelaburan kami di lokasi yang lebih lengkap bagi menyokong keperluan masa depan pelanggan serta syarikat,” kata kenyataan yang dikeluarkan melalui portal teknologi Amanz.

Paypal Tamatkan Operasi 3

Paypal berkata, keutamaannya ketika ini adalah melakukan yang terbaik untuk menyokong pekerjanya menghadapi masa depan dan komited sepenuhnya untuk membantu mereka beralih ke peringkat kerjaya yang berikutnya.

“Selain menawarkan pakej pemisahan komprehensif, kami juga mewujudkan pusat kerjaya untuk mempromosikan peluang pekerjaan dan menyediakan bantuan segera kepada pekerja,” katanya.

Pekerja PayPal Malaysia Akan Berhadapan Dengan Isu Pemberhentian Kerja

Penutupan pejabat PayPal di Malaysia tidak dapat di ubah lagi. Ini kerana pihak utama PayPal yang beribu pejabat syarikat di Amerika Syarikat (AS) telahpun membuat pengumuman rasmi berkaitan perkara tersebut baru-baru ini. Katanya penutupan ini dengan alasan pertukaran model untuk menjadikan PayPal menjadi lebih cekap.

Paypal Tamatkan Operasi 1

“Kami juga diberitahu bahawa semua pekerja PayPal Malaysia akan terkesan akibat penutupan ini, tetapi syarikat itu akan membantu mereka untuk mencari pekerjaan baharu melalui pelbagai latihan yang akan meningkatkan kebarangkalian untuk mencari pekerjaan,” kata Amanz memetik sumber.

Atara unit Paypal yang ditempatkan di Malaysia dan akan terkesan dengan penutupan ini termasuklah bahagian khidmat pelanggan, pengurusan dan teknikal. Untuk pelanggan Paypal di rantau Asia Pasifik, ia juga dimaklumkan bahawa semua kemusykilan pelanggan akan ditangani oleh pusat khidmat pelanggan yang akan ditempatkan di lokasi-lokasi yang akan diumumkan kelak.

Tiada PayPal Akan Menyusahkan Ramai Peniaga

Mujurlah PayPal hanya menutup pejabatnya saja di Malaysia, bukannya terus menamatkan operasinya dengan pengguna di negara ini. Tanpa PayPal sukarlah para peniaga kerana seringkali PayPal ini digunakan untuk urusan perniagaan seperti membeli stok dan sebagainya jika melibatkan pembayaran dengan supplier dari negara asing.

Paypal Tamatkan Operasi 2

Meskipun berita ini sebenarnya agak menyedihkan namun diharap semoga PayPal akan terus dapat membantu memudahkan urusan penukaran, penerimaan dan pembayaran wang matawang asing dengan mudah dan lancar sebagaimana dulu.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: