Review
May 2, 2018, 12:27pm

Panduan Memilih Insurans Yang Terbaik Sebelum Buat Pilihan


Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.

panduan memilih insurans yang terbaik

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan ( tabarru ), anda memeterai kontrak ( aqad ) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Sebagai contoh, pemegang polisi ( anda ) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.

cara memilih insurans yang terbaik

Anda tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi atau pelan untuk melindungi harta anda. Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan jika sebarang kerugian atau kerosakan berlaku. Jumlah yang boleh dibayar akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Oleh itu, anda tidak boleh meraih keuntungan daripada polisi insurans am atau pelan takaful. Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan yang setimpal atau anda akan ditetakkan kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi hayat anda. Kontrak insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya mutlak . Oleh itu, anda sebagai pemegang polisi atau pelan haruslah mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan. Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian atau kerosakan.

panduan memilih takaful yang terbaik

Selain itu, di bawah pelan takaful, anda boleh menikmati perkongsian lebihan daripada dana takaful, berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun tersebut.

Panduan Memilih Insurans Yang Terbaik Sebelum Buat Pilihan

Pemilihan pelan insurans yang terbaik boleh mengelirukan sesiapa yang hendak mencari insurans untuk perlindungan diri mereka. Terdapat pelbagai pelan perlindungan dan di sini, anda boleh ikuti beberapa panduan untuk memilih insurans yang terbaik sebelum membuat pilihan.

#1. Pastikan Anda Membeli Daripada Syarikat Insurans Berlesen Melalui Ejen Insurans Yang Sah

panduan memilih insurans yang murah

Membeli insurans hayat merupakan satu perkara yang penting sebagai jaminan kewangan untuk keluarga di masa hadapan. Senarai syarikat insurans berlesen boleh di peroleh di laman web Bank Negara Malaysia dan sekiranya anda perlu maklumat lanjut, hubungi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).

#2. Buat Perbandingan Kadar Premium

kadar premium insurans yang terbaik

Meneliti dan membuat perbandingan kadar premium dan manfaat insurans daripada beberapa syarikat insurans. Pastikan anda membuat perbandingan di antara polisi yang serupa kerana tidak semua polisi insurans mempunyai manfaat yang sama.

#3. Fahami Skop Perlindungan, Terma Dan Syarat Polisi

skop perlindungan dalam insurans yang terbaik

Pastikan anda memahami semua peruntukan di dalam polisi yang ingin anda beli. Jika perlu, dapatkan penerangan daripada syarikat insurans. Berhati-hati jika anda dijanjikan bonus atau skala dividen.

#4. Elakkan Sebarang Perlindungan Yang Tidak Perlu

jenis perlindungan dan panduan memilih insurans yang terbaik

Jangan rasa tertekan untuk membeli produk-produk yang di pakej sekali yang mungkin mengandungi perlindungan tetap yang tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pilihan bagi mendapatkan perlindungan tambahan atau rider  dengan premium tambahan yang memberi nilai pulangan yang lebih baik.

#5. Pastikan Insurans Hayat Yang Dicadangkan Benar-benar Sesuai Untuk Anda

insurans hayat terbaik

Semak polisi yang dicadangkan dengan teliti bagi memastikan ia menepati keperluan peribadi anda.

#6. Periksa Tarikh Insurans Anda Berkuat Kuasa

perkara perlu tahu tentang memilih insurans

Tarikh insurans anda berkuat kuasa mungkin berbeza daripada tarikh syarikat insurans anda mengeluarkan polisi itu. Tanya ejen insurans anda bilakah tarikh polisi anda berkuat kuasa.

#7. Isi Borang Permohonan Anda Dengan Teliti

panduan memilih insurans takaful

Jangan menandatangani cadangan atau borang permohonan kosong. Pastikan semua maklumat di dalam borang cadangan anda lengkap dan tepat  bagi mengelakkan kelewatan atau tuntutan ditolak.

#8. Pastikan Premium Dibayar Kepada Syarikat Insurans

premium dibayar kepada syarikat

Pastikan anda membuat pembayaran cek atau kiriman wang kepada syarikat insurans dan bukan kepada ejen insurans dan minta resit selepas pembayaran sebagai bukti pembayaran.

#9. Baca Polisi Anda Apabila Anda Menerimanya

baca polisi insurans yang diambil

Anda diberi masa selama 15 hari untuk meneliti kandungan polisi selepas menerimanya. Gunakan peluang ini untuk memastikan polisi itu benar-benar sesuai untuk anda.

Lindungi Anda Dan Keluarga Anda Dengan AIA Public Takaful | Johor Bharu

AIA PUBLIC Takaful Bhd. ( AIA PUBLIC ) dimiliki secara bersama oleh AIA Co. Ltd. (AIA), Public Bank Berhad ( PBB ) dan Public Islamic Bank Berhad ( sebuah anak syarikat milik penuh PBB ). Diperbadankan pada 11 Mac 2011, AIA PUBLIC memanfaatkan kedudukan AIA dan Kumpulan PBB sebagai peneraju dengan rangkaian infrastruktur dan edaran yang kukuh dalam industri insurans dan perbankan untuk memacu pertumbuhan dan meningkatkan penembusan Takaful Keluarga dalam pasaran domestik.

syarikat insurans dan takaful terbaik

AIA PUBLIC beriltizam untuk menawarkan penyelesaian Syariah yang sesuai bagi memenuhi keperluan di sepanjang peringkat kehidupan pelanggan.

Sayangi Diri Anda Dan Keluarga Anda Dengan Miliki Kad Perubatan AIA Takaful

Di AIA Public Takaful terdapat 2 Jenis pilihan perlindungan perubatan :

  • Kad Perubatan ( Standalone )
  • Kad Perubatan ( Rider )

perbezaan pelan insurans

Kad Perubatan Stand Alone

Produk kad perubatan tanpa perlu diambil bersama produk lain ( hanya mempunyai faedah kemasukan hospital sahaja, tiada elaun, tiada pampasan sakit kritikal atau kematian ). Harganya lebih rendah berbanding kad perubatan rider kerana tidak perlu diambil bersama pelan asas.

Kad Perubatan Rider

panduan memilih insurans yang terbaik dalam perlindungan

Pelan kad perubatan yang perlu diambil bersama produk asas. Plan kad perubatan adalah pelan tambahan kepada produk asas. Mempunyai nilai tunai ( cash value ) sebab harganya yang tinggi, boleh diambil bersama tambahan perlindungan lain seperti sakit kritikal dan ‘waiver‘ ( ada syarikat insurans menawarkan ‘contributor‘ ) iaitu pelupusan sumbangan, tidak perlu mencarum apabila pemegang polisi berlaku sakit kritikal. Harganya tetap daripada ia diambil sehingga tempoh matang dan sekiranya terlepas pandang terlupa membayar, ia boleh dibayar dari nilai tunai polisi dengan syarat polisi mempunyai nilai tunai.

Anda sebagai pemegang polisi seharusnya faham tentang kedua-dua pelan ini kerana kedua-duanya ( standalone atau rider ) mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Kelebihan Kad Perubatan AIA Takaful

Kad Perubatan AIA Takaful merupakan satu plan perlindungan perubatan lengkap yang flexible sesuai untuk individu yang mementingkan perlindungan komprehensif. Antara kelebihan takaful ini adalah;

  • 100 % CASHLESS ( Tiada ko-Takaful )

cashless panduan memilih insurans yang terbaik

Kad Perubatan atau Medical Card AIA Takaful adalah 100% cashless. Tiada perkongsian amaun Ko-takaful. Ini bermaksud, bill hospital anda AIA akan dibayar 100%!!

  • UNLIMITED ( Tiada Had Seumur Hidup )

panduan memilih insurans yang terbaik dan unlimited

Unlimited! Benar! Tiada had untuk seumur hidup. Hanya had tahunan diguna pakai. Ini bermakna, medical card anda adalah unlimited. Sesuai untuk penggunaan di hari tua tanpa perlu risau tentang kadar kenaikan inflasi atau kehabisan had kuota seumur hidup.

  • Flexible ( Sumbang Untuk Perlindungan Yang Diperlukan Sahaja )

memilih perlindungan tertentu dalam pelan insurans

Pelan perlindungan Perubatan AIA Takaful sangat fleksibel di mana anda boleh menyertai mengikut keperluan ( needs ) anda. 

  • Boleh Menyertai Pelan Perlindungan Perubatan Secara Standalone Atau Sebagai Rider Kepada Polisi Takafulink

antara pakej terbaik dari takaful AIA

Anda juga boleh memilih pakej yang bersesuaian dengan peringkat kehidupan anda. Dari pakej Individu sehingga pakej keluarga, semuanya ada untuk pilihan anda! 

  • Had Tahunan Yang Tinggi ( Sehingga RM260,000 Setahun )

had tahunan dalam pelan insurans

Kad Perubatan AIA Takaful mempunyai had tahunan yang tinggi sehingga RM260,000 setahun dan had tahunan unlimited!

  • Medical Card Gold VVIP Dengan Swipe Facility

kad perubatan AIA dengan swipe facility

Pemegang polisi Medical Card AIA Takaful sangat bertuah, dengan swipe facility, urusan kemasukan hospital adalah semudah ABC! cepat dan mudah. Paling menarik, Pemegang Medical Card AIA mempunyai kelebihan Kaunter khas di hospital swasta tertentu. Ini bermakna, anda tidak perlu berebut dan beratur bersama pemegang medical card syarikat lain, anda akan dilayan di kaunter khas “PRIORITY AIA”. Que Management System ( QMS ) khas buat pelanggan AIA dan AIA Public Takaful. ini adalah sebahagian inisiatif AIA untuk memberi “excellent customer service and customer experience” yang terbaik untuk pemegang polisinya. 

 

  • Service 24 Jam ( Service GL Department AIA 24 Jam )

GL approval 24 jam

Jangan risau tentang GL anda. AIA Guarantee Letter Department beroperasi 24 jam sehari, 365 hari setahun. Tanpa bercuti, Tanpa berehat. AIA Public Takaful sentiasa bersama di saat anda memerlukan 24-7 dan 365 hari setahun.

Medical Plan Individu Dan Sekeluarga

pelan medikal takaful AIA terbaik

Suami : RM 100 ribu – RM 1.5 juta setahun
Isteri : RM 100 ribu – RM 1.5 juta setahun
Anak pertama : RM 100 ribu – RM 1.5 juta setahun
Anak kedua : RM 100 ribu – RM 1.5 juta setahun
Anak ketiga : RM 100 ribu – RM 1.5 juta setahun
Anak keempat : RM 100 ribu – RM 1.5 juta setahun

Jom, Miliki Kad Perubatan AIA Public Takaful Sekarang!

Anda atau sesiapa Sahaja Boleh Mendapatkan Rawatan Seperti VIP Pada Premium Mampu Milik. Rancanglah Ketika Anda Masih Sihat dan Mampu dan tidak perlu risau lagi dengan kos rawatan yang sentiasa meningkat setiap tahun. Untuk maklumat lanjut tentang AIA Public Takaful, bolehlah hubungi info di bawah ini. Ingatlah orang – orang yang anda sayang.

dapatkanpelan takaful terbaik

KAD PERUBATAN AIA PUBLIC TAKAFUL
Hotline: Tekan untuk telefon (016-7046066) | Tekan untuk WhatsApp

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: