Review
Jul 17, 2019, 7:28pm

Pakej Pelancongan Jepun Harga Berpatutan Dan Fleksibel


Jepun merupakan sebuah negara di Asia yang amat diminati ramai kerana keindahan pemandangan serta pelbagai tempat menarik untuk dilawati. Selain itu, cuaca empat musim di negara Jepun membuatkan lebih ramai orang tertarik untuk melawat negara ini. Malah, ia juga mempunyai keunikan tersendiri yang menjadikan pelancong – pelancong dari negara luar untuk datang dan alami sendiri keunikan tersebut. Ibu negara Jepun, iaitu Tokyo adalah tempat yang paling ramai menerima pengunjung setiap tahun.

Pakej Pelancongan Jepun dari KL

Jika anda ingin ke negara Asia yang mempunyai 4 musim, maka anda perlu ke Jepun kerana setiap musim mempunyai keindahan tersendiri. Musim yang amat dinanti nantikan oleh para pelancong dan penduduk tempatan adalah musim luruh di mana daun – daun yang luruh serta cuaca yang dingin membuatkan anda rasa seperti berada di dalam filem – filem Jepun. Ia juga amat cantik di dalam gambar dan membuatkan semua orang tergila – gilakan musim ini.Pakej Pelancongan Jepun Tokyo

Kodawari Travel – Pakej Pelancongan Jepun Istimewa

Jika anda sedang mencari pakej pelancongan Jepun yang menarik dan murah di Malaysia, maka anda perlu mengambil pakej pelancongan dari Kodawari Travel. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2016 dan sudah menjadi syarikat yang kukuh dan dipercayai ramai kerana ia menyediakan pakej yang memberikan pengalaman seperti tinggal di Jepun sendiri. Jika anda ingin merealisasikan impian anda untuk ke Jepun, maka anda perlu mendapatkan perkhidmatan Kodawari Travel.

Pakej Pelancongan Jepun Terbaik

Selain dari mendapatkan pakej pelancongan mereka, anda juga boleh melakukan lawatan kerja atau study trip kerana mereka menawarkan perkhidmatan untuk melawat tempat-tempat seperti kilang-kilang atau pusat tenaga janakuasa tenaga. Jadi, anda boleh mendapatkan pengalaman dengan mengikuti lawatan kerja bersama Kodawari Travel. Mereka akan menyusun perjalanan anda selain dari menjadi perantara pada agensi kerajaan Jepun atau syarikat-syarikat berkaitan. Penterjemah bahasa Jepun turut disediakan mengikut industri yang berkaitan.

Pakej Pelancongan Jepun Lejen

Pakej Pelancongan Musim Luruh Oleh Kodawari Travel

Adakah anda ingin melawat Jepun ketika musim luruh? Maka, anda boleh mengambil Pakej Kansai oleh Kodawari Travel di mana anda akan melawat bandar sekitar wilayah Kansai, Jepun pada musim luruh. Mereka akan bergerak pada November 2019 dan akan berada di Jepun selama 6 hari bermula dari 7 – 12 November 2019. Antara tempat – tempat yang akan dilawati termasuklah Osaka, Kobe, Kyoto dan Nara. Jadi, anda boleh mendapatkan pengalaman berada di Jepun pada musim luruh yang sangat indah.

Pakej Pelancongan Jepun dari Malaysia

Pakej yang ditawarkan adalah pakej ground arrangement yang berharga hanya RM2499 per pax di mana ia merangkumi;

KANSAI AUTUMN 2019

  • 7 – 12 Nov 2019
  • 6 hari 5 malam
  • Ground package RM2599

Osaka – Kyoto – Kobe – Nara

  • Penginapan di guesthouse
  • Pengangkutan awam (bas dan keretapi)
  • Makan tengahari disediakan (termasuk 2X makanan premium)
  • Insurans Travel
  • Tour guide Muslim yang boleh berbahasa Melayu dan Jepun

Perkara yang tidak disediakan termasuklah;

  • Tiket penerbangan
  • Sarapan pagi dan makan malam
  • Tiket masuk yang tidak dinyatakan

Kelebihan Menggunakan Perkhidmatan Kodawari Travel

Anda boleh mendapatkan pelbagai kelebihan yang anda tidak akan dapat sekiranya anda menggunakan perkhidmatan orang lain. Antara kelebihan – kelebihan anda membeli pakej pelancongan dari Kodawari Travel termasuklah;

Harga Berpatutan

Harga yang ditawarkan oleh Kodawari Travel adalah amat berpatutan berbanding dengan syarikat – syarikat lain. Malah, Kodawari Travel juga menyediakan penginapan dan pengangkutan sepanjang perjalanan anda di Jepun. Jadi, anda dapat menjimatkan wang semasa percutian anda di Jepun. Hal ini kerana, pengangkutan dan penginapan di Jepun agak mahal, jadi Kodawari Travel menawarkan harga yang murah dan sangat berpatutan untuk anda.

Pakej Pelancongan Jepun Padu

Syarikat Yang Dipercayai

Syarikat travel ini telah ditubuhkan sejak tahun 2016 lagi dan telah membawa ramai orang ke Jepun untuk merasai pengalaman melancong di negara matahari terbit ini. Malah, ramai yang memberikan feedback positif setelah mereka mengikut pakej pelancongan ini. Ia merupakan syarikat yang dipercayai dan boleh memberikan servis terbaik sekiranya anda berada di Jepun.

Pakej Pelancongan Jepun dari Penang

Merasai Pengalaman Seperti Orang Lokal

Apa yang membuatkan Kodawari Travel ini menyeronokkan adalah setiap tempat yang dibawa oleh mereka akan membuatkan anda rasa seperti orang tempatan di sini. Mereka akan membawa anda ke tempat – tempat yang menarik tetapi dalam masa yang sama anda akan merasai pengalaman seperti anda tinggal di Jepun. Antara tempat – tempat yang anda akan lawati termasuklah Tokyo, Gunung Fuji, Osaka, Kyoto, Fukuoka, Hokkaido dan banyak lagi.

Pakej Pelancongan Jepun Terbaik

Tour Guide Yang Mahir Bahasa Melayu Dan Jepun

Jika anda berada di Jepun, anda akan memerlukan seseorang yang mahir berbahasa Jepun kerana negara ini amat mementingkan penggunaan bahasa kebangsaan mereka. Semuanya akan ditulis di dalam bahasa Jepun termasuklah signboard dan juga pembalut makanan. Malah, penduduk Jepun juga tidak begitu mahir dalam penggunaan bahasa Inggeris jadi Kodawari Travel menyediakan tour guide Muslim yang boleh berbahasa Melayu dan Jepun. Jadi, tiada lagi masalah pengantaraan bahasa ketika anda berada di sini. Tour guide mereka sangat berpengalaman dan pernah membawa pelbagai peringkat pelancong dari VVVIP hingga ke masyarakat umum.

Pakej Pelancongan Jepun Seronok

Makanan Halal

Anda tidak perlu risau tentang makanan sepanjang anda berada di Jepun kerana Kodawari Travel juga menyediakan makan tengahari untuk anda yang dijamin halal dan muslim – friendly. Selain itu, anda juga akan diberikan 2 kali makanan makanan tengahari premium. Tour guide juga akan membawa anda ke restoran halal dan anda dapat menikmati daging wagyu halal yang khas di negara Jepun.

Pakej Pelancongan Jepun Murah

Tempat Menarik Di Jepun

Jepun mempunyai pelbagai tempat menarik yang anda boleh lawati kerana budayanya yang amat unik. Antara tempat – tempat menarik yang patut dilawati termasuklah;

Harajuku

Ia merupakan sebuah tempat yang amat popular di kalangan remaja di Jepun. Hal ini kerana, Harajuku merupakan sebuah tempat yang menjual pelbagai jenis pakaian dan aksesori yang berwarna – warni dan unik! Ia menjadi tarikan kepada peminat-peminat jenama yang terkenal seperti Supreme, Bathing Ape dan banyak lagi jenama hipster yang jauh lebih murah dan terkini berbanding di Malaysia.

Pakej Pelancongan Jepun Malaysia

Tsuna Onsen (Sand Onsen)

Salah satu budaya yang popular di Jepun adalah berendam di Onsen ataupun Hotspring. Namun, ada etika dan perbezaan budaya yang perlu dipatuhi dan ia agak menyukarkan sekiranya anda tidak terbiasa dengan budaya ini. Di Kagoshima, ada sebuah daerah yang terkenal dengan Sand Onsen iaitu di Ibusuki. Pasir pantai yang dipanaskan secara semulajadi dari bawah bumi ditimbus ke atas orang yang ingin menikmatinya. Rata-rata pengunjung hanya mampu bertahan sekitar 10-15 minit sahaja.

Pakej Pelancongan Jepun 2019

Dotonbori, Osaka

Dotonbori merupakan sebuah tempat hiburan yang amat popular di kalangan pelancong kerana ia merupakan sebuah tempat yang dipenuhi cahaya lampu neon, papan tanda yang cantik serta bar dan restoran. Anda akan berada seperti berada di Times Square, New York. Ia merupakan sebuah tempat yang amat berwarna -warni di kawasan Osaka dan juga wajib dilawati sekiranya anda berada di Osaka. Selain tempat untuk membeli-belah dan bergambar, anda boleh meluangkan banyak masa di sini. Tidak sah jika ke Osaka tidak singgah di sini.

Pakej Pelancongan Jepun 20192020

Meiji Shrine

Meiji Shrine dibina khas untuk Maharaja Meiji dan siap dibina pada tahun 1920.Meiji Shrine adalah antara kuil yang paling popular di Jepun. Anda boleh merasai sendiri budaya Jepun yang sangat unik di sini kerana pada 1 haribulan Januari setiap tahun, kuil ini akan dilawati oleh hampir 3 juta orang untuk melakukan ritual pertama (hatsumode). Kuil ini juga terkenal dalam kalangan pasangan kekasih sebagai tempat untuk mengadakan upacara perkahwinan tradisional yang dikenali sebagai perkahwinan Shinto.

Pakej Pelancongan Jepun 2020

Yoyogi Park

Yoyogi park adalah taman yang terbesar di Tokyo dan amat terkenal sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga. Di taman ini terdapat pelbagai tarikan seperti tasik kecil, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Taman ini terletak bersebelahan dengan Meiji Shrine dan pengunjung akan dapat menikmati pemandangan Yoyogi Park yang cantik sepanjang perjalanan hendak ke Meiji Shrine. Pastinya tarikan utama ketika musim sakura mengembang!

Pakej Pelancongan Jepun Ohsem

Universal Studios Japan

Apa yang menarik di Universal Studio Japan adalah, ianya juga ada permainan yang bertemakan beberapa siri anime popular. Tapi, permainan tema anime ini bukan ada sepanjang tahun. Ianya untuk tempoh terhad. Semasa anda pergi ke Universal Studio Japan, ada permainan bertemakan Harry Porter, Minion dan Hello Kitty. Jadi, anda boleh mendapatkan tiket ke Universal Studios sekiranya anda berminat dengan filem dan anime ini. Anda juga perlu bersedia untuk beratur kerana setiap ia mempunyai ramai pengunjung.

Pakej Pelancongan Jepun Selesa

Dapatkan Pakej Pelancongan Murah ke Jepun Sekarang!

Jom melancong ke Jepun dengan Kodawari Travel SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Jalan Pulau Lumut U10/G, Shah Alam, Malaysia 40170

   
Jom melancong ke Jepun dengan Kodawari Travel SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom melancong ke Jepun dengan Kodawari Travel SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: