Sabah amat terkenal dengan tempat pelancongan yang kaya dengan keindahan alam semulajadi terutamanya di kawasan pulau, perhutanan Borneo serta pergunungan. Anda boleh memilih destinasi pelancongan Sabah yang paling menyeronokkan untuk percutian anda dan keluarga. Salah satu destinasi terbaik untuk percutian adalah Kota Kinabalu. Anda boleh dapatkan kereta sewa di Kota Kinabalu beserta Homestay murah di Kota Kinabalu berdekatan.
Tambahan pula, terdapat banyak tempat menarik di Sabah yang boleh anda lawati. Sama ada datang bersama keluarga atau mengikuti Pakej Kundasang Sabah melalui agensi atau servis sesetengah syarikat, ia pasti menyeronokkan. Pakej Kundasang Sabah bakal memeriahkan lagi percutian anda dan keluarga pada tahun ini. Segala kemudahan dapat anda nikmati dalam Pakej Kundasang Sabah yang ditawarkan.
Sekiranya anda mempunyai perancangan untuk bercuti di Sabah, anda haruslah pastikan destinasi yang anda pilih itu merupakan majoriti yang paling terkenal dan berbaloi untuk diterokai. Terutamanya sekali pada para pelancong dari Semenanjung Malaysia dan baru pertama kali menjejakkan kaki ke Negeri Di Bawah Bayu.
Ada beberapa destinasi yang menarik yang boleh anda lawati untuk melihat keindahan alam semulajadi dan kebudayaan orang Sabah. Kami cadangkan untuk anda mulakan destinasi pelancongan anda di Kundasang. Ianya merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Cuacanya amat segar dan mempunyai pemandangan yang sangat indah. Tidak lengkaplah percutian anda di Sabah kalau anda tidak melawat Kundasang. Kami ada untuk memastikan anda mempunyai pengalaman yang meriah di sekitar Kundasang.
Antara tempat menarik yang anda mesti kunjungi adalah Desa Cattle Dairy Farm. Tempat ini digelar New Zealand kecil kerana ia adalah ladang ternakan lembu seluas 199 hektar yang berlatar belakangkan pemandangan Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Ladang ini mengeluarkan kira-kira 900,000 liter susu. Pengunjung yang datang dapat merasai pengalaman memberi minum susu kepada anak lembu, memberi makan kepada kambing, melihat pemprosesan susu selain merasai kelazatan produk keluaran mereka seperti ais krim.
Selain itu, terdapat juga gerai sayur dan buah yang berderet di sepanjang jalan di Kundasang. Bagi pengunjung dari semenanjung, bolehlah merasai buah-buahan yang sukar ditemui atau tiada di semenanjung. Bahkan harga yang ditawarkan juga amat berpatutan serta buah-buahannya segar.
Seterusnya, Kundasang War Memorial yang menawarkan pengalaman untuk anda mengimbas kembali sejarah peperangan semasa Perang Dunia Kedua. Terdapat tugu peringatan yang dibina buat pahlawan yang terkorban. Tempat ini juga mula dibuka dari tahun 1962 bagi menjadi memorial peperangan buat para pengunjung.
Kinabalu Park adalah satu kawasan yang menjadi tempat tarikan di Kundasang malah merupakan satu tempat menarik di Sabah paling popular. Kinabalu Park merupakan titik permulaan bagi mereka yang ingin mendaki Gunung Kinabalu. Selain itu, sekiranya anda bernasib baik, anda boleh melihat puncak Gunung Kinabalu dari pintu masuk Kinabalu Park tersebut. Selain itu anda juga boleh melihat pemandangan kaki gunung yang disediakan di pertengahan perjalanan menuju ke tapak pendakian gunung tertinggi di asia tenggara ini.
Ladang teh Sabah juga menawarkan pemandangan yang tiada tolok bandingnya digabungkan pula dengan udara pergunungan yang meneyegarkan. Ianya merupakan ladang the organik yang terletak di kepulauan Borneo. Ladang teh yang berketinggian 2272 kaki dari aras laut ini, anda boleh merasai teh segar dan juga pankek teh yang hanya boleh didapati di sini.
Ed Holidays Travel merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan Pakej Pelancongan pada harga bajet dan murah di sekitar Kota Kinabalu dan Kundasang. Pastikan anda memilih perkhidmatan dari Ed Holidays Travel kerana kami merupakan pakar dalam memastikan percutian anda diberi jaminan kepuashatian yang maksima. Anda pasti dapat melawat semua tempat di sekitar Kundasang dalam keadaan yang selesa dan teratur.
Kami menyediakan pelbagai jenis pakej mengikut keinginan dan keselesaan anda. Pakej yang disediakan adalah pada harga yang sangat berpatutan. Jadi anda boleh pilih mana-mana pakej yang anda suka.
Terdapat pelbagai jenis pakej yang boleh anda dapati daripada Ed Holidays Travel. Pakej yang ditawarkan ini lebih baru, selesa dan jimat buat anda. Pakej yang baru ini lebih ekslusif buat anda yang ingin mencipta kenangan indah di Sabah. Berikut adalah pakej-pakej yang ditawarkan oleh Ed Holidays Travel;
Diamond Package menawarkan beberapa sub-pakej yang sangat selesa dan fleksibel buat pelanggan dimana ianya mengikut masa ketibaan dan pelepasan pelanggan.
Berikut adalah perkara-perkara yang termasuk dalam pakej ini;
Antara tempat-tempat yang dapat anda lawati di Kundasang adalah Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang Memorial Park, Pasar Sayur dan Buah Kundasang dan pelbagai lagi.
Crystal Package menawarkan 4 jenis pakej mengikut pilihan anda. Masa adalah fleksibel mengikut masa ketibaan dan pelepasan kapal terbang pelanggan. Jadi, anda tidak perlu mengejar masa unutk menikmati percutian anda yang tenang.
Berikut adalah perkara-perkara yang termasuk dalam pakej ini;
Antara tempat-tempat yang dapat anda lawati di Kundasang adalah Desa Cattle Dairy Farm, Pasar Malam Kampung Air, Kundasang Memorial Park, Pantai Kelambu dan pelbagai lagi.
Kami menawarkan pakej pelancongan berdasarkan keselesaan dan keperluan pelanggan terutamanya buat pelanggan yang pertama kali datang ke Sabah ataupun dari Semenanjung Malaysia. Kami akan memastikan pengalaman berada di Sabah adalah sesuatu yang tidak dapat anda lupakan.
Harga yang ditawarkan oleh pakej-pakej yang disediakan murah dan berpatutan serta dijamin berkualiti tinggi. Selain itu, pakej-pakej yang ditawarkan adalah untuk memastikan para pelanggan hanya perlu menikmati percutian mereka tanpa sebarang masalah dan beban. Tambahan pula, semakin ramai bilangan peserta dalam sesebuah pakej maka semakin murah harga untuk anda belanja kewangan anda.
Ed Holidays Travel sentiasa mengutamakan kepuasan hati pelanggan agar segala kehendak dan keperluan pelanggan dipenuhkan. Tambahan pula, staf dari pihak Ed Holidays Travel sentiasa akan memastikan kualiti servis kami ditambah baik dari semasa ke semasa agar pelanggan selesa untuk berurusan dengan kami.
Tidak semua agensi atau perkhidmatan pelancongan dapat mengikut waktu yang diaturkan oleh pelanggan mereka. Kami di Ed Holidays Travel memberi peluang untuk para pelanggan mempunyai waktu yang fleksibel dan boleh diubah-ubah ikut kehendak pelanggan.
Destinasi serta lokasi yang ditawarkan merupakan tempat-tempat yang terkenal di Kundasang. Kami dapat menjamin bahawa pakej-pakej yang disediakan oleh Ed Holidays Travel melengkapkan percutian anda kerana lokasi percutian kami dapat membuat anda merancang pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan bersama keluarga.
Ramai pelanggan memberikan maklum balas positif mengenai perkhidmatan kami laman sosial iaitu Facebook. Ini adalah kerana mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan seperti kereta sewa, pakej percutian dan homestay yang disediakan.
ED HOLIDAYS TRAVEL – BERCUTI KE KUNDASANG SEKARANG
Hotline 1 :Tekan untuk telefon (016-8397143) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2 :Tekan untuk telefon (012-8618584) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook:ED Holidays Travel
Instagram:@edholidaystravel
Website: http://edholidaystravel.my
Alamat:
ED HOLIDAYS TRAVEL & CAR RENTAL SDN BHD
1st Floor , Lot K2 , Cyber Square Off Jalan Lintas Kepayan, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Hubungi talian +60168397143 atau tekan butang untuk WhatsApp
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang