Review
Dec 15, 2017, 7:29am

Pasang System Autogate Rumah Murah di Malaysia


  •  
  •  
  •  
  •  

Autogate Rumah Murah digunakan untuk mengawal kemasukkan ke suatu kawasan yang selamat. Dalam hal ini, laman perumahan. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan hanya ada satu laluan keluar dan masuk ke kawasan rumah supaya mudah untuk diawasi dari satu jarak yang selamat. Biasanya dalam rumah. Bukan sahaja untuk diawasi, bahkan untuk masuk ke kawasan rumah dari luar tanpa perlu keluar dari kenderaan disebabkan faktor cuaca mahupun faktor keselamatan.

Jenis-jenis Autogate Rumah Murah

jenis-autogate-rumah

Terdapat enam jenis autogate, tetapi yang biasa digunakan untuk kawasan perumahan, hanya empat sahaja. Ini termasuk gerbang gelonsor, gerbang cantilever, gerbang ayunan, pintu gerbang bi-lipat. Manakala pintu gandar menegak, pintu gandar pivot menegak, dan pintu lengan penghalang biasanya untuk kawasan kilang atau kawasan awam. Berikut adalah penerangan ringkas setiap jenis autogate rumah murah.

A. Autogate Rumah Murah Jenis Gelongsor

Autogate rumah jenis ini adalah antara autogate rumah yang biasa digunakan oleh pemilik rumah. Pintu gerbang diletakkan selari dengan bahagian dalam pagar dan akan mengelongsor dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Terdapat roda di bawah untuk menyokong pintu gerbang. Roda ini akan mengikut trek besi yang diletakan pada lantai sepanjang bukaan gate.

Autogate-Rumah-Murah-Jenis-Gelongsor

Oleh kerana autogate ini menggunakan roda diatas trek besi, ia boleh dihalang oleh batu atau apa-apa sahaja objek. Pada masa yang sama, sentuhan antara roda dan trek menghasilkan geseran  yang memberikan beban tambahan kepada motor untuk berfungsi dengan baik. Oleh sebab isu sebegini, ia tidak digalakkan oleh syarikat pemasangan autogate rumah.

B. Autogate Rumah Murah Jenis Cantilever

Autogate ini hampir serupa dengan autogate gelongsor tetapi ia tidak menggunakan roda untuk mengelongsor sepanjang bukaan. Sebaliknya, cantilever akan mengelongsor menggunakan rel yang diletakkan pada struktur dalam pagar. Ia diberi nama cantilevers disebabkan ia kelihatan seperti tergantung pada bukaan pintu gerbang.  

Autogate-Rumah-Murah-Jenis-Cantilever

Kelemahan autogate rumah jenis ini adalah ia memerlukan pagar yang panjang disebabkan oleh bahagian pagar yang tergantung perlu di sokong oleh bahagian pagar yang dikenali sebagai counterbalance untuk mengimbangi pagar. Biasanya ½ dari panjang keseluruhan gate.

Oleh kerana autogate ini tidak menggunakan roda, ia lebih senyap kerana kurang geseran dan lebih reliable berbanding autogate gelongsor. tetapi tidak sesuai untuk rumah yang pagarnya kecil.

C. Autogate Rumah Murah Jenis Pintu Gerbang Ayunan

Autogate jenis ini buka dan tutup pintu gerbang sama seperti pintu. Secara amnya, ia membuka seluas 90 darjah. Bergantung kepada saiz bukaan, pintu gerbang ayunan boleh terdiri dari satu atau dua pintu. Ia boleh dibuka keluar atau masuk, bergantung kepada keluasan laman dan kedudukan pagar.

Autogate-Rumah-Murah-Jenis-Pintu-Gerbang-Ayunan

Autogate jenis aynan ini digunakan secara meluas di kawasan perumahan disebabkan oleh kosnya yang murah dan mudah untuk di pasang. Oleh kerana bukaannya besar, maka perlu diberi jarak ruang yang panjang supaya bukaannya tidak terkena kereta apabila buka dan tutup. Keselamatan juga harus diutamakan untuk mengelakan berlaku kecederaan ketika pintu gerbang bergerak.

D. Autogate Rumah Murah Jenis Pintu Gerbang Bi-folding

Pintu gerbang jenis ini biasanya terdiri daripada dua panel yang di sambungkan pada bahagian engsel. Apabila diaktifkan, panel pintu gerbang akan berlipat untuk memberikan ruang akses. Sesetengah model mempunyai trek di bawah atau atas pagar.

autogate-rumah-harga-promosi

Autogate Bi-folding hanya memerlukan ruang yang kecil dan ia adalah pilihan terbaik apabila ruang adalah terhad. Kebanyakkan pintu gerbang bi-folding membuka dan tutup lebih pantas dari autogate jenis yang lain. Walaupun ia antara jenis gate yang diguna ramai, kelemahan yang ketara adalah terdapat beberapa poin yang berpotensi memerangkap dan mendatangkan kecerderaan. Oleh hal demikian, langkah-langkah keselamatan harus diambil berat.

Kenapa Anda Perlukan System Autogate Rumah

Alasan yang paling ketara adalah keselamatan. Apabila anda memasang autogate, anda telah meningkatkan keselamatan anda dan keluarga. Ia antara kaedah yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan keselamatan selain dari memasang CCTV. Dengan andanya autogate, anda boleh mengawasi pintu gerbang dan membuka atau tutup dari jarak yang selamat. Anda yang menentukan siapa yang boleh masuk dan keluar.

kepentingan-autogate-rumah

Memasang sistem autogate bukan sahaja meningkatkan keselamatan, ia juga meningkatkan nilai hartanah. Dengan rupanya yang menarik, system autogate dianggap sebagai sesuatu kemewahan. Ia boleh direka dan dipasang mengikut kehendak anda tidak kira apa sahaja bentuk. Seandainya anda bercadang untuk menjual rumah anda, ia adalah antara elemen penting yang dapat meningkatkan nilai hartanah.

Keselamatan anak anda adalah antara kelebihan sistem autogate pada rumah anda. Sebagai contoh, apabila anak anda bermain di laman, anda tidak perlu risau kerana sistem autogate tidak dapat dibuka dari luar dengan mudah berbanding pintu gerbang biasa. Anak anda akan selamat selagi mana berada dalam kawasan rumah. Pintu gerbang auto juga akan memastikan orang asing yang tidak dikenali terhalang dari masuk dengan sesuka-hati.

autogate-ciri-keselamatan-rumah

Faedah lain yang dinikmati apabila memasang sistem autogate murah di Malaysia, ia akan menghalang jurujual atau sesiapa sahaja masuk dan mengganggu anda. Anda boleh sahaja perhatikan siapa di pintu gerbang dari dalam rumah dan tidak perlu melayan kerenah mereka.

Selain itu, dengan keadaan cuaca di Malaysia yang tidak menentu, panas dan hujan silih berganti, anda boleh membuka pintu gerbang dengan menggunakan remote tanpa perlu anda keluar dari kereta. Lebih-lebih lagi ketika hujan.

autogate-bantu-ketika-hujan

Ada juga kes dimana penyamun menunggu pemandu keluar dari kereta untuk membuka pagar. Dengan adanya sistem autogate, anda boleh terus masuk ke kawasan perkarangan rumah tanpa perlu keluar dari kereta sehingga pintu gerbang ditutup rapat.

Apa Yang Perlu Anda Pertimbangkan Sebelum Mendapatkan Khidmat Pasang System Autogate Rumah Murah Di Malaysia

Sebelum anda mendapatkan khidmat memasang sistem autogate, anda perlu pertimbangkan beberapa perkara penting untuk mengelakkan sebarang kesilapan berlaku. Pertama sekali, saiz bukaan. Saiz bukaan keseluruhannya akan menentukan jenis autogate yang akan dipasang. Lebih panjang bukaan, lebih mahal kos untuk memasang.

pertimbangan-sebelum-memasang--autogate

Kedua, jumlah ruang yang sedia ada. Bergantung kepada panjang dinding pagar, jarak selamat bukaan kedepan serta belakang dan lain-lain faktor akan menghadkan jenis pagar yang akan digunakan. Jika panjang dindin pagar berjarak pendek, maka tidak sesuai untuk menggunakan autogate jenis gelonsor atau canteliveler. Mungkin antara gerbang ayunan atau gerbang bi-folding.

Faktor seterusnya, kelajuan membuka dan menutup. Setiap individu mempunyai citarasa sendiri. Ada yang memilih laju dan ada yang memilih perlahan. Semuanya bergantung kepada anda. Jika anda jenis yang tidak sabar, maka tentulah pintu gerbang yang dapat dibuka dengan pantas.

ciri-bi-folding-gate

Banyak lagi faktor yang perlu anda pertimbangkan. Dapatkan khidmat nasihat daripada syarikat yang memasang autogate rumah murah di Malaysia. Salah satu syarikat yang memberikan perkhidmatan tersebut adalah KedaiCCTV.com

Dapatkan Khidmat Nasihat KedaiCCTV.com Untuk Pasang System Autogate Rumah Murah Di Malaysia

kedaicctv-autogate

KedaiCCTV.com adalah sebuah syarikat yang memberikan khidmat nasihat dan pemasangan pelbagai alat keselamatan seperti CCTV, sistem penggera, Kad akses pintu dan juga pemasangan Autogate. Jika anda perlukan perlindungan tambahan, KedaiCCTV.com dapat membantu anda dengan memasang sistem-sistem dan alat keselamatan di rumah anda.

Mereka pakar dalam pemasangan Autogate jenis ayunan dan bi-folding, menggunakan  teknologi dari Italy, D’nor model 212. Sistem automasi ini bukan sekadar autogate biasa. Anda boleh upgred untuk mendapatkan perlindungan keselamatan tambahan dengan pemasangan Intruder Alarm, Panic Alarm, Pilar Light dan System Lock.

autogate-D'nor

D’nor Model 212 ini sesuai untuk kebanyakan kediaman dan ia mempunyai banyak kelebihan. Biasanya sistem autogate biasa hanya dapat membuka kedua-dua pintu gerbang.  Akan tetapi, model 212 sistem autogate ini, boleh membuka mana-mana pintu gerbang tidak kira kiri, kanan atau kedua-duanya sekali.

Kelajuan bukaan pintu gerbang juga dapat di selaraskan mengikut kehendak anda dengan dua laras kelajuan. Oleh kerana ianya jenis ayunan dan bi-folding, maka pintu gerbang dapat dibuka dengan lancar dan senyap; tidak menghasilkan bunyi yang membingitkan telinga seperti pintu gerbang gelongsor.

d'nor-autogate-sesuai-untuk-sliding-dan-swing

Anda tidak perlu risau jika bekalan elektrik terputus kerana Model 212 ini mempunyai bekalan kuasa tambahan yang dapat bertahan selama 24 jam. Satu masalah yang sering dihadapi oleh sistem autogate yang biasa apabila bekalan elektrik terputus. Anda juga boleh membuka pagar secara manual tanpa menggunakan remote.

Tonton Bagaimana System Autogate Rumah Ini Berfungsi

Mekanisma model 212 yang menjimat ruang dan sangat efisyen dengan 24vdc Heavy Duty sebagai penggerak.

Testimoni Pelanggan Yang Berpuas Hati Dengan Khidmat Yang Diberikan

Anda tidak perlu fikir dua tiga kali atau ragu-ragu dengan KedaiCCTV.com. Mereka telah buktikan bahawa khidmat yang diberikan adalah memuaskan. Lihat sahaja beberapa testimoni bergambar dibawah.

testimoni-autogate-client-kedaicctv (1)testimoni-autogate-client-kedaicctv (2)testimoni-autogate-client-kedaicctv (3)

Bagaimana Untuk Menempah Tarikh Pasang System Autogate Rumah Mudah Di Malaysia

Apa yang perlu anda fikir lagi? 3 alasan kenapa anda perlu dapatkan System Autogate Rumah dari KedaiCCTV.com iaitu:

  • Anda tak perlu bersusah-payah nak turun kereta buka pintu gerbang ketika musim hujan dan panas,
  • Anda dapat  mengelakkan dari isteri anda di samun oleh mat-mat rempit depan rumah
  • Malam-malam nak tidur tak perlu nak bersusah-payah turun tutup dan mengunci pintu gerbang
pasang-autogate-murah

Jangan pandang rendah akan hal keselamatan anda dan keluarga anda. Dapatkan System Autogate Teknologi dari Italy, D’Nor model 212 hari ini. Anda boleh berbuat demikian dengan menghantar tempahan melalui aplikasi Whatsapp di nombor berikut 60163234709 atau terus menempah tarikh pemasangan di laman https://kedaicctv.onpay.my/order/form/34.

kedai-cctv-autogate

Pakej yang ditawarkan didatangkan dengan jaminan 1 tahun dari kilang. Jadi anda tidak perlu risau jika terdapat kerosakkan, anda boleh terus hubungi pihak KedaiCCTV.com untuk mendapatan penggantian.

Jika anda bertindak sekarang, anda dapat menikmati harga promosi istimewa yang ditawarkan Oleh KedaiCCTV.com yang sedang berlangsung ketika ini.

KEDAICCTV.COM | AUTOGATE RUMAH HARGA MURAH

Hubungi: Tekan untuk telefon (016-3234709) | Tekan untuk WhatsApp

Facebook: @kedaicctvdotcom Instagram: @kedaicctv

Tempah Tarikh Pemasangan: https://kedaicctv.onpay.my/order/form/34

 
Jom pasang autogate rumah SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom pasang autogate rumah SEKARANG!