Review
Sep 29, 2017, 6:47pm

Panduan Ringkas Borong Dari China : Kenapa dan Apa Perlu Tahu


Pada zaman kini ramai orang berlumba-lumba untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri. Perniaga tumbuh dengan pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan kerana dalam zaman barang serba mahal ini membuatkan ramai yang ingin cari duit lebih untuk menambah pendapatan mereka.

borong barang dari china

Ini kerana dengan cara berniaga sendiri lebih menguntungkan daripada makan gaji. Tambahan lagi dengan adanya kemudahan internet, ramai peniaga mula berjinak-jinak dengan berniaga secara online yang lebih memudahkan urusan perniagaan mereka. Akan tetapi, membina perniagaan sendiri memerlukan ilmu yang secukupnya untuk mengelakkan kerugian yang teruk. Ketahui dan fahami cara yang betul untuk menjalankan perniagaan anda terlebih dahulu sebelum mengerakkan sesuatu perniagaan.

borong dari china

Perniagaan Borong Lebih Menguntungkan

Perniagaan anda lebih menguntungkan jika anda membeli barang secara borong iaitu anda beli secara pukal daripada pengeluar dan menjual dalam kuantiti yang anda mahukan kepada peruncit. Dengan cara ini dapat mengurangkan risiko kerugian kerana anda membekalkan kepada peruncit jika ada permintaan sahaja.

borong dari chinaFungsi pemborong dalam saluran pengagihan barangan berbeza mengikut jenis perniagaan yang dijalankan kepada pengeluar, peruncit dan pengguna.

Pemborong Kepada Pengeluar

  1. Membeli barangan secara pukal serta memecahkan pukal
  2. Membiayai kos pengeluaranbarangan
  3. Melakukan kerja-kerja akhir
  4. Menyampaikan maklumat pasaran
  5. Mengadakan kemudahan perdagangan
  6. Menjalankan kempen promosi serta meluaskan pasaran

pemborong dari china
Pemborong Kepada Peruncit

  1. Menjual barangan dalam kuantiti yang kecil
  2. Menjual beraneka jenis barang
  3. Memberi kemudahan kredit
  4. Mengadakan kemudahan pengangkutan
  5. Mengadakan kemudahan pergudangan
  6. Memberi nasihat berkenaan dengan barangan baru kepada peruncit

cara borong barang dari china

Pemborong Kepada Pengguna

  1. Mengedarkan pelbagai jenis barangan
  2. Menyampaikan maklumat terkini kepada pengguna
  3. memstabilkan harga barang-barang
  4. Menyediakan bekalan barang yangberterusan

Jenis Pemborong

  1. Pemborong saudagar – Membeli pelbagai jenis barangan daripada pelbagai pengeluar dan 
    menjualkepada peruncit. Dengan cara ini mereka akan mendapat keuntungan atas usahanya itu.
  2. Ejen – Merupakan orang tengah yang dilantik dan diberi kuasa untuk melaksanakan tugas bagi pihak pengeluar atau pengilang dan penjual yang dikenali sebagai principal.

borong barang dari china online

Jika anda sudah fahami sistem borong, berikutnya anda perlu mencari pembekal pengeluar barangan yang anda cari untuk memulakan perniagaan anda. Salah satu caranya, anda boleh borong dari China dan dapatkan harga borong yang lebih murah.

Kenapa Memilih Borong Dari China

Anda semestinya mengetahui bahawa barangan China merupakan pusat pengeluaran produk terbesar di dunia. Sebut sahaja apa jenis barangan yang ada inginkan. Pasti ada! Berbagai jenis barangan seperti barangan elektronik, permainan, perhiasan rumah, perabot, pakaian dan banyak lagi.

beli borong dari china

Walaupun terdapat pelbagai jenis barangan borong akan tetapi soal kos akan merunsingkan pemborong untuk mendapatkan bekalan barangan borong di China. Jika kita sendiri ingin memborong di China, ia akan melibatkan kos yang agak besar. Sangat tidak berbaloi untuk seseorang mengeluarkan kos modal yang besar semata-mata untuk ke China. Ianya merupakan perbelanjaan yang besar dan seseorang itu harus memikirkannya berkali-kali untuk mengelakkan kerugian.

cara beli barang borong dari china
Untuk meminimakan kos untuk perbelanjaan tersebut, anda boleh fikirkan cara lain yang lebih menjimatkan. Dengan adanya kemudahan internet dalam dunia serba moden ini, anda boleh dapatkan barangan borong dari China dengan harga yang rendah dan berkualiti.

Anda hanya perlu memilih produk yang anda inginkan dan buat tempahan anda. Pastikan anda memilih produk yang tidak mudah rosak untuk mengelakkan kerugian barangan yang rosak. Ini juga dapat memudahkan barangan di hantar dengan selamat dan mudah untuk pelepasan kastam.

Mungkin anda tidak sabar untuk berniaga dan tertanya-tanya tentang bagaimana caranya untuk membuat pembelian barangan borong dari China ini. Ikuti panduan ringkas ini.

Panduan Ringkas Borong dari China. Apa Yang Perlu Anda Tahu.

Berniaga memang menyeronokkan jika modal yang dikeluarkan menghasilkan pulangan yang lumayan. Rata-rata mereka yang mahu mulakan perniagaan lebih gemar mencari barangan borong dari China kerana China menawarkan harga borong yang lebih murah.

beli barang borong dari china

Malahan, harga jualan biasa pun boleh dapat harga murah. Disebabkan itu, ramai peniaga berebut-rebut ingin borong barangan dari China. Akan tetapi, tiada panduan yang khusus untuk mereka dapatkan barangan borong dari China ini dengan cara yang mudah.

Ada Beberapa Cara Yang Mudah Untuk Dapatkan Barangan Borong Dari China

Pergi sendiri ke China

borong terus dari china

Jika anda ingin memilih sendiri barangan yang berkualiti, adalah sekiranya lebih baik anda pergi sendiri ke China. Cara ini akan melibatkan kos yang tinggi untuk kos tiket kapal terbang, penginapan, makan minum, perbelanjaan dan lain-lain lagi. Jika anda mempunyai bajet yang besar, ianya tidak akan menjadi masalah dan anda juga tidak akan tertipu jika membeli sendiri. Akan tetapi dengan cara ini mungkin akan berhadapan dengan risiko yang lain seperti keselamatan atau terkandas di mana-mana yang sukar di jangka. Mungkin akan menambahkan masalah anda jika anda kurang berpengalaman.

Adakah anda peniaga kecil-kecilan yang baru sahaja memulakan perniagaan? Mungkin anda sedang tercari-cari cara bagaimana mahu membeli atau memborong barang dari negara China untuk diniagakan. Jadi, kami memberi idea kepada anda cara mudah untuk dapatkan barang-barang tersebut.

Borong Secara Online

kasut borong dari china

adanya kemudahan internet, anda tidak perlu bersusah payah untuk ke China. Anda boleh borong secara online. Terdapat beberapa website yang menawarkan perkhidmatan borong dari China. Sebahagiannya boleh dipercayai dan ada juga yang menipu pelanggan. Ada baiknya anda siasat terlebih dahulu untuk mengelakkan duit anda hangus begitu sahaja. Jangan jadi mangsa tipu!

Berurusan Dengan Ejen/ Konsultan

borong-menerusi-agen

Cara yang lebih mudah dan lebih selamat, anda boleh berurusan terus dengan ejen/konsultasi yang boleh dipercayai. Jadi, anda tidak perlu pening kepala memikirkan soal kos ke China, susah berurusan dengan orang China atau pun tiada masa kerana ejen boleh menguruskannya. Anda hanya perlu memilih barang dan membuat bayaran sahaja. Pihak ejen akan menguruskannya 100%, sebagai pemborong hanya perlu tunggu barang sampai sepertimana yang telah dijadualkan.

Cara menggunakan ejen nampak mudah tapi anda perlu mencari ejen yang benar-benar jujur supaya anda tidak ditipu. Siasat terlebih dahulu dan jangan buat keputusan terburu-buru. Takut nanti, duit entah kemana, barang pun tak dapat. Rugikan!

Borong Pakaian Dari China Menguntungkan!

borong-pakaian-dari-china

Sebelum anda bercita-cita untuk memulakan perniagaan anda, terlebih dahulu anda perlu memikirkan barangan apa yang anda hendak jual supaya anda tahu ke mana hala tuju perniagaan anda nanti. Barangan yang sentiasa laris di pasaran adalah pakaian. Pakaian adalah salah satu produk yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada pemborong.

  1. Modal untuk mula berniaga sangat rendah
  2. Pakaian mudah dijual kerana pakaian adalah kegunaan harian dan market nya sangat besar.
  3. Keuntungan yang besar
  4. Pakaian boleh dijual dimana-mana
  5. Pelanggan suka pakaian yang murah di pasaran.
  6. Fesyen yang up-to-date dan cantik-cantik
koleksi-borong-runcit-dari-china-1
koleksi-borong-runcit-dari-china-8

Jom Hubungi Sara & Sara Untuk Borong Dari China Dengan Lebih Jimat dan Menguntungkan

borong dari china murah

Jika anda sudah bersedia dan berminat untuk mulakan perniagaan anda dengan menjual pakaian, anda boleh hubungi Sara & Sara penjual borong dan runcit yang boleh dipercayai. Peluang ini terbuka kepada dropship atau sesiapa juga yang mahukan borong terus dari China tanpa kos tiket dan penghantaran. Hubungi Sara & Sara segera kerana jumlah dropship yang akan di ambil sangat terhad. Peluang ini akan ditutup sekirannya kuota.

Jom sertai Dropship SARA & SARA

Jom borong SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Jalan Sengkawang, Mak Chili 24000 Kemaman, Terengganu, Malaysia

   
Jom borong SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom borong SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: