Tempoh berpantang adalah masa untuk ibu-ibu mengembalikan semula kesihatan dan tenaga yang hilang semasa proses melahirkan. Penjagaan dan rawatan berpantang yang betul adalah penting untuk mengekalkan kesihatan ibu dalam jangka masa panjang kerana ibu dan isteri adalah tonggak utama dalam kesejahteraan rumahtangga. Sekarang, terdapat pelbagai pakej disediakan untuk membantu ibu berpantang termasuk penjagaan diri selepas bersalin, berurut, menjaga bayi, memasak serta mengemas rumah, bergantung kepada pakej dipilih. Mana satu yang terbaik di Singapura?
Sebelum itu, kita ketahui bahawa kebanyakan suami kurang pengetahuan mengenai cara menjaga isteri selepas bersalin dan ini sedikit sebanyak memburukkan keadaan. Namun, jika tidak tahu caranya tidak mengapa tetapi si suami perlulah membantu isteri dari segi lain terutama berkaitan emosi kerana ia amat penting dalam tempoh berpantang. Waktu berpantang ini amat penting kerana selain proses penyembuhan, emosi si ibu amat sensitif. Langkah terbaik bagi suami yang menjaga isteri berpantang di rumah, perlu mendapatkan bidan terlatih untuk sama-sama menjaga isteri dan anak yang baru dilahirkan.
Inginkan masa yang berkualiti bersama bayi yang baru dilahirkan, dan inginkan pengalaman berpantang secara tradisi yang komprehensif bagi mengembalikan semula kesihatan? Elvira Beauty Care & Services menyediakan perkhidmatan Rawatan Selepas Bersalin dan Penjagaan dalam Pantang untuk ibu dan bayi sepanjang tempoh selepas proses kelahiran.
Pakej-pakej berpantang bermula dari rawatan 3 hari hingga ke 44 hari yang merangkumi rawatan untuk ibu dan baby sekali. Setiap pakej berpantang telah direka khas supaya dapat memenuhi segala keperluan setiap ibu . Pakej-pakej kami adalah sangat fleksibel. Ibu-ibu mempunyai pilihan untuk menikmati perkhidmatan kami sejurus selepas bersalin.
Saat ini adalah moment penting untuk membina hubungan intim dengan bayi yang baru dilahirkan. Ibu-ibu bukan sahaja dibantu dari aspek penjagaan diri seperti menyediakan mandian herba, berurut, bertungku, berbengkung, memakai param dan pilis, penyediaan makan dan minum, malah turut dibantu dalam aspek memberi mood yang baik sepanjang proses berpantang.
Kepada ibu-ibu atau bakal ibu yang memerlukan khidmat penjagaan selepas bersalin boleh mendapatkan khidmat posnatal dari Elvira Beauty Care & Services. Perkhidmatan ini adalah perkhidmatan penjagaan ibu tinggal bersama dalam tempuh berpantang terutama bagi ibu yang di luar kawasan. Pakej ini sangat sesuai untuk anda yang ingin berpantang dengan tenang tanpa menyusahkan orang tersayang.
Objektif Elvira Beauty Care & Services adalah membantu dan merawat ibu selepas bersalin/ibu yang berpantang agar kembali sihat dan bertenaga. Elvira Beauty Care & Services menyediakan pelbagai pakej perkhidmatan dan penjagaan untuk ibu selepas bersalin seperti urutan, bertungku, bertangas, lulur badan, bersauna, masakan pantang, mandian herba, berbengkung dan pemakaian param/pilis/tapel. Untuk penjagaan bayi pula, Elvira Beauty Care & Services menyediakan perkhidmatan seperti mandian, urutan, tuam/tungku, penjagaan mengikut jadual dan lain lain.
Rawatan Selepas Bersalin/ Berpantang adalah amalan turun temurun dan tradisional yang diamalkan sejak dari dahulu lagi. Ibu selepas bersalin memerlukan rawatan berpantang/penjagaan yang rapi untuk mendapatkan terapi atau kesihatan yang baik untuk tubuh badan dan minda. Ibu berpantang memerlukan rehat yang panjang sekurang kurangnya selama 44hari untuk bercuti dan penjagaan. Perkhidmatan tradisional masih diutamakan utk memberi keselesaan kepada ibu atau bayi berkenaan. Elvira Beauty Care & Services sedia membantu dan memberi khidmat bantuan dan nasihat kepada ibu2 berpantang.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang