Review
Feb 6, 2018, 3:40pm

Novel Terbaru Dan Terlaris 2018/2019 Yang Anda Wajib Miliki


Membaca jambatan emas.  Itulah ungkapan yang sesuai diungkapkan kepada anda yang sering menjadikan amalan membaca sebagai satu transformasi diri untuk menambah ilmu.  Bagi peminat novel cinta pula, membaca meluaskan imaginasi anda dan merupakan sebuah langkah untuk menuju perubahan yang besar.  Bahkan apa sahaja bahan bacaan yang anda baca, tidak kiralah fiksyen atau bukan fiksyen, ia adalah jambatan ilmu dan gerbang dunia.

Novel Terbaru Dan Terlaris 2018

Adakah anda peminat novel cinta yang sedang menanti keluaran novel terbaru yang menarik dan menyayat hati?  Novel-novel Malaysia sentiasa bertambah dari masa ke semasa dek kerana terlalu banyak penulis menghasilkan karya-karya yang menarik dan menambat hati pembaca.  Sebagai peminat novel yang tegar, sudah tentu anda membeli novel di tempat-tempat kegemaran anda dan mungkin juga anda membaca secara online di internet.  Tetapi, tahukah anda tentang perkembangan semasa novel yang terlaris dijual dan yang baru diterbitkan?  Apakah novel terbaru dan terlaris pada tahun 2018 dan 2019 ini? Sudahkah anda memilikinya?

Novel Terbaru dan Terlaris Dari Review

“Bagaimanakah untuk memilih novel yang menarik dan terlaris?”

memilih novel terbaik 2018

Tahukah anda, untuk memilih novel yang benar-benar menarik adalah dari segi reviewnya. Kita boleh membaca dan melihat bagaimana tindak balas pembaca lain terhadap sesuatu novel.  Dan dari situlah kita boleh tahu novel itu berkualiti dan menarik atau tidak.  Tidak semestinya best seller adalah yang terbaik.  Ada orang yang sukakan cerita novel karya seperti zaman klasik, ada juga suka yang zaman moden, cerita orang kaya dan sebagainya.  Semuanya tergantung kepada isi kandungan sesebuah novel itu.  Jadi, kepuasan pembaca akan diberikan dalam bentuk review kepada novel tersebut.

Novel Karya Hananee Amir

Nama yang tidak terkecuali dalam bidang penulisan dan nama yang indah ini dimiliki oleh seorang wanita yang digelar Hananee Amir. Hananee Amir merupakan seorang novelis yang sangat berbakat dalam menghasilkan novel umum. Novelis yang telah berumah tangga ini sangat idealistik dan imaginasi dalam menghasilkan karya novel yang mampu menarik anda ke alam fantasi dan realiti kisah hidup masyarakat.

novel-terbaik-hananee-amir

Hananee Amir sangat aktif dalam berkarya dan sentiasa mendapat sambutan peminatnya dengan kisah novelnya yang terdapat adegan aksi-aksi mencuit hati para pembaca.  Inspirasi hidup bersama orang yang tersayang menjadi pembakar semangat Hananee Amir untuk terus berjaya dalam bidang penulisan.  Nama Hananee Amir sangat terkenal dengan novelnya iaitu Kifarah Cinta dan Jambatan Kasih.  Novel keluaran terbaru dan terlaris hasil karya Hananee Amir pula adalah Novel Mana Pelamin Qausar,  Jangan Lupa Namaku dan Lukis di Langit Kita.  Wah, dengar tajuk pun seronok.  Tak sabar nak tahu bagaimana kisah novel beliau kan.  Wanita berusia 37 tahun ini giat menulis karya-karya novel umum dan juga menulis karya di alam maya.

Sinopsis Novel Hananee Amir

Bagi anda yang tidak sabar-sabar mengetahui mengenai novel-novel terbaru dan terlaris ini menyeronokkan atau tidak, sudah tentu novel-novel ini sangat best dan menyeronokkan.  Kalau tidak, bagaimana boleh terlaris laku? Malah, anda juga boleh dapatkan novel-novel ini dikedai buku, kinokuniya dan lain-lain lagi.  Anda juga boleh membaca sinopsis dan jalan cerita secara online di laman muka buku Lubook Luvers.  Ia dihasilkan khas bagi mereka yang berminat mengikuti kisah-kisah novel penulis ini secara online. Jom kita terjah sinopsis atau kisah pendek ketiga-tiga buah novel yang terbaru dan terlaris ini!

Sinopsis – Jangan Lupa Namaku

Aiman…

Dia melepaskan Amira atas permintaan Amira sendiri. Hatinya tak pernah merelakannya, namun dek ‘kata orang’ punya angkara, dia akur. Dia setia menanti Amira. Harapannya, Amira akan sedar yang mereka diciptakan untuk bersama. 

Amira…

Perpisahan bukanlah pilihan terbaik untuknya. Dia merana namun untuk berpatah balik, dia tiada kekuatan untuk menghadapi pertanyaan orang tentang anak. Walaupun orang di sekelilingnya tak henti memujuknya kembali kepada Aiman, namun dia tetap di situ. Dia takut ‘kata orang’ akan terus menghantuinya. Anak, anak dan anak! 

Aiman dan Amira tabah mengharungi kehidupan mereka sendiri-sendiri. Namun kemunculan Camelia, Johan dan Nazrul memberi rencah yang kadangkala pahit, manis, pedas dan tawar dalam kehidupan mereka. Mungkinkah jodoh mereka ternoktah di situ? Atau ada cerita lagi di sebaliknya?

novel jangan lupa namaku penulis hananee amir

Sedihnya baca sinopsis kisah Jangan Lupa Namaku ini.  Baru baca sinopsis sahaja, belum lagi baca kesemuanya.  Banyak ranjau duri yang harus ditempuh oleh kedua watak utama novel dan watak sampingan kisah ini.  Jangan Lupa Namaku mengisahkan tentang Amira dan Amir yang telah bercerai kerana kata-kata orang mengenai rezeki anak.  Walaupun telah bercerai, Amir tetap mencintai Amira dan mengharapnya kembali.  Namun, pelbagai rencana dan dugaan perlu mereka lalui.  Apakah pengorbanan dan dugaan mereka? Apakah pengakhiran kisah ini? Inilah yang anda wajib baca!

Sinopsis – Mana Pelamin Qausar

Bertahun sudah berlalu, namun peristiwa pahit antara Qausar dan Raihana tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

“Kalau aku jadi Raihana… aku tampar kau balik macam mana kau tampar dia dulu.”

Akibat daripada sikapnya yang kurang waras ketika itu menyebabkan Qausar kehilangan Raihana. Gadis itu akhirnya memilih orang lain

Lama selepas itu, Mejar Qausar bertemu kembali dengan Raihana dalam pertemuan yang tidak disangka. Kasihnya pada Raihana tidak pernah mati. Qausar kembali menagih cinta daripada Raihana walaupun beberapa kali cintanya ditolak. Namun saat Raihana mula membuka hatinya buat Qausar, lelaki itu tiba-tiba berubah fikiran. Dia mahu Raihana pergi jauh-jauh daripada dirinya.

Mengapakah Qausar berubah hati secara mendadak? Dapatkah cinta mereka bersatu semula?

novel mana pelamin qausar hananee amir

Novel Hananee Amir kali ini mengisahkan tentang si pilot dengan gaya jenaka yang sinis. Kisah novel ini merupakan cinta pertama yang tidak pernah dapat dilupakan. Sebuah cerita yang pastinya akan mengingatkan kita pada kisah lalu.  Anda yang mempunyai kenangan cinta pertama pastinya akan mengimbas kembali kenangan lama walaupun berbeza dengan kisah ini.  Namun, kisah ini sangat menarik dan mendapat perhatian ramai peminat novel.   Novel terbitan Jemari Seni Sdn Bhd ini merupakan karya ketiga dari Hananee Amir dan telah berada di pasaran.  Anda boleh dapatkan dengan segera sebelum habis stok! Maklumlah novel ini sangat terlaris dan menjadi buruan ramai pihak.

Sinopsis – Lukis Dilangit Kita

Ikram terperangkap dalam kenangan arwah mama dan papanya. Kafe tua yang diwarisinya itu tidak mendatangkan keuntungan. Kedegilannya untuk mempertahankan kafe itu sebenarnya membawa pelbagai cerita lain pula.

Mujur ada Saiful, si sahabat baik yang tidak lelah berdiri di belakang Ikram saat ramai yang memandang serong tindakan Ikram mempertahankan kafe penuh kenangan itu.

Kafe itu juga saksi hubungan Ikram dan jirannya, Umairah, kian rapat setelah sekian lama Umairah membencinya tanpa sebab yang kukuh. Itu pun setelah Ikram menjadi si ‘tukang pujuk’ apabila umi, ibu Umairah diserang strok.

Kehadiran seorang wanita misteri berkebaya putih yang sering ke kafe tua Ikram itu menyebabkan Ikram menjadi hairan. Tiada siapa yang sanggup datang ke kafe tidak laku itu sekerap wanita itu.

Kemunculan semula kedua-dua bekas kekasih Ikram, Ratna dan Husna membuatkan ada yang cemburu. Siapakah dia? Dapatkah juga Ikram terus mempertahankan kafe cintanya itu?

Manusia itu kosong tanpa cinta. Manusia yang hidup dengan cinta dan manusia yang hidup tanpa cinta ada bezanya.

novel lukis dilangit kita hananee amir

Novel yang menceritakan tentang nilai kemasyarakatan dan kisah cinta ini sesuai dibaca oleh pelbagai lapisan umur.  Hasil karya yang penuh dengan inspirasi cita dan cinta ini sangat bagus untuk tatapan awam.  Walaupun begitu, kisah ini sangat menarik dan terhibur.  Ianya penuh dengan suspen, kejutan dan pengetahuan tentang pelbagai perkara.  

Kisah novel hasil karya Hananee Amir ini sangat sesuai dibaca oleh penggemar novel kerana ianya benar-benar menusuk hati anda serta menjadikan anda seorang yang berpendirian teguh dan berkeyakinan diri dalam mengharungi kehidupan anda dengan cita dan cinta.  Selain dihasilkan berdasarkan perjalanan kisah mengikut logik akal, ia juga menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat, keluarga dan juga percintaan dua insan.  

Apa Kata Mereka?

Bagi mereka yang amat gemar membaca novel dan telah meluangkan masa dengan hobi mereka kali ini bersama Novel karya Hananee Amir, mereka sangat terhibur dan emosi dalam meletakkan jiwa mereka sebagai watak dan penonton. Novel karya Hananee Amir ini sangat menyentuh perasaan semua pembaca dan pengikutnya. Hebatnya kisah ini! Untuk pengetahuan anda, bukan sahaja pembaca dari Malaysia, malah pembaca dari Brunei Darussalam juga mengikuti kisah novel Hananee Amir. Mungkin ramai lagi pembaca diluar sana yang mengikuti kisah Hananee Amir yang sangat menarik ini.

review novel jangan lupa namaku

Review novel Jangan Lupa Namaku

review novel lukis di langit kita

Review novel Lukis di Langit Kita

Jom dapatkan Novel Karya Hananee Amir Sekarang!

 

Jom Dapatkan Novel Karya Hananee Amir SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Dapatkan Novel Karya Hananee Amir SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Dapatkan Novel Karya Hananee Amir SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: