Review
Sep 27, 2020, 12:03pm

Panduan Pemilihan Pakaian Untuk Kanak-Kanak


Industri fesyen baju Melayu tanah air semakin hari semakin cukup popular dan dikenali di serata dunia. Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mempunyai ciri-ciri baju yang tersendiri perlu dititikberatkan. Setanding mereka yang dewasa, fesyen pakaian baju Melayu untuk kanak-kanak juga semakin moden mengikut tahun ke tahun dan peredaran zaman serta tidak ketinggalan mendapat perhatian dari umum. Membeli mahupun menempah pakaian kanak-kanak hendaklah dirancang dengan baik oleh ibu bapa khususnya dan terdapat beberapa ciri yang perlu di ketahui ibu bapa supaya anak-anak bukan sahaja dapat bergaya seperti dewasa malah selesa dan teruja untuk memakai sesuatu pakaian itu.

panduan memilih pakaian kanak-kanak

Di samping itu, kaum ibu sering risau tersilap pilih saiz baju anak ketika membeli secara atas talian. Jika membeli secara offline di kedai-kedai pakaian atau di butik pakaian, agak mudah sedikit, namun hanya berpandukan gambar jadual ukuran, amat payah untuk menentukan saiz kanak-kanak sambil mengambil kira adakah masih boleh terpakai untuk beberapa bulan akan datang kerana anak-anak ini cepat tumbesarannya. Berikut adalah beberapa tips dan panduan bagi memilih dan memadankan kanak-kanak dengan pakaian seperti baju Melayu dan baju kurung untuk mereka.

1. Pengukuran Saiz Yang Tepat

pengukuran badan kanak-kanak

Saiz merupakan elemen yang sangat penting dalam memilih pakaian untuk kanak-kanak kerana mereka cepat membesar dan ukuran badan mereka tidak sama antara seseorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Pada kebiasaannya memilih saiz 1 tahun lebih besar dari saiz kanak-kanak itu adalah lebih baik. Ini adalah kerana pakaian itu dapat dipakai dalam jangka masa yang lama. Tetapi terdapat juga kanak-kanak yang saiznya lebih kecil dari umur mereka, jadi bagi ibu bapa yang menghadapi masalah sebegini bolehlah menempah pakaian untuk anak-anak mereka. Saiz pakaian yang lebih kecil dari saiz sebenar kanak-kanak tersebut akan menyebabkan mereka sukar untuk bergerak dan meneroka dengan lebih banyak, jadi hal ini hendaklah diambil berat oleh para ibu bapa.

memilih saiz yang betul untuk baju kanak-kanak

Salah satu kesilapan terbesar yang biasa dilakukan oleh keramaian orang apabila membeli baju muslimah bayi dan kanak-kanak dari katalog adalah dengan penyediaan ukuran yang salah. Semua katalog baju muslimah kanak-kanak akan membantu anda untuk memilih ukuran yang tepat dengan penyediaan butiran dan ukuran sebelum membuat pesanan. Jelas sekali jika anda tidak pasti sangat saiz kanak-kanak, maka adalah baik untuk anda membeli baju dengan saiz yang lebih besar daripada yang lebih kecil disebabkan oleh hakikat bahawa jika ibu bapa membeli pakaian kecil dan kanak-kanak bertumbuh besar, maka pakaian tersebut perlu dikembalikan dan ia akan melibatkan kos penghantaran.

2. Pastikan Jenis Fabrik

pemilihan fabrik yang tak panas dan selesa

Fabrik atau jenis kain adalah faktor yang sangat penting dalam pemilihan baju untuk kanak-kanak. Adalah disarankan supaya memilih pakaian dari kain kapas (cotton) agar kanak-kanak dapat berasa selesa dan bergerak dengan lebih mudah. Tambahan lagi, pada usia sebegini mereka sangat lasak, aktif untuk meneroka alam sekeliling. Pilihlah fabrik yang tahan serta mudah serta mudah dicuci. Pastikan juga warna baju yang tidak mudah luntur setelah dicuci. Material paling selamat ialah menggunakan material seperti kapas. Ini kerana kapas tidak terlalu tebal dan panas untuk kulit kanak-kanak yang sensitif.

baju kanak-kanak mestilah jenis mudah serap peluh

Adalah lebih baik apabila membeli dari katalog pakaian bayi, cuba untuk memastikan bahawa bahan tersebut adalah kapas (cotton) atau hypoallergenic yang disesuaikan dengan kulit bayi dan kanak-kanak anda. Anda kena pastikan bahawa baju yang anda beli tidak akan menyebabkan sebarang alahan kepada anak anda. Jadi, adalah lebih baik untuk membeli pakaian bayi dan kanak-kanak yang diperbuat daripada jenis fabrik kapas. Hal ini kerana, sesetengah bayi dan kanak-kanak amat sensitif dan ini boleh menjadi masa apabila mereka mula menghidapi semua jenis alahan dan ruam jika mereka terdedah kepada bahan kimia yang tidak sesuai untuk mereka. Jadi, anda perlu menentukan jenis fabrik yang tidak menimbulkan alahan pada anak anda. Jangan pakai sebat saja semua baju kanak kanak yang anda rasa comel.

3. Jaminan Kualiti Produk

baju kanak-kanak dengan jaminan kualiti terbaik

Pakaian dan aksesori kanak-kanak memang agak mahal, dan badan kanak-kanak menjadi lebih besar dalam masa yang singkat. Oleh itu, anda perlulah memberikan tumpuan kepada kualiti pakaian tersebut dan bukannya kuantiti. Melabur dalam beberapa tetapi berkualiti tinggi perkara-perkara yang baik dan ia juga bertahan lama. Tambahan lagi, anda akan berkeyakinan bahawa anda akan sentiasa mempunyai sesuatu pakaian untuk dipakaikan kepada anak anda sama ada ia adalah untuk majlis makan malam keluarga atau hari sekolah. Di samping itu, produk murah juga mungkin akan menyebabkan kesan yang buruk kepada kulit sensitif anak anda sehingga menyebabkan ruam dan alahan.

4. Pilih Warna Yang Ceria

pemilihan warna baju kanak-kanak

Utamakan memilih warna-warna yang ceria dan terang untuk kanak-kanak seiring sifat mereka yang aktif bebas dan riang. Ini bukan sahaja kerana ia tidak memerap haba, malah mereka juga akan kelihatan lebih ceria dengan baju yang berwarna-warni. Aksesori merupakan salah satu elemen yang penting di mana anda hendaklah memilih pakaian yang mempunyai aksesori sangat minimum. Ini adalah kerana dikhuatiri aksesori tersebut akan mudah tertanggal. Lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak yang dalam proses membesar dan lasak. Selain itu, aksesori yang banyak pada pakaian juga akan mengakibatkan kanak-kanak rimas dan juga boleh mengakibatkan bahaya kerana dikhuatiri tercucuk pada anggota badan mereka.

5. Fesyen Yang “Kena” Dengan Iklim Di Malaysia

pemilihan jenis baju yg sesuai dengan iklim malaysia

Elemen ini hendaklah diambil berat bagi ibu bapa kerana, keadaan cuaca di Malaysia sentiasa berubah-ubah. Bagi kanak-kanak untuk memakai baju Melayu atau baju kurung dengan fesyen atau jenis kain yang tertentu bergantung pada kesesuaian masa. Sebagai contohnya, sekiranya ingin menggayakan anak anda ke majlis perkahwinan, pilihlah pakaian Melayu yang tidak panas kerana dikhuatiri anak akan berasa tidak selesa sekiranya pakaian mereka terlalu tebal ataupun kain yang tidak serap peluh. Pilihlah kain yang senang untuk serap peluh agar anak anda mampu kekal selesa sepanjang hari.

jaket tebal tak sesuai untuk anak di malaysia

Nak pakaikan anak dengan jaket kulit yang tebal atau jaket sejuk dengan ropol-ropol yang comel? Fikir semula pilihan anda itu. Ya! Jaket kulit itu memang sungguh cantik dan bergaya. Tetapi iklim di Malaysia sungguh panas. Pilih fesyen yang bersesuaian dengan cuaca kita agar anak-anak tidak terlalu panas. Jangan sampai mereka mengamuk pula kerana kepanasan.

6. Baju Sesuai Dengan Peringkat Umur

koleksi baju kanak-kanak murah dan menarik

Elakkan daripada terlalu mengikut fesyen sehingga baju kanak kanak yang dipilih itu tidak sesuai langsung dengan peringkat umur anak. Misalnya, seperti memakaikan seluar banyak butang untuk anak-anak yang baru belajar bebas lampin. Atau memakaikan seluar jeans yang ketat pada bayi hingga tidak muat lampinnya. Pilihlah fesyen yang bersesuaian mengikut peringkat umur mereka.

aksi menarik kanak-kanak menggayakan baju

Memang kadang-kadang sesuatu fesyen itu kelihatan cantik. Tetapi ia mungkin sebenarnya tidak sesuai buat anak-anak. Terlalu seksi atau terlalu menjolok mata juga tidak sesuai buat mereka. Ia bukan sahaja tidak selesa untuk mereka malah ia boleh mengundang bahaya dan hazad. Pakaian terlalu banyak tali contohnya, boleh tersangkut semasa mereka bermain dan menyebabkan kecederaan. Memang seronok memakaikan pelbagai jenis fesyen pada anak-anak. Melihat mereka di dalam pelbagai gaya. Tetapi janganlah jadikan mereka mangsa fesyen. Berikan mereka keselesaan untuk bergerak, berlari dan bermain. Pakaian yang tidak terlalu melebih-lebih dan panas untuk mereka. Jangan risau, apabila tiba masanya nanti, mereka pasti boleh memakai baju mengikut fesyen yang anda mahu.

Pakaian Untuk Kanak-Kanak Dari Koleksi Busana Melayu Moden Byserra

kids fashion di byserra butik online dan offline

Anak-anak kecil pun boleh shopping dekat Butik Byserra! Dari muda sampai ke tua semua boleh shopping dekat Byserra. Koleksi pakaian moden untuk semua di mana para pelanggan boleh mendapatkan akses eksklusif kepada gaya fesyen kualiti tinggi untuk semua umur.

tips pemilihan pakaian kanak-kanak malaysia

Di Butik Byserra, koleksi pakaian kanak-kanak mendapat sambutan tinggi daripada para ibu bapa. Koleksi pakaian kanak-kanak comel yang mencuit hati di Butik Byserra terdiri daripada busana Melayu moden seperti dress peplum dan juga koleksi hijab untuk kanak-kanak. Yang selesa dipakai, harga berpatutan dan semestinya berbaloi. Pakaian untuk kanak-kanak semuda umur satu tahun boleh didapati di Butik Byserra.

set pakaian kanak-kanak sedondon dengan ibu

Di samping itu, koleksi pakaian untuk kanak-kanak juga ditawarkan dalam set sedondon. Terdapat banyak design menarik dalam koleksi sedondon ibu dan anak Byserra seperti kurung moden yang berprint batik, pleated, mini kurung dan banyak lagi. Memang cute bukan?

baju kurung moden kanak-kanak

Koleksi busana Byserra yang bercirikan Melayu moden dan yang bertemakan gaya unik, elegan serta berkualiti berupaya membuatkan kebanyakan pelanggan Byserra yang mengunjungi rambang mata untuk membuat pilihan yang sesuai mengikut citarasa fesyen mereka tersendiri. Sudah pasti anda juga tidak terlepas daripada senarai ini. Keistimewaan dan keunikan koleksi pakaian Byserra inilah yang mendorong para pelanggan untuk memilih butik Byserra sebagai butik pakaian kegemaran mereka.

Anda Bila Lagi? Jom Lihat Testimoni Pelanggan BySerra

Pelanggan – pelanggan butik Byserra telah meninggalkan pelbagai testimoni yang menunjukkan mereka amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan juga produk yang dijual oleh mereka. Berikut merupakan wajah-wajah gembira kanak-kanak solehah selepas mencuba koleksi hijab stylish Byserra.

testimoni pelanggan cilik byserra

Ramai pelanggan yang menggemari design dari butik Byserra ini. Anda juga pasti akan jatuh hati dengan design mereka.

promosi pakaian kanak-kanak byserra

“Ada harga promosi hebat… Rugi tak grab… Berbaloi”
“Woww…nampak class sangat lah butik ni..excitednya”.

pilihan pakaian kanak-kanak menarik

“Wah banyak betul pilihan, plus size pun ada, rambang mata tengok!”
“Banyaknya design lawa-lawa..tak sabar nak grab diskaun lebih 30% ni”

ibu gembira shopping untuk anak

Anda boleh melihat ramai juga pelanggan yang membeli-belah untuk anak- anak mereka. Banyak pakaian koleksi moden untuk seisi keluarga sedondon, ringkas, terkini dan selesa yang boleh didapati di butik Byserra. Harga pun mampu milik setanding kualiti.

Jom Beli-Belah Untuk Seisi Keluarga Di Butik BySerra!

Butik Byserra berkonsepkan online dan offline store. Jadi, usah bimbang jika anda tidak dapat mengunjungi Butik Byserra di Cyberjaya. Dengan hanya satu klik, anda boleh menempah dan membuat pembelian koleksi pakaian Byserra melalui Whatsapp ke nombor, +0194491676 ataupun kunjungi laman Shopee Byserra dan website.

kunjungi laman web byserra.com untuk pakaian sedondon ibu anak

Sekiranya, anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pilihan koleksi pakaian Byserra yang ditawarkan, anda boleh berbuat demikian dengan mengikuti Byserra di laman media sosial Facebook dan Instagram. Segala maklumat mengenai arrival baru, promosi dan diskaun boleh diketahui dengan mudah di sana.

Mencari Koleksi Pakaian Kanak-Kanak dan Seisi Keluarga Yang Patuh Syariah?

Dapatkan Koleksi Menarik Di Butik BySerra SEKARANG!

Butik BySerra

Koleksi Pakaian Keluarga Moden Kontemporari

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Butik Byserra, level 2, MALAKAT MALL. Cyberjaya

   
Mencari Koleksi Pakaian Kanak-Kanak dan Seisi Keluarga Yang Patuh Syariah?

Dapatkan Koleksi Menarik Di Butik BySerra SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Mencari Koleksi Pakaian Kanak-Kanak dan Seisi Keluarga Yang Patuh Syariah?

Dapatkan Koleksi Menarik Di Butik BySerra SEKARANG!