Review
Apr 6, 2019, 6:35pm

Naikkan Seri Wajah Dengan 7 Petua Hilangkan Jerawat Yang Berkesan


  •  
  •  
  •  
  •  

Anda nak kulit cantik? Atau anda mahukan kulit yang sihat? Atau adakah anda mahu kedua – duanya? Mestilah semua wanita mahukan kulit cantik dan sihat! Kalau di tanyakan soalan kepada semua wanita, semestinya jawapannya adalah “Ya! Saya mahu kulit saya cantik dan sihat!” Tapi bagaimana untuk mendapatkan kulit yang sihat? Perlu anda ketahui bahawa kulit luaran yang sihat dan cantik datangnya daripada penggunaan produk yang bagus. Produk yang bagus perlulah peroduk yang tidak merbahaya, berkesan dan selamat untuk digunakan.

cara naikkan seri wajah 5

Masalah kulit berjerawat, solekan tidak sekata, warna tona kulit yang tak sekata, keluar bintik hitam, kulit kusam dan pelbagai lagi masalah kulit adalah disebabkan penggunaan produk yang tidak betul pada kulit wajah. Selain daripada faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi kulit wajah, anda juga perlu mengetahui bagaimana cara yang betul untuk menjaga kulit agar sentiasa kelihatan muda dan berseri. Jom ketahui bagaimana cara dan tips hilangkan jerawat yang berkesan serta bagaimana solekan mampu naikkan seri wajah anda.

7 Petua Hilangkan Jerawat Yang Berkesan dan Tips Solekan Naikkan Seri Wajah

#1 Amalkan Air Lemon Untuk Detoks

Tahukah anda bahawa punca utama munculnya jerawat adalah disebabkan oleh toksin dan kotoran yang banyak? Tambah pula, anda sering berpeluh dan muka berminyak akan menyebabkan kotoran berkumpul di satu bahagian dan terjadilah jerawat. Lebih parah lagi jerawat yang naik pada wajah adalah jerawat yang besar dan bernanah. Namun, masalah jerawat boleh dikurangkan dengan mengamalkan air lemon setiap hari.

naikkan seri wajah dengan mudah 3

Kandungan vitamin C yang tinggi di dalam lemon dapat membantu merawat masalah jerawat anda dari dalam serta memberikan kesan awet muda pada wajah. Solekan wajah tanpa jerawat pasti akan memberikan kesan yang lebih cantik dan sekata.

#2 Katakan TIDAK Terhadap Makanan Yang Berminyak

Makanan berminyak seperti ayam goreng, kentang goreng, mee goreng dan sebagainya bukan sahaja dapat menaikkan berat badan anda malah ia akan memberikan kesan pada wajah anda juga. Makanan berminyak akan menambahkan lagi minyak dalam badan anda. Sekiranya anda perasan, sekiranya anda kerap makan makanan yang berminyak, kulit anda akan menjadi cepat berminyak dari biasa.

cara naikkan seri wajah 4

Kulit yang berminyak akan mengakibatkan pertumbuhan jerawat pada permukaan kulit. Apabila kulit anda berminyak, kesan solekan anda pun akan mudah bertompok dan tidak sekata. Oleh yang demikian, mulai hari ini anda seharusnya terus meninggalkan makanan yang berminyak untuk dapatkan kulit yang bersih bebas jerawat.

#3 Amalkan Pengambilan Buah – Buahan Setiap Hari

Amalkan makan buah-buahan setiap hari untuk permulaan diet yang sihat! Bukan itu sahaja manfaatnya, malah anda juga akan dapat memiliki kulit yang cantik bebas jerawat dengan mengamalkan buah – buahan setiap hari. Buah – buahan ini anda boleh jadikan snek harian atau juga jus segar.

naikkan seri wajah 4

Kandungan vitamin yang pelbagai di dalam setiap buah-buahan akan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Selain itu, zat dan manfaat buah – buahan juga akan menampakkan kulit anda lebih lembab, licin dan awet muda. Antara buah – buahan yang bagus untuk kesihatan kulit adalah oren, strawberry, anggur, epal dan lain – lain lagi.

#4 Gunakan Ketulan Ais Untuk Kecutkan Jerawat

Jerawat besar di wajah pasti akan mengganggu penampilan dan solekan anda. Malah lebih menakutkan lagi adalah anda perlu membuat pembentangan atau menghadiri majlis makan malam. Solekan tebal tidak mampu untuk menutup jerawat yang besar malah solekan akan menjadi bercapuk dan tidak sekata. Tahukah anda, ketulan ais mampu membuatkan bengkak jerawat surut?

teknik untuk naikkan seri wajah 3

Ya!! Anda hanya perlu ambil ketulan ais, kemudian balutkan dengan kain yang bersih. Caranya sangat mudah iaitu anda hanya perlu tuam sahaja ais tersebut di bahagian kulit yang berjerawat. Bengkak jerawat boleh menjadi surut dan menghilangkan rasa sakit pada kulit yang disebabkan jerawat.

#5 Bersihkan Wajah Sebelum Tidur

Seharian berada di luar rumah akan mendedahkan kulit anda terhadap kotoran dan debu. Segala kekotoran pada wajah akan menyebabkan pertumbuhan jerawat. Malah, amalan malas mencuci muka sebelum tidur ini lama – kelamaan akan memberikan anda masalah kulit yang lain juga seperti bintik hitam, kulit kasar dan kulit kering.

naikkan seri wajah dengan mudah 2

Pastikan anda membersihkan muka sebersihnya sebelum anda tidur. Ia adalah rutin yang penting terutamanya anda yang suka bersolek yang tebal pada wajah. Bakteria dan kuman pada kulit akan membiak dan mengakibatkan pertumbuhan jerawat pada kulit wajah anda.

#6 Minum Air Kosong Secukupnya

Air kosong sememangnya menjadi faktor utama terhadap kesihatan seseorang. Namun, masih ramai yang memandang remeh dan malas untuk meminum air kosong secukupnya. Salah satu risiko apabila anda kekurangan air dalam badan adalah kulit berjerawat dan kulit kering. Air kosong akan membantu melancarkan peredaran darah dengan menjadikan anda lebih cergas dan sihat.

naikkan seri wajah dengan mudah 5

Selain itu, kulit yang terhidrat kering akan menjadi lembab dengan minum air kosong secukupnya setiap hari. Sistem pembuangan yang terganggu juga akan membuatkan kulit mudah menjadi kusam dan berjerawat. Jalan penyelesaian yang mudah dan cepat untuk masalah sistem pembuangan adalah meminum air kosong secukupnya setiap hari. Sangat mudah bukan?

#7 Pemilihan Rangkaian Produk Wajah Yang Betul

Pernahkah anda melihat kes kulit berjerawat teruk disebabkan produk kecantikan yang salah? Lambakan produk kecantikan di pasaran hari ini pasti membuatkan anda rambang mata untuk memilih produk mana yang terbaik. Produk yang bagus adalah produk yang berdaftar, lulus dalam proses kajian dan penyelidikan, menggunakan bahan yang bagus dan mendapatkan kelulusan pihak yang bertanggungjawab.

teknik untuk naikkan seri wajah 4

Produk yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya akan memberikan kesan yang lebih buruk pada kulit anda. Sebelum anda membeli dan menggunakan sesuatu produk, anda harus membuat semakan supaya produk tersebut dijamin selamat dan berkesan untuk digunakan.

Jom Kenali Foundation Muka Sekaligus Merawat Kulit Wajah

naikkan seri wajah 5

Rata – rata wanita akan memakai foundation sebelum memulakan solekan atau keluar dari rumah. Pemilihan foundation juga sangat penting bagi memastikan ia dapat membantu merawat kulit dari dalam. Memperkenalkan FOUNDATION CHARMS yang mampu memberikan kulit yang cantik malah ia juga boleh membantu kulit anda sihat dari dalam. Bagaimana hanya dengan pemakaian foundation sahaja, kulit boleh kembali anjal dan sempurna? Jom kami kongsikan dengan anda selanjutnya!

Solek dan Rawat Hanya Dengan Foundation Charms

Foundation Charms merupakan satu – satunya foundation yang dapat membantu anda yang mahu kelihatan cantik dengan pantas. Menariknya, Foundation Charms ini bukan sahaja boleh menutup cela dengan baik sebelum anda mulakan solekan malah Foundation Charms ini mampu merawat kulit anda untuk lebih sihat dan cantik bebas jerawat.

cara naikkan seri wajah 7

Foundation Charms merupakan produk yang selamat dan berkesan digunakan kerana ia telah mendapat sijil pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) dan juga berstatus halal daripada JAKIM. Fungsi utama Foundation Charms adalah solek dan rawat ini mampu membantu anda yang mempunyai masalah kulit wajah yang kusam, kulit berjerawat, tona yang tidak sekata, kulit kering, kulit berminyak dan sebagainya.

Foundation Charms Bertindak ALL IN Untuk Semua Jenis Kulit

Bagaimana Foundation Charms dapat membantu anda? Untuk pengetahuan anda, penggunaan Foundation Charms sahaja sudah memadai untuk mendapatkan kesan solekan yang cantik. Dengan memakai Foundation Charms, anda sudah tidak perlu lagi menggunakan bahan solekan yang lain seperti bedak asas, highlight dan concealer.

naikkan seri wajah 1

Anda kini boleh bersiap dengan lebih cepat dengan hanya menggunakan Foundation Charms sahaja. Tambah pula sekiranya anda sentiasa bekerja di luar, selepas cuci solekan untuk wuduk, anda boleh pakai Foundation Charms sahaja untuk solekan anda selepas solat. Yang paling seronoknya adalah sangat menjimatkan masa kerana hanya perlu dab dab dab sahaja dan kulit wajah terus cantik berseri.

Ketahui 4 Bahan Utama Yang Berkesan dan Mujarab di Dalam Foundation Charms

# Minyak Kelapa Dara

Foundation Charms merupakan foundation pertama yang memanfaatkan kebaikan minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara terbukti berkesan dan berfungsi dengan baik sebagai anti bakteria, anti fungal dan anti viral. Minyak kelapa dara dapat membantu Foundations Charms menyerap dengan lebih baik ke dalam kulit wajah dan seterusnya merawat kulit dari dalam. Ia juga merupakan agen pelembab kulit yang terbaik untuk kulit.

cara naikkan seri wajah 2

# Minyak Jojoba

Ramuan minyak jojoba ini sangat bermanfaat untuk kulit kerana ia dapat mengawal pengeluaran minyak pada wajah yang akan menyebabkan pertumbuhan jerawat. Sebab itulah, bagi anda yang mempunyai masalah kulit berminyak, Foundation Charms ini dapat membantu kulit anda untuk kurang berminyak dan memberi kelembapan kulit yang sepatutnya. Ia akan merawat masalah jerawat anda.

cara naikkan seri wajah 6

# Kolagen

Ramuan kolagen yang terkandung di dalam Foundation Charms ini dapat membantu kulit anda kekal awet muda. Selain itu kolagen juga berfungsi sebagai agen pencerahan kulit di mana kulit anda akan tampak lebih cerah dan bersih. Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berjerawat, berparut dan berjeragat, kolagen ini juga dapat membantu anda mengatasi masalah – masalah kulit tersebut.

naikkan seri wajah 3

# Apple Stemcell

Keberkesanan Foundation Charms ini juga dibantu oleh ramuan istimewa iaitu Apple Stemcell. Apple Stemcell terbukti dapat membantu kulit untuk kelihatan lebih muda dari usia. Ia dapat menggantikan sel – sel kulit yang telah rosak dengan sel kulit yang baru. Selain itu, Apple Stemcell dapat melindungi kulit daripada radikal bebas dan menjadikan kulit anda lebih cantik.

teknik untuk naikkan seri wajah 1

Kenapa Anda Harus Memilih Foundation Charms?

teknik untuk naikkan seri wajah 2

Foundation Charms kini telah menjadi pilihan kebanyakkan wanita di Malaysia. Ini kerana ke semua produk Charms termasuklah Foundation Charms telah mendapat Anugerah Top Brand yang disokong oleh Organisasi Malindo ( Malaysia – Indonesia ). Tambahan pula, pengasas Charms sendiri telah menerima Anugerah Usahawan Terbaik di Majlis Makan Malam Malindo MBCC pada 13 Ogos 2016 yang lepas di Berjaya Times Square. Anugerah dan pengiktirafan sebegini menjadikan produk Charms lebih diyakini oleh ke semua pengguna dan bakal pengguna.

Jom Lihat Testimoni Mereka Yang Sudah Menjadi Pengguna Foundation Charms

 

teknik untuk naikkan seri wajah 5

naikkan seri wajah dengan mudah 4

cara naikkan seri wajah 1

naikkan seri wajah dengan mudah 1

Dapatkan Kulit Cantik Bebas Jerawat Dengan Foundation Charms Sekarang!

naikkan seri wajah 2

Nak solek dan rawat sekaligus? Jom dapatkan Foundation Charms yang mampu merawat kulit anda dari dalam sekaligus menyerlahkan kecantikan kulit anda. Untuk sebarang info dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi info yang dinyatakan di bawah.

FOUNDATION CHARMS | SOLEK DAN RAWAT TANPA RAGU LAGI Hotline: Tekan untuk telefon (019-5470397) | Tekan untuk WhatsApp

Jom order foundation Charms SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom order foundation Charms SEKARANG!