Islam
Apr 18, 2018, 12:47pm

Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa Dalam Bahasa Arab Dan Melayu


Pada setiap bulan Ramadhan, umat Islam akan berpuasa sehabis sahaja waktu subuh dan berbuka puasa sebaik sahaja masuk waktu maghrib. Ia merupakan bulan yang dipenuhi dengan ibadah dan juga merupakan ujian kepada orang Muslim untuk menahan lapar dan dahaga. Setiap ibadah yang dilakukan juga akan diberi pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah SWT kerana ia merupakan bulan yang istimewa kepada para Muslimin dan Muslimat. Malah, ada juga malam Lailatul Qadar di mana semua permintaan anda akan dimakbulkan.

niat puasa dan doa berbuka puasa

Berpuasa merupakan ibadah utama pada bulan Ramadhan di mana setiap umat Islam yang melengkapi hukum syarak diwajibkan untuk mengerjakan ibadah ini. Anda juga perlu mengajar anak – anak yang berumur tujuh tahun ke atas untuk berpuasa kerana ia merupakan cara untuk membuatkan mereka terbiasa untuk berpuasa. Jika anda masih lagi keliru dengan niat puasa dan juga doa berbuka puasa, kali ini akan dikongsikan niat dan juga doa berbuka puasa bagi memudahkan anda untuk beribadah dengan sempurna.

waktu berbuka puasa dan doa

Niat Puasa Harian

Jika anda mahu menunaikan puasa di Bulan Ramadhan secara harian, maka anda boleh melafazkan niat tersebut setiap hari anda berpuasa.

Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa Dalam Bahasa Arab Dan Melayu

Bacaan Rumi:
Nawaitu sauma ghodin an’adae fardi syahri romadhona hazzihi sanati lillahhi ta’ala.
Maksud:
“Sahaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.”

Niat Puasa Sebulan

Niat puasa juga boleh dilafazkan untuk sebulan. Ia boleh dilakukan sekiranya anda takut terlupa untuk melafazkan niat pada hari anda berpuasa. Niat untuk berpuasa sebulan adalah seperti berikut;

Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa Dalam Bahasa Arab Dan Melayu

Bacaan Rumi:
Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala
Maksud:
“Sahaja aku berniat berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan ini kerana Allah Taala”

Doa Sewaktu Berbuka Puasa

Doa untuk berbuka puasa juga adalah tidak sama seperti doa makan harian. Doa untuk berbuka puasa adalah seperti berikut;

Bacaan Rumi:
Allahumma laka sumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
Maksud:
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Jika anda mahu berbuka puasa secara ramai-ramai : ganti ‘tu’ kepada ‘na’ (ganti saya kepada kami )

Bacaan Rumi:
Allahumma laka sumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharna birahmatika ya arhamarrohimin
*sumtu / sumna : Sebutan sum itu bukan huruf sin tapi sod dan kena ditebalkan sebutannya.

Ertinya:
Ya Allah bagi Engkau kami berpuasa dan dengan Engkau beriman kami dengan rezeki Engkau kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Namun begitu, doa untuk berbuka puasa yang Nabi Muhammad SAW amalkan adalah seperti berikut;

Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa Dalam Bahasa Arab Dan Melayu

Bacaan Rumi:
Dzahabazh Zama-u, Wabtallatil ‘Uruuqu wa Tsabatal Ajru, Insyaa Allah
Maksud:
Telah hilang rasa haus, dan urat – urat telah basah serta pahala telah tetap, insyaAllah.

Doa Selepas Berbuka Puasa

Anda juga boleh mengamalkan doa ini sebaik sahaja anda selesai berbuka puasa kerana ia juga mempunyai kebaikan untuk diri anda. Doa selepas berbuka puasa adalah seperti berikut;

Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa Dalam Bahasa Arab Dan Melayu

Maksud:
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadhan

1. Merasai Kehidupan Orang Yang Kurang Bernasib Baik

berpuasa menginsafkan kita dan cara berpuasa dan niat

Tidak semua orang mampu merasa nikmat hidup dengan baik dan jika anda boleh meletakkan makanan di atas meja, anda merupakan orang yang bertuah. Berpuasa boleh membantu seseorang untuk menghayati kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dengan berlapar dan rasa dahaga sebagaimana yang dirasai oleh mereka. Dalam erti kata lain, anda akan lebih bersyukur dengan kesenangan hidup dan tidak lokek untuk membantu mereka yang dalam kekurangan.

2. Membantu Untuk Mengawal Hawa Nafsu

berpuasa dapat kawal hawa nafsu

Umat Islam perlu mengawal hawa nafsu sewaktu mereka berpuas kerana ia bertujuan untuk mengelakkan hidup kita bertuhankan nafsu. Berpuasa boleh membantu seseorang umat untuk mengawal kehendak diri dan nafsu. Anda perlu mengawal hawa nafsu seperti lapar dan dahaga serta mengawal diri daripada melakukan kejahatan. Malah, ia juga boleh membantu orang Islam untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan pelbagai perkara yang boleh membawa kerosakan kepada diri dan aktiviti – aktiviti lain yang tidak bermanfaat.

3. Membantu Muslim Mensucikan Jiwa

berpuasa meningkatkan keimanan dan amal

Bulan Ramadhan adalah bulan yang terbaik untuk anda yang mahu mensucikan jiwa dan bermula kembali dengan hati yang bersih dan bebas dari hasad dengki. Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa bagi Muslim dan kita biasanya akan menjemput sanak saudara dan rakan untuk berbuka puasa di rumah dan solat berjemaah. Begitu juga sifat pemaaf dan jujur disuburkan dalam bulan Ramadhan ini.Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh berkat jadi rugi rasanya jika kita tidak mengambil peluang untuk mensucikan jiwa pada bulan ini.

4. Boleh Mengurangkan Berat Badan

berpuasa dapat kawal berat badan

Sekiranya anda berpuasa, anda pasti berjaya untuk mengurangkan berat badan kerana tubuh badan anda tidak akan mengambil kalori yang berlebihan. Apabila tubuh badan anda telah terbiasa dengan jadual puasa, maka anda boleh menghilangkan masalah obesiti dan juga berat badan berlebihan. Tubuh anda akan terasa semakin ringan dan tidak lagi menyukarkan anda untuk bergerak aktif. Ia juga merupakan masa yang sesuai untuk anda menjalani diet.

5. Mengurangkan Gula Di Dalam Darah

berpuasa turunkan tahap gula dalam badan

Rakyat Malaysia sememangnya mengamalkan pengambilan gula yang amat tinggi sehingga menyebabkan negara kita merupakan salah satu negara yang tertinggi dengan penyakit diabetis. Dengan bersarapan sahaja, rakyat Malaysia telah mengambil teh tarik ataupun kuih – muih yang manis dan menyebabkan kadar gula meningkat. Amalan berpuasa akan menyekat pengambilan gula yang banyak serta menstabilkan kembali glukos di dalam darahseta menambahkan kepekaan insulin.

6. Mengurangkan Tekanan Darah

niat puasa dan doa berbuka puasa yang betul dan fadhilat

Sesiapa yang mempunyai penyakit darah tinggi juga boleh mengurangkan masalah tekanan darah tinggi apabila anda berpuasa. Hal ini kerana, ia boleh mengurangkan tahap insulin untuk bekerja serta glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention. Jadi, anda boleh menyihatkan tubuh badan serta mengelakkan tekanan darah tinggi anda pada bulan puasa. Bolehlah anda beribadah dengan tenang dan bertenaga sewaktu bulan puasa dan meningkatkan pahala ibadah anda.

7. Mengubah Gaya Hidup

puasa memberikan kesihatan

Puasa sememangnya mengajar kita untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat. Hal ini kerana, tabiat – tabiat buruk seperti makan berlebihan, merokok, dan tidak menjaga kesihatan merupakan kebiasaan umat – umat Islam di Malaysia. Jadi, anda boleh menjalani ibadah puasa dan dalam masa yang sama anda juga dapat menghilangkan tabiat – tabiat buruk yang anda jalani selama ini. Mana tahu, gaya hidup anda akan berubah secara drastik dan menjadi semakin baik meskipun bulan puasa sudahpun tamat.

8. Mengurangkan Kolestrol

doa puasa dan fadhilat serta cara

Sekiranya anda berpuasa selama sebulan, secara automatik tahap kolestrol akan berkurangan di dalam tubuh badan anda. Hal ini kerana, apabila anda menahan diri daripada makan dan minum seharian, pengambilan makanan yang berkolestrol tinggi secara harian juga akan berkurangan dengan sendirinya. Malah, ia juga boleh meningkatkan kadar kolestrol yang baik di dalam tubuh badan anda. Kolestrol LDL (low density lipo – protein) akan dikurangkan apabila kolestrol HDL (high density lipo – protein) ditingkatkan.

9. Mengawal Stress

puasa mengawal tekanan dan belajar berpuasa

Berpuasa di dalam bulan Ramadhan mengajar kita untuk menjadi tenang dan juga megubah fokus hidup kita dari urusan duniawi kepada urusan ibadah dan juga mengingati Allah SWT. Percayalah bahawa ibadah yang banyak dapat membantu kita untuk mengurangkan stress dan juga masalah kerana anda akan lebih fokus kepada urusan akhirat dan anda juga boleh mendapat pahala yang banyak.

niat puasa ramadhan dan doa berbuka puasa

Jadi, jangan lupa untuk berpuasa dan juga melakukan ibadah di bulan Ramadhan. Sememangnya ganjaran yang anda dapat adalah berlipat kali ganda malah doa dan permintaan anda juga akan mudah dimakbulkan dengan izin Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selamat beramal.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: