Menghirup suasana yang dingin, bau-bauan alam hijau yang segar serta bunyi burung berkicauan, pulau-pulau yang menenangkan semestinya di Semporna, Sabah. Mendapatkan suasana sebegini kepada mereka yang menginginkan suasana yang tenang kesibukan.
kredit: thedailyroar.com
Bagi mereka yang mempunyai budget yang banyak, mungkin dapat menikmati pemandangan seperti ini di tempat yang lain. Namun bagi mereka mempunyai budget minimal seperti backpackers, ahli keluarga yang ramai dan pasangan yang baharu berkahwin sudah semestinya memerlukan suatu percutian yang sangat berpatutan dan murah. Bagi Mahligai Semporna, mereka dapat memenuhi impian anda untuk menjelajah ke Semporna, Sabah.
Anda sendiri tertanya-tanyakan apa yang akan dapat dengan perjalanan 4hari 3malam dari pakej Mahligai Semporna? Bagi 4hari 3malam sudah semestinya dapat berjalan ke 5 hingga 6 pulau yang berada di Semporna, Sabah seperti Pulau Mabul, Pulau Manukan dan sebagainya. Malahan menginap di rumah water chalet dan juga makan malam percuma untuk 2 hari. Makanan laut seperti sotong, udang, ikan, ketam hanya perlu sauk daripada sangkar. Ambil dan masak dengan segar. Dapat makan free? Siapa yang tak nak bukan?
Pakej daripada Mahligai Semporna sangat murah dan berpatutan bukan? Tidak semua agensi pelancongan akan bagi harga yang serendah sebegini. Bukan apa, ini adalah peluang kepada pelancong menjelajah kepelbagian dan keistimewaan Semporna Sabah dengan harga pakej yang murah. Dengan hanya RM588 seorang untuk 4hari 3malam, pelancong dapat menerima banyak kelebihan melalui pakej ini.
Sudah tentulah kepada mereka yang mempunyai budget yang minimal, percutian antara keluarga dan backpackers. Menjelajah ke seluruh negeri yang ada di Malaysia menjadi salah satu pencapaian dalam diri. Tidak perlu pergi jauh, hanya ke Semporna Sabah sahaja. Pakej ini diutamakan kepada mereka:
Bagi Mahligai Semporna, servis kami mengehadkan kepada 180 peserta/pax setiap kali perjalanan. Pelancong akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut para tour guide kami sebelum bergerak ke Semporna, Sabah. Pelancong tidak perlu khuatir apabila setelah sampai di sana.
Seperti yang dinyatakan di atas tadi, pelancong berpeluang menginap di rumah water chalet. Ini bermaksud, pelancong dapat merasai menginap di kawasan yang dikelilingi dengan pulau. Dengan pakej yang murah dan berpatutan, pelancong dapat merasai peluang seperti ini berbanding dengan harga di pulau – pulau yang lain. Harga RM588 itu termasuk penginapan, makanan, pengangkutan dan juga lawatan ke beberapa pulau.
Servis yang akan diberikan kepada pelancong yang terutamanya menginap di Water Chalet House akan diberikan layanan yang sempurna. Dengan ruang bilik yang bersih, jumlah katil yang cukup untuk 5 hingga 6 orang di dalam sesebuah chalet. Segala keperluan di dalam chalet itu tersedia rapi seperti pemanas air (water heater), pemanas baju (iron) dan juga peti ais. Kemudahan ini akan disediakan di setiap chalet.
1. Backpackers / Kuantiti Yang Ramai
Kredit gambar: hasifhamsyari.com
2. Keluarga
Melancong ke sesuatu tempat sudah semestinya hendak cari sesuatu yang istimewa bukan? Seperti makanan, pulau – pulau yang cantik pemandangannya, kehidupan laut yang jarang dijumpai serta kraf tangan yang dihasilkan oleh penduduk Semporna, Sabah. Sangat rugi bagi pelancong yang tidak mengambil masa untuk menikmati segala keistimewaan yang tersedia ada dan tersergam indah. Di antara keistimewaan yang ada di Semporna Sabah adalah:
Negeri Sabah memang cantik dengan keindahan pulau – pulau nya seperti Pulau Manukan, Pulau Mabul, Pulau Sipadan dan sebagainya. Setiap pulau ini mempunyai keindahan dan keistimewaan tersendiri.
Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak batu karang pelbagai jenis. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana banyaknya makanan plankton . Dasarnya tidak dalam, sesuai dengan kejadiannya sebagai pentas benua di Laut Sulawesi. Kedalaman sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti ‘scuba diving’. Banyak sekali hidupan eksotik seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau,ketam,rumpai laut lain.
Pulau Sipadan adalah pulau di mana anda boleh bertemu dengan kehidupan laut seperti ikan jerung. Kalau nak tengok ikan ini secara live, datanglah ke Pulau Sipadan. Tidak rugi kalau anda ke sini. Pengalaman yang menakjubkan. Jangan terlepas peluang ini ya!!
Sabah adalah negeri di mana hidupan lautnya yang banyak dan pelbagai. Ada di antaranya seperti ketam, sotong, ikan yang pelbagai yang boleh dilihat atas dasar laut. Di samping itu, pelancong juga boleh sauk sahaja hidupan laut yang di ingini dan di masak terus oleh chef – chef di situ. Pelancong tidak perlu risau akan kebersihan dan juga kualiti kesegaran sesuatu masak kan itu. Ini kerana chef Mahligai Semporna telah dilatih dengan sempurna.
Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Labuan dan negeri-negeri Borneo seperti Sarawak dan Sabah di mana makanan ini kadangkala dikenali sebagai linut.
Kuih Jala merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia sangat popular di sebelah pantai timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Kuih jala Sabah dibuat dengan menggunakan peralatan atau acuan yang boleh dibeli atau dibuat sendiri dengan menggunakan kayu dan diikat dengan tin yang telah dilubangkan dibahagikan bawahnya.
Tidak sah kalau tiada testimoni atau maklum balas daripada pelanggan daripada Mahligai Semporna. Maklum balas mereka amat penting bagi pihak kami. Dengan adanya perkara ini, pihak Mahligai Semporna dapat menaiktarafkan perkhidmatan. Tidak akan berjaya kalau tiada mereka.
Pelancong daripada negeri Johor, Melaka, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang dan sebagainya boleh menghubungi Mahligai Semporna dengan pelbagai cara. Di antaranya, nombor telefon yang tertera, facebook, instagram dan website kami. Tidak perlu gusar kerana pelanggan akan dilayan dengan cukup baik.
MAHLIGAI SEMPORNA | PAKEJ PERCUTIAN KE SEMPORNA MURAH
Hotline: Tekan untuk telefon (010-2332349) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Mahligai Semporna
Instagram: @mahligaisem4na
Website: http://www.mahligaisemporna.com
Alamat
Mahligai Semporna
Lot no B1, Semporna Seafront Township, Semporna, Sabah
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang