Review
Nov 27, 2017, 8:36pm

Motherboard Rosak? Tapi Tak Tahu Nak Repair Atau Beli Baru?


  •  
  •  
  •  
  •  

Saya paham dengan apa yang sedang anda lalui. Seperti anda saya juga pengguna laptop. Sebagai pengguna, laptop itu ibarat nyawa kita, di situ lah kita melakukan kerja dan mencari rezeki. Laptop yang rosak akan menjejaskan prestasi kita atau menyukarkan keadaan dalam pelbagai aspek anda sebagai student, pekerja, owner business dan lain-lain lagi.

Di dalam artikel ini dengan maklumat yang diberikan dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang bijak.

kerosakan-motherboard-laptop

Repair Motherboard Yang Rosak

Seperti yang anda semua tahu dalam sesebuah laptop, motherboard merupakan komponen yang sangat penting.

Motherboard berperanan memegang dan membolehkan komunikasi antara komponen elektronik yang penting dalam sistem, seperti Central Processing Unit (CPU), dan Memory, dan sambungan untuk perkakasan lain.

new-motherboard-sparepart

Pelik Macam Mana Motherboard Saya Boleh Rosak?

1. Gumpalan habuk & debu banyak sampai tersumbat. Laluan air flow laptop anda tak lancar.

habuk-berkumpul-pada-kipas-laptop

2. Thermal paste pada GPU & CPU kering menyebabkan komponen ni overheating.

thermal-paste-kering

3. Fan laptop kotor dan banyak habuk, angin tak cukup kuat tu yang lama-lama boleh rosak motherboard.

kipas-laptop-berhabuk

4. Tertumpah air pada laptop juga boleh mendatangkan kerosakan pada motherboard dan juga komponen elektronik yang lain.

air-tumpah-di-laptop

Tapi penyebab utama yang menyebabkan motherboard laptop anda rosak adalah berpunca dari overheating dimana aliran udara keluar masuk dari laptop anda tidak cekap yang boleh menjahanamkan laptop kesayangan anda.

Saya berikan anda satu senario, cuba anda bayangkan enjin kereta anda panas sebab anda lupa isi air pada radiator kereta anda. Comfirm rosak kereta anda kalau dibiarkan aje.

masalah-laptop-cepat-panas

Macam tu jugak la dengan laptop anda, untuk mengelakkan dari berlaku masalah seperti ini rajin-rajin la servis laptop anda bersihkan fan dan air flow dari habuk dan jangan lupa tukar thermal paste kalau sudah kering.

Kalau tidak yakin untuk buat servis sendiri anda boleh hantar laptop anda ke kedai laptop dan biar mereka yang servis laptop anda. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko motherboard dan overheating dan rosak.

Macam Mana Nak Kenal Pasti Motherboard Laptop Anda Rosak?

kenalpasti-masalah-motherboard-rosak

  1. Laptop tak boleh nak ON. Tekan berpuluh-puluh kali button ON pun tak menyala.
  2. Laptop boleh ON, tapi display dekat skrin laptop tak keluar. Dah cuba connect dengan external monitor pun tak keluar juga.
  3. Cucuk adapter dekat laptop tak menyala dan cuba tukar adapter baru pun masih sama indicator pada laptop tak menyala.
  4. ON laptop tapi display tak cun, display yang keluar macam tv rosak macam gambar matrix warna hijau.
  5. ON laptop tak sampai 5-10 minit tiba-tiba laptop tu auto shutdown atau auto restart dengan sendiri.

Tak pasti dengan kerosakan laptop anda? sekiranya anda ada masa terluang anda boleh hantar laptop ke kedai untuk di periksa.

Komponen Apa Yang Menyebabkan Motherboard Laptop Rosak?

laptop-chipset-repair

Komponen motherboard laptop yang biasa rosak adalah chipset/graphic chipset. Apa tu chipset?

Chipset ini penting untuk motherboard. Kalau motherboard itu nadi sesebuah laptop, maka chipset itu ibarat jantung sesebuah laptop. Dimana memikul peranan yang sangat penting.

Bolehkah Motherboard Laptop Saya Di Baiki Lagi? Berbaloi Tak?

Untuk kepastian sama ada laptop anda yang telah rosak itu masih boleh di repair atau tidak biasanya bergantung juga kepada tahap kerosakan motherboard. Namun repair motherboard kosnya lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan membeli laptop baru yang kosnya RM1500++ bergantung pada model dan spesifikasi.

repair-chipset-motherboard-laptop

Bukan semua orang mampu membeli laptop baru dengan ekonomi yang tidak menentu sekarang, secara tidak langsung dapat menjimatkan kos. Untuk lebih kepastian anda boleh menhantar laptop anda ke laptop berhampiran atau ke kedai kami FR LAPTOP SERVICE.

  • Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah motherboard rosak adalah dengan repair balik motherboard yang rosak itu untuk pulih kembali.
  • Menukar chipset yang rosak atau terbakar dengan chipset yang baru supaya laptop boleh beroperasi seperti dahulu.

Manfaat Yang Anda Dengan Servis Repair Motherboard dengan FR Laptop

manfaat-repair-laptop-di-frlaptop
  • Dapat menjimatkan kos daripada membeli laptop baru yang berharga lebih dari RM1500+++ (mengikut specifikasi)
  • Selain itu, anda dilindungi ‘insuran’ 5 bulan warranty, satu-satunya kedai laptop di lembah klang.
  • Untuk anda yang ada masalah tak ada display, anda akan dapat new set graphic chipset, bukannya reheat (guna semula graphic chipset lama).
  • Dengan technician yang berpengalaman, laptop anda akan dibaiki dengan berhati-hati untuk kesan setiap masalah laptop anda.
  • Kalau anda risau ambil masa lama untuk repair, jangan risau sebab di FR, servis repair motherboard hanya ambil masa 5-7 hari bekerja untuk siap.
  • BONUS tambahan yang anda dapat adalah membership card (seumur hidup)
  • Diskaun RM50 pada Hari lahir anda. Kerana anda begitu berharga untuk FR dan kami menghargai anda sebagai pelanggan kami.?
  • Selain itu, anda layak dapat diskaun RM10 untuk setiap servis di FR Laptop Service.

NAK DATANG KE KEDAI FR LAPTOP SERVICE?

Anda boleh google map / waze & taip `FR Laptop Service’

team-fr-laptop-kampung-pandan

FR Laptop Service | Servis Membaikpulih Laptop

Hubungi : Tekan Untuk Call (017-2882349) | Tekan untuk WhatsApp Facebook : @FRLaptopService Email : frlaptopservice@gmail.com

Alamat : 508 Jalan Kanan 1 Kg Pandan Kuala Lumpur, Malaysia 55100

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam