Umum
Jul 11, 2012, 10:43pm

Nuffnang Blogpolis 2012 bersama Denaihati


  •  
  •  
  •  
  •  

Hidupkan Untuk Memberi memang kena sesangat dengan Tagline Denaihati. Pada hari ini Blogger Malaysia Denaihati tampil untuk memberi tiket Nuffnang Blogopolis 2012 dan juga penginapan di Hotel Concorde, KL 3H2M beserta dengan Buku bertajuk “Keajaiban Rezeki” kepada Rakan Blogger Malaysia. SubhanaAllah sangat hebatkan hadiah yang diberikan.

nuffnang-blogopolis-2012

Apa itu Nuffnang Blogopolis 2012 ? Nuffnang Blogopolis 2012 ini merupakan perjumpaan antara blogger-blogger malaysia anjuran Nuffnang Malaysia. Korang cuba bayangkan Berapa banyak blogger di bawah Nuffnang ? Kiranya memang event besar lah. Tujuan Nuffnang Blogopolis ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu bagaimana untuk menjadi blogger yang berjaya di malaysia seperti Denaihati.

PH Mahu Tiket Nuffnang Blogopolis

PH mula follow Blog Denaihati sejak contest Hidup Berani Untuk Gagal sehinggalah pada hari ini. Pada dulunya, Denaihati hanyalah sekadar Denai dan hati dan kini Denaihati telah maju dan mempunyai Network yang besar sehinggalah tertubuhnya Team Denaihati.

Denaihati

PH mengenali saudara Denaihati hanyalah daripada penulisan dan besarlah harapan PH untuk mengenali saudara Bro Denaihati daripada penulisan sehinggalah kepada dunia realiti. Jika PH berjaya menang Tiket Nuffnang Blogopolis bersama denaihati, PH mahu bertanya bagaimana yang dulunya denaihati tidak dikenali sehinggalah berjaya pada hari ini iaitu mampu mencipta Rakan Setia Denaihati Network sebanyak 58,439.

PH mahu tiket nuffnang blogpolis juga kerana hampir 2 tahun lebih PH berblog dan tiada lagi sifu-sifu yang sudi berkongsi bagaimana untuk Menjadi Blogger Berjaya dan mampu Buat Duit Dengan Blog.

Nuffnang Blogopolis

Sekiranya Encik Amir Hassan memberi peluang kepada PH Menang Tiket Nuffnang Blogopolis bersama Denaihati ini seperti Encik Amir Hassan membuka pintu kepada PH untuk melangkah lebih jauh dalam Arena Blogging. Aku Seorang Blogger Yang Mahu Menjadi Blogger Berjaya ! memberi manfaat kepada pembaca dan mahu menjana duit daripada berblog.

Maklumat Mengenai Nuffnang Blogopolis

Date: 14 July 2012 (Saturday) Time: 8.00am – 7.00pm Venue: Ballroom, Concorde Hotel Kuala Lumpur

Maklumat lanjut mengenai Nuffnang Blogopolis boleh melayari di  http://blog.nuffnang.com.my/2012/06/27/countdown-to-blogopolis-2012/

ProfHariz : Ada rezeki tak kemana kan? Kita hanya berusaha tuhan yang menentukan.