Review
Jul 15, 2018, 5:45pm

Pakej Percutian Murah Ke Bandung


  •  
  •  
  •  
  •  

Berpeluang untuk melancong ke luar negara merupakan pengalaman sekali seumur hidup untuk kebanyakan penduduk di Malaysia. Dengan harga tiket penerbangan tambang murah pada hari ini, serta pakej percutian murah ke Bandung yang ditawarkan sudah tentu ramai yang berpendapatan rendah mempunyai peluang yang tinggi untuk melancong ke luar negara.

pakej percutian murah ke bandung

Salah satu tempat melancong yang menarik dan menjadi tumpuan adalah BANDUNG, INDONESIA. Bandung merupakan tempat pelancongan yang sesuai untuk semua golongan tidak kira anda datang bersama suami untuk berbulan madu, percutian bersama keluarga, trip bersama rakan sekerja, rombongan sekolah mahupun rombongan universiti.

4 Daya Tarikan Utama Bandung, Indonesia

#1 – Syurga Membeli Belah

pakej percutian murah terbaik bandung

Kalau ke Bandung dengan hanya 1 luggage pakaian, balik ke Malaysia mesti ada tambahan luggage 2 atau 3 paling kurang. Bandung terkenal dengan syurga membeli belah pakaian kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga jualan di Malaysia. Antara pusat membeli – belah yang terkenal di Bandung ialah Pasar Baru, Rumah Mode Factory Outlet, House of Donatella, Heritage Factory Outlet, The Summit Boutique, Grande Fashion Gallery Outlet, dan juga Episode Factory Outlet.

#2 – Floating Market Bandung

pakej percutian floating market bandung

Floating market merupakan tempat buatan penduduk sekitarnya di mana ianya menempatkan kedai – kedai kecil dan juga tempat pemeliharaan haiwan. Selain itu, ada juga aktiviti menarik di tasik ini iaitu beriadah dengan mengayuh perahu. Uniknya di Floating Market ini, anda perlu menukarkan duit anda kepada syiling khas yang hanya digunakan untuk urusan jual beli di sini.

#3 – The Lodge Maribaya, Lembang

pakej the lodge bandung

The Lodge Maribaya merupakan satu destinasi di Bandung yang terletak di kawasan yang tinggi serta bersuhu sejuk. Di samping mencuba pelbagai aktiviti menarik dan unik di sini, anda juga boleh memilih untuk menyewa khemah – khemah yang berbentuk bawang yang disediakan di tapak perkhemahan di sini.

#4 – Tebing Keraton

percutian menarik di bandung

Ramai pelancong yang sanggup mendaki puncak ketinggian di Tebing Keraton ini yang ketinggiannya mencecah 1,200 meter. Sekiranya waktu anda berada di Tebing Keraton pada cuaca yang baik ketika matahari terbit atau tenggelam, pasti anda dapat mengabadikan gambar kenangan yang sangat cantik dan berbaloi dengan percutian anda ke Bandung ini.

Dapatkan Pakej Percutian Murah Ke Bandung Bersama Lexgo Travel & Tours Kajang

Lexgo Travel & Tours Kajang merupakan agensi pelancongan yang berpengalaman dalam menyediakan pakej percutian yang selesa dan juga makanan yang dijamin halal. Lexgo Travel & Tours Kajang menawarkan pakej pelancongan ke Bandung dengan harga yang murah dan sangat memudahkan kerana apa yang ditawarkan adalah berbaloi serta menjimatkan.

lexgo travel pakej bandung

Nak tahu kenapa perlu memilih Lexgo Travel & Tours untuk ke Bandung? Jom kita lihat apakah kelebihan agensi pelancongan Lexgo Travel & Tours ini.

Agensi Pelancongan Yang Berdaftar

agensi pelancongan malaysia

Mahu aktiviti melancong anda selamat dan terjamin? Ini merupakan isu utama yang perlu dititikberatkan sebelum anda memilih agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan anda nanti. Lexgo Travel & Tours merupakan agensi pelancongan yang berdaftar dan juga berpengalaman dalam menyediakan perkhidmatan pelancongan bukan sahaja di Bandung malah di Bali, Korea, Pulau di Malaysia, Sabah dan juga Sarawak.

Penginapan Hotel Yang Terbaik Di Bandung

pakej percutian menarik di bandung

Perkhidmatan Lexgo Travel & Tours merangkumi tempahan hotel yang anda perlukan. Ianya sangat memudahkan pelancong yang sememangnya tidak mengetahui daya tarikan dan tempat menarik di Bandung. Hotel akan disediakan berdasarkan bajet yang dikeluarkan oleh anda. Anda sendiri yang perlu memilih mahu menginap di hotel 3 bintang atau hotel 4 bintang, selebihnya pihak agensi akan menguruskannya.

Menyediakan Dan Merancang Perjalanan Penuh Sepanjang Di Bandung

agensi pelancongan murah ke bandung

Anda tidak perlu pening kepala memikirkan tempat menarik di Bandung, kos perjalanan yang paling murah dan tempat makan yang halal. Semua rancangan perjalanan penuh akan disediakan oleh pihak Lexgo Travel & Tours. Bukan sahaja tempat menarik serta makanan yang sedap dan halal, malah mereka juga akan membawa pelancong – pelancong ke tempat yang cantik untuk bergambar kenangan. Semuanya akan menjadi sangat mudah dan menjimatkan masa.

Kebajikan Pelancong Keutamaan Pihak Agensi

agensi menjaga kebajikan

Pasti ramai pelancong akan menyediakan kit kecemasan dan segala ubat – ubatan untuk digunakan sekiranya berada di Bandung nanti. Lexgo Travel & Tours juga menyediakan khidmat penghantaran ke klinik atau hospital berdekatan sekiranya pelancong mengalami masalah kesihatan sepanjang bercuti di Bandung.

Pakej Percutian Murah Ke Bandung 4 Hari 3 Malam Serendah RM 657

pantai di bandung

Harga RM 657 per pax termasuk :

  1. Makanan yang halal.
  2. Penginapan yang selesa di hotel 3 bintang atau 4 bintang.
  3. Pengangkutan yang sesuai dengan bilangan pelancong yang ada.
  4. Tiket lawatan yang perlu dibayar.
  5. Upah pemandu pelancong.
  6. Bayaran tip
aktiviti percutian bandung best

Tidak termasuk di dalam harga adalah :

  • Tiket penerbangan pergi dan balik.
  • Caj bagasi 20kg.
  • Onboard meals
  • Takaful Kembara
  • Cukai airport.
  • Perbelanjaan peribadi.

Pakej Pelancongan Dari Lexgo Travel & Tours Menjadi Pilihan!

Untuk mengetahui apakah testimonial dan komen mereka yang menggunakan khidmat Lexgo Travel & Tours ini, anda boleh lihat beberapa testimonial di bawah.

testimoni percutian bandung murah testimoni percutian bandung murah testimoni percutian bandung murah testimoni percutian bandung murah

 Tempah Percutian Murah Ke Bandung Hari Ini Juga!

pakej percutian ke bandung murah

Apa yang anda inginkan untuk pengalaman pelancongan yang sebenar ada di sini iaitu bersama Lexgo Travel & Tours. Pastinya inilah Pakej percutian murah ke Bandung yang pasti anda ingati. Anda bukan sahaja akan menikmati penjimatan harga yang berbaloi malah keseluruhan kualiti perkhidmatan yang disediakan akan lebih memuaskan hati anda berbanding agensi pelancongan yang lain.

LEXGO TRAVEL & TOURS KAJANG | PAKEJ PERCUTIAN MURAH KE BANDUNG Hotline 1: Tekan untuk telefon (012-3314893) | Tekan untuk WhatsApp Hotline 2: Tekan untuk telefon (011-21131318) | Tekan untuk WhatsApp

Facebook: Pakej Percutian Murah Website: https://www.lexgotravel.com/ Email: sales@lexgotravel.com