Review
Jul 28, 2017, 4:39pm

Pakej Muslim ke Korea


Sekali sekala teringin juga kalau kita nak bercuti ke luar negara. Sejak dua menjak ini ramai yang suka berkunjung ke negara Korea, salah satu negara yang amat sesuai untuk dilawati terutama sekali di musim luruh ataaupun di musim sejuk. Kita banyak mengenali negara Korea melalui cerita-cerita drama bersiri yang memang menjadi kegilaan pada suatu masa dahulu seperti Winter Sonata di mana kita dikenalkan oleh tempat-tempat yang indah seperti Pulau Nami, Pulau Jeju dan sebagainya. Ataupun anda mungkin peminat K-Pop dan anda ingin ke Korea untuk berpeluang untuk jumpa artis-artis kegemaran anda.

Walaubagaimanapun terdapat cabaran apabila kita travel ke Korea, lebih-lebih lagi sekiranya kita travel ke negara yang tidak pernah kita lawati, atau bagi yang Muslim, melawat negara yang rata-rata pendudukya adalah bukan Muslim. Perkara ini semestinya kita akan hadapi sekiranya anda di Korea buat kali pertama. Di situ terdapat cabaran seperti di mana untuk pergi ke tempat-tempat yang menarik. Tanpa pengalaman dan pengetahuan mengenai di mana tempat yang perlu dituju, bagaimana untuk pergi ke sana, bagaimana untuk berkomunikasi dan sebagainya sememangnya akan menjadi satu cabaran yang cukup besar.

travel-to-jeju-island

Anda kaki shopping? Di Korea sebenarnya juga terdapat satu tempat shopping yang memang terkemuka di sana, dan harga-harga barangan yang didapati amat berpatutan dan setanding dengan kualiti barangan buatan Korea yang semestinya lain daripada yang lain. Walau bagaimanapun, masalah utama adalah kita sebagai orang Malaysia selalu akan tawar menawar sekiranya hendak membeli barang, tetapi kebanyakan penduduk di negara Korea kurang fasih berbahasa Inggeris. Oleh itu akan ada satu jurang komunikasi yang besar nanti, bukan sahaja untuk membeli belah, tetapi untuk apa sahaja aktiviti di Korea nanti.

shopping-di-korea

Oleh itu, salah satu option yang boleh diambil oleh mereka yang hendak ke Korea adalah untuk mendapatkan pakej percutian di Korea, dan sebaik-baiknya pengunjung yang ingin ke Korea akan mencari Pakej Islam Ke Korea, dilengkapi dengan Tour Guide yang boleh bawa anda ke mana anda nak pergi.

pakej-travel-dengan-tour-guide-korea

Stalk & Travel – Pakej Muslim Ke Korea 

Stalk & Travel merupakan agensi pelancongan bertapak di Malaysia yang menawarkan Pakej Muslim ke Korea dan termasuk sekali dengan pemandu / tour guide yang dapat membawa anda ke mana sahaja anda nak pergi. Pakej-pakej yang ditawarkan oleh Stalk & Travel adalah amat berpatutan dan anda akan terjamin dengan aturcara-aturcara program yang menarik dan dibantu dengan tour guide yang akan bersama-sama anda sewaktu anda berada di Korea.

lotte-world-korea-travel-with-tour-guide

Stalk & Travel menawarkan pakej yang private terpulang kepada kehendak anda, sama ada anda hendak ke Korea untuk tujuan bershopping, melawat tempat-tempat yang menjadi tumpuan pengunjung-pengunjung ke Korea, seperti Nami Island, Jeju Island, Lotte World dan sebagainya, ataupun untuk anda mengalami suasana kehidupan di Korea. Tambahan pula, di waktu musim sejuk anda juga boleh pergi meluncur saji kerana di Korea terdapat pelbagai lokasi di mana anda boleh mencuba aktiviti musim sejuk seperti bermain dengan salji, ski, snowboard dan sebagainya.

snowboarding-korea

Mari kita lihat apakah pakej-pakej yang ditawarkan oleh Stalk & Travel.

Pakej Muslim Ke Korea : Seoul & Nami Island Autumn Trip

Pakej Seoul & Nami Island Autumn Trip merupakan salah satu private tour yang ditawarkan oleh Stalk & Travel bagi pengunjung-pengunjung yang ingin menikmati waktu musim luruh di negara Korea. Pada musim luruh, keseluruhan landskap di negara Korea akan menjadi perang keemasan menjadikan pemandangan di Korea amat cantik sekali. Ditambah pula dengan cuaca yang sejuk, pengunjung-pengunjung di negara Korea akan berasa aman dan nyaman sambil melawat negara Korea yang sememangnya kaya dengan pemandangan yang amat menarik dan memukau hati.

travel-autumn-korea-dengan-tourguide

Lokasi Nami Island merupakan tempat yang wajib dikunjungi. Pada musim luruh, warna daun yang perang keemasan akan menghasilkan pemandangan yang amat cantik, seperti gambar yang ditunjukkan di atas. Anda akan berpeluang untuk mengunjungi tempat ini bersama rakan-rakan atau keluarga anda sekiranya mereka turut serta dalam pakej ini.

Seoul & Nami Island Autumn Tour merupakan salah satu pakej muslim ke korea. Anda akan ditemani oleh tour guide atau pemandu pada sepanjang masa di mana tour guide tersebut akan membawa anda ke mana anda hendak pergi. Harga pakej ini juga amat berpatutan, bermula dengan harga RM1,300 untuk seorang bagi penginapan 5 hari 4 malam, atau dengan harga RM1,500 bagi penginapan 6 hari 5 malam (harga ini tidak termasuk tiket penerbangan).

autumn-trip-korea-2017

Antara slot-slot tarikh yang anda boleh pilih untuk pakej Seoul & Nami Island Autumn Trip adalsh seperti berikut:

  • 1- 5 November 2017
  • 7 – 11 November 2017
  • 13 – 17 November 2017
  • 18 – 22 November 2017

Anda juga boleh mengambil pakej Seoul & Nami Island Autumn Trip beserta tiket penerbangan pada harga RM2,610 bagi seorang, dengan tarikh lawatan pada 1-5 Nov untuk penginapan 5 hari 4 malam.

autumn-trip-korea-2017

Pakej Muslim Ke Korea : Seoul & Nami Island Winter Trip

Anda mahu mengalami waktu musim sejuk? Sekiranya anda ingin melihat salji atau ingin mengalami musim sejuk di Korea, maka Stalk & Travel juga menawarkan pakej Seoul & Nami Island Winter Trip. Pada kebiasaanya sajli akan turun pada bulan Disember dan keadaan cuaca di Korea akan menjadi sangat sejuk, namun begitu kehadiran salji akan dapat memberikan pemandangan negara Korea yang ibarat diselubungi selimut putih. Anda akan kagum dengan keindahan pemandangan di negeri Korea, lebih-lebih lagi di Nami Island yang semestinya menjadi tumpuan utama semua pengunjung di negara Korea.

korea-winter-trip-2017

Cantik bukan? Anda boleh lakonkan semula adegan-adegan dalam cerita drama Winter Sonata. Anda juga jangan terkejut kerana memang ada tempat-tempat yang khusus di Nami Island yang dijadikan tempat penggambaran sebenar cerita Winter Sonata tersebut. Pasti anda akan terpesona dengan kecantikan Nami Island setibanya anda di sana nanti.

nami-island-winter-trip-2017

Harga pakej bagi Seoul & Nami Island Winter Trip adalah RM1,300 untuk penginapan 5 hari 4 malam, dan RM1,500 untuk penginapan 6 hari 5 malam (harga pakej tidak termasuk tiket penerbangan). Slot tarikh untuk Seoul & Nami Island Winter Trip adalah seperti berikut:

nami-island-jeju-island-winter-trip-2017

  • 19 – 23 Disember 2017
  • 26 – 30 Disember 2017
  • 18 – 22 Disember 2017
  • 23 – 27 Januari 2018
  • 8 – 12 Februari 2018

Tempat-Tempat Yang Anda Boleh Lawat di Korea dengan Pakej Muslim Ke Korea

Di samping Pulau Nami atau Nami Island, terdapat beberapa tempat yang menarik yang pasti menjadi tumpuan pelancong atau pengunjung-pengunjung ke negara Korea. Antara lokasi-lokasi yang menarik adalah seperti berikut:

  • Dongdaemun
  • DDP
  • Doota
  • Nami Island
  • Namsan Tower
  • Namsangol Hanok Village
  • Gyeongbokung Palace
  • Gwanghwamun Square
  • Itaewon
  • Seoul Mosque
  • KBS
  • Cheonggyecheon Stream
  • Lantern festival ( Nov only)
  • Yeoksam
  • Namdaemun
  • Buchok Hanok Village
  • Insandong Tradisional Market
  • Hongdae
  • Ehwa University
  • Sinchon
  • Myeongdong Shopping Street

tempat-menarik-korea-travel

Sekiranya ada tempat yang anda lawati, anda boleh request dengan kami, dan kami akan membawa anda ke tempat yang anda ingin lawati mengikut kesukaan masing-masing.

Mari Travel Bersama Stalk & Travel Pakej Muslim Ke Korea Murah !

Stalk & Travel menawarkan pakej penginapan ke Seoul pada musim autumn / luruh dan winter / sejuk pada pakej-pakej yang berharga RM1,500 untuk penginapan 6 hari 5 malam, dan RM1,300 untuk penginapan 5 hari 4 malam.

travel-korea-bersama-stalkandtravel

Kami menerima bayaran secara ansuran. Deposit hanya serendah RM300 seorang.

STALK AND TRAVEL | PERCUTIAN MURAH KE KOREA

Whatsapp : +6011 811 5374 | Link WhatsApp

Follow instagram : @stalkandtravel


Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: