Sabah memang terkenal dengan keunikan tersendiri, keindahan pulau-pulau dan sebagainya. Selalunya, kalau ke Sabah, tempat wajib pergi adalah sekitar Bandar Kota Kinabalu dan juga Kundasang. Tidak lupa juga di bahagian timur Sabah, tersergam indah pulau-pulau cantik seperti Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Pulau Kapalai dan banyak lagi.
Kalau di Sabah, terutama di Kota Kinabalu dan Kundasang pula, banyak tempat-tempat menarik seperti, Rumah Terbalik, Pasar Malam KK, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Desa Fairy Farm Kundasang, Kota Kinabalu National Park dan banyak lagi. Nak cari pakej percutian ke Sabah bersama tour guide yang berpengalaman? Teruskan pembacaan
Daeng Travel & Tour sebuah agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia & Trusted Travel Company Agent untuk melancong ke Sabah. Daeng Travel & Tours berpengalaman dalam bidang ini sejak tahun 2015. Kalau anda plan nak ke Sabah, saya sangat rekemen ambil pakej percutian ke Sabah dengan syarikat Daeng Travel & Tours Sdn Bhd. Ia merupakan Syarikat Sendirian Berhad yang dan telah berdafar dengan Suruhanjaya SyarikatMalaysia (SSM). Daeng Travel & Tours akan menawarkan harga terbaik untuk anda. Inilah masanya anda menghabiskan percutian anda ke Sabah dengan harga berpatutan.
Inginkan percutian bajet? Anda boleh menempah tiket penerbangan dan hotel bersama di Daeng Travel & Tours pada harga yang lebih murah. Dengan satu pakej, anda boleh merancang percutian dalam satu pembelian. Pilih dan suaikan pelbagai pakej lawatan daripada koleksi yang kami tawarkan untuk mendapatkan kombinasi yang sesuai mengikut impian anda hanya di Daeng Travel & Tours.
Pakej Kota Kinabalu Sabah 5 Hari 4 Malam RM699/pax adalah pakej percutian lengkap ke Kota Kinabalu. Pelbagai tempat-tempat menarik akan dibawakan kepada anda. Bersiar-siar dan mendaki lembah Kinabalu. Meneroka Taman Kinabalu dan keindahan tempat-tempat menarik di Kundasang. Selain itu anda akan dibawa melihat cara hidup masyarakat pribumi Sabah serta haiwan liar yang wujud di Sabah. Tambah lagi, anda pasti teruja apabila anda turut disajikan dengan aktiviti meneroka Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Pelbagai keunikan kraftangan dan ole-ole dari Kota Kinabalu pastinya memenuhi kepulangan anda.
Pakej yang ingin Daeng Travel & Tours Sdn Bhd memperkenalkan pada anda ialah pakej cuti-cuti Malaysia Sabah selama 4D 3N, di mana anda berpeluang untuk menikmati keindahan alam semula jadi yang terdapat di Negeri Di Bawah Bayu, Sabah ini dengan lebih dekat lagi. Pakej yang ditawarkan adalah serendah RM599/seorang jika anda pergi secara berkumpulan antara 9-12pax.
Untuk pakej 3D 2N juga anda berpeluang untuk menikmati keindahan alam semulajadi yang terdapat di Negeri Di Bawah Bayu ini. Pakej yang ditawarkan adalah serendah RM499/seorang jika anda pergi secara berkumpulan antara 9-12pax.
Kalau sebelum ini, Daeng menawarkan pakej Sabah 5H4M, 4H3M, 3H2M. Dan pada kali ini, untuk membantu pelancong ke Kundasang dengan harga yang super jimat pula. Pakej Day Trip ke Kundasang. Pakej day trip ke sabah murah yang tawarkan ini sudah termasuk :
Pakej Percutian Ke Sabah Murah & Servis Tour Guide Terbaik!
Takut sesat semasa di Sabah? Tour guide yang berpengalaman akan mengiringi anda sepanjang perjalanan anda di Sabah nanti di sana. Driver guide Daeng Travel & Tours sangat faham citarasa anda. Mereka mahir tentang destinasi dan sangat ‘sporting’. Mereka pandai tangkap gambar, jadi banyak gambar untuk anda kongsi di media sosial.
Tour Guide Berpengalaman Lebih Dari 10 Tahun Adalah sebab Utama Daeng Travel & Tours Menjadi PIlihan Ramai
Berikut adalah SEBAB kenapa anda perlu memilih Daeng Travel & Tours untuk melancong ke Sabah
Anda akan dibawa oleh pemandu pelancong anda membuat lawatan sambil belajar di kampung Mari-Mari di mana terdapat 5 rumah tradisional kumpulan etnik utama Sabah (Dusun, Rungus, Murut, Bajau dan Lundayeh). Anda akan belajar mengenai budaya, pakaian tradisional, masakan, cara hidup kaum masing-masing.
Di sini anda juga akan melihat sendiri cara hidup orang Borneo Utara pada zaman dulu. Lawatan berakhir dengan persembahan tarian tradisional pahlawan kaum Murut, yang dikenali sebagai pemburu kepala 300 tahun dahulu di mana mereka akan membuat tarian buluh untuk mengalu-alukan kedatangan anda.
Perjalanan selama 2 jam setengah sepanjang banjaran Croker sebelum tiba di stesen World Nature Heritage untuk melawat Kolam Air Panas Pring. Kita juga akan singgah kedai kraftangan Nabalu dan melihat pemandangan Gunung Kinabalu.
Anda juga boleh singgah untuk melihat dengan lebih dekat lagi satu-satunya ‘rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia, yang juga kini menjadi tarikan pelancong di Sabah. Rumah unik ini yang terletak di kaki Gunung Kinabalu telah disahkan oleh Malaysian Book of Records sebagai satu-satunya rumah seumpama ini di Malaysia.
Jika anda ingin membeli hasil kraftangan orang tempatan, makanan dan sebagainya ini tempat yang paling sesuai. Kita meneruskan perjalan ke destinasi setrusnya iaitu Taman Kinabalu untuk mengalami kesejukan suasana tanah tinggi dan melihat perlbagai spesis tumbuhan yang jarang ditemui di tempat lain seperti Nepenthes Carnival Pitcher Plant, orkid, paku pakis, pokok fig dan sebagainya. Kita bertolak ke Poring dan bebas untuk melawat sambil mengambil gambar. Anda juga boleh melalui perjalanan kanopi di mana jambatan gantung dibina di atas pokok dengan ketinggian 31 meter dari aras tanah. Selepas itu anda boleh bermandi-manda di kolam air panas Poring.
Anda berpeluang untuk mendekatkan diri dengan haiwan-haiwan liar di Pusat Hidupan Liar Lok Kawi. Anda akan dijemput dari hotel dan dibawa ke Lok Kawi, sebuah ladang getah yang telah di diubah oleh Jabatan Hidupan Liar untuk menempatkan haiwan-haiwan liar yang telah diselamatkan dan dipelihara. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki keretapi untuk melihat haiwan-haiwan terlindung seperti Orang Utan, Gajah Pigmi Borneo, Monyet Belanda, Burung Kenyalang, Badak Sumbu dan haiwan-haiwan dari negara lain.
Anda juga berpeluang untuk melawat tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu seperti Bangunan Yayasan Sabah, Masjid Terapung, Tokong Cina, Muzium Negeri Sabah, Pasar Kraftangan Kota Kinabalu yang menjual mutiara, makanan ringan, kedai coklat dan makanan laut. Pada hari terakhir anda di sini, anda bebas untuk berjalan-jalan di Kota Kinabalu sebelum berangkat ke Lapangan Terbang untuk pulang.
Jangan lepaskan peluang anda untuk bercuti di Sabah dan melawat tempat yang menarik di sini. Daeng Travel & Tour menantikan kehadiran anda!
DAENG TRAVEL & TOURS | PAKEJ PERCUTIAN MURAH SABAH
Hubungi: Tekan untuk telefon (010-5687102) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook : https://www.facebook.com/Pekejpercutiansabah/
Website : http://www.daeng.my
Email : daeng.holiday@gmail.com
Alamat :
E34-2, 1st Floor, Block E, Kepayan Perdana Commercial Centre, Jalan Kepayan Kota Kinabalu, Sabah
Hubungi +60105687102 atau tekan butang WhatsApp SEKARANG!
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang