Review
Sep 28, 2020, 9:16am

Pakaian Muslimah Terbaik Di Putrajaya


Industri fesyen semakin hari semakin berkembang pesat. Sebagaimana teknologi, begitu juga dengan arus fesyen. Saban musim pasti akan muncul stail terbaharu. Kini, perkembangan pelbagai teknologi media sama ada dalam bentuk percetakan mahupun elektronik telah menyebarkan maklumat tentang perkembangan dan perubahan imej fesyen Islam yang semakin popular.

butik pakaian muslimah putrajaya

Kepelbagaian bahan media ini telah memberi ruang kepada muslimah untuk mencuba sesuatu fesyen baru. Dunia fesyen berkembang luas dan semakin ramai pihak menceburi bidang ini. Bukan itu sahaja, malah masyarakat kini lebih gemar berfesyen berbanding masyarakat dahulu yang menggunakan pakaian hanya sebagai penutup aurat.

butik pakaian muslimah terbaik putrajaya

Kebelakangan ini, fesyen muslimah atau fesyen modest yang membawa maksud sopan atau sederhana semakin mendapat perhatian rumah fesyen antarabangsa. Jenama-jenama fesyen antarabangsa seperti Dolce & Gabbana, Marc Jacobs, Gucci dan DKNY misalnya, sudah mula mereka pakaian yang khusus untuk golongan Muslim seperti abaya, hijab dan juga turban. Di Malaysia, fesyen muslimah semakin rancak mendominasi pasaran fesyen tanah air. Kebanjiran jenama tudung serta pakaian muslimah sudah cukup membuktikan bahawa ia kini sedang menguasai industri fesyen tanah air.

Busana Melayu Moden Byserra Yang Menepati Ciri-Ciri Pakaian Muslimah

Islam bukannya agama yang menghalang fesyen dan perkembangan fesyen. Tidak ada nas yang menegah umat Islam untuk berfesyen dalam aspek berpakaian. Persoalan utama ialah menutup aurat dengan baik. Islam tidak ada menetapkan secara khusus bagaimana bentuk pemakaian bagi seseorang Muslim atau Muslimah seperti perlu memakai kain buatan apa, jenis apa, berapa helai, warna apa dan sebagainya. Kreativiti dalam pemakaian adalah terserah kepada individu tersebut mengikut kesesuaian tempat dan masanya selagi mana ia tidak melanggar batasan syarak. Perkara tersebut termasuk dalam urusan keduniaan yang Rasulullah S.A.W menyerahkan kreativitinya kepada manusia itu sendiri untuk berfikir.

butik pakaian muslimah pilihan ramai

Apa yang Islam tekankan ialah konsep takwa dalam pemakaiannya. Justeru, ia merujuk pemakaian seseorang itu boleh menggambarkan ketakwaan bagi pemakainya. Maka sudah tentu pemakaian yang menggambarkan ketakwaan ialah pemakaian yang mengikut cara Islam yang menutupi aurat, tidak mengundang fitnah dan mampu menjaga tubuh badan daripada sebarang kebinasaan.

gedung pakaian patuh syariah malakat mall

Pakaian wanita Islam perlu mengikut garis panduan syarak yang merangkumi:

  • Pakaian itu hendaklah menutup aurat
  • Pakaian hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan
  • Pakaian itu diperbuat daripada kain yang tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
  • Pakaian mereka dibuat daripada kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya.
  • Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang yang melihatnya serta mendatangkan fitnah
  • Pakaian tidak menyerupai lelaki
  • Memakai pakaian menutup aurat, menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita yang penuh keterampilan

Butik Byserra selalu memastikan yang koleksi pakaian mereka direka mengikut garis panduan syarak yang digariskan dalam Islam. Dengan ini, para pelanggan boleh tampil moden bersesuaian mengikut peredaran masa dan pada masa yang sama, mengamalkan gaya muslimah yang solehah.

Pakaian Muslimah Moden Dan Terkini Di Butik BySerra

lubuk pakaian muslimah murah di putrajaya

Bagi peminat fesyen muslimah, nama Byserra sudah pasti tidak asing bagi anda. Tawaran koleksi busana Melayu terkini dan trendy, Butik Byserra yang terletak di Malakat Mall, Cyberjaya memberi peluang kepada penggemar butik dalam talian untuk mencuba koleksi terki­ni yang ingin dibeli mereka tanpa sebarang keraguan.

butik pakaian ibu mengandung berfesyen

Butik Byserra menyasarkan pelbagai keperluan fesyen sama ada baju kurung moden, jubah, telekung dan pakaian casual, sedondon ibu dan anak. Tidak lupa juga, koleksi tudung beraneka seperti satin, chiffon, chiffon voille, cotton, tudung sarung, shawl, bawal square. Koleksi lelaki Byserra pula dilengkapi dengan jubah dan kurta sedondon ayah dan anak. Menariknya lagi, rekaan fesyen pakaian yang disediakan di Butik Byserra tidak terlalu keterlaluan dan masih mengutamakan ciri kesopanan adab pakaian timur.

Koleksi Fesyen Wanita BySerra Moden Dan Bermuslimah

koleksi pilihan ramai wanita muslimah

Koleksi wanita adalah antara koleksi pakaian menarik dan unik yang boleh didapati di Butik Byserra. Dengan Byserra, kaum wanita boleh mencari padanan baju bersesuaian, ringkas, santai, mudah diurus dan paling penting selari dengan trend pemakaian terkini. Banyak design memukau yang disediakan dalam koleksi busana Melayu moden wanita Byserra yang bersesuaian dengan citarasa fesyen para pelanggan. Butik Byserra terapkan sentuhan moden kontemporari dengan perincian ringkas dalam setiap helaian pakaian dalam koleksi mereka. Jika anda perhatikan, pakaian-pakaian dalam koleksi Byserra lebih menjurus kepada penampilan Melayu moden yang anggun dan elegan.

Pilihan Saiz Baju Untuk Semua

Kebanyakan butik pakaian kebiasaannya hanya mempunyai pilihan saiz baju yang terhad. Seringkali, koleksi pakaian butik sebegini hanya menawarkan saiz baju dari S sehingga ke L, paling maksimum. Butik Byserra sebaliknya, memastikan semua pelanggannya dapat mengidami dan bergaya fesyen Melayu moden dan terkini. Pilihan saiz yang banyak merupakan antara tarikan dan sebab mengapa butik Byserra boleh dikategorikan sebagai pembekal pakaian muslimah terbaik di Putrajaya.

baju plus size muslimah putrajaya

 

Sekiranya anda berbadan gempal atau plus size, kini anda juga berpeluang untuk tampil bergaya dan sudah semestinya anda akan terpesona dengan pilihan baju yang dipamerkan di butik Byserra. Bukan itu sahaja, malah wanita-wanita yang hamil juga boleh membeli-belah untuk baju raya mahupun baju kasual untuk dipergayakan. Seperti berikut merupakan koleksi eksklusif untuk bakal ibu, Byserra berupaya membekalkan anda, bagi yang plus size dan kaum wanita hamil yang sukar untuk dapatkan baju berfesyen yang sesuai dengan citarasa fesyen anda.

baju plus size muslimah murah

Misalnya, koleksi baju kurung sheera Byserra sesuai dipakai oleh semua kaum wanita. Sama ada si dara, wanita hamil mahupun yang plus size. Secocok untuk semua jenis saiz badan. Menarik, bukan? Jika anda nak tahu, baju kurung sheera koleksi eksklusif Byserra ini boleh didapati dalam enam saiz yang berbeza, termasuklah XS, S, M, L, XL, dan XXL. Yang menariknya, ada sesetengah butik yang mengecas harga yang berbeza untuk saiz baju yang berlainan tetapi di butik Byserra anda boleh membeli kesemuanya hanya dalam satu harga. Selain daripada warna yang dipamerkan dalam gambar, baju kurung sheera khas keluaran daripada Byserra boleh didapati dalam tiga lagi warna yang berlainan iaitu green sage, caramel brown dan flamingo pink.

Material Berkualiti Tinggi Untuk Bergaya Bersama BySerra

Pilihan jenis fabrik dalam penghasilan baju muslimah merupakan perkara terpenting yang harus diutamakan kerana keselesaan dan kesesuaian pakaian harus dijamin untuk pemakai. Dalam hal ini, Byserra amat mementingkan kualiti material dalam menghasilkan dan membekalkan keluaran kain yang bermutu, berkualiti tinggi dan mesra pelanggan. Kebanyakan pakaian keluaran Byserra dijahit dan disediakan untuk ‘ready to wear’ kepada para pelanggan dengan menggunakan fabrik atau material kain seperti jenis fabrik crepe, silk crepe, kapas, satin dan lain-lain.

koleksi ibu mengandung ayu

Jom tengok antara koleksi busana yang dijual di Butik Byserra. Cuci mata anda dengan design dan reka bentuk pakaian yang dipamerkan, mana tahu anda jatuh hati pula!

1. Kebaya Pendek Melur

koleksi kebaya murah putrajaya

Kebaya Pendek Melur antara koleksi busana menarik yang ditawarkan kepada pelanggan Byserra. Diperbuat daripada material kain yang berjenis silk crepe printed, pakaian ini merupakan kegemaran ramai yang mengunjung ke butik kerana adanya kombinasi variasi warna kebaya dalam tona-tona yang terang seperti merah, ungu dan peach. Untuk yang gemar warna yang terang dan ceria, busana ini amat sesuai untuk dipergayakan. Fabrik crepe ini bersifat jatuh. Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas. Disebabkan sifat fabrik ini nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu. Jadi, ia mudah dijaga dan tidak berkedut.

2. Kebaya Songket Tun Teja

koleksi kebaya songket

Design songket memang menarik untuk dilihat. Lagi-lagi, Kebaya Songket Tun Teja ini memang selesa untuk dipakai. Kebaya Songket Tun Teja Byserra merupakan antara fesyen pakaian yang dicari-cari ramai menjelang hari raya. Kepada yang gemarkan, gaya moden klasik yang sungguh manis tak jemu mata memandang, di sini Byserra memperkenalkan Kebaya Songket Tun Teja. Yang menariknya, kebaya Tun Teja merupakan gabungan material dari songket tenun dan satin silk exclusive, yang mana cutting kebayanya dibuat loose, tidak terlalu ketat atau terlalu longgar sesuai dengan kebanyakan bentuk badan wanita.

3. Blouse Alice Glitter

blouse alice gitter

Blouse Alice Glitter ini merupakan potongan fesyen muslimah evergreen muslimah yang dapat dipakai secara kasual dan masih tampak moden dan bergaya. Material kainnya jenis satin mix glitter yang berciri licin, mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Permukaannya yang mengkilap, digunakan membuat gaun labuh, jubah, blouse, kemeja, lingerie dan baju pengantin.
Selain itu, warna pada kain untuk jenis fabrik ini akan kelihatan sangat mewah dan pemakai pasti berasa puas dengan material tersebut. Untuk makluman pelanggan, blaus Alice Glitter boleh didapati dalam beberapa warna yang berlainan seperti blue navy, hijau epal, merah susu, putih, hitam dan juga nude seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Cool, tak?

4. Blouse Satin Aleeya

koleksi baju satin blouse

Untuk gaya kasual muslimah, fabrik satin Byserra boleh menjadi pilihan utama anda sekiranya anda inginkan blaus senang dijaga dan tahan lama serta yang memberikan keselesaan kepada kulit ketika memakai. Blouse Satin Aleeya boleh dibeli bersama aksesori ‘pearl hotfix’ dan juga terdapat dalam enam variasi warna yang berlainan. Dengan pilihan warna yang banyak, para pelanggan Byserra boleh memilih warna yang bersesuaian dengan citarasa mereka tersendiri. Potongan evergreen blaus Aleeya ini dilengkapi zip dengan kain berlapis di depan untuk mengelakkan baju ternampak jarang untuk pemakai, di samping mengekalkan panduan syarak Islam.

Jom Lihat Testimoni Pelanggan BySerra!

Pelanggan – pelanggan butik Byserra telah meninggalkan pelbagai testimoni yang menunjukkan mereka amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan juga produk yang dijual oleh mereka. Anda boleh melihat testimoni dan juga review yang ditinggalkan oleh para pelanggan butik Byserra seperti berikut;

pelanggan byserra yang menyokong

Ramai pelanggan yang menggemari design dari butik Byserra ini. Anda juga pasti akan jatuh hati dengan design mereka.

rambang mata memilih baju di byserra malakat mall

“Wah banyak betul pilihan, plus size pun ada, rambang mata tengok!”
“Woww…nampak class sangat lah butik ni..excitednya”.

tersenyum apabila dapat koleksi

“Wah..ada potongan harga la..nk kena walk in ni”
“Banyaknya design lawa-lawa..tak sabar nak grab diskaun lebih 30% ni”

Sememangnya boleh dilihat yang kebahagiaan terus memekar di wajah-wajah para pelanggan Byserra yang berpuas hati dengan pembelian mereka. Pasti anda pun akan berpuas hati dan gembira apabila berkunjung ke Butik Byserra.

Tunggu Apa Lagi? Jom Segera Ke BySerra!

datang ke butik byserra malakat mall atau beli online

Anda dijemput untuk berkunjung ke Butik Byserra ini yang terletak di Level 2, Malakat Mall, Cyberjaya, Selangor. Anda boleh mencuba pelbagai koleksi pakaian muslimah yang ada di sana. Untuk anda yang gemar akan pakaian bercorakkan kontemporari dan moden, butik Byserra ini adalah pilihan yang bagus untuk membuat shopping anda.

Anda juga boleh membuat pembelian secara atas talian, dengan berhubung melalui Whatsapp di https://www.wasap.my/+0194491676/BySerra . Dapatkan maklumat mengenai pelbagai promosi menarik menerusi Facebook dan Instagram butik Byserra.

Tampil Bergaya Walaupun Mengenakan Busana Muslimah Patuh Syariah?

Dapatkan Koleksi Menarik Di Butik BySerra SEKARANG

Butik BySerra

Koleksi Muslimah Moden Kontemporari

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Butik Byserra, level 2, MALAKAT MALL. Cyberjaya

   
Tampil Bergaya Walaupun Mengenakan Busana Muslimah Patuh Syariah?

Dapatkan Koleksi Menarik Di Butik BySerra SEKARANG

Call Whatsapp Layari Website

Tampil Bergaya Walaupun Mengenakan Busana Muslimah Patuh Syariah?

Dapatkan Koleksi Menarik Di Butik BySerra SEKARANG