Masakan Kelantan bukan sahaja digemari oleh penduduk yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, malah turut digemari oleh penduduk di negeri-negeri lain. Menu ‘authentic’ Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang, laksam, ketupat sotong, nasi kak wok mula menjadi carian ramai, terutama mereka yang menetap di ibu kota.
Tentu ramai yang suka menikmati makanan Kelantan yang cukup unik dan sedap, lebih-lebih lagi Nasi Kak wok yang cukup terkenal di sana. Bahkan, tentu ada di antara kita yang sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya untuk menikmati hidangan yang dirasakan sedap! Jauh beribu batu pun mereka sanggup asalkan dapat memenuhi kehendak tekak yang seakan sudah ‘ketagih’ dengan kelazatan makanan terbaik Negeri Kelantan ini.
Kelantan cukup sinonim dengan makanan tradisi yang pastinya akan memikat selera masyarakat dari dalam mahupun luar Kelantan. Makanan-makanan yang terdapat di Kelantan pastinya memiliki rasa yang berbeza dan kalaupun ada dijual di negeri lain, pasti rasanya tidak akan sama dengan keasliannya yang terdapat di Kelantan. Antara 5 jenis makanan orang Kelantan yang popular adalah :
Dengar namanya sahaja sudah geli hati dibuatnya. Tahi itik merupakan sejenis kuih yang sangat popular di Kelantan. Kuih ini merupakan sejenis telur putih yang dimasak dengan mengacau secara berterusan dan akhirnya akan kelihatan seperti tahi itik.
Satu hidangan yang sangat ikonik dengan negeri Kelantan. Nasi Kerabu yang berasal dari Kelantan dikatakan unik kerana nasinya yang berwarna biru dan kadangkalanya boleh didapati juga dalam warna kuning. Pun begitu, Nasi Kerabu berwarna biru adalah lebih popular. Nasi Kerabu ini dimakan bersama ulam dan sambal ikan yang dicampur bersama kerisik kelapa. Bersama Nasi Kerabu ini juga, anda boleh memilih laut kesukaan anda seperti ayam, ikan mahupun daging. Kebiasaanya, masyarakat Kelantan lebih gemar memakan Nasi Kerabu ini bersama keropok kering dan solok lada
Kuih Butir Nangka merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan malah turut terdapat di Terengganu. Kuih Butir Nangka ini biasanya mempunyai rasa yang berlemak dan sedikit manis. Ianya diperbuat seperti pengat dan dimakan bersama kuah. Kuih ini biasanya akan didapati dalam warna hijau yang menggunakan perahan air daun pandan. Namun begitu, Kuih Butir nangka kini, boleh didapati dalam pelbagai warna dan saiznya adalah bulat kecil seperti biji nangka. Disebabkan itulah, kuih ini diberi nama Kuih Butir Nangka.
Nasi tumpang hanya boleh dijumpai di Negeri Kelantan iaitu gabungan nasi bersama lauk yang diletakkan dalam daun pisang dan digulung berbentuk kon. Lauknya terdiri daripada masak lemak ikan, udang, serunding, sambal daging dan lain-lain lagi mengikut citarasa pembuatnya. Biasanya kelongsong daun pisang akan dibuat terlebih dahulu dan dimasukkan nasi panas seakan nasi impit yang akan diletakkan berselangseli dengan pelbagai jenis lauk
Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Kelantan. Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu berbentuk bujur, mengikut acuan bahulu dan akok bunga yang dikenali juga sebagai akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelur. Biasanya akok nisan berwarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja berwarna hijau pucat. Akok berlauk mempunyai bentuk tekstur berspan. Akok biasanya kurang digemari oleh golongan muda kerana ia agak manis. Akok sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana ia mudah dihidangkan, tidak melerai dan rasanya sedap.
Nasi berlauk ayam dipotong kecil-kecil, digoreng dengan campuran rempah tersendiri, dan gulai dengan resepi tersendiri ditambah dengan sambal belacan cukup memberi rasa enak tatkala dimakan pada waktu tengahari. Nasi Kak Wok ini sangat popular di kawasan Kota Bharu.
Keenakan nasi Kak Wook sebenarnya bukanlah pada nama sahaja, tetapi pada gulainya yang pekat berempah di samping harga yang dijual sangat murah. Nasi berlauk ayam ini dipotong kecil-kecil, digoreng dengan campuran rempah tersendiri, dan gulai dengan resepi tersendiri ditambah dengan sambal belacan cukup memberi rasa enak tatkala dimakan pada waktu tengahari. Ianya nampak seperti nasi ayam goreng berempah yang selalu dijual di mana-mana tetapi yang istimewanya nasi Kak Wok ini ialah rasa ayam goreng berempahnya yang sangat sedap dan rasa gulainya yang ditambah sambal yang mempunyai rasa yang tersendiri. Nasi Kak Wok ini sangat popular di kawasan Kota Bharu.
Mesti ramai tertanya-tanya akan nama disebalik kak wok bukan? Nasi Kak Wok yang pada mulanya bertapak di Kelantan pada 1984 mula mendapat tempat di luar negeri Cik Siti Wan Kembang. Nasi berlauknya cukup ringkas. Nasi putih dicampur gulai ayam bersama ayam goreng kecil dan dilengkapkan dengan sambal. Dibungkus pula dengan sehelai kertas makanan. Itulah identiti nasi berlauk yang sebelum ini dipopularkan oleh Kak Wook atau nama sebenarnya Allahyarham Mek Wook Hassan.
Restoran Nasi Kak Wok Shah Alam yang diusahakan oleh pasangan suami isteri, Nadirah Nor Akmal, 33, dan Tuan Azrul Hisyam Tuan Lah, 33 turut menyajikan pelbagai makanan yang terkenal di negeri Cik Siti Wan Kembang itu di restoran tersebut. Ianya merupakan satu berita gembira buat penggemar nasi kak wok boleh didapati di Shah Alam pula.
Selain nasi Kak Wok, restoran ini juga menjual nasi bungkus dan menu yang lain seperti ikan tongkol dan nasi gulai kerutuk daging berharga dalam lingungan Rm5 hingga Rm7 sahaja. Dengan harga yang begitu murah dan sedap sudah semestinya menarik lebih ramai orang untuk mencuba sendiri keenakkan makanan disini.
Nasi Kak Wok
Hidangan Nasi Kerutub Ayam / Daging dan Nasi Ikan Tongkol
Walaupun berada di Shah Alam, menu dari kelantan tetap disajikan kepada orang ramai seperti roti sarapan atau dikenali sebagai roti titab yang keenakkannya di rasai dari roti dan sapuan kaya yang dibawa khas dari negeri Kelantan. Tidak lupa juga turut dijual di Kedai Kak Wok Shah Alam adalah sate ikan yang dikenali ‘Lockching’ yang dibakar panas-panas mengikut tempahan pelanggan.
Roti berserta telur dan sapuan kaya yang dibawa khas dari Kelantan
Sate ikan atau Lockching
Beruntung sungguh warga Shah Alam kerana legasi Nasi Kak Wok kini boleh di dapati pula di Shah Alam, Selangor. Bagi yang belum mencuba nasi kak wok bolehlah singgah sebentar di Restoran Nasi Kak Wok yang bertempat di seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Yang penting, keaslian resepi di Restoran Nasi Kak Wok ini adalah sama seperti yang berada di Kelantan.
Restoren Nasi Kak Wok beralamat di No. 7, Jalan Plumbum 7/100B, Seksyen 7, Shah Alam, Malaysia
Sekiranya ada orang pantai timur yang menginap di Shah Alam, kerinduan mereka pasti terubat dengan adanya resepi asli Nasi Kak Wok yang telah di bawa di Shah Alam. Pengunjung boleh makan di sini sama ada untuk sarapan pagi, tengah hari, petang, mahupun malam.
Merupakan satu penghargaan yang sangat besar bagi pemilik Restoran Nasi Kak Wok Shah Alam apabila restoran mereka memasuki ruangan dalam majalah yang cukup terkenal iaitu Majalah Mingguan Wanita dan juga Harian Kosmo!. Keenakan makanan Nasi Kak Wok dan menu lainnya sememangnya menambat hati pengunjung, jadi tidak mustahillah Restoran tersebut mendapat penghargaan yang cukup bermakna. Semuanya hasil daripada usaha mereka sendiri.
Bukan orang kebiasaan sahaja yang suka menikmati nasi kak wok malah, ramai kalangan artis, founder butik, dan sebagainya turut mencuba menu hebat ini. Sambutan pengunjung di sini begitu sesak sehingga ada kalanya pengunjung terpaksa menunggu dalam beberapa minit untuk menunggu meja kosong.
Waktu Operasi:
Hari: Isnin – Ahad (setiap hari)
Waktu: 9.00 pagi – 2.00 pagi
Selasa Sahaja: 11.00 pagi – 11.00 malam
Untuk keterangan lanjut mengenai Restoran Nasi Kak wok, bolehlah ikuti mereka di laman sesawang berikut :
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang