Review
Jun 5, 2018, 4:39pm

Pakej Percutian Ke Kota Kinabalu & Tips Untuk Orang Semenanjung


Sabah, Indah berbentuk muka bumi yang bergunung-ganang, berhutan mekar dan dikelilingi Laut Sulu di bahagian timur lautnya, Laut China Selatan di bahagian pantai baratnya dan Laut Celebes di selatan. Di samping keindahan bentuk muka bumi, negeri di bawah bayu ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang kebanyakannya dapat mendekatkan anda dengan keindahan dan keunikan alam semulajadi.

pakej percutian ke kota kinabalu

Tips Melancong Ke Sabah

Berikut adalah tips yang boleh anda ikuti daripada persiapan sebelum tempah tiket ke Kota Kinabalu, dan setibanya berada di sini. Jom baca tips ini sekarang.

#1. Tips Dan Info ke Sabah

Pergi untuk 4 Hari 3 Malam, Kundasang 1 Malam dan Kota Kinabalu 2 Malam. Boleh pergi Kundasang dan juga pulau di KK. Kalau tidak berminat dengan aktiviti pulau seperti snorkeling, anda boleh pergi 3 Hari 2 Malam sahaja sudah memadai.

pakej percutian ke kota kinabalu murah

Waktu Sesuai pergi Sabah adalah sepanjang tahun dengan syarat bukan musim hujan. Kalau hujan hilang mood nak jalan-jalan. Kalau boleh, sampai je di Sabah terus ke Kundasang. Stay di sana untuk satu malam.

#2. Tips Sebelum ke Sabah

  • Tiket Penerbangan

tiket penerbangan murah ke kota kinabalu

Buat tempah tiket penerbangan lebih awal untuk dapatkan harga promosi. Anda boleh menggunakan perkhidmatan Skyscanner.com untuk melihat harga penerbangan yang paling murah. Dengan menggunakan Skyscanner, website ini akan memaparkan semua senarai syarikat penerbangan dengan harganya sekali. Menjimatkan masa anda untuk melihat harga tiket paling murah. Kalau tak, anda perlu buka website satu-satu. Lambat. Ambil flight waktu pagi.

  • Penginapan Hotel Di Kundasang Dan Kota Kinabalu

Tempah Hotel. Tempat sesuai untuk tempah hotel di Kundasang adalah sekitar kaki bukit Kundasang dan juga kawasan berdekatan dengan Taman Negara Sabah. Di KK pula anda boleh tempah di kawasan Jesselton. Jesselton dekat dengan jeti dan juga tempat makan seafood. Jadi boleh jalan kaki je ke Jeti @ kedai makan sekitar.

penginapan di kota kinabalu

Hotel, anda boleh tempah menggunakan perkhidmatan Booking.com ataupun Agoda.com. Kat website ini, anda boleh melihat senarai hotel yang murah dengan memilih dari harga yang murah ke harga yang mahal. Selain itu, boleh juga lihat review tentang hotel tu, sama ada bagus atau pun tidak.

  • Kereta Sewa Kota Kinabalu Dan Kundasang

pakej pelancongan ke kota kinabalu

Kereta yang sesuai untuk Kundasang adalah kereta yang CC 1.3 ke atas. Boleh juga CC 1.0 macam Axia jika berdua sahaja. Ini kerana semasa hendak pergi ke Desa Lembu, jalan begitu curam dan tinggi.

#3. Tips Semasa di Sabah

  • Tips Ke Kundasang

pakej percutian ke kundasang

Sampai di Airport KKIA (Kalau boleh flight pagi), terus pergi ke Kundasang Sabah. Untuk melancarkan perjalanan anda, gunakan Waze atau Google Map/Drive sebagai panduan pemanduan. Perjalanan menuju ke Kundasang dari Kota Kinabalu lebih kurang jaraknya sejauh 95 km dan mengambil masa 2 jam perjalanan. Separuh perjalanan pertama, anda akan menempuhi jalan yang landai dan agak lurus (pinggir bandaraya Kota Kinabalu) manakala bahagian ke dua perjalanan pula jalannya mula berselekoh dan banyak mendaki bukit.

  • Rumah Terbalik Dan Jambatan Tamparuli

jambatan tamparuli pakej ke sabah

Sebelum sampai Kundasang, singgah sekejap di Jambatan Tamparuli dan Rumah Terbalik. Lokasi dua tempat ini memang terletak di antara Kota Kinabalu dan Kundasang. Boleh lihat dalam interaktif maps di bawah. Pastikan minyak kereta full sebelum meneruskan perjalanan anda ke Kundasang dari Jambatan Tamparuli ni. Dalam perjalanan boleh singgah di Pekan Nabalu untuk berehat dan menikmati keadaan sekitar. Sampai sahaja di Kundasang, terus check-in hotel yang telah ditempah. Berehat sekejap dan boleh teruskan ke kawasan menarik di Kundasang.

  • Tips Semasa Di KK Sabah

masjid negeri kota kinabalu

Untuk tips di KK, anda disarankan untuk menempah hotel di kawasan Jesselton, kerana berdekatan dengan pasar filipina, pasar malam seafood, dan paling penting dekat dengan jeti ke Pulau. Boleh walk -in beli pakej trip ke Pulau. Pergi Jeti dan boleh pilih mana-mana kaunter tiket di sana. Jangan lupa cuba makan seafood pada waktu malam. Segar dan sedap sekali. Cuba juga rumpai laut.

Big Momma Car Rental and Tour Menyediakan Pakej Menarik Di Sabah

Big Momma Car Rental and Tour adalah syarikat bumiputera yang menjalankan bisnes pelancongan dan Big Momma Car Rental and Tour sudah beroperasi lebih dari 5 tahun dan merupakan Syarikat berdaftar di Agensi Perlancongan Malaysia.

pakej percutian ke kota kinabalu terbaik

Antara perkhidmatan utama, kami menawarkan pakej-pakej  pelancongan di Kota Kinabalu & Kundasang. Selaras dengan pertambahan pelancong ke Sabah saban tahun, kami turut mengambil langkah drastik untuk menyediakan pakej-pakej yang berkualiti dan terbaik untuk anda.

Perbezaan Pakej Sabah Big Momma Car Rental And Tour Berbanding Yang Lain?

Antara perbezaan pakej Sabah Big Momma Car Rental and Tour berbanding syarikat lain adalah;

Suasana Seperti ‘New Zealand’ Di Kundasang

suasana di new zealand ki kundasang

Nikmati scenery cantik sambil bergambar/selfie dengan Lembu ‘New Zealand’ di DESA Cattle Farm. Dapat juga nikmati aiskrim GELATO yang freshly made, anda try sekali pasti nak lagi!

Pengalaman Fish Spa Dengan Ikan Koi Bersaiz Besar

fish spa di sabah

Anda dapat rasai pengalaman fish spa yang berbeza; ikan koi yang besar dan warna warni sangat best untuk rasai foot massage dan bergambar. Tiada limit masa untuk anda rendam kaki, sangat relaxing!

Tour Guide Yang Mesra & Sangat Berpengalaman

staff tour guide ke kota kinabalu

Kami hanya memilih driver guide yang faham citarasa anda. Mereka mahir tentang destinasi dan sangat ‘sporting’, jadi senang nak berunding. Mereka pandai tangkap gambar, jadi banyak ‘stock photo’ untuk anda kongsi di media sosial.

4 Pilihan Pakej Di Big Momma Car Rental And Tour

Big Momma Car Rental and Tour sediakan tiga jenis pilihan pakej untuk menyesuaikan dengan bajet anda. Antara pakej yang Big Momma Car Rental and Tour tawarkan ialah;

Pakej 3 Hari 2 Malam

pakej 3 hari 2 malam di kota kinabalu

Pakej 4 Hari 3 Malam

pakej 4 hari 3 malam ke kota kinabalu

Pakej  5 Hari 4 Malam

pakej 5 hari 4 malam ke kota kinabalu

Pakej 6 Hari 5 Malam

pakej 6 hari 5 malam ke kota kinabalu

Testimoni Pelangan

testimoni big momma car rental kota kinabalu testimoni big momma car rental kota kinabalu testimoni big momma car rental kota kinabalu testimoni big momma car rental kota kinabalu

Booking Pakej Percutian Ke Kota Kinabalu Dari Big Momma Car Rental And Tour Sekarang!

Jika anda berhajat untuk ke jalan-jalan sekitar Sabah, jangan lupa dapatkan pakej yang sempurna serta murah berbaloi-baloi dari Big Momma Car Rental And Tour. Untuk menempah pakej ini, anda bolehlah berhubung dengan Big Momma Car Rental And Tour seperti talian di bawah ini.

bigmomma rumah terbalik kota kinabalu

BIG MOMMA CAR RENTAL AND TOUR | PAKEJ PERCUTIAN SABAH MURAH
Hotline: Tekan untuk telefon (010-9469296) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Big Momma Car Rental and Tour
Website: www.bmcarrental.com

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: