Review
Nov 20, 2018, 6:07pm

Pakej Percutian Menarik di Arikiya Redang Village


Tatkala tibanya musim cuti antara kegemaran masyarakat di Malaysia ini tidak lain dan tidak bukan adalah bercuti. Apa tidaknya, sepanjang tahun asyik dengan aktiviti harian masing-masing yang sangat sibuk maka masa cuti begini sajala yang dapat di gunakan untuk bersama dengan keluarga mahupun rakan-rakan. Antara tempat percutian yang paling digemari ramai adalah pulau dan keindahan pulau-pulau di Malaysia ini sememangnya sudah terkenal di seluruh pelusuk dunia sebagai salah satu daripada pulau yang cantik dan berbaloi untuk dikunjungi. Antara lokasi destinasi kepulauan yang paling menarik adalah Pulau Redang yang terletak di dalam negeri Terengganu.

pulau redang tempat menarik di terengganu

Melarikan diri dari kesibukan kota ke pulau yang indah seperti Pulau Redang adalah satu keputusan yang amat bijak. Bayangkanlah, jika sebelum ini hanya asyik menghadap bangunan batu dan kerja kertas yang menimbun tetapi kali ini tubuh yang sebelum ini hanya asyik melihat kesesakan dan kesibukan telah dapat di bawa ke suatu suasana baru yang penuh dengan warna alam dalam rona putih, biru dan hijau berserta dengan hamparan pasir halus yang tidak menyakitkan hingga boleh dibuat pembaringan, sangat-sangat asyik dan menyeronokkan. Bahkan Pulau Redang ini juga mempunyai pelbagai keistimewaan lain di dasar airnya yang penuh dengan hidupan laut berwarna-warni. Tidak setakat batu karang dan ikan sahaja malah penyu juga turut ada yang sangat jinak hingga dapat berenang bersama sehingga ke pinggir permukaan pantai.

diving bersama arikiya redang village

Mungkin ada yang beranggapan bahawa Pulau Redang ini sukar untuk dikunjungi bukan kerana faktor cuaca dan pengangkutan tetapi pada faktor penginapan yang agak mahal namun sebenarnya sangkaan itu adalah tidak benar sama sekali. Hakikat sebenarnya, di Pulau Redang tersebut masih ada pihak yang dapat memberi pengalaman untuk anda bercuti dalam suasana yang aman damai dalam suasana kampung yang menyeronokkan di dalam suasana yang indah dengan harga yang sangat murah dan berbaloi. Pihak yang dimaksudkan ini adalah ARIKIYA REDANG VILLAGE.

pengalaman percutian bersama arikiya redang village

Keistimewaan Arikiya Redang Village Untuk Para Pelancong

Demi untuk membawa perbezaan, Arikiya Redang Village ini lebih menumpukan aspek percutian dalam suasana yang lebih aman, tenang dan menyeronokkan di dalam suasana sebuah perkampungan yang sememangnya ada di dalam Pulau Redang itu sendiri. Apabila berada di dalam suasana sebuah perkampungan sebegini ianya akan membuatkan para pelancong akan berasa lebih dekat dengan alam dan juga penduduk setempat khususnya. Tidak hanya dapat beramah mesra dengan para penduduk setempat bahkan para pelancong juga dapat melihat haiwan ternakan dan juga binatang liar seperti monyet yang kadangkala muncul untuk menyapa dari celahan pokok.

chalet terbaik di pulau redang

Selain daripada berjalan di dalam kawasan kampung sehingga ke persisiran pantai yang sangat cantik tanpa sebarang pencemaran , para pelancong juga boleh melakukan pelbagai aktiviti yang lain seperti menyelam , snorkeling , bermain dengan ikan kecil yang comel dan sebagainya. Bagi anda yang amat gemarkan aktiviti memancing , bot yang siap sedia menunggu masa untuk membawa anda ke tengah lautan juga turu ada dengan kadar sewaan harga yang amat murah. Selain daripada aktiviti memancing , bot ini juga dapat memberikan anda pengalaman untuk mencandat sotong tatkala tiba musimnya.

melihat ikan dari dekat di pesisir pantai

Penyu Yang Jinak Seolah Sedang Menunggu Untuk Menyambut Ketibaan

Tidak lengkap kiranya jika ke Terengganu jika pulang tanpa melihat penyu dan anda amat bertuah kerana di Arikiya Redang Village ini memang ada penyu yang sangat jinak dan cukup senang untuk didekati. Penyu yang sebanyak 5 ekor ini senantiasa bermain-main di sekitar kawasan Arikiya Redang Village tersebut seolah-olah seperti sekumpulan penyambut tetamu yang sedang menanti kedatangan anda untuk berenang bersama di air laut yang sejernih kristal itu.

melihat penyu dari dekat di pulau redang

kredit: caridestinasi.com

Jika anda tidak pandai untuk berenang, jangan risau kerana di Arikiya Redang Village ini turut ada staf-staf yang telah disediakan khas untuk membantu mengajar anda cara berenang dengan betul sebelum memulakan aktiviti di air tersebut. Staf ini juga akan senantiasa berada bersama anda di sepanjang anda melakukan aktiviti di air itu bagi menjamin tahap keselamatan anda supaya lebih selamat sepanjang melakukan aktiviti-aktiviti itu nanti.

aktiviti air di pulau redang

Keadaan Bilik Selesa Dan Bersih

Keadaan bilik yang selesa dengan aspek kebersihan yang memuaskan turut di beri perhatian oleh pihak Arikiya Redang Village supaya percutian para pelancong ini akan terasa sangat berbaloi dan memuaskan hati selama berada di Pulau Redang tersebut. Ini bagi memberikan rasa gembira tatkala sedang bercuti agar kenangan tersebut dapat diabadikan sebagai salah satu memori terindah yang sukar untuk dilupakan buat selamanya.

bilik tidur di pulau redang arikiya village

Tawaran Istimewa Pakej Penginapan 3 Hari 2 Malam Hanya Serendah RM329++ Sahaja!

Murah! Tersangat-sangat murah! Secara tidak langsung dengan harga pakej sebegini anda tidak perlu lagi terus menanam mimpi untuk ke Pulau Redang sebaliknya kini anda telah dapat menjadikannya sebagai sebuah realiti. Jika dulu anda beranggapan untuk ke Pulau Redang perlu menyediakan peruntukan yang agak banyak namun di Arikiya Village Redang anda kini telah mampu untuk bercuti dengan kadar budget yang amat memuaskan hati. Jika kebetulan sedang berbulan madu, dapat juga digunakan kesempatan ini untuk menghabiskan masa bersama pasangan sambil mengambil foto yang indah.

memori perkahwinan di pulau redang

Meskipun begitu, untuk bercuti ke Pulau Redang ini hanya boleh dilakukan dari bulan Mac sehingga ke bulan Oktober sahaja kerana di bulan-bulan yang lain ianya telah ditutup daripada menerima kedatangan para pelancong disebabkan faktor cuaca yang agak berbahaya dek kerana tibanya musim tengkujuh atau angin monsun. Maka gunakanlah kesempatan ini untuk membuat tempahan terlebih dahulu supaya nanti anda telah bersedia untuk pergi bercuti dalam keadaan yang amat menyeronokkan.

Wajah Ceria Sebahagian Pelanggan Yang Telah Ke Sana

antara pengunjung ke arikiya village redang antara pengunjung ke arikiya village redang antara pengunjung ke arikiya village redang

Teringin Bercuti Di Pulau Redang Tapi Tak Cukup Budget? Arikiya Village Redang Dapat Menukarkan Impian Anda Menjadi Sebuah Realiti !

Apa yang ditunggu lagi tu? Tempahlah sekarang kerana peluang sebegini tidak akan datang berkali-kali. Bawalah diri anda ke Pulau Redang melalui Arikiya Redang Village ini dan bersantailah anda dengan sepuas-puasnya di dalam suasana perkampungan dengan pemandangan dan kesegaran udara pantai yang sangat mendamaikan itu.

makanan disediakan di arikiya village redang

Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan pengesahan tempahan , sila hubungi pihak yang berkaitan di :

ARIKIYA REDANG VILLAGE | PERCUTIAN MENARIK DI PULAU REDANG
Hubungi Arif: Tekan untuk telefon (016-6321694) | Tekan untuk WhatsApp
Hubungi Nor: Tekan untuk telefon (014-6065827) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Arikiya Redang Village
Instagram: @arikiyaredangvillage1
Website: arikiyaredangvillage.com

Alamat:
Arikiya Redang Village
A-69, Kampung Baru Pulau RedangĀ 
Kuala Terengganu

Arikiya Village Redang Dapat Menukarkan Impian Anda Menjadi Sebuah Realiti !

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Arikiya Village Redang Dapat Menukarkan Impian Anda Menjadi Sebuah Realiti !

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Arikiya Village Redang Dapat Menukarkan Impian Anda Menjadi Sebuah Realiti !

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: