Review
Dec 17, 2017, 12:18pm

Nicky & Bell, Pembekal Kain Batik Cotton Yang Tebal, Sejuk dan Lembut


  •  
  •  
  •  
  •  

Kain bercorak batik adalah salah satu identiti masyarakat Melayu, malah ia juga menjadi lambang negara Malaysia. Negeri Terengganu adalah negeri yang terkenal dengan penghasilan kain bercorak batik secara besar-besaran. Saya berasa bangga sungguh bila melihat kejayaan demi kejayaan yang dilakarkan oleh pengusaha batik di semua peringkat sehingga ke peringkat antarabangsa. Bagi yang belum tahu, batik kita telah diimport ke luar negara. Bayangkanlah betapa besarnya hati ini di saat melihat Mat Saleh memakai batik dari Malaysia. Patut pun ramai pelancong dari luar negara memilih kain batik untuk dibawa pulang ke kampung halaman mereka sebagai cenderamata.

kain-corak-batik-identiti-malaysia

Selain untuk kegunaan sendiri, kain batik juga biasanya dijadikan hadiah untuk mereka yang tersayang. Biasanya, kain batik dibalut cantik dan dihadiahkan kepada pengantin yang baru berkahwin. Buat mereka yang bercuti di Terengganu, mereka pastinya mencari kain batik untuk dihadiahkan buat ahli keluarga yang menunggu di rumah. Pasti orang di rumah merasa gembira dengan hadiah kain batik yang sangat cantik. Terus tak sabar untuk dijadikan baju kurung atau kurung moden. Yelah, kain batikkan nampak elegan dan sesuai untuk pelbagai acara dan majlis keramaian. Bolehlah tambah koleksi dalam almari.

Sejujurnya, saya sangat setuju dengan pekeliling yang menetapkan supaya penjawat awam memakai persalinan bercorak batik pada hari-hari tertentu ke tempat kerja. Langkah ini memberi peluang untuk orang ramai mengenakan corak batik secara beramai-ramai dan tidak berasa kekok memakainya. Melihatkan senario fesyen moden zaman sekarang, pastinya ada rasa kurang yakin apabila kita memakai batik secara berseorangan. Rasa ingin pakai itu ada, tapi tak nak nampak pelik, tak nak dipandang aneh. Bila dah ramai-ramai pakai, barulah rasa yakin dan cantik untuk mengenakan batik ke tempat kerja.

pakaian-batik-oleh-penjawat-awam

Walaupun batik boleh dikatakan semakin pupus dengan arus pemodenan, dengan langkah yang diambil ini, generasi baru masih boleh melihat ramai orang yang mengenakan kain batik dan mereka dapat mengenali warisan peninggalan nenek moyang mereka. Kalau di Johor, hari Ahad. Kalau di Kelantan, hari Khamis. Pada hari itu, kita boleh tengok banyak sangat corak batik yang tradisional dan moden. Macam mana pula di tempat awak semua?

Nicky & Bell, Pembekal Kain Batik Cotton Yang Tebal, Sejuk dan Lembut

logo-nicky-bell

Nicky & Bell adalah antara mereka yang tetap tegar dalam menghasilkan corak batik. Pelbagai inovasi dilakukan oleh mereka untuk menarik minat orang ramai untuk memakai baju bercorak batik. Buat semua penjawat awam yang inginkan bekalan kain bercorak batik dalam bentuk kain meter atau baju siap, Nicky & Bell adalah pilihan yang paling tepat. Nicky & Bell adalah sebuah perniagaan yang menjual kain batik dari Terengganu, negeri pelopor kain batik yang paling terkenal di Malaysia. Kain batik yang dijual di Nicky & Bell adalah sangat berkualiti tinggi. Mana tak nya, cotton mereka adalah 100% buatan tangan. Ya, 100% handmade.

batik-buatan-tangan-Nick-bell

Selain daripada menjual kain batik dalam meter, Nicky & Bell turut menghasilkan jubah cotton dan kemeja lelaki. 3 jenis barang jualan Nicky & Bell adalah kain batik cotton dengan pelbagai saiz iaitu 2 meter, 3 meter, 4 meter, dan 5 meter. Manakala untuk penghasilan jubah cotton, kain batik ini dijual dalam saiz 3 meter. Bagi kemeja lelaki pula, kain batik juga dijual dalam bentuk kain meter. Bagi yang ingin menjimatkan masa, jubah cotton dan kemeja lelaki yang sudah siap dijahit turut dihasilkan oleh Nicky & Bell. Pelanggan hanya perlu memilih, mencuba dan membeli sahaja, terus boleh pakai dan dibawa pulang.

Kalau kita lihat pemakaian orang ramai sekarang, ramai yang memilih batik cotton untuk dipakai sebagai pakaian harian dan pakaian untuk ke tempat kerja. Tak kurang ramai juga yang memilih batik cotton untuk menghadiri majlis-majlis formal sebab batik cotton adalah sejenis fesyen yang sesuai untuk semua keadaan termasuklah untuk masa-masa kasual. Yang paling penting, material kapas atau lebih dikenali dengan nama cotton adalah sangat selesa dipakai kerana ia tidak panas seperti material lain. Kain yang sejuk memang diperlukan tambah-tambah kalau di negara dengan iklim panas seperti di Malaysia.

Sebab Kain Batik Nicky & Bell Menjadi Pilihan Peminat Kain Batik

kenapa-perlu-memilih-batik-nick-and-bell

Nicky & Bell menjadi pilihan ramai peminat kain batik kerana materialnya cottonnya yang

  • Berkualiti tinggi. Material yang digunakan adalah material yang sejuk dan lembut. Jadi, pemakai akan berasa selesa sepanjang mamakai baju daripada kain batik mereka. Tak delah rimas berpeluh ketiak nak tunggu boleh tukar baju.
  • Mudah digosok dan tidak mudah berkedut. Material sebegini akan menjimatkan masa dan menyenangkan si pemakai. Masa untuk menggosok boleh dipendekkan supaya masa yang dijimatkan boleh digunakan untuk hal-hal lain yang lebih penting.
  • Tahan lasak. Material yang tahan lasak adalah material yang tidak mudah koyak atau meregang walaupun sudah dipakai dan dibasuh berkali-kali. Ia tidak sama dengan kain batik yang kita biasa guna yang sangat ‘fragile’ kata orang puteh.
  • Lebih berat dan tebal. Walaupun ia sejuk dan lembut, materialnya yang berat akan terletak elok pada tubuh si pemakai. Ia tidak terlalu keras dan tidak transparent macam kain jenis lain.
  • Mengikut trend terkini. Corak batik yang dihasilkan mengikut arus pemodenan dan sangat sesuai untuk dipakai semasa apa jua jenis event. Kalau nak pakai sebagai pakaian harian pun sesuai. Tak jadi masalah.

hasil-batik-tangan-yang-kreatif

Yang paling menarik, pelanggan boleh meminta untuk custom-madekan batik cotton mereka dengan  menukar warna latar kain batik mengikut keinginan masing-masing. Contohnya, kalau kita sudah berkenan dengan corak pada kain berlatar belakang biru, tapi kita lebih sukakan latar belakang pink, kita boleh terus memberitahu pihak Nicky & Bell. Mereka akan menghasilkan corak yang sama pada kain berlatar belakangkan warna yang diminta oleh para pelanggan.

Dengan pelbagai kelebihan yang terdapat pada Nicky & Bell, tidak hairanlah ramai peminat kain cotton bercorak batik memilih material cotton batik daripada mereka. Siap boleh custom made lagi. Jadi, senanglah untuk membuat baju kalau-kalau ada majlis yang perlu mengikut tema warna. Daripada media sosial rasmi mereka pula, ternyata mereka melayan pelanggan dengan baik dan professional. Mereka juga jujur dengan pelanggan jika tempahan tidak dapat disiapkan cepat. Contohnya, mereka berterus terang dengan para pelanggan yang tempahan akan disiapkan lebih lambat kerana proses pengeringan kain yang perlahan semasa musim hujan.

Jubah Cotton Menarik di Nicky & Bell

Selain baju kurung, ramai juga yang lebih suka mengenakan jubah dalam kehidupan seharian mereka untuk pergi ke majlis-majlis formal mahupun santai. Antara sebabnya mestilah untuk nampak lebih sopan dan anggun. Tak kurang juga yang lebih cenderung memilih jubah sebab sukakan keringkasannya yang memerlukan kita menyarung sekali sahaja berbanding 2-piece attire.

Jangan risau, buat peminat jubah sekalian, Nicky & Bell ada menyediakan jubah cotton bercorak batik untuk anda semua.

jenis-jubah-batik

Jubah cotton di Nicky & Bell bukanlah mengambil design yang semberono. Rekaan batik untuk jubah direka khas untuk memastikan design itu bersesuaian dengan potongan jubah. Corak batik pada jubah akan terletak elok pada bahagian hadapan, belakang dan kedua-dua belah lengan pada kain. Jangan risau. Corak yang digunakan tetap terkini dan sesuai untuk semua jenis majlis. Kalau nak buat pakai pergi jalan-jalan di shopping mall pun tetap tidak menjadi masalah.

jubah-dark-brown-cantik-dari-kain-batik

Seperti biasa, batik cotton yang ditransformasikan menjadi jubah ini adalah menggunakan material yang sejuk dan lembut dan pelanggan boleh menukar warna background kepada warna pilihan sendiri. Paling penting, ia sangat mudah untuk digosok dan tidak mudah berkedut. Jadi, pemakainya akan berasa lebih selesa dan bebas untuk bergerak tanpa risaukan material berkeronyok. Kain yang berat dan tebal pastinya akan terletak elok pada tubuh si pemakai tanpa risau akan kain yang boleh tembus pandang.

Kemeja Batik Cotton Untuk Para Lelaki

Selain kain meter, baju dan jubah wanita, Nicky & Bell juga menghasilkan kemeja batik untuk lelaki. Seperti baju kurung dan jubah, corak batik untuk kemeja juga dihasilkan khas supaya bersesuaian dengan potongan kemeja lelaki dan menepati citarasa maskulin moden para lelaki zaman sekarang.

baju-batik-lelaki-cross

Terdapat pelbagai keistimewaan pada kemeja batik cotton Nicky & Bell. Antaranya ialah

  • Design batik direka bersesuaian untuk lelaki.
  • Boleh dipadankan dengan baju wanita untuk nampak sedondon.
  • Corak akan terdapat di hadapan baju.
  • Pelanggan boleh memilih kemeja lengan panjang atau lengan pendek.
  • Material kain yang sejuk dan lembut

Seperti biasa, material yang digunakan untuk membuat kemeja juga

  • Tidak mudah berkedut dan mudah untuk diseterika
  • Kain yang berat dan tebal
baju-batik-maroon

Yang paling penting, corak yang dihasilkan adalah corak terkini yang sesuai untuk apa-apa jenis event atau sebagai pakaian harian dan warna background boleh ditukar macam yang kita nak. Jangan tak tahu, pelanggan juga boleh meminta untuk mendapatkan baju yang sepadan untuk pasangan juga. Kalau macam ni, hari-hari boleh pergi kerja atau ke majlis dengan pakaian yang sedondon.

Testimoni Pelanggan Nicky & Bell Yang Berpuas Hati

Ramai pelanggan yang telah berpuas hati dengan kain batik cotton dari Nicky & Bell. Ramai juga yang menjadi pelanggan tetap dan terus membeli persalinan batik dari mereka. Jom kita tengok apa kata para pelanggan.

testimoni-nick-bell-1 testimoni-nick-bell-2 testimoni-nick-bell-3 testimoni-nick-bell-4

Hubungi Nicky & Bell Untuk Tempahan Kain Batik Cotton Yang Tebal SEKARANG!

Untuk mereka yang berminat atau sedang mencari kain batin cotton untuk dibuat apa sahaja jenis baju, jangan tunggu-tunggu lagi. Cepat-cepat hubungi Nicky & Bell menerusi WhatsApp atau melayari Facebook dan Instagram seperti berikut:

dapatkan-kain-batik-cotton-nick-bell

NICKY & BELL | PEMBEKAL KAIN BATIK COTTON

Hubungi: Tekan untuk WhatsApp Nabila (014-5354591) Facebook: Nicky & Bell Instagram: nickybell.official Email: nickybellofficial@gmail.com

Kalau nak tengok-tengok dulu design yang ada pun boleh. Kalau dah survey awal, tak delah kalut sangat nak pilih nanti. Nicky & Bell juga ada menyediakan tempahan secara individu dan seragam tanpa ada bilangan minimum atau maksimum. Manalah tahu ada sekolah atau pejabat yang sedang mencari baju batik seragam, bolehlah tempah dengan Nicky & Bell.

Tempah sekarang! Jangan lambat tau sebab takut design idaman habis dikebas orang. Kang tak pasal makan hati berulam jantung pula. Wassalaam.