Review
Jul 24, 2018, 6:57am

Panduan Memilih Perlindungan Insurans Takaful Terbaik di Malaysia


Ramai yang masih mencari – cari apakah pelan perlindungan insurans takaful terbaik yang perlu diambil untuk diri – sendiri serta keluarga. Terdapat ramai agen berdaftar insurans mempromosikan kebaikan takaful insurans mereka sehinggakan anda sendiri sudah keliru dengan pelan yang sepatutnya anda ambil.

memilih perlindungan insurans takaful

Anda perlu tahu dan fahamkan terlebih dahulu setiap pelan insurans yang ditawarkan kepada anda. Tujuan utama anda mengambil pelan perlindungan insurans adalah untuk melindungi anda dan keluarga sekiranya terjadinya apa – apa musibah. Maka, sebelum anda memilih, jom lihat apakah yang dimaksudkan dengan pelindungan insurans ini.

Aspek Penting Sebelum Memilih Pelan Perlindungan Insurans Takaful Yang Terbaik

aspek pengurusan kewangan terbaik

Terdapat beberapa aspek penting yang anda perlu ketahui sebelum mengambil keputusan untuk memilih apakah pelan perlindungan insurans takaful yang terbaik untuk anda dan keluarga. Umumnya, semua ketahui, mereka yang mengambil pelan insurans dengan mana – mana agensi akan mengeluarkan sejumlah duit pada setiap bulan. Apakah aspek penting yang perlu dititikberatkan?

Apakah Matlamat Kewangan Anda

bebas hutang dengan insurans takaful terbaik

Ramai yang menginginkan ‘financial freedom’ di mana ianya menunjukkan keadaan kita bebas dari segala bebanan hutang. ‘Financial freedom’ yang sebenarnya adalah meringankan beban komitmen pada setiap bulan dengan menggunakan pendapatan sampingan atau sumber pendapatan yang lain. Ramai tidak dapat mencapai ‘financial freedom’ ini kerana tidak membuat perancangan kewangan yang rapi.

Apakah Rancangan Kedua Atau ‘exit Plan’ Untuk Mencapai Matlamat Anda

exit plan perlindungan insurans takaful

Anda perlu ketahui apa yang ada hari ini yang dapat digunakan untuk mencapat matlamat kewangan tadi. Adakah ia mencukupi atau langsung tiada ‘exit plan’ untuk digunakan? Selain itu, ‘exit plan’ ini juga akan digunakan sekiranya anda mengalami sebarang musibah atau masalah yang akan memberi kesan kepada sumber kewangan anda. Secara ringkasnya, anda perlu memperuntukkan beberapa jumlah yang besar untuk ‘exit plan’ ini.

Senarai Harta Yang Anda Miliki

cara melindungi aset keluarga

Untuk memastikan harta yang anda miliki selamat dan terjamin, anda harus fikirkan cara untuk melindunginya. Ini bukan merujuk kepada golongan yang kaya sahaja, malah golongan yang mempunyai aset yang sedikit pun perlu menitikberatkan soal kepentingan perlindungan insurans ke atas harta yang dimiliki ini. Ramai juga terlalu yakin bahawa harta mereka akan selamat di dalam simpanan sendiri dan tidak perlukan perlindungan takaful. Anda cuma perlu diingatkan bahawa dengan satu musibah sahaja, seseorang boleh jatuh muflis.

Panduan Untuk Memilih Perlindungan Insurans Takaful Yang Terbaik Untuk Anda Dan Keluarga

perlindungan insurans untuk keselamatan

Setelah anda mengenalpasti apakah faktor – faktor yang membuatkan anda rasa sangat perlu untuk memilih perlindungan insurans maka anda perlu ketahui apakah panduan yang betul. Dengan mengetahui panduan yang betul ini, anda akan dapat menikmati penjimatan berganda walaupun anda membuat komitmen yang baru dengan pihak agensi yang menawarkan pelan insurans terbaik untuk anda.

1. Pastikan Dapatkan Khidmat Rundingan Daripada Agen Yang Sah

agen perlindungan insurans takaful terbaik

Apabila terdapat lambakan agen insurans, ianya agak berisiko sekiranya anda tidak melakukan kaji selidik terlebih dahulu. Ramai yang hanya mengejar kadar komisen yang tinggi tanpa mengutamakan keperluan pelanggan terlebih dahulu. Setiap tawaran yang anda terima, anda perlu mendapatkan pengesahan dari pihak syarikat insurans tersebut terlebih dahulu sebelum membuat apa – apa persetujuan.

2. Membuat Perbandingan

takaful terbaik untuk keluarga

Anda tidak perlu tergesa – gesa dalam membuat keputusan untuk memilih perlindungan insurans yang terbaik untuk anda dan keluarga. Minda anda harus dikawal dengan baik agar tidak dipengaruhi dengan mengetahui satu pelan insurans sahaja. Ada pelbagai pilihan yang tersedia untuk anda gunakan sekiranya anda membuat perbandingan dengan mana – mana agensi insurans.

3. Mengkaji Manfaat Utama Daripada Pelan Perlindungan Yang Ditawarkan

manfaat perlindungan insurans takaful

Setiap pelan insurans yang ditawarkan di pasaran tidak menampung kesemua keperluan yang anda ingini. Sebagai contoh, untuk melindungi aset, anda perlu mengambil pelan insurans takaful am. Untuk manfaat kematian atau, kecacatan atau kesihatan pula, anda perlu mengambil pelan insurans takaful hayat atau keluarga.

4. Ambil Masa Untuk Memahami Terma Dan Syarat Yang Ditetapkan

fahami pellindungan insurans yang ditawarkan

Ramai yang tidak peka akan pentingnya untuk membaca keseluruhan terma dan syarat yang ditentukan di dalam perjanjian perlindungan insurans. Jangan hanya membayar setiap bulan, tapi anda keliru apakah pelan perlindungan insurans yang anda miliki. Ini bukan hanya merugikan faedah yang bakal anda nikmati nanti malah mempengaruhi perancangan kewangan anda setiap bulan.

5. Pastikan Segala Maklumat Yang Dinyatakan Adalah Tepat

insurans takaful tepat

Sangat penting maklumat yang anda nyatakan adalah benar dan tidak tersalah agar segala proses akan berjalan lancar. Selain daripada maklumat agensi insurans yang sah, tarikh pembayaran, nama serta maklumat peribadi anda harus tepat dan benar. Urusan pembayaran nilai premium pada setiap bulan juga perlu dititikberatkan dibayarkan kepada pihak agensi bukan dibayar kepada agen insurans tersebut.

6. Baca Polisi Insurans Anda Sejelasnya

fahami polisi insurans takaful sejelasnya

Setelah anda menerima polisi insurans yang anda persetujui bersama pihak agensi, anda mempunyai tempoh 15 hari untuk membuat apa – apa pindaan atau tersalah maklumat. Polisi insurans ini akan digunakan sekiranya berlaku apa – apa keadaan di mana anda ingin membuat tuntutan insurans sebagai pampasan atau ganti rugi.

Dapatkan Perlindungan Insurans Takaful Terbaik Untuk Anda!

perlindungan insurans takaful untuk perubatan

Sekiranya anda tidak arif atau memerlukan penjelasan yang jelas tentang perancangan kewangan anda, segera bertindak dengan menghubungi mereka yang pakar. Anda bukan sahaja mahukan ‘financial freedom’ malah anda juga perlu lakukan perancangan teliti untuk menambah sumber kewangan anda. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi maklumat di bawah ini.

LIEZA ABDULLAH ZAWAWI | KONSULTAN INSURANS TAKAFUL (SSG FINANCIAL GROUP)
Hotline: Tekan untuk telefon (012-2426181) | Tekan untuk WhatsApp

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: