Umum
Aug 20, 2010, 8:46pm

Nikmat Berbuka 10 Ramadhan


  •  
  •  
  •  
  •  
Pinjam Google
Alhamdullilah. Segala pujian kehadrat illahi.. Berjaya juga Hariz menghabiskan 10 Ramadhan iaitu berpuasa.. Bagaimana pula korang? Sudah ada yang ponteng? Tak Mo! Tak Mo! Tak Mo! Ponteng kalau tak ada MC dari Allah. Hariz sebenarnya nak berkongsi dengan korang tadi pukul 7.30PM Hariz berbuka puasa di Dataran Ikan Bakar. Haa. Kalau yang tak tahu buat-buat je tahu. Menu yang Hariz berbuka Ikan Siakap Bakar. Haa macam gambar kat atas tu. Ya Allah punyalah sedap.. Manis ikan tu. Eeee tak tau nak cakap macam mana. Hariz kongsi seekor ikan bakar tu dengan adik Hariz namanya Rafiq. Berat sekor ikan tu hampir 2KG jugak tadi. Besar kan?
Pinjam Google Jugak
Nampak tak gambar atas ini apa?
Ini namanya Udang masak sweet sour..
Hehehe. Masa berbuka tadi pun udang ni ada taw. Besar-besar semua
Almaklumlah namapun Udang besar kan?
Dan kalo korang nak tahu. Udang nie pun fresh. Manis rasa. Bukan manis kerana gula.
Tapi manis kerana fresh iaitu segar.. Ala macam korang tidur 8jam bangun pagi-pagi tu..
Pinjam Google Lagi
Dah makan Ikan bakar dengan Udang Besar tu.
Tambah lagi dengan Satay Daging dan Ayam.
SubhanaAllah melantak betul Hariz hari ini kan berbuka?
Sedap jugak satay ini..
Hariz suka makan satay daging kalau nak dibandingkan dengan Ayam..
Ini adalah makanan yang tak disentuh oleh Hariz. Sebab tak bape suka sangat kerang bakar ni.
Dah ada ikan dengan udang jadi. Kerang tak sentuh langsung.
Hehehe inilah menu berbuka Hariz bersama Family. Tapi sayang My twins tak ikut sebab dia Kerja.
Terima kasih kepada Pak Cik yang sudi berlanja kami makan.. Kalo korang semua nak tahu
sepanjang bulan Ramadhan ini dah 2 kali berbuka kat luar. Pertama dengan Cik Lyaa dan kali ini dengan Family.
Bagaimana pula dengan menu berbuka korang?
Apa-apa pun bagi orang berpuasa ada 2 kenikmatan iaitu
Nikmat ketika berbuka dan Nikmat bertemu Allah kelak..
PH : Alhamdullilah.. Terima Kasih Untuk Rezeki Ini.