Review
Sep 26, 2017, 3:23pm

Pajak Kereta Dengan Anggun Car Rental


Apa nak buat kalau ada kereta tambahan di rumah yang tak digunakan. Lebih-lebih lagi kalau kereta tersebut kereta baru tak lebih umur setahun. Dulu beli baru sebab masa itu masih bujang. Sekarang dah berdua, tempat kerja pula dalam perjalanan yang sama. Ataupun sebab lain kereta tak guna sebab syarikat tempat kerja memberikan sebuah kereta. Apa-apapun sebabnya, pinjaman kereta tetap berjalan tidak kira anda guna atau tidak kereta tersebut.

kereta-sewa-pajak

Nak jual kereta, tak berbaloi sebab harga jual tak dapat nak menampung pinjaman. Apatah lagi mencari orang yang sanggup sambung bayar. Bukannya senang Jika diikutkan, sebenarnya sambung bayar pinjaman tidak dibernarkan dan nama peminjam tidak boleh ditukar. Risiko besar jika dilepaskan kepada orang yang tak dikenali. Jadi, apa pilihan yang ada?

Jana Pendapatan Tambahan Dengan Pajak Kereta

Satu alternatif yang boleh diambil adalah memajakkan kereta tersebut. Bukan sahaja kereta anda dijaga dan diservis oleh syarikat kereta sewa, malah anda menjana pendapatan tambahan dari pajakan tersebut. Pajakan kereta adalah satu program dimana anda boleh menyerahkan kereta milik anda kepada syarikat kereta sewa untuk disewakan semula. Sebagai balasan, pihak syarikat akan memberi anda pendapatan tetap dalam bentuk royalti tetap setiap bulan mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.

jana-pendapatan-dengan-kereta-sewa

Syarikat akan menguruskan kereta milik anda dalam perniagaan kereta sewa. Hasil keuntungan setiap bulan akan dibahagi mengikut syarat yang dipersetujui. Setelah tamat tempoh perjanjian (biasanya 5 tahun), anda boleh mengambil balik kereta  atau syarikat akan jual kereta tersebut dan hasilnya sepenuhnya milik tuan puan.

mangsa-sindiket-pajak-kereta

Bunyinya menarik, tetapi jangan terlampau gembira terlebih dahulu dan bertindak melulu mencari syarikat yang menawarkan program pajak, mengimpikan pendapatan bulanan. Fahamilah dahulu bagaimana program pajak kereta berlangsung, apa syaratnya, apa kelebihan dan kekurangan. Fahamilah juga apa risiko yang bakal anda hadapi kerana baru-baru ini, terdapat sebuah syarikat sewa kereta yang menawarkan program pajak kenderaan, menghadapi masalah membayar royalti yang sepatutnya diterima oleh pemilik kenderaan.

Kelebihan Pajak Kereta Dengan Syarikat Berpengalaman

Banyak kelebihan memajak kereta bergantung dengan syarikat yang anda pajak. Pastikan anda mencari syarikat berpengalaman dan yang berkredibiliti. Apabila anda memajak kereta dengan mana-mana syarikat, biasanya anda dianggap sebagai rakan niaga atau pelabur. Kelebihan utamanya adalah anda tak perlu bersusah-payah mencari penyewa kerana syarikat akan uruskan dari A hingga Z. Termasuk juga menguruskan bayaran pinjaman kenderaan sehinggalah menukar minyak hitam.

tips-menyewakan-kereta

Syarikat yang berpengalaman akan memastikan kenderaan anda selamat dan dalam keadaan yang baik. Selain dari membersihkan kenderaan dan penyelengaraan berkala, biasanya kereta akan dipasangkan dengan GPS untuk mengesan kedudukan kereta setiap kali disewakan. Andai belaku kejadian yang tidak diingini, kereta anda dapat dikesan dan cari. Meskipun, syarikat akan memastikan penyewa ditapis dan terpilih. Jika penyewa sebelum ini penyewa yang bermasalah, syarikat akan senarai hitam individu tersebut.

perniagaan-kereta-sewa

Selain dari menerima pendapatan secara bulanan dari hasil sewaan, anda tidak perlu memikirkan pinjaman kereta. Biasanya, syarikat akan membantu menjelaskan bayaran bulanan sepanjang tempoh kontrak yang biasanya berlangsung selama 5 tahun. Selepas 5 tahun, ada boleh memilih sama ada untuk menjual atau mengambil kembali. Biasanya syarikat akan bantu jual dan hasil jualan adalah milik anda sepenuhnya.

Proses Pajak Kereta Dengan Syarikat Berpengalaman.

Terlebih dahulu anda perlu menghubungi syarikat yang menawarkan program Pajak kereta. Sebagai contoh, Anggun Car Rental, Kadar Pajak Tertinggi Di Malaysia. Sebelum apa-apa persetujuan dicapai, satu sesi perbincangan diadakan terlebih dahulu untuk memberi gambaran sebenar disamping penerangan konsep pajak dan pengurusan risiko supaya tidak berlaku salah faham dan ketidak-puashatian.

anggun-car-rental-penyedia-khidmat-sewa-pajak

Apabila semuanya jelas, rundingan bentuk pakej pajakan akan diadakan. Bergantung kepada status kereta anda dan pakej ditawarkan, biasanya terdapat 3 jenis pakej, Sewa Beli, Sambung Bayar, Perkongsian. Tidak semestinya anda perlu ada kereta untuk menyertai program pajak. Anda boleh ambil pakej Perkongsian dimana Syarikat akan bayar muka dan anda mengambil pinjaman kenderaan.

persetujuan-dalam-sewa-kereta

Setelah dipersetujui perjanjian dan pakej program pajak kereta yang sesuai, proses seterusnya adalah melengkapkan dokumentasi penting seperti cukai jalan, insurans dan lain-lain tindakan penting yang perlu diselesaikan termasuk juga penyerahan kenderaan sebelum menandatangni perjanjian.

Apabila tempoh pajakan hampir tamat, Syarikat sewa kereta akan memaklumkan kepada pemilik tindakan seterusnya. Pemilik diberikan pilihan untuk mengambil kereta atau menjualnya. Ada juga pilihan untuk melanjutkan pajakan jika kenderaan masih dalam keadaan baik. Begitulah prosesnya pajak kereta secara ringkasnya.

Syarat-syarat Pajak Kereta Dengan Syarikat Berpengalaman

syarat-pemajakan-kereta-sewa pajak kereta

Antara syarat-syarat yang biasa dikenakan sebelum Syarikat bersetuju untuk mengambil kereta anda dipajak adalah kereta hendaklah baru tidak lebih dari satu tahun dan dalam keadaan yang sangat baik. Biasanya mekanik syarikat akan membuat pemeriksaan bagi memastikan kereta dalam keadaan yang memuaskan.

Bagaimana jika anda tidak ada kereta tetapi berminat untuk pajak? Jangan risau kerana anda boleh mendapatkan kereta melalui beberapa kaedah yang lain antaranya adalah melalui pinjaman, kereta sambung bayar, pembelian tunai atau melalui syarikat.

pajak kereta permintaan-jenis-kereta-sewa

Syarat pajak kereta sewa juga bergantung kepada permintaan dan penyewa. Jika kereta anda bukan kereta yang diperlukan, berkemungkinan besar permintaan anda akan ditolak.Seterusnya, syarat pajak kereta sewa adalah tempoh pajakan yang biasanya mengambil masa 5 tahun. Bergantung juga kepada keadaan kereta dan persetujuan dalam surat perjanjian. Anda perlu faham akan risiko-risiko yang mungkin ada, walaubagaimanapun, syarikat yang berpengalaman akan memastikan tidak membebankan dan pada masa yang sama mengurus risiko sebaik mungkin.

Syarikat Pajak Kereta Berpengalaman Dengan Anggun Car Rental

Anggun Car Rental adalah syarikat kereta sewa yang telah ditubuhkan pada tahun 2013. Syarikat ini merupakan syarikat kereta sewa milik persendirian terbesar di Malaysia dengan menawarkan kereta yang baru dengan harga yang kompetitif kepada pelanggan.

pajak kereta syarikat-sewa-pajak-kereta

Syarikat yang telah 4 tahun beroperasi ini sedang mencari pelabur yang berminat untuk berkongsi keuntungan melalui pajakan kereta. Jika anda merancang untuk menjana pendapatan melalui kereta pajak, Anggun Car Rental adalah syarikat yang perlu anda lawati untuk menjadi rakan kongsi. Ini kerana Anggun Car Rental sedang mencari kereta-kereta yang berpotensi untuk menampung permintaan dari pelanggan.

pajak kereta kereta-bmw

Antara kereta-kereta yang menjadi pilihan adalah Toyota Alphard, Honda CRV, Starex Turbo, Volkswagen Polo, Toyota Hilux, Ford Ranger, Mercedes dan lain-lain lagi kenderaan mewah termasuk juga Honda City, BMW dan Honda Accord.

Bagaimana Untuk Pajak Kereta Dengan Anggun Car Rental?

Sebelum sebarang surat perjanjian di tanda tangani dan di persetujui, anda perlu mempunyai kenderaan dalam keadaan terbaik, bertransmisi auto dan berumur tidak lebih dari setahun (atas budi bicara).

pajak kereta cara-pajakan-kereta

Jika anda dapat memenuhi 3 perkara asas diatas, syarikat dengan sukacitanya menawarkan faedah yang seperti berikut:

  • Tanggungan Installment bulanan
  • Tanggungan baik pulih dan penjagaan kenderaan
  • Tanggungan Service bulanan
  • Tanggungan Road Tax & Insurance
  • Kemalangan
  • Tanggungan saman dari Polis, JPJ, dan PBT

pajak kereta pelanggan-anggun-car-rental

Pihak syarikat akan menyediakan surat perjanjian dan minimum pajakan adalah 1 tahun. Anda boleh melanjutkan tempoh pajakan jika anda berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat.

Jika anda berminat, anda boleh menghubungi Anggun Car Rental untuk membuat tempahan. Berikut adalah maklumat mereka untuk memudahkan anda.

Jom Jana Pendapatan Tambahan Dengan Pajak Kereta SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Anggun Car Rental Jalan Wangsa Niaga, Wangsa Biz Avenue Off Jalan 34/26, 53300 Kuala Lumpur , Malaysia

   
Jom Jana Pendapatan Tambahan Dengan Pajak Kereta SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Jana Pendapatan Tambahan Dengan Pajak Kereta SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: