Review
Jul 15, 2018, 12:58pm

Pakej Percutian ke Pulau Tioman Murah dan Berbaloi


  •  
  •  
  •  
  •  

Pulau Tioman yang terletak di negeri Pahang menyajikan pelbagai tempat peranginan dan percutian yang menarik untuk anda bersama orang yang tersayang, keluarga dan kawan-kawan.  Jangan kita terlepas pandang, pulau yang kecil ini mempunyai pelbagai jenis spesis haiwan yang sudah hampir pupus seperti Red-Giant Squirrel dan Slow Loris. Malah terdapat banyak lagi haiwan eksotik dan spesis burung tropika yang mendiami pulau ini.  

pakej percutian murah ke pulau tioman

Pulau Tioman yang terkenal dalam kalangan pelancong ini menjadi tumpuan mereka yang gemarkan pelbagai aktiviti seperti snorkeling, hiking, rock climbing, jungle tracking, shopping, bersiar-siar di pantai, mandi manda, menaiki feri dan macam-macam lagi.  Bukan itu sahaja, bagi para pencinta flora dan fauna seperti anda, anda boleh menyaksikan sendiri keindahan alam lautan dan hutan yang paling indah di Malaysia dan anda boleh melakarkan kenangan di sini.

Cara Memilih Pakej Percutian Pulau Tioman Yang Murah Dan Berbaloi

pakej percutian pulau tioman terbaik

Memilih pakej percutian ke Pulau Tioman memerlukan anda melihat dari segi kemudahan dan perkhidmatan yang pihak syarikat percutian sediakan. Keseronokan dan keselesaan anda sepanjang percutian perlulah berbaloi dengan harga pakej yang anda pilih. Terdapat beberapa faktor yang perlu dititik beratkan dalam memilih pakej percutian ke Pulau Tioman yang murah dan berbaloi.

  • Jumlah hari yang anda menetap dan bermalam
  • Harga pakej untuk bermalam
  • Aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjang bercuti
  • Kemudahan yang disediakan termasuk dalam pakej
  • Tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati
  • Jaminan keselesaan dan keseronokan yang anda rasai

Pakej Pulau Tioman Lexgo Travel & Tours

pakej percutian terbaik ke pulau tioman

Pakej Pulau Tioman dari Lexgo Travel & Tours adalah pakej terbaik yang menepati semua ciri-ciri pemilihan pakej terbaik yang murah dan berbaloi untuk percutian anda.  Lexgo Travel & Tours Sdn Bhd adalah syarikat percutian dan pelancongan yang menyediakan pakej-pakej menarik untuk percutian di dalam dan luar negara seperti Bali, Korea, Kundasang, Langkawi dan sebagainya.  Salah satu pakej percutian yang disediakan adalah ke Pulau Tioman.

Jenis Percutian Pakej Pulau Tioman Dari Lexgo Travel & Tours

antra pakej percutian pulau tioman

Lexgo Travel & tours menawarkan pelbagai jenis pakej percutian untuk anda yang ingin berkunjung ke Pulau Tioman.  Sama ada anda bercuti bersama kawan-kawan, pasangan, keluarga atau kawan sepejabat, anda juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti seperti scuba diving, jungle tracking dan sebagainya. Pakej berbeza dari segi ruang bilik, bilangan harian, percutian, aktiviti dan lain-lain lagi.  

snorkeling di pulau tioman
  • Pakej Honeymoon
  • Pakej Cuti Sekolah
  • Pakej Office Bonding (Team Building)
  • Pakej Group Holiday (Kawan-kawan, Universiti, Kelab)
  • Pakej Snorkeling
  • Pakej Diving
  • Pakej Keluarga Atau Kawan-Kawan

Tempat Menarik Dan Pakej di Pulau Tioman Yang Wajib Anda Kunjungi

Kampung Tekek

kampung tangkuk pulau tioman

Anda boleh bersiar-siar di kampung Tekek iaitu sebuah kampung yang berdekatan dengan persisiran pantai. Di sini, anda boleh melihat orang asli, berjalan di sekitar kedai runcit dan pantai.  

Paya beach

paya beach pulau tioman percutian

Pantai yang sangat indah dan cantik ini membolehkan anda bermain bola pantai bersama kawan-kawan. Keindahan pada waktu senja amat cantik dilakarkan didalam foto anda bersama keluarga.

Sun beach

sun beach pulau tioman bercuti

Sun beach di Pulau Tioman terdedah dengan matahari pagi yang sangat indah.  Anda boleh berjemur sambil berkelah dan mandi-manda di sini. Seronoknya, ramai pasangan yang datang di sini kerana suasana dan keindahan pantai Sun Beach Pulau Tioman ini dilihat sangat romantis.

Panuba inn

panuba inn percutian murah ke pulau tioman

Bagi anda yang berminat untuk snorkeling, berenang dan bermain air dalam tempoh yang lama, Panubaa Inn adalah tempat terbaik di mana anda boleh berendam dalam tempoh yang agak lama kerana cuaca yang sejuk, dingin dan tidak terlalu panas terik.

Berjaya Tioman Resort

berjaya tioman resort pulau tioman

Berjaya Tioman Resort adalah tempat menarik untuk anda bermalam dan bersiar-siar. Tempat yang selesa dan eksklusif ini juga membolehkan anda melakukan aktiviti seperti snorkeling dan sebagainya. Ia sangat hampir dengan pantai yang menyeronokkan.

Naik Feri Ke Pulau Tioman

Tahukah anda, untuk bercuti ke Pulau Tioman, anda harus menaiki feri terlebih dahulu?  Anda boleh menaiki feri dari Jeti Mersing (Johor) atau Jeti Tanjung Gemok (Pahang).

naik feri ke pulau tioman

Pakej, Harga Dan Jadual Perjalanan Percutian Pulau Tioman Lexgo Travel & Tours

Pakej percutian ke Pulau Tioman dengan harga serendah RM275/pax adalah untuk 2 hari 1 malam manakala RM405/pax adalah harga untuk 3 hari 2 malam. Dengan harga yang sangat murah dan berbaloi, anda boleh bercuti di Pulau Tioman dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik dengan selesa dan seronok.

pakej honeymoon ke pulau tioman

Pakej Termasuk:

  • Bilik Hotel Pilihan Anda Sendiri (untuk bermalam)
  • Makanan Disediakan (2X Sarapan, 2X Makan Tengahari, 2X Makan Malam)
  • Snorkeling Trip dan Island Hopping
  • Perjalanan Pergi Dan Balik Untuk Feri Dan Teksi
  • Swimming Pool
pakej honeymoon terbaik ke pulau tioman

Pakej Tidak Termasuk:

  • Marine Tax Fee (RM5/Dewasa, RM2/Kanak-kanak)
  • Perbelanjaan Personal (Dobi, Telefon, Mini Bar)

Jadual Perjalanan Percutian (3 Hari 2 Malam)

jadual perjalanan ke pulau tioman

Hari Pertama: Sampai di Hotel / Tempat penginapan / Aktiviti Sendiri 8 PM:  Makan Malam Di Hotel

Hari Kedua: Aktiviti Di Pulau 8 AM:  Sarapan Di Hotel 12.30PM:  Makan Tengahari 8 PM:  Makan Malam

Hari Ketiga: Bebas 8 AM:  Sarapan Di Hotel 12 PM:  Check out Dan Ke Jetty

Kelebihan Pakej Percutian Pulau Tioman Lexgo Travel & Tours

Hotel & Resort Menarik Dan Sesuai

pakej resort percutian pulau tioman

Pihak Lexgo & Travel akan menyediakan hotel yang terdekat dengan bandar untuk memudahkan anda ke mana-mana sahaja seperti kedai, temapt makan, street food dan sebagainya.  Lexgo Travel akan memudahkan kerja anda dengan menyediakan hotel mengikut keselesaan anda.

Kenderaan Dan Perjalanan Percutian Terjaga

kenderaan di pulau tioman

Anda tidak perlu mencari kereta sewa dan sebagainya kerana kereta telah disediakan untuk anda ke mana sahaja. Perjalanan anda ke tempat menarik, makanan yang sedap, tempat shopping dan semuanya akan disediakan dan dijaga oleh konsultant Lexgo Travel & Tours.

Scuba Diving Dan Snorkeling

scuba diving di pulau tioman

Anda pasti berasa teruja dapat melihat pelbagai jenis ikan seperti jerung, penyu, nemo dan pelbagai jenis spesis lagi. Anda boleh mengambil gambar sepuas-puasnya kerana semua aktiviti ini telah termasuk di dalam pakej. Percutian anda pasti menarik dengan aktiviti scuba diving, snorkeling dan lain-lain lagi.

Tour Guide Berpengalaman Dan Sedia Membantu

tour guide murah ke pulau tioman

Tour guide Lexgo Travel & Tour sentiasa menjaga kebajikan anda dari segi makanan, perubatan dan sebagainya.  Mereka telah lama berpengalaman dan menjalankan aktiviti pelancongan dan percutian di dalam dan luar negara. Anda boleh meminta tolong dan bertanya apa sahaja kepada mereka.

Urusan Anda Lebih Mudah

bercuti tanpa pening kepala

Pakej ini akan memudahkan anda dari segi memilih tempat percutian, menyediakan peralatan untuk aktiviti anda, merancang perjalanan dan masa untuk makan, berjalan dan sebagainya.  Anda tidak perlu survey hotel dan mencari tempat makan atau bergerak sendiri ke mana-mana lagi kerana semua sudah tersedia. Anda pula seumpama VVIP!

Syarikat Pelancongan Berdaftar

travel agency berdaftar pulau tioman

Lexgo Travel & Tours merupakan syarikat pelancongan yang berdaftar dimana anda tidak perlu membuat bayaran ke akaun personal seperti syarikat lain.  Akaun syarikat telah disediakan untuk memudahkan anda dan memastikan anda tidak tertipu dan rugi seperti kes penipuan yang lain. Lexgo Travel adalah syarikat berdaftar yang berpengalaman dan terbaik di Malaysia.

Testimoni Pelanggan Lexgo Travel Pakej Percutian Murah Ke Pulau Tioman

testimoni percutian murah ke pulau tioman testimoni percutian murah ke pulau tioman testimoni percutian murah ke pulau tioman

Jom Dapatkan Pakej Percutian Ke Pulau Tioman Dari Lexgo Travel & Tours

tempah pakej percutian ke pulau tioman

Pakej Percutian ke Pulau Tioman yang menarik ini amat murah dan berbaloi untuk anda dapatkan.  Percutian anda pasti selesa dan seronok dengan jaminan daripada pakej terbaik Lexgo Travel & Tours yang berpengalaman.  Ramai yang sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan pakej Pulau Tioman dari Lexgo Travel & Tours. Anda pula bagaimana? Jom dapatkan pakej murah dan berbaloi dari Lexgo Travel & Tours!

LEXGO TRAVEL & TOURS KAJANG | PAKEJ PERCUTIAN MURAH KE TIOMAN Hotline 1: Tekan untuk telefon (012-3314893) | Tekan untuk WhatsApp Hotline 2: Tekan untuk telefon (011-21131318) | Tekan untuk WhatsApp

Facebook: Pakej Percutian Murah Website: https://www.lexgotravel.com/ Email: sales@lexgotravel.com