Review
Feb 1, 2019, 8:37am

Pakej Pelancongan Murah Ke Pulau Perhentian Terengganu


  •  
  •  
  •  
  •  

Anda baru saja melangsungkan perkahwinan dan sedang mencari tempat terbaik untuk dihabiskan masa bersama pasangan? Atau anda mungkin sudah lama merancang untuk pergi bercuti bersama yang tersayang tapi hingga kini belum ada sebarang destinasi pilihan? Hmm apa kata jika anda ke Pulau Perhentian yang terletak di Negeri Terengganu Darul Iman.

trip murah ke perhentian

Untuk pengetahuan anda, Pulau Perhentian telahpun terkenal bukan saja di kalangan penduduk dan pelancong tempatan tetapi juga di kalangan pelancong luar negara juga.  Malah di saat ini Pulau Perhentian turut di gelar sebagai Maldives Asia dek kerana panoramanya yang sangat indah dan amat cantik! Pulau Perhentian ini sememangnya akan membuatkan anda gembira hingga terasa bagaikan ingin terus berada di sana.

pantai menarik di perhentian

Antara Keistimewaan Utama Yang Terdapat Di Pulau Perhentian Terengganu

Apakah sebenarnya keistimewaan yang terdapat di Pulau Perhentian ini? Bagi menjawab persoalan terbabit, di sini akan disenaraikan beberapa keistimewaan utama yang ada di Pulau Perhentian Terengganu ini. Semoga dengan adanya perkongsian ini anda akan dapat melihat sendiri betapa berbaloinya jika anda dapat menjejakkan kaki sendiri ke sana nanti.

Pakej Perlancongan Murah Ke Pulau Perhentian

1. Pasir Pantai Yang Halus Dan Bersih Di Sepanjang Pulau

Pulau Perhentian memang sangat indah dengan pasir pantainya yang sangat halus dan bersih. Anda boleh berjalan dipersisir pantai bersama insan yang tersayang untuk suasana yang lebih romantik. Dan anda juga boleh luangkan masa bermain pasir bersama anak-anak yang tersayang untuk suasana riang yang amat menyeronokkan. Anak-anak anda pasti sangat gembira dan teruja kerana dapat bermain pasir sambil di sapa bunyi ombak pantai dengan udara yang nyaman tanpa sebarang pencemaran.

Pakej Perlancongan Murah Ke Pulau Perhentian

2. Keindahan Batu Karang Dengan Hidupan Laut Yang Amat Memukau

Batu karang yang ada di Pulau Perhentian memang antara yang terbaik. Inilah sebab utama sebenarnya mengapa begitu ramai pelancong akan ke Pulau Perhentian saban tahun. Ini jugalah yang menjadi sebab mengapa masih ada di kalangan pelancong yang akan berusaha ke sana lagi secara berterusan dek kerana rasa tidak puas dengan keindahan batu karang dan hidupan lautnya yang penuh berwarna warni.

ikan eksotik di perhentian

3. Pemandangan Di Atas Bukit Yang Sangat Aman Dan Menakjubkan

Jangan terkejut jika di beritahu yang Pulau Perhentian mempunyai kincir angin yang sangat cantik di atas bukit. Kincir Angin D’Lagoon itulah namanya dan kincir angin D’Lagoon ini adalah sebuah tarikan unik yang terletak di bahagian puncak tertinggi di Pulau Perhentian Kecil. Kalau anda berdiri di atas puncak ini, anda dapat menyaksikan pemandangan yang terindah seluas 360 darjah sekitar Pulau Perhentian.

kincir angin pulau perhentian

Walaupun terletak di atas puncak tertinggi di Pulau Perhentian tetapi anda tidak perlu risau kerana pihak yang bertanggungjawab telahpun menyediakan laluan pejalan kaki khas untuk tujuan mendaki. Dan tempoh pendakian ini tidaklah terlalu lama. Ianya hanya mengambil masa sekitar 20 minit saja untuk tiba ke puncak. Tapi ingat, jangan lupa untuk memakai kasut yang selesa untuk mengelakkan sebarang masalah dan jangan juga lupa untuk membawa kamera serta powerbank kerana di sana segalanya tersangat indah untuk di rakam dalam kepingan gambar.

laluan ke kincir dlagoon pulau perhentian

4. Pelbagai Aktiviti Boleh Dilakukan Dari Awal Hingga Akhir Percutian

Berada di Pulau Perhentian pasti akan membuat anda terleka dengan keindahan alam yang sebenar. Jika di rumah anda akan habiskan masa dengan menonton TV tapi di sini anda sudah tidak punya masa untuk itu semua. Daripada menonton TV baik anda gunakan peluang yang ada untuk lakukan aktiviti lain yang lebih seronok seperti snokeling, berkayak, berenang, menyelam skuba, bermain jet ski dan lain-lain lagi.

pemandangan menarik di perhentian

5. Terdapat Penyu Yang Sering Muncul Dan Naik Ke Darat Untuk Bertelur

Penyu memang agak banyak di sini dan sangat jinak untuk didekati. Ini kerana Pulau Perhentian merupakan salah satu lokasi utama untuk penyu-penyu ini mendapatkan sumber makanan. Cara terbaik untuk melihat penyu-penyu ini berenang sambil makan adalah dengan cara bersnorkeling di perairan sekitar.

gambar penyu sekitar perhentian

Tetapi ingat, anda sama sekali tidak boleh mengganggu habitat asal semulajadi mereka. Anda juga sama sekali tidak boleh sesuka hati menyentuh dan menangkap mereka. Tugas anda hanyalah sekadar memerhati dan seterusnya biarkan saja mereka bergerak dengan bebas tanpa gangguan. Pastinya pengalaman manis dapat berenang bersama penyu di Pulau Perhentian adalah satu kenangan yang amat bermakna.

Pakej Perlancongan Murah Ke Pulau Perhentian

Cara Untuk Menjejakkan Kaki Ke Pulau Perhentian Terengganu

Bagi anda yang benar-benar ingin ke Pulau Perhentian tetapi agak terikat dengan bajet, anda masih lagi mempunyai peluang untuk ke sana dengan mengambil pakej pelancongan murah ke Pulau Perhentian. Anda boleh memilih sama ada ingin tinggal di Pulau Perhentian Kecil mahupun Pulau Perhentian Besar. Yang penting anda perlu tahu dulu pihak yang dapat memberikan servis penginapan yang sesuai dengan bajet anda tersebut.

Pakej Perlancongan Murah Ke Pulau Perhentian

Dan sekiranya anda telahpun menemui tempat penginapan yang sesuai tetapi mempunyai masalah berkaitan pengangkutan, anda tidak perlu risau kerana untuk ke Pulau Perhentian tersebut anda boleh saja menggunakan perkhidmatan daripada Perhentian Island Shuttle.

jom ke perhentian

Anda Mahu Segera Ke Pulau Perhentian Dengan Mudah Dan Cepat ?

Untuk pengetahuan anda, meskipun Pulau Perhentian ini terletak di dalam daerah negeri Terengganu tetapi adalah lebih mudah dan cepat jika anda terus mendarat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa Kota Bharu berbanding dengan lapangan terbang di Kuala Terengganu.

Pakej Perlancongan Murah Ke Pulau Perhentian

Ini kerana Pulau Perhentian ini terletak di dalam daerah Besut yang hanya mempunyai jarak lebih kurang 45 minit hingga 1 jam sahaja daripada Kota Bharu berbanding dengan Kuala Terengganu yang memakan masa hampir 2 jam dengan menaiki kereta. Disebabkan itu jika anda ingin menjimatkan masa, adalah lebih baik jika anda mendarat di Kota Bharu berbanding dengan di Kuala Terengganu.  

melancong ke perhentian tanpa ragu

Perhentian Island Shuttle Sedia Menghantar Anda Sehingga Ke Pintu Jeti

Dari Kota Bharu, anda boleh terus mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh Perhentian Island Shuttle. Perhentian Island Shuttle ini sebenarnya akan dapat membantu membawa anda secara terus dari Kota Bharu sehingga ke jeti Kuala Besut demi untuk menaiki bot untuk tiba ke Pulau Perhentian. Dengan adanya Perhentian Island Shuttle ini anda tidak lagi perlu risau bagaimana untuk  ke Pulau Perhentian selepas mendarat di Kota Bharu nanti.

shuttle di perhentian

Secara tidak langsung, anda telahpun dapat menikmati antara pakej pelancongan murah ke Pulau Perhentian hanya dengan cara membuat perancangan perjalanan yang lebih bijak. Perhentian Island Shuttle ini bukan saja dapat menjimatkan masa malah kenderaan yang disediakan juga sangat selesa dan terbaik. Anda boleh pilih sama ada ingin menaiki van mahupun bas dan pihak Perhentian Island Shuttle akan terus membawa anda tiba ke destinasi dengan cepat dan mudah tanpa sebarang masalah.

Servis Terbaik Dengan Harga Yang Sangat Terbaik !!

Perhentian Island Shuttle juga dapat membawa anda untuk ke jeti Pulau Perhentian dari mana-mana lokasi hotel yang sedang anda inap di sekitar bandar Kota Bharu. Kenderaan yang disediakan sangat luas dan selesa serta mempunyai hawa dingin sepenuhnya. Pemandu yang telah dilantik juga ternyata sangat berhemah dan mesra.

Pakej Perlancongan Murah Ke Pulau Perhentian

Pemandu untuk pihak Perhentian Island Shuttle rata-rata telahpun mempunyai pengalaman lebih daripada 15 tahun dan pihak Perhentian Island Shuttle juga senantiasa memastikan supaya semua pemandu untuk pakej pelancongan murah ke Pulau Perhentian ini agar tepat menepati masa sebagaimana yang telah ditetapkan.

lawatan tempat menarik ke perhentian

Kadar harga yang ditetapkan adalah seperti berikut :  

  • Van – KBR Airport – Kuala Besut Jetty RM25.00 seorang sehala
  • Boat – Kuala Besut – Pulau Perhentian RM70.00 seorang dua hala

Selain itu, Pulau Perhentian Shuttle juga mengadakan pakej perjalanan di sekitar bandar Kota Bharu bagi yang ingin membeli belah dan menikmati suasana percutian di Kelantan memandangkan Kelantan terkenal dengan pelbagai barangan tradisional dan juga barangan murah yang boleh didapati di Rantau Panjang ataupun Pengkalan Kubur. Jika anda ingin masukkan trip ini maklumkan sahaja kepada mereka.

Antara Pelanggan Yang Telah Pernah Mendapatkan Servis Daripada Perhentian Island Shuttle

Ini adalah sebahagian daripada pelancong yang telah pernah menggunakan servis Perhentian Island Shuttle untuk pakej pelancongan murah ke Pulau Perhentian Terengganu.

Pakej Perlancongan Murah Ke Pulau Perhentian Pakej Perlancongan Murah Ke Pulau Perhentian pemandu pelancong yang peramah di perhentian

Anda Mahu Bercuti ke Pulau Perhentian? Risau Tiada Pengangkutan Untuk Ke Jeti Kuala Besut? Hubungi Segera Perhentian Island Shuttle Untuk Bantuan

Kini anda tidak akan ada sebarang masalah lagi untuk ke Pulau Perhentian. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah menempah tiket penerbangan untuk mendarat di Kota Bharu dan seterusnya pihak Perhentian Island Shuttle akan terus membawa anda sehingga ke jeti Kuala Besut dan Pulau Perhentian nanti. Inilah dia pakej pelancongan murah ke Pulau Perhentian yang sebenar tanpa perlu berbelanja lebih.

Pakej Perlancongan Murah Ke Pulau Perhentian

Andai anda sendiri adalah warga Kota Bharu dan ingin bercuti ke Pulau Perhentian, anda sendiri turut boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Perhentian Island Shuttle ini. Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan lanjut, anda boleh terus menghubungi pihak Perhentian Island Shuttle melalui detail di bawah ini.

 

PERHENTIAN ISLAND SHUTTLE – PERKHIDMATAN SHUTTLE TERBAIK Hotline : Tekan untuk telefon (013-9378910) | Tekan untuk WhatsApp Facebook : Perhentian Island Shuttle

Nak booking Pakej Pulau Perhentian?

Hubungi talian +60139378910 atau tekan butang untuk WhatsApp

Whatsapp Layari Website

Nak booking Pakej Pulau Perhentian?

Hubungi talian +60139378910 atau tekan butang untuk WhatsApp