Islam
Apr 14, 2014, 11:59am

Niat Ganti Puasa dan Doa Berbuka Puasa Ganti


  • 4
  •  
  •  
  •  
    4
    Shares

Niat Ganti Puasa dan Doa Berbuka Puasa Ganti Ramadan sudah mula masuk ke blog ini. InshaAllah kurang lebih tiga bulan sahaja kita semua akan bertemu dengan Ramadan 1435 dengan izin Allah. Boleh dah hafal Niat Puasa Ramadan dan Doa Berbuka Puasa. Bagi sesiapa yang belum melangsaikan hutang saya sarankan supaya anda semua cepat-cepat menjelaskan hutang puasa itu sebab puasa merupakan ibadah yang wajib ke atas orang-orang yang beriman.

Ramai yang tanya, Apakah niat ganti puasa dan doa berbuka puasa ganti yang sahih?

Surprise Delivery

Niat Ganti Puasa tiada lafaz yang sahih, apa yang perlu kita buat cukup hanya sekadar berniat untuk berpuasa ganti pada esok hari dan bangun sahur adalah sudah memadai. Manakala doa berbuka puasa yang sahih juga tiada dari hadis, Doa yang biasa kita baca itu adalah dhaif dan yang doa berikut:

Adalah mursal dan dari aspek sanad sekadar hasan sahaja. Namun hadis yang menyatakan bahawa waktu berbuka puasa itu adalah masa makbulnya doa, maka para sahabat berdoa seperti berikut sewaktu berbuka puasa:Doa Berbuka Puasa

Ibn Umar berdoa :
Doa Berbuka PuasaYa waasi’al maghfirah , ighfir lii – Wahai Tuhan yg Maha Luas keampunannya, ampunkanlah daku!

Ibn ‘ Amr ibn al-As berdoa :

Doa Berbuka Puasa

Allahumma inni as aluka berahmatiKa allati wasi’at kulla syai in an Taghfir lii zunuubii – Ya Allah sesugguhnya aku memohon rahmatMu yang begitu luas atas setiap sesuatu agar mengampuni segala dosa2ku -Pendapat Fikir Alamghiri

Surprise Delivery

Wallahualam bissawab. Semoga artikel ini boleh menjadi rujukan untuk anda Niat Ganti Puasa dan Doa Berbuka Puasa Ganti dengan mudah. Semoga Allah Redha. Bagi yang mencari Cara Ganti Puasa Ramadhan & Bayar Fidyah Puasa boleh ke Persoalan Kafarat & Fidyah Puasa.

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!